A Christmas Carol
Buku / Novel | |
{{{imej}}} | |
A Christmas Carol Karol Krismas | |
---|---|
Siri | - |
Pengarang Asal | Charles Dickens |
Penterjemah | Tidak diketahui |
ISBN | - |
Kod Buku | - |
Saiz | - |
Genre | Tidak diketahui |
Terbitan | Chapman and Hall |
Negara | Tidak diketahui |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Tahun Keluaran | 1843 |
Bilangan Muka Surat | Tidak diketahui |
Harga | Tidak diketahui |
A Christmas Carol atau Karol Krismas (atau tajuk penuhnya: A Christmas Carol in Prose, Being a Ghost Story of Christmas - Karol Krismas dalam Prosa, Menjadi Kisah Hantu Krismas) merupakan "buku kecil Krismas" pertama Charles Dickens yang diterbitkan pada 19 Disember,[1] 1843 dan diilustrasikan oleh John Leech. Kisah tersebut berjaya dengan jualan enam ribu naskhah dalam masa seminggu. Pada asalnya, cerita ini dikarang hanya untuk dijual agar dapat membayar hutang Dickens,[2] tetapi cerita tersebut menjadi popular dan bertahan hingga Krismas kini.
Malah, ketika itu, kepopularan cerita itu memainkan peranan penting dalam mentakrifkan semula Krismas dan sentimen utama perayaan tersebut. Beberapa pembaca moden menyedari yang A Christmas Carol dikarang ketika tradisi lama Krismas sudah kurang diamalkan. "Jika Krismas, dengan budaya lama dan ramah, amalan kemurahan dan sosial, dalam bahaya, buku inilah yang akan memberikan nafas baru," kata pemuisi Inggeris Thomas Hood dalam pandangannya dalam Hood's Magazine and Comic Review (Januari 1844, muka 68).[3]
Ringkasan plot
[sunting | sunting sumber]Templat:Spoiler A Christmas Carol merupakan cerita moral era Victoria tentang si kedekut tua dan dingin, Ebenezer Scrooge, yang mengalami pengalaman yang mendorongnya untuk bertaubat dalam masa satu malam. Encik Scrooge merupakan ahli kewangan yang banyak menghabiskan masa menumpukan usahanya mengumpul harta dan wang. Dia tidak kisah akan persahabatan, cinta dan musim Krismas pun.
Dalam memastikan yang analogi muzik tetap wujud dalam "A Christmas Carol", Dickens membahagikan hasil kerjanya kepada "rangkap" (stanza) berbanding bab. Kisah tersebut bermula dengan Jacob Marley, rakan perniagaan Scrooge dalam "Scrooge & Marley," meninggal dunia — karangan tujuh tahun selepas kematiannya hinggalah kini, Malam Krismas. Scrooge dan keraninya, Bob Cratchit, sedang bekerja di firma kira-kira dengan Cratchit ditempatkan di kawasan teruk, yang juga merupakan mangsa kebakhilan majikannya. Anak saudara Scrooge, Fred, datang untuk mengucapkan "Selamat Krismas" kepada bapa saudaranya dan menjemputnya ke jamuan makan malam Krismas pada keesokan harinya.
Dia dihalau dengan kata-kata kesat. Dua orang lelaki kemudiannya datang dengan membawa derma amal bagi si miskin dan meminta ehsan daripada Scrooge tetapi mereka juga dihalau dengan menyalahkan badan kebajikan dan undang-undang yang tidak menguruskan kebajikan si miskin. Apabila Scrooge diberitahu yang ramai lebih sanggup mati dari berjumpa dengannya, dia dengan tidak berhati perut berkata, "Jika mereka lebih sanggup mati... mati sajalah, dan mengurangkan pertambahan penduduk." Pada penghujung hari tersebut, Scrooge dengan berat hati membenarkan Cratchit bercuti pada Hari Krismas tetapi digesa untuk datang awal pada hari kemudiannya
Scrooge meninggalkan firmanya lalu pulang ke rumah, sebuah rumah terpencil yang dimiliki mendiang rakan seperniagaannya, Jacob Marley. Untuk menunjukkan betapa teruknya sifat kedekut watak Scrooge, beliau tinggal dalam suite yang biliknya tidak diisi banyak perabot serta sanggup mengekalkan kesuraman dan kedinginan biliknya (Sebahagian bangunan tersebut dijadikan ruang pejabat rumah). Apabila dia membuka pintu, Scrooge terkejut melihat wajah hantu Marley di tombol pintunya. Itu hanyalah permulaan malam Scrooge yang bakal mengganggu perasaannya kemudian.
Bayangan kereta mayat muncul di tangga dalam kekelaman malam tersebut, sisipan bolt dan hempasan pintu berlaku di mana saja di dalam rumah serta bunyi keleneng loceng lama yang tak dapat diterangkan kedengaran sebaik sebelum munculnya Marley ketika Scrooge mengrehatkan lelahnya di tepi pendiangan. Marley datang memberi amaran kepada Scrooge yang kebakhilan dan penghinaannya terhadap orang lain akan menyebabkan Scrooge menerima nasib yang sama seperti Marley terima selepas mati: dilaknat dan dan dipaksa untuk bertaubat memandangkan dia tidak pernah melakukan amal kebaikan ketika hidup. Lambang betapa penyiksaan ke atas Marley adalah rantai berat yang membelenggunya yang mewakili hidup Marley dengan logam: belebas, kotak wang, kunci dan yang sepertinya. Marley menerangkan yang nasib Scrooge akan lebih teruk kerana rantai Scrooge adalah sama panjang dan berat dengan rantai Marley ketika dia baru mati tujuh tahun dahulu malah siksa Scrooge akan lebih lagi dengan hidupnya yang mementingkan diri sendiri. Marley turut memberitahu Scrooge yang dia masih mempunyai peluang lagi untuk terlepas daripada nasib sebegitu melalui kedatangan tiga lagi roh yang akan muncul satu per satu. Scrooge menggigil tetapi tidak dapat meyakinkan dirinya yang semua itu adalah halusinasi lalu dia masuk tidur memandangkan dia berfikir bahawa tidur yang lena dan cukup akan membuatkan keadaan lebih baik.
Pada pukul satu pagi, roh pertama muncul dan memperkenalkan dirinya sebagai Hantu Krismas Silam. Roh tersebut membawa Scrooge ke saat yang paling gembira dan sedih yang pernah dialami Scrooge ketika suatu masa dahulu, perkata yang bakal membentuk keperibadian Scrooge sekarang. Hal tersebut termasuklah pengabaian bapa Scrooge (yang langsung tidak melawat anaknya di sekolah asrama termasuk Krismas), kehilangan cintanya yang dikorbankan demi perniadaan dan kematian satu-satunya kakaknya, satu-satunya orang yang memberikan kasih sayang dan perhatian ke atasnya. Memandangkan Scrooge tidak mampu menahan kenangan yang menyiksakan dan kekesalannya, Scrooge menyelubungi roh tersebut dengan sumbu lilin yang besar yang dibawa roh tersebut dan pulang ke biliknya dengan jam yang kembali menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Pada pukul satu pagi (sekali lagi) roh kedua muncul, Hantu Krismas Kini, yang menunjukkan keluarga Cratchit menyambut Krismas dengan tidak seberapa, anak lelaki mereka yang baik dan capik kakinya, Tiny Tim, dan bagaimana anak kecil tersebut akan mati awal; hal ini menjadi pemangkin akan berubahnya hati Scrooge. Hantu tersebut turut menunjukkan betapa anak saudara Scrooge yakin yang bapa saudaranya itu bakal berubah, konsep yang melembutkan hati Scrooge yang yakin dirinya dapat berubah kepada dan diterima. Kemudian, Hantu tersebut mendedahkan punca utama yang menyebabkan kesengsaraan di dunia, "Pengabaian" dan "Kehendak", dengan amaran tegas yang dulu lebih teruk. Pada penghujung lawatan tersebut, Scrooge pulang ke biliknya dan jam kembali ke menunjukkan tengah malam.
Roh ketiga muncul betul-betul selepas tengah malam. Hantu Krismas Mendatang bayangan yang menggerunkan dan lebih menakutkan berbanding roh yang lain, (seperti lembaga berjubah hitam dan badannya tidak kelihatan apa-apa melainkan satu tangan yang menunjuk), mengganggu perasaan Scrooge dengan keadaan keluarga Cratchit bersedih dengan kehilangan Tiny Tim, kematian Scrooge dan siksaan terakhir, tindak balas masyarakat sekeliling selepas kematian Scrooge. Tanpa perlu berkata, Scrooge sedar yang dia boleh mengubah nasibnya, dan juga Tiny Tim - tetapi hanya jika dia berubah.
Pada penghujungnya, Scrooge mengubah hidupnya dan berubah menjadi pemurah, baik hati seperti dulu iaitu ketika sebelum kematian kakaknya.
Kisah ini mengaitkan dua tema Dickens, penindasan sosial dan kemiskinan, hubungan antara duanya dan sebab serta akibatnya. Ia ditulis dengan mendadak dan tegas dengan pesanannya melalui tajuk "The Sledgehammer" ("Tukul Besi"). Edisi pertama A Christmas Carol diilustrasikan oleh John Leech, artis berpolitik radikal yang dalam kartun "Substance and Shadow" ("Bahan dan Bayang") yang dicetak pada 1843 yang mengkritik artis yang gagal membawa isu sosial.
Nota kaki
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Michael Patrick Hearn, The annotated Christmas carol: a Christmas carol in prose / by Charles Dickens, W. W. Norton and Co., 2004, ISBN 0-393-05158-7
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: A Christmas Carol. |
Edisi dalam talian
- A Christmas Carol, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg
- Free audiobook at LibriVox
- A Christmas Carol Diarkibkan 2006-12-10 di Wayback Machine - Easy to read HTML version.
- A Christmas Carol - Special Collections, University of Glasgow (with illustrations).
- A Christmas Carol - Cell / Mobile Phone Version.
Lain
- Victoria Web's Diarkibkan 2006-10-31 di Wayback Machine - discussion of Washington Irving and A Christmas Carol.
- Victoria Web's Diarkibkan 2006-09-27 di Wayback Machine - discussion of Scrooge.