Adik-beradik Montgolfier
Joseph-Michel Montgolfier (26 Ogos 1740 – 26 Jun 1810) dan Jacques-Étienne Montgolfier (6 Januari 1745 – 2 Ogos 1799) merupakan pencipta belon udara panas gaya Montgolfière, yang dipanggil globe aérostatique. Adik-beradik ini berjaya melancarkan penerbangan belon yang pertama kalinya membawa manusia ke udara, dengan penerbangan Etienne.[1][2] Kemudian, pada bulan Disember 1783, sebagai tanda pengiktirafan kejayaan mereka, bapa mereka Pierre dinobatkan sebagai ahli bangsawan dan diberi gelaran de Montgolfier oleh Raja Louis XVI dari Perancis.
Pertunjukan awam
[sunting | sunting sumber]Adik-beradik Montgolfier membuat keputusan untuk mengadakan pertunjukan awam dengan belon bagi membuktikan yang merekalah yang mencipta belon. Mereka membuat belon berbentuk glob daripada kain guni dengan tiga lapisan kertas nipis di dalamnya. Sampul ini dapat mengandungi hampir 790 m³ (28,000 kaki padu) udara dan berat sebanyak 225 kg (500 lb). Belon dibuat daripada empat bahagian (kubah dan tiga jalur lateral) dan dipasang dengan menggunakan 1,800 biji butang. Serawan jala ikan diperbuat daripada tali pintal menyelubungi bahagian luar sampul belon.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.