Charles X dari Perancis
Charles X | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Perancis | |||||
Pemerintahan | 16 September 1824 – 2 Ogos 1830 | ||||
Kemahkotaan | 29 May 1825 Katedral Reims | ||||
Didahului oleh | Louis XVIII | ||||
Diikuti oleh | Louis XIX (not proclaimed) Henri V (not proclaimed) Louis Philippe I as King of the French | ||||
Perdana Menteri | |||||
Keputeraan | Istana Versailles, Perancis | 9 Oktober 1757||||
Kemangkatan | 6 November 1836 Görz, Empayar Austria | (umur 79)||||
Pemakaman | Biara Kostanjevica, Slovenia | ||||
Pasangan | Marie Thérèse dari Savoy (k. 1773) | ||||
Anakanda Butiran | Louis XIX dari Perancis Sophie d'Artois Charles Ferdinand, Duke of Berry | ||||
| |||||
Kerabat | Bourbon | ||||
Ayahanda | Louis, Dauphin Perancis | ||||
Bonda | Marie-Josèphe dari Sachsen | ||||
Agama | Gereja Katolik Rom | ||||
Tandatangan |
Charles X (Charles Philippe; 9 Oktober 1757 – 6 November 1836) merupakan Raja Perancis dari 16 September 1824 sehingga 2 Ogos 1830.[1] Beliau sebelum ini merupakan Comte Artois (Perancis: comte d'Artois ).
Keputeraan
[sunting | sunting sumber]Charles Philippe diputerakan pada tahun 1757 di pekarangan Istana Versailles. Baginda merupakan putera bongsu kepada Dauphin Louis dan Dauphine Marie Josèphe.
Charles mula berperanan dalam hal kenegaraan Perancis berikutan suatu krisis yang berlaku menegangkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat berikutan kemuflisan yang berlaku dalam kerajaan akibat menampung kos dalam Perang Tujuh Tahun serta Perang Revolusi Amerika. Charles menyokong pemansuhan keistimewaan kebendaan para bangsawan namun menolak penghapusan sebarang kelebihan sosial yang ada baik pada Gereja Katolik mahupun para bangsawan, "membaiki, bukan memusnah" sepertimana yang dikatakan baginda.
Semasa dalam buangan
[sunting | sunting sumber]Semasa pemulihan Bourbon
[sunting | sunting sumber]Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Penaklukan Al-Jazâ’ir (Algeria Uthmaniyah)
[sunting | sunting sumber]Pada 31 Januari 1830, kerajaan pimpinan Jules de Polignac menghantar bala tentera ke Kerajaan Al-Jazâ’ir sebagai tindak balas kepada suatu insiden di mana konsul Perancis, Pierre Deval, dicabar dalam suatu perjumpaan dengan Hussein Dey, ketua kerajaan Al-Jazair yang berang dengan kegagalan Perancis membayar hutang hasil Perang Napoleon sehingga melibas konsul tersebut dengan kipas diraja baginda.[2] Ibu kota kerajaan Uthmaniyah itu, Al-Jazāʾir, diserang pada 5 Julai lalu menggulingkan pemerintahan Uthmaniyah di kawasan tersebut.[3]
Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Charles berangkat ke kawasan pesisiran Mediterranean pada sekitar bulan Oktober 1835. Beliau dijangkiti penyakit taun sebaik tiba di Görz, Kerajaan Illyria, sehingga mangkat akibat kegeringan tersebut pada 6 November 1836.
Baginda dimakamkan bersama kaum kerabat baginda dalam pekarangan Biara Kostanjevica (kini di Nova Gorica, Slovenia).[4] Baginda merupakan satu-satunya raja Perancis yang dimakamkan di luar kerajaan baginda sendiri.[5][6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Mary Platt Parmele, A Short History of France. New York: Charles Scribner's Sons (1894), p. 221.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaPrice122
- ^ Price, pp. 136–138.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanagel349350
- ^ Hélène Haus (25 September 2016). "Et si les cendres du roi Charles X étaient transférées à la basilique Saint-Denis?" [Apakah mayat Charles X akab dipindahkan ke Basilika Santo Denis?] (dalam bahasa Perancis). Le Parisien. Dicapai pada 20 Februari 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ A. K. (28 September 2016). "Francozi želijo ostanke Karla X. in družine iz Slovenije: "Pripadajo naši domovini"" [Orang Perancis mahukan mayat kerabat Charles X dibawa kembali dari Slovenia: "Mereka kepunyaan tanah air kami"] (dalam bahasa Slovenia). RTV Slovenija. Dicapai pada 20 Februari 2017. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]