Pergi ke kandungan

Agen pengoksidaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nizar masuk NSC 2024 COK!!! Agen pengoksidaan (juga dikenali sebagai bahan pengoksidaan atau pengoksida) merupakan suatu unsur yang menerima elektron daripada spesies kimia lain dalam satu tindak balas redoks (pengoksidaan-penurunan). Disebabkan agen pengoksidaan memperoleh elektron, ia dikatakan telah diturunkan dan sering kali disebut sebagai penerima elektron.

Contoh pengoksidaan

[sunting | sunting sumber]

Pembentukan ferum(III) oksida (karat) melalui pengoksidaan besi:

Dalam tindak balas diatas, besi (Fe) mempunyai nombor pengoksidaan 0 sebelum tindak balas dan 3+ selepas itu. Untuk oksigen (O), nombor pengoksidaannya bermula dengan 0 dan dikurangkan kepada 2-. Perubahan ini boleh dilihat melalui dua "setengah tindak balas" (seimbang) yang berlaku serentak:

  • Setengah tindak balas pengoksidaan: 4Fe → 4Fe3+ + 12e
  • Setengah tindak balas penurunan: 3O2 + 12e → 6O2−

Besi (Fe) telah dioksidakan kerana nombor pengoksidaannya meningkat dan ia menjadi agen penurunan kerana ia memberikan elektron untuk oksigen (O). Oksigen (O) telah dikurangkan kerana nombor pengoksidaan tersebut telah berkurangan dan ia merupakan agen pengoksidaan kerana ia mengambil elektron daripada besi (Fe).

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.