Pergi ke kandungan

Bahagian Sri Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian Sri Aman
Logo rasmi Bahagian Sri Aman
Lokasi Bahagian Sri Aman
Bandar utamaBandar Simanggang
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
 • Pegawai ResidenMahra bin Salleh
 • Pengerusi MDSAAnthony Abell anak Chendan
 • Pengerusi MDLARichard Ngumbang
Keluasan
 • Jumlah5,466.7 km2 (2,110.7 batu persegi)
Penduduk
 (2023)
 • Jumlah
Awalan Plat KenderaanQB

Bahagian Sri Aman ialah salah satu daripada 12 bahagian pentadbiran di Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sri Aman. Ia terdiri daripada dua daerah pentadbiran: Simanggang dan Lubok Antu.

Kawasan Sri Aman pernah menjadi sebahagian daripada Bahagian Pertama di Sarawak yang meliputi Kuching. Sri Aman dahulunya dikenali sebagai Simanggang. Nama Sri Aman diambil bersempena peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman yang merupakan suatu perjanjian keamanan di antara pihak kerajaan Sarawak dan pihak pengganas komunis. Perjanjian ini ditandatangani pada 21 Oktober 1973.

Bagi memperingati peristiwa tersebut, pada 19 Mac 1974 rumah rehat kerajaan yang dikenali sebagai Rumah Simanggang dinamakan semula sebagai Rumah Sri Aman. Rumah tersebut merupakan lokasi deklarasi ditandatangani.

Bahagian dan daerah Simanggang turut dinamakan semula sebagai Sri Aman. Penukaran nama ini dikuatkuasakan melalui SWK.L.N.42/80 of Part 11 of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980. [1]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Bahagian Sri Aman mencatatkan jumlah populasi penduduk etnik Iban yang paling tinggi. Ini kerana kebanyakan masyarakat etnik Iban masih mengamalkan amalan bercucuk tanam (pertanian), selain ada juga yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam wilayah, sektor keusahawanan, sektor pendidikan, dan sektor perniagaan komersial di Daerah Simanggang dan Daerah Lubok Antu.

Jumlah populasi penduduk di Bahagian Simanggang

Jumlah keseluruhan populasi penduduk di Bahagian Serian berdasarkan daerah pada tahun 2023
No. Daerah Jumlah (orang) Mukim bandar Jumlah (orang)
1 Daerah Simanggang 133,452 Bandar Simanggang
2 Pantu
3 Lachau
4 Lingga
5 Daerah Lubok Antu 46,337 Pekan Lubok Antu
6 Batang Ai
7 Engkilili

Sebagai kawasan pertanian yang terbesar di Sarawak, sumber ekonomi utama di bahagian ini adalah aktiviti pertanian. Terdapat juga aktiviti pelancongan seperti pelancongan eko dan pelancongan budaya yang penting untuk ekonomi tempatan.

Taman Negara

[sunting | sunting sumber]

Di sini terdapat dua taman negara iaitu:

  1. ^ "SEJARAH SRI AMAN". Pentadbiran Bahagian Sri Aman. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-16. Dicapai pada 9 September 2016.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.