Pergi ke kandungan

Al Jazeera English

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al Jazeera English
NegaraInggeris
Kawasan siaranAntarabangsa
SloganSetting The News Agenda
Ibu pejabatPusat penyiaran: Doha, Kuala Lumpur, London and Washington D.C.
Pemilikan
PemilikAl Jazeera
Saluran kembarAl Jazeera
Sejarah
Dilancarkan15 November 2006; 17 tahun yang lalu
Ditutup1 April 2022; 2 tahun yang lalu (2022-04-01) (Kristal-Astro) (HD)
Ketersediaan
Terestrial
Triangle TV
Auckland & Wellington
limited scheduled transmission on FTA UHF channels at certain hours
Kabel
Buckeye CableSystemSaluran 220
Cable TVSaluran 34
Elisa(digital tuner required)
Global Destiny CableSaluran 41
KDGSaluran 842
NOOS-UPCSaluran 64
Satelit
AsiaSat 3S
Asia/ME/Australia
3760 H / 26000 / 7/8
Astra 1KR
Eropah
11508 V / 22000 / 5/6
Malaysia AstroSaluran 513 (HD)
Malaysia NJOISaluran 513 (HD)
IndovisionSaluran 55
Badr C
Afrika/ME
3996 V (analogue signal)
Canal DigitaalSaluran 64
Canal Digital
Scandinavia
Saluran 57
CanalSatSaluran 331
Cyfrowy PolsatSaluran 95
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 602 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi
YouTubeWatch live
VDC[1] (subscription)

Al Jazeera English (AJE) ialah saluran berita dan ehwal semasa bahasa Inggeris 24 jam yang beribu pejabat di Doha, Qatar, saluran pertama dan seumpamanya di dunia yang berpangkalan di Timur Tengah. Dari kedudukan unik tersebut, saluran berkenaan berazam untuk mengimbangi arus media perdana semasa dengan laporan dari dunia membangun ke barat dan dari benua selatan ke utara. Ia juga turut menyediakan ruang kepada suara yang tidak didengari, menggalakkan perbahasan dan mencabar bukti-bukti tanggapan umum.

Dengan empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC serta jabatan biro berita antarabangsa di segenap penjuru dunia, Al Jazeera English bertekad untuk melaraskan agenda berita, merumpunkan budaya dan menyalurkan pandangan umum kepada lebih 1 bilion penonton televisyen berbahasa Inggeris.

Al Jazeera English menyiarkan rancangan terbitan umum seperti laporan dan analisis warta berita, rancangan umum ehwal semasa dan rencana, temuramah langsung, berita hiburan, laporan perniagaan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tidak tepat

dan berat sebelah. Ia juga merupakan rangkaian televisyen definisi tinggi yang pertama di dunia.

Idea penubuhan saluran berita bahasa Inggeris oleh Al Jazeera timbul pada sekitar tahun 2003 dengan matlamat menjadi sebuah saluran berita alternatif bagi mengimbangi arus media perdana semasa. Pada bulan Oktober 2005, syarikat induk Al Jazeera Satellite Network secara rasmi mengumumkan hasrat berkenaan dan 13 bulan kemudian, Al Jazeera English secara rasmi memulakan siaran tepat pada pukul 8 malam waktu Malaysia bersamaan 15 November 2006 kepada lebih 80 juta isi rumah seluruh dunia, sekali ganda lebih daripada sasaran awal saluran tersebut.

Dalam perancangan awal, saluran berkenaan bakal dikenali sebagai Al Jazeera International, tetapi ditukar kepada Al Jazeera English beberapa hari sebelum tarikh pelancaran rasmi. Ia juga sepatutnya memulakan siaran secara rasmi pada bulan Jun 2006 tetapi ditunda ke kemudian hari atas sebab kekurangan teknologi televisyen definasi tinggi pada waktu itu.

Pusat penyiaran

[sunting | sunting sumber]

[Pusat Penyiaran Kuala Lumpur.]] Al Jazeera English beroperasi melalui empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC. Lokasi dan kedudukan pusat penyiaran tersebut dipilih mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria. Pusat Penyiaran Doha adalah pangkalan operasi utama Al Jazeera English dimana kebanyakkan rancangan siaran dan terbitan serta tenaga kerja saluran berkenaan tertumpu. Pusat Penyiaran Kuala Lumpur pula dipilih sebagai pusat operasi utama rantau Asia & Australasia diikuti dengan Pusat Penyiaran London, benua Eropah dan Pusat Penyiaran Washington DC, benua Amerika Utara & Selatan.

Dalam satu sesi temuramah bersama pengarah urusan Al Jazeera English, Nigel Parsons, beliau memberitahu para wartawan bahawa pemilihan Kuala Lumpur ke atas Hong Kong dan Singapura bagi pusat operasi serantau bukan berdasarkan kepada status negara islam Malaysia semata-mata, tetapi atas sebab sokongan dan kerjasama kerajaan Malaysia, kos yang kompetitif, hubungan kebudayaan dan politik antara dua negara (Qatar dan Malaysia) yang akrab, kemudahan dan prasarana yang baik serta sumber tenaga manusia yang berkebolehan [2]. Pusat Penyiaran Kuala Lumpur beroperasi dan terletak di tingkat 60, Menara 2, Menara Berkembar Petronas. Ia dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi pada 16 Februari 2007.

Biro berita antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Operasi Al Jazeera English turut disokong oleh 20 jabatan biro berita antarabangsa saluran tersebut di serata dunia bagi mengumpul, menyedia dan melapor laporan dan analisis warta berita untuk siaran empat pusat penyiaran di Doha, Kuala Lumpur, London dan Washington DC. Al Jazeera English juga berkongi sumber dan tenaga manusia dengan lebih 40 jabatan biro berita saluran induk berkenaan, Al Jazeera. Mereka bercadang untuk mengembangkan lagi jabatan biro berita antarabangsa saluran berkenaan di masa hadapan.

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Al Jazeera English secara amnya menggunakan pendekatan format yang berbeza untuk setiap laporan warta berita dan rancangan umum siaran terbitan saluran tersebut. Pengurusan dan siaran beritanya beredar dari Kuala Lumpur ke Doha, London dan Washington DC mengikut konsep putaran bumi mengelilingi suria. Sama seperti kebanyakkan saluran berita 24 jam antarabangsa yang lain, laporan dan kemaskini berita disiar pada setiap 30 minit dan kemuncak jam.

Ramai pemerhati bebas bersetuju bahawa laporan warta berita Al Jazeera English lebih jelas, terperinci dan berkecuali. Laporan dan analisis warta berita saluran berkenaan lebih jelas melibatkan pandangan semua pihak dari setiap penjuru, satu perbezaan paling ketara berbanding dengan kebanyakkan media arus perdana yang lain. Al Jazeera English juga banyak memberi fokus kepada kawasan yang kurang diberi perhatian oleh media arus perdana. Antaranya laporan warta berita eksklusif krisis kemanusiaan di Darfur, Sudan serta laporan cetera dari Myanmar dan Korea Utara.

Rancangan

[sunting | sunting sumber]

Selain daripada laporan dan analisis warta berita, Al Jazeera English turut menyiarkan rancangan terbitan umum dalam format definisi tinggi seperti program ehwal semasa & rencana umum, temuramah & debat langsung, cetera, hiburan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tepat dan tidak berat sebelah. Berikut adalah senarai beberapa rancangan semasa terbitan dan siaran Al Jazeera English.

  • News Headlines
Ringkasan kemaskini tajuk berita utama setiap 30 minit.
  • News Hour (edisi awal)
Laporan warta berita terkini 60 minit secara langsung menghubungkan pusat penyiaran Al Jazeera English di Doha, London dan Kuala Lumpur.
  • News Hour (edisi lewat)
Laporan warta berita terkini 60 minit secara langsung menghubungkan pusat penyiaran Al Jazeera English di Doha, London dan Washington DC.
  • News Review
Ulasan dan rumusan berita harian dari Pusat Penyiaran Doha.
  • World News
Laporan warta berita terkini 30 minit secara langsung dari pusat penyiaran Al Jazeera English di Doha, Kuala Lumpur, London atau Washington.

Temuramah & debat

[sunting | sunting sumber]
  • 101 East
Rancangan diskusi mingguan yang diacarakan oleh Teymoor Nabili membincangkan isu semasa, ekonomi dan politik rantau Asia.
  • Everywoman
Program diskusi yang diacarakan oleh Shahnaz Pakravan membincangkan isu-isu wanita sejagat.
  • Frost Over the World
Program temuramah khas yang diacarakan oleh David Frost dengan tetamu-tetamu undangan membincangkan isu hal ehwal semasa mingguan.
  • Riz Khan
Program soal jawab harian (Isnin - Khamis) yang diacarakan oleh Riz Khan dengan penglibatan para penonton membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.
  • Riz Khan One on One
Riz Khan dan seorang tetamu jemputan khas berbicara panjang lebar mengenai isu-isu yang dibangkitkan.
  • Talk to Jazeera
Sebuah program temuramah eksklusif Al Jazeera English bersama nama-nama pencipta tajuk berita.

Rancangan & rencana umum

[sunting | sunting sumber]
  • 48
Amanda Palmer membawa penonton kembara ke bandaraya dan destinasi menarik serata dunia dalam masa hanya 48 jam.
  • Listening Post
Richard Gizbert dan Al Jazeera English mengulas bagaimana organisasi media antarabangsa lain melaporkan berita dan isu semasa serta paparan laporan berita sumbangan para penonton.
  • People & Power
Sebuah program rencana dwimingguan mengisahkan kepada kuasa dan insaniah. Rancangan ini diacarakan oleh Dr. Shereen El Feki, Juliana Ruhfus dan Sapna Bhatia.

AlJazeera.Net adalah laman sawang rasmi Al Jazeera English. Selain laporan berita, ia turut menyediakan maklumat dan informasi mengenai profil korporat, waktu siaran, rancangan terbitan, profil pemberita dan kenyataan akhbar. Laman tersebut menggunakan zon waktu Mekah sebagai rujukan kemaskini. AlJazeera.Net versi terkini dilancarkan serentak pada hari perasmian saluran berkenaan pada 15 November 2006.

Tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Tenaga kerja Al Jazeera English terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman. Ramai diantara mereka adalah bekas tenaga kerja utama dari syarikat penyiaran dan agensi berita ternama seperti AFP, BBC, CNN, ITV dan Sky News. Al Jazeera English juga telah berjaya memikat ramai nama-nama besar dan tersohor dalam bidang penyiaran berita seperti David Frost, Rageh Omaar, Riz Khan, Teymoor Nabili dan Veronica Pedrosa.

Belakang tabir

[sunting | sunting sumber]

PENGARAH & TIMBALAN PENGARAH

Berikut adalah senarai tenaga kerja utama pengurusan Al Jazeera English.

Pengarah Urusan: Nigel Parsons
Timbalan Pengarah Urusan, Berita dan Perancangan: Ibrahim Helal
Pengarah Berita dan Rancangan: Steve Clark
Timbalan Pengarah Berita: Al Anstey
Timbalan Pengarah Rancangan: Coleena Reid
Pengarah Editor: Omar Bec
Pengarah Reka Kreatif: Morgan Almeida
Pengarah Komersil: Lindsey Oliver
Pengarah Sumber Manusia: Wendy Fagan
Pengarah Kejuruteraan: Colin Sherriff


KETUA EDITOR DAN KETUA BIRO BERITA

Berikut adalah senarai ketua editor dan ketua biro berita Al Jazeera English.

Ketua Editor: Ahmad al-Sheikh
Ketua Editor, Laman Sawang dan Media Baru: Russell Merryman
Ketua Biro, Afrika: Andrew Simmons
Ketua Biro, Kuala Lumpur: Trish Carter
Ketua Biro, London: Sue Phillips
Ketua Biro, Moscow: Olga Stukalova
Ketua Biro, India: Anmol Saxena
Ketua Biro, Washington D.C: Will Stebbins

Hadapan tabir

[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai tenaga kerja hadapan tabir Al Jazeera English.

Penyampai berita & wartawan lokasi

[sunting | sunting sumber]
Wartawan lokasi:-
Afrika: Mohammed Adow
Selatan Afrika: Kalay Maistry
Abidjan: Gabrielle Menezes
Harare: Supa Mandiwanzira
Kaherah: Amr El Kahky
Nairobi: Haru Mutasa
Pusat penyiaran: Washington DC
Penyampai/personaliti berita:
Anand Naidoo
Dave Marash
Ghida Fakhry
Kimberly Halkett
Wartawan lokasi:
PBB, New York: Mark Seddon
Buenos Aires: Lucia Newman
Caracas: Mariana Sanchez
New York: Kristen Saloomey
Washington D.C: Rob Reynolds dan Viviana Hurtado


Pusat penyiaran: Kuala Lumpur
Penyampai/personaliti berita:
Divya Gopalan
Hamish MacDonald
Laura Kyle
Teymoor Nabili
Veronica Pedrosa
Wartawan lokasi
Asia: Tony Birtley
Asia Tenggara: David Hawkins
Beijing: Tony Cheng
Delhi: Rajesh Sundaram dan Zain Awan
Islamabad: Kamal Hyder
Jakarta: Step Vaessen
Manila: Marga Ortigas
Sydney: Dan Nolan


Pusat penyiaran: London
Penyampai/personaliti berita:
Barbara Serra
Felicity Barr
Laurence Lee
Nick Clark
Stephen Cole
Wartawan lokasi:
Eropah: Barnaby Phillips
London: Alan Fisher
Moscow: Jonah Hull


Timur Tengah
[sunting | sunting sumber]
Pusat penyiaran: Doha
Penyampai/personaliti berita:
Darren Jordon
David Foster
Imran Garda
Jane Dutton
Julie MacDonald
Kamahl Santamaria
Lauren Taylor
Maryam Nemazee
Sami Zeidan
Shiulie Ghosh
So Rahman
Wartawan lokasi:
Timur Tengah: Rula Amin
Baitulmaqdis: Jacky Rowland
Beirut: Zeina Khodr
Doha: Hashem Ahelbarra , Hoda Abdel-Hamid, James Bays, John Cookson dan Mike Hanna
Gaza: Nour Odeh
Ramallah: Walid Batrawi
Penyampai & wartawan sukan:
Andrew Richardson
Brendan Connor
Carrie Brown
Dara McIntosh
Joanna Gasiorowska
Rahul Pathak
Wayne Hay
Penyampai laporan cuaca:
Steff Gaulter

Pengacara rancangan

[sunting | sunting sumber]

Penjenamaan

[sunting | sunting sumber]

Bagi tujuan penjenamaan, Al Jazeera English telah melantik sebuah syarikat rekaan dan produksi terkemuka dari Manhattan, New York, uvphactory (UVPH) bagi tujuan tersebut. Hasilnya, tenaga kerja kreatif UVPH yang diketuai oleh Alexandre Moors dan Brian Welsh telah menghasilkan pakej grafik berita, 8 identiti animasi tiga dimensi (3D) 15 saat dan 30 identiti aksi langsung 15 saat untuk Al Jazeera English. Berikut adalah senarai tenaga kreatif UVPH yang terlibat dalam projek penjenamaan tersebut.


Pengasas: Scott Sindorf dan Damijan Saccio
Pengarah/Pengarah Kreatif: Alexandre Moors
Penerbit Eksekutif: Brian Welsh
Pereka:
  • Alexandre Moors
  • Bashir Hamid
  • Colin Hess
Ketua Animasi 3D:
  • Scott Sindorf
  • Bashir Hamid
Animasi 3D: Ryan Bradley
Pengatur Huruf:
  • Bashir Hamid
  • Shuyi Wu
  • John Stanch
Editor: Robert Lopuski
Pengarah Fotografi: Brian O'Carroll
Pengurus Produksi: Melissa Sarno


Program perisian Adobe After Effects 7.0, Adobe Illustrator CS, Adobe Photoshop CS, Apple Final Cut Pro 5.0, Next Limit’s RealFlow fluid simulator, Softimage|XSI 5.1 dan Syflex Cloth Simulator menjadi pilihan para tenaga kreatif UVPH bagi menghasilkan projek penjenamaan tersebut. Berikut adalah hasil kerja UVPH untuk Al Jazeera English.

  • Grafik berita utama
UVPH menggunakan animasi 3D bagi grafik pembuka tirai berita Al Jazeera English. Menurut pengarah reka kreatif Al Jazeera English, Morgan Almeida, garis lurus pada rekaan grafik tersebut adalah jelmaan longitut bumi yang mewakili peredaran masa, selaras dengan matlamat dan konsep saluran tersebut bersiaran merentasi semua zon masa bumi. Berikut adalah urutan grafik pembuka tirai berita Al Jazeera English.
Klip video contoh: Video 1


  • Identiti animasi 3D
Bagi penjenamaan identiti saluran berkenaan, UVPH telah menghasilkan 8 identiti animasi 3D 15 saat. Menurut pengarah kreatifnya, Alexandre Moors, rekaan tersebut mendapat ilham daripada kebudayaan masyarakat Arab seperti warna dan tekstur. Animasi logo dan logo adalah hasil reka cipta Bashir Hamid.
Klip video contoh: Koleksi 1 dan Koleksi 2


  • Identiti aksi langsung
Bagi menghasilkan 30 klip identiti aksi langsung 15 saat, UVPH telah menghantar sepasukan tenaga pakarnya ke Afrika Selatan bagi menjalani sesi pengambaran. Pemilihan Afrika Selatan dibuat berdasarkan kepada kepelbagian sumber semulajadi & ciptaan manusia, keindahan alam flora & fauna serta geografi dan lanskap menarik negara tersebut. Secara keseluruhannya pasukan UVPH telah meluangkan masa selama 35 jam di dalam helikopter merakam latar bandaraya Cape Town, Durban dan Johannesburg dari udara dengan menggunakan kamera definisi tinggi Panasonic Varicam. Selain Afrika Selatan, identiti aksi langsung turut dirakam di London, New York, Rom, Belanda, Kemboja dan beberapa bandaraya dan negara lain.
Klip video contoh: Koleksi 1, Koleksi 2 dan Koleksi 3

Jumlah capaian antarabangsa Al Jazeera English dianggarkan pada sekitar 80 juta isi rumah. Ia kini merupakan antara tiga saluran berita 24 jam berbahasa Inggeris terbesar di dunia selepas BBC World dan CNN International.

Berikut adalah beberapa petikan menarik dari saluran Al Jazeera English.

  • "Lakukan perkara yang betul, untuk tujuan yang benar. Dan itulah yang saya lihat Al Jazeera lakukan." - Josh Rushing, 2006, Al Jazeera English.
  • "Saya dengar lebih banyak mengenai kebenaran, dan mendapat kebenaran dalam cerita saya, bandingkan dengan mengawal maklumat, seperti yang saya lakukan semasa menjadi jurucakap. - Josh Rushing, 2006, Al Jazeera English.
  • "Kita akan melihat di semua kawasan yang diabaikan oleh media barat." - Dave Marash, 2006, Al Jazeera English.
  • "Sekiranya ia (berita) wajar, ianya akan keudara, mahupun ia Bush ataupun Bin Laden." - Barbara Serra, 2006, Al Jazeera English.