Arnab Assam
Arnab Assam | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | Caprolagus Blyth, 1845
|
Spesies: | C. hispidus
|
Nama binomial | |
Caprolagus hispidus Pearson, 1839
|
Arnab Assam (Caprolagus hispidus) ialah sejenis arnab yang berasal dari kawasan hilir gunung Himalaya. Arnab ini dahulunya banyak sekali bilangannya, tetapi kini habitatnya teruk terjejas oleh kemusnahan hutan, pertanian, dan petempatan manusia. Ia merupakan salah sejenis mamalia yang paling jarang ditemui.
Taburan bersejarah spesies ini menjangkau sepanjang kawasan hilir bukit Himalaya selatan dari Uttar Pradesh hingga Nepal selatan, kawasan utara Benggala Barat hingga Assam dan Bangladesh. Kini, taburannya berserak di Bangladesh, India, Nepal dan mungkin Bhutan, kerana populasinya begitu berpecah-pecah. Arnab Assam hidup di padang rumput yang tinggi dan berlindung di kawasan berawa atau rumput yang berdekatan dengan tebing sungai ketika musim kemarau, apabila kawasan-kawasan ini terdedah kepada kebakaran.[2]
Arnab Assam paling aktif pada waktu subuh dan senja. Maklumat terhad yang diperoleh mengenai pembiakannya menunjukkan bahawa arnab ini tidak banyak beranak.[2]
Populasi arnab Assam di padang rumput yang luas di Tanah Rizab Hidupan Liar Sukla Phanta mungkin membawa kepentingan antarabangsa.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Caprolagus hispidus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter
|downloaded=
ignored (bantuan); Unknown parameter|assessors=
ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Listed as Endangered (EN A1c+2c, B1+2abcde, C1 v2.3) - ^ a b Maheswaran, G., Smith, A.T. (2008) Caprolagus hispidus. In: IUCN 2010. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2010.1.
- ^ Baral, H.S., Inskipp, C. (2009) The Birds of Sukla Phanta Wildlife Reserve, Nepal. Our Nature (2009) 7: 56-81
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bell, D.J., Oliver, W.L.R., Ghose, R.K. (1990) The Hispid Hare "Caprolagus hispidus". In: Chapman, J.A., Flux, J.E.C. (eds.) Rabbits, hares and pikas: status survey and conservation action plan. International Union for Conservation of Nature and Natural Resources. book preview