Bendera Sepanyol
Bendera Sepanyol (Sepanyol: Bandera de España , juga diberi nama Rojigualda) terdiri daripada tiga jalur melintang: merah, jalur kuning yang dua kali panjang jalur sebelumnya dan merah. Jata negara Sepanyol terletak di jalur kuning menghampiri sebelah kirinya.
Bendera ini mula difikirkan semasa zaman pemerintahan Raja Carlos IIl, di mana baginda sering memerhatikan bahawa bendera-bendera dipakai kerajaan se-Eropah (termasuk Sepanyol jua) seringkalinya berwarna putih sehingga mengelirukan dalam situasi peperangan melawan musuh. Baginda meminta nasihat menteri tentera lautnya yang mengusulkan seberapa rekaan yang boleh dilihat dari jarak jauh; suatu rekaan yang menonjol digunakan dari 12 rekaan lain dipilih sebagai panji perang ini. Rekaan tersebut dirasmikan pada 1843 oleh Ratu Isabel II.[1]
Rekaan terkininya dirasmikan pada 19 Disember 1981.
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Perlembagaan Sepanyol 1978 menetapkan rekaan bendera kebangsaan Sepanyol secara tepatnya seperti berikut:
La bandera de Españal está formada por tres franjas horizontales, roja, amarilla y roja, siendo la amarilla de doble anchura que cada una de las rojas.
|
Rincian tepat warna yang digunakan dalam perekaan bendera ini pula diberikan dalam suatu titah diraja seperti berikut:[2]
Nilai CIELAB | CIE (Illuminant C) | Hexadecimal | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama warna (dalam bahasa Sepanyol) | H * | C * | L * | x | y | Y | Kod heksadesimal |
Rojo Bandera | 35º | 70 | 37 | 0,614 | 0,320 | 9,5 | #AA151B
|
Amarillo-gualda Bandera | 85º | 95 | 80 | 0,488 | 0,469 | 56,7 | #F1BF00
|
Rekaan terdahulu
[sunting | sunting sumber]Salib Bourgogne (Cruz de Borgoña, sejak abad ke-16)
[sunting | sunting sumber]Bendera pertama yang dipakai untuk kerajaan Sepanyol merupakan Salib Borgoña (Cruz de Borgoña) yang diperkenalkan dalam perkahwinan Juana I dari Castilla kepada Philip I, duc de Bourgogne pada tahun 1496, Ia mula diterapkan dalam banyak panji dan bendera kerajaan sejak pemerintahan Raja Charles I (1516-1556) oleh pasukan-pasukan Sepanyol.
-
Panji-panji perang dan dagang Sepanyol yang dipilih Raja Carlos III pada 1785
-
Rekaan bendera merah kuning pertama dipakai dari 1843 hingga1873 dan 1874 hingga 1931
Zaman Republik Kedua
[sunting | sunting sumber]
Pada 14 April 1931, pihak republikan menggulingkan kerajaan sedia ada lalu membentuk pemerintahan mereka sendiri. Perubahan rejim ini turut membawa kepada suatu penukaran rekaan baharu di mana jalur ketiga bendera kepada suatu warna merah keunguan (Sepanyol: morado , bahasa Inggeris: murrey ) melambangkan perwakilan Castilla-León menyampingi kawasan-kawasan Aragon yang diwakili merah dan kuning. Rekaan baru jata Sepanyol yang dibuang segala unsur berkaitan diraja turut muncul pada ketika ini. Bendera ini telah dirasmikan pada 27 April tahun sama sebelum digunakan oleh tenera pada 6 Mei.
Zaman Franco
[sunting | sunting sumber]Penumpasan para Republikan oleh puak Nasionalis pimpinan Francisco Franco dalam Perang Saudara Sepanyol menamatkan lalu beralih kepada suatu rejim baharu diketuai beliaur sebagai Caudillo. Rekaan merah-kuning-merah dipulihkan dalam pemerintahan ini, namun suatu jata baru yang lebih besar dan menonjol dilampirkan pada tengah bendera menandakan pemerintahan Franco. Rekaan ini mula dipakai sejak perasmiannya pada 29 Ogos 1936 sehingga kematian Franco pada 20 November 1975.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Volker Preuß. "National Flaggen des Königreichs Spanien" (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-26. Dicapai pada 2004-11-03.
- ^ Real Decreto 441/1981, de 27 de febrero, por el que se especifican técnicamente los colores de la Bandera de España, teks Titah Diraja Sepanyol 441/1981 tanggal 27 February (published in isu 16 March 1981 Boletín Oficial del Estado) di laman web rasmi Perdana Menteri Sepanyol, www.lamoncloa.gob.es