Pergi ke kandungan

Bakon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekeping sayat bakon dimasak tepi (berjalur-jalur)

Bakon (Bahasa Inggeris: bacon serapan Perancis Lama pinjaman Jerman Hulu Kuno bacho turunan Jerman Purba Barat *bakō terbitan *baka- "belakang"[1][2]) atau dendeng ialah sejenis daging awet yang disediakan daripada beberapa potongan yang berbeza, biasanya daripada perut atau belakang yang kurang kandungan lemak; potongan begini diawet dengan lumuran garam, rempah ratus dan nitrit sebelum disalai untuk menggelapkan kulitnya dan disiat kerat menjadi jalur.[3][4] Sayatan jalur ini perlu dimasak dahulu sebelum dimakan, selepas itu ia boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai hidangan sampingan (terutamanya dalam sarapan), atau digunakan sebagai ramuan kecil untuk memberi rasa pada masakan.

Bakon awet tepi di dalam kuali
Bakon yang sama selepas digoreng di dalam kuali

Daging babi sering digunakan dalam pembuatannya tetapi daging haiwan lain seperti lembu, biri-biri, ayam, kambing atau ayam belanda boleh juga diolah serupa[5] dalam kalangan orang yang diharamkan makan daging babi kerana agama (kasyrut Yahudi dan halal Islam).[6]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Bacon". OED Online. Oxford University Press. 1989. 50016435.
  2. ^ Guus Kroonen (2013). Etymological Dictionary of Proto-Germanic. Leiden: Brill. m/s. 48. ISBN 978-90-04-18340-7.
  3. ^ Filippone, Peggy. "What is bacon". thespruce.com. Dicapai pada 30 April 2017.
  4. ^ Knipe, C.L.; Beld, J. (2014). "Bacon Production". Dalam Dikeman, Michael; Devine, Carrick (penyunting). Encyclopedia of meat sciences (ed. 2nd). Amsterdam: Elsevier/Academic Press. m/s. 53–7. ISBN 9780123847348.
  5. ^ "Eat cheap but well! Make a tasty beef in beer". Today. NBC News. 30 April 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2009. Dicapai pada 13 May 2009.
  6. ^ "Health and You". New Straits Times. 12 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2009. Dicapai pada 13 May 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]