Pergi ke kandungan

Bishkek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 42°52′29″N 74°36′44″E / 42.87472°N 74.61222°E / 42.87472; 74.61222

Bishkek
Бишкек
Pemandangan Bishkek
Pemandangan Bishkek
Bendera Bishkek
Jata Bishkek
NegaraKyrgyzstan
Diasaskan1878
Pentadbiran
 • Datuk BandarAziz Surakmatov
Penduduk
 (2005)
 • Jumlah900,000
Laman sesawanghttp://meria.kg/

Bishkek (Kyrgyz: Бишке́к) ialah ibu negara dan bandar terbesar negara Kyrgyzstan. Bishkek memiliki penduduk seramai kira-kira 900,000 orang pada 2005.

Bandar ini ditubuhkan pada 1878 sebagai kubu Rusia, Piskpek. Dari 1926 hingga 1991, Bishkek dikenali dengan nama Frunze sempena nama panglima Bolshevik, Mikhail Funze.

Bishkek terletak pada altitud 800 m dan berhampiran dengan banjaran gunung Tien Shan serta berjiran dengan negara Kazakhstan. Tumbuhan semula jadinya ialah steppe. Sungai Chui mengairi kawasan ini.

Sejarawan menyatakan asalnya menjadi tempat persinggahan kafilah-kafilah yang melalui Laluan Sutera yang melalui banjaran Tien Shan. Mulanya dikenali sebagai Sogdians. Pada 1825 lokasi ini menjadi kubu oleh seorang khan Uzbek dari Kokhand dan mendirikan kubu dari lumpur.

Pada 1862, Bishkek dikuasai oleh pemerintahan Tzar di Rusia dan kemudiannya menjadi kubu pertahanan utama Rusia dan dinamakan 'Pishpek' sejak 1877. Kerajaan Rusia telah memberi tanah-tanah subur berwarna hitam kepada orang Rusia. Pada 1926, bandar raya ini menjadi ibu negara baru bagi Kyrgyzstan oleh USSR. Kemudian dinamakan sebagai Frunze sempena nama sahabat baik Lenin, Mikhail Frunze yang dilahirkan di Bishkek. Beliau memainkan perana penting dalam Perang saudara Rusia pada awal 1920-an.

Berikutan pepecahan Rusia pada 1991, Kyrgyzstan turut menuntut kemerdekaan dan bandar raya ini dinamakan semula sebagai Bishkek. Kini bandar ini telah dibangunkan dengan bangunan, restoran, kafe-kafe dan jalan rayanya dipenuhi dengan kereta buatan Jepun.Ia menjadi pusat kewangan negara kerana terdapat 21 buah bank di sini. Di sini juga terdapat sekolah latihan penerbangan. Salah seorang pelatihnya ialah Hosni Mubarak yang kemudian menjadi Presiden Mesir.

Pada 2002, Amerika Syarikat mendapat hak menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Manas sebagai pangkalan untuk menyerang Afghanistan dan Iraq. Lapangan terbang ini sempena nama Manas yang menjadi wira Kyrgyzstan yang terkenal.

Tempat menarik

[sunting | sunting sumber]
Dataran kecil berhamipran dataran utama Bishkek

Bishkek menjadi bandar raya yang cantik pada musim panas kerana seluruh tempat dipenuhi dengan bunga berwarna-warni. Di sini terdapat beberapa tapak pra sejarah, Greco-Buddha, Nestorian, khanat dan kesan penjajahan Rusia.

  • Banjaran gunung Ala-Too, 40 km dari Bishkek. Terdapat Taman Negara Archa, hanya 30-45 minit perjalanan.
  • Muzium Sejarah
  • Muzium Sastera dan Keseniaan - banyak kraftangan Kyrgyzstan dipamerkan.
  • Patung Ivan Panfilov
  • Patung penunggang kuda Mikhail Frunze berhampiran stesen kereta api.
  • Stesen kereta api yang dibina pada 1946.
  • Bangunan pentadbiran 'Rumah Putih' yang menjadi bekas Parti Komunis Kyrgyzstan.
  • Di Dataran Ala-Too dipersembahkan perbarisan kawad di hadapan tugu peringatan.

Kebanyakan bangunannya mendapat sentuhan senibina gaya Soviet Rusia.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Bishkek berhubung dengan Turkestan melalui landasan kereta api Siberia.

Bandar kembar

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Media berkenaan Bishkek di Wikimedia Commons
  • Panduan pelancongan Bishkek dari Wikivoyage