Pergi ke kandungan

AIDC F-CK-1 Ching-kuo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
F-CK-1 Ching-kuo
Peranan Pesawat pejuang
Negara pengeluar Republik China (Taiwan)
Pengeluar Aerospace Industrial Development Corporation
Penerbangan sulung 1989
Mula digunakan 1992[1][2]
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Taiwan
Dikeluarkan 1980’an-1999 (model A/B)
Jumlah dibina 131 buah
Kos seunit AS$ 24 juta (anggaran)[3]

AIDC F-CK-1 Ching-kuo (經國號戰機) adalah sebuah pesawat pejuang ringan Tentera Udara Republik China yang dinamakan sempena bekas Presiden Taiwan Chiang Ching-kuo. Pesawat ini telah memasuki perkhidmatan pada 1992, dan sejumlah 131 buah pesawat telah dibina sehingga tahun 1999.

Walaupun dinamakan dan dikenali sebagai Indigenous Defence Fighter (IDF), projek ini adalah merupakan satu usahasama di antara firma pertahanan Taiwan dan Amerika Syarikat, manakala pemasangan akhir dilakukan oleh Aerospace Industrial Development Corporation (AIDC) yang beroperasi di Taichung, Taiwan. Program IDF bermula apabila perolehan pesawat F-20 Tigershark terjebak dalam masalah politik.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pencarian awal bagi mengantikan angkatan pesawat F-5 dan F-104 milik Tentera Udara Taiwan bermula dengan projek pesawat pejuang tempatan XF-6, kemudiannya dinamakan Ying Yang, pada penghujung 1970-an. Setelah A.S mewujudkan hubungan rasmi dengan Republik Rakyat China dan mengakhiri Perjanjian Pertahanan Bersama dengan Taiwan, Presiden Chiang Ching-Kuo telah memutuskan untuk membesarkan industri pertahanan tempatan dan pada 28 Ogos, 1980, telah mengarahkan AIDC untuk mereka sebuah pesawat pejuang berkelajuan tinggi buatan tempatan. Asalnya, Tentera Udara Taiwan memberi keutamaan projek XF-6 selepas program pesawat penyerang XA-3 Lei Ming kerana percaya projek XF-6 berisiko tinggi.[4]

Persetujuan Kenyataan Bersama di antara A.S dengan Republik Rakyat China pada 1982, yang mana menghadkan penjualan senjata kepada Taiwan, telah menamatkan kemungkinan Tentera Udara Taiwan untuk memperoleh pesawat F-16 atau F-20, oleh itu memastikan kesinambungan projek pesawat pejuang buatan tempatan. Walaupun Presiden Ronald Reagan keberatan untuk menerima cadangan para penasihatnya berkenaan pembinaan hubungan dengan Republik Rakyat China bagi menentang Kesatuan Soviet, Reagan memutuskan untuk mengimbangi Kenyataan Bersama Amerika Syarikat-China 1982 dengan Persetujuan "Enam Jaminan" dengan Taiwan. Ini telah membuka pintu bagi memindahkan teknologi dan bantuan kepada industri pertahanan Taiwan, termasuk projek IDF.

Reka bentuk

[sunting | sunting sumber]
Model pra-pengeluaran F-CK-1A.

AIDC secara rasminya telah memulakan projek pembangunan IDF pada 1982 di atas kegagalan Tentera Udara Taiwan untuk memperoleh pesawat pejuang baru daripada Amerika Syarikat berikutan tekanan politik daripada Republik Rakyat China. Projek ini dinamakan An Hsiang dan dibahagikan kepada empat bahagian pada 1983:

IDF telah direka untuk menentang pesawat J-8 dan J-7 milik Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat China, serta pesawat-pesawat terbarunya seperti J-12, dengan tujuan pesawat IDF akan memiliki keupayaan setara dengan pesawat F-16 dan Mirage 2000, setelah kedua-dua pesawat pejuang F-16 dan Mirage 2000 telah ditawarkan kepada TUTPRC sebelum 1989.[perlu rujukan] Halangan terbesar yang ditempuh oleh kumpulan yang membangunkan janakuasa dan dorongan pesawat adalah dalam percubaan untuk membangunkan atau memperoleh enjin jet terkini yang bersesuaian. Terdapat juga spekulasi bahawa penggunaan enjin yang kurang berupaya disebabkan oleh alasan politik dan bukannya oleh alasan teknikal. Dipercayai, pihak A.S tidak mahu melihat Taiwan memprovokasi China dan oleh itu mandated IDF memiliki "jarak tidak melebihi pesawat F-5E" dan "keupayaan serangan darat tidak melangkaui keupayaan pesawat F-16". Walauapapun alasan yang diberikan, kebanyakan orang mempercayai bahawa pesawat F-CK-1 adalah kurang berkuasa, bermakna keupayaannya tidak setara dengan pesawat-pesawat pejuang Taiwan yang lain (seperti contoh F-16 Blok 20).[perlu rujukan]

Pandangan hadapan pesawat F-CK-1A

F-CK-1 A/B An Hsiang

[sunting | sunting sumber]

Ujian penerbangan sulung berjaya dilakukan oleh FSD A1 pada 28 Mei, 1989. Versi dua tempat duduk, FSD B1, pula telah membuat penerbangan sulung pada 10 Julai, 1990.[5] Penembakan peluru berpandu udara ke udara Tien-Chien II (Sky Sword II) pula berjaya dilakukan pada 1992, dan Tentera Udara Taiwan mewujudkan skuadron pertama pesawat F-CK-1 pada tahun berikutnya.

Pesanan awal Tentera Udara Taiwan bagi 250 buah pesawat telah dikurangkan kepada 130 buah pada 1991, berikutan perjanjian pembelian 150 buah pesawat F-16 Blok 20 A/B dan 60 buah Dassault Mirage 2000-5E/F dengan Amerika Syarikat dan Perancis. Pesawat IDF A/B terakhir dikeluarkan pada 1999.[3]

F-CK-1 C/D Hsiang Sheng

[sunting | sunting sumber]

Kementerian Pertahanan Kebangsaan (KPK), Taiwan mengumumkan bermula pada 2001, kerajaan akan memperuntukkan belanjawan baru bagi rancangan meningkat upaya pesawat IDF (sepertimana dalam lima cadangan KPK untuk membantu AIDC). Lima cadangan tersebut adalah:

  1. Program tingkat upaya pesawat-pesawat AT-3, IDF, dan F-5 pada masa depan akan diberikan pada AIDC.
  2. Helikopter Utiliti Tentera Darat, pesawat ASW jarak jauh untuk Tentera Laut Taiwan, helikopter untuk Tentera Marin, dan pesawat pengangkut Tentera Udara akan dikeluarkan dan dipasang oleh firma-firma tempatan yang berkelayakan dengan kerjasama firma-firma luar negara yang pada asalnya mengeluarkannya.
  3. CSIST dan AIDC akan secara bersama menubuhkan pasukan untuk membuat perancangan awal bagi perolehan pesawat pejuang generasi baru untuk Tentera Udara Taiwan, bagi menilai kaedah-kaedah perolehan dan konsep cadangan.
  4. Kerjasama bersama antara AIDC dengan firma-firma luar negara atau bersekutu dengan firma-firma tempatan akan diberi keutamaan dalam perkhidmatan dan peyelenggaraan pesawat ketenteraan.
  5. Pada masa depan, pihak tentera akan diberi tanggungjawab untuk ujian penerbangan sistem senjata, latihan peperangan elektronik, menunda dron-dron udara, penyelenggaraan avionik, dan rancangan perolehan persenjataan kepada AIDC, dalam situasi di mana AIDC memiliki keupayaan professional manakala pihak tentera pula tidak memilikinya.[6] Ini merupakan sebahagian dari rancangan penyelidikan dan pembangunan tujuh tahun pesawat IDF C/D (TK2001~TK2007), yang mana memperuntukan DT 10 juta setiap tahun yang berjumlah DT 70 juta untuk kedua-dua CSIST dan AIDC. Laporan awal media menyatakan pesawat IDF yang ditingkat upaya akan dikenali sebagai "Platfom Langkah balas Bersama".[7]

Semasa temuramah dengan Jane's Defence Weekly pada 2006, bekas Pengerusi AIDC Sun Tao-Yu telah mengatakan bahawa dua buah pesawat prototaip baru telah dikeluarkan. Pesawat prototaip yang telah dipertingkat upaya ini akan membolehkan IDF untuk membawa tambahan 771 kg bahan api. Sebagai tambahan, ia juga termasuk sut avionik ditambahbaik, pemasangan semula keupayaan peperangan elektronik, dan sistem persenjataan terbaru. Giar pendaratan juga telah diperkukuhkan untuk menempatkan muatan dan bahan api tambahan, akan tetapi rancangan untuk fiuslaj halimunan menyerap radar dielectrik telah digugurkan atas kebimbangan faktor terlebih berat. Projek ini terdiri daripada tiga fasa iaitu:

  1. Meningkatkan keupayaan untuk membawa peluru berpandu udara ke udara BVR TC-2 Sky Sword daripada dua buah kepada empat buah. Mengintegrasikan peluru berpandu anti radar TC-2A dan bom berangkai Wan Chien.
  2. Meningkat upaya komputer-komputer misi, pertahanan diri melawan electronik, system peperangan electronik, sistem Pengenalan Kawan atau Musuh (AIFF) aktif dan radar permukaan bumi.
  3. Ujian udara dan darat. Sekiranya program ini diluluskan, perkhidmatan dijangka akan bermula pada 2010.[8][9]

Kontrak pembangunan untuk meningkat upaya computer kawalan penerbangan bagi pesawat IDF C/D telah dianugerahkan kepada BAE System pada 2002. Komputer ini memiliki pemproses berasaskan PowerPC 32-bit dengan pemprosesan / pengiraan yang lebih pantas, kebolehpercayaan tinggi, dan integrasi lebih baik dengan sistem avionik. AIDC mengatakan penambahbaikan pada komputer sistem penerbangan akan menjadikan pesawat lebih selamat dan berkeupayaan tinggi ".[10]

Pada awalnya AIDC merancang untuk melancarkan prototaip pesawat IDF C/D semasa Hari Kebangsaan, iaitu 10 Oktober, 2006.[11] Bagaimanapun, ujian penerbangan sulung pesawat IDF yang ditingkat upaya dilaporkan berjaya dilaksanakan lebih awal dari dijadualkan pada awal Oktober.[12] Keputusan untuk mengeluarkan pesawat belum lagi diumumkan. Bagaimanapun, beberapa media telah membuat spekulasi berkenaan penamatan projek Hsiang Sheng, disebabkan oleh minat Tentera Udara Taiwan baru-baru ini untuk memperoleh pesawat F-16 Blok 50/52 dan ketidak yakinan beberapa pegawai Tentera Udara Taiwan dalam projek tingkat upaya pesawat IDF.[13][14]

Semasa lawatan ke kilang AIDC di Taichung Shalu pada 27 Mac, 2007, Presiden Chen Shui-Bian telah menyaksikan ujian penerbangan F-CK-1D, dan telah mengumumkan pesawat IDF yang ditingkat upaya akan dinamakan sebagai Hsiung Ying (Brave Hawk), yang mana menandakan pesawat pejuang baru akan mempertahankan negara sama seperti Crested Goshawk.[15]

Sehingga Januari 2008, 70 buah F-CK-1 A/B akan diperuntukan untuk ditingkat upaya ke F-CK-1 C/D, berdasarkan beberapa pegawai AIDC dan Tentera Udara Taiwan, dua buah pesawat pertama F-CK-1 C telah diserahkan kepada Tentera Udara Taiwan pada Disember 2007.

Pesawat pejuang latihan lanjut IDF

[sunting | sunting sumber]
Pandangan kokpit F-CK-1C/D.

Berdasarkan media, konsep pesawat latihan AIDC IDF akan melibatkan penanggalan radar kawalan tembakan dan system-sistem pertempuran dan mengekalkan kawalan penerbangan di kerusi belakang, oleh itu pesawat IDF hanya akan digunakan sebagai pesawat pejuang latihan lanjut (LIFT). Tentera Udara Taiwan seolah-olah bersetuju dengan konsepnya, bagaimanapun, ia bermakna pesawat IDF LIFT tidak boleh digunakan semasa dalam peperangan.[16] Surat dari KPK mengatakan, "Berdasarkan laporan akhbar berkenaan keinginan AIDC untuk menggunakan pesawat pejuang IDF sebagai asas bagi pembangunan pesawat latihan supersonik, ia hanya merupakan konsep rancangan operasi syarikat. Pada masa ini, Kementerian Pertahanan Kebangsaan dan Tentera Udara tidak mempunyai rancangan tersebut". Surat itu juga mengatakan disebabkan kekangan peruntukan belanjawan Tentera Udara Taiwan akan meminta AIDC untuk memanjangkan jangka hayat pesawat latihan AT-3 dan menyambung penggunaan pesawat F-5 yang berperanan sebagai LIFT.[17] Pada 2003, bekas Pengerusi AIDC Chairman Huang Jung-Te berkata AIDC masih berharap Tentera Udara Taiwan mempertimbangkan untuk menggunakan versi asas pesawat IDF untuk peranan LIFT, dan konsep sebegini hanya bernilai serendah AS$ 16 juta seunit, dibandingkan dengan pesawat T-50 yang bernilai AS$ 19 juta.[18] Bagaimanapun, pengubahsuaian pesawat F-CK-1 LIFT atau konsep pesawat pengeluaran baru tidak pernah menerima dana atau kelulusan daripada pihak kerajaan.

Pada Mei 2006, Lt. Jeneral Cheng Shih-Yu memberi keterangan akan rancangan KPK untuk menghentikan penggunaan pesawat F-5E/F sebelum 2010 dan membenarkan pesawat IDF yang berada dalam perkhidmatan untuk mengambil alih misi-misi latihan.[19] Tidak dapat dipastikan jenis-jenis pengubahsuaian (sekiranya ada) yang akan dibuat ke atas pesawat IDF setelah pesawat ini menjadi sebuah pesawat latihan.

Harus diingatkan bahawa, kesemua juruterbang Tentera Udara Taiwan yang terpilih telah dihantar ke Amerika Syarikat dan Perancis untuk menerima latihan bagi pesawat pejuang F-16 Blok 20 dan Mirage 2000-5, juruterbang-juruterbang ini mesti telah menerbangkan pesawat IDF/F-CK-1 sekurang-kurangnya selama 6 bulan, yang mana menjadikan pesawat IDF berfungsi sebagai sebuah pesawat LIFT kecuali pada namanya.

Pesawat pejuang pertahanan termaju

[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa konsep awal untuk pembangunan lanjut projek IDF. Setelah versi asas IDF dimuktamadkan, kemungkinan langkah seterusnya penambahbaikan sistem-sistem, teknologi-teknologi baru, dan pengubahan bahan-bahan dan berat. Kemudian, versi termaju pesawat IDF seterusnya akan melalui pengubahsuaian konfigurasi, penambahbaikan keupayaan, teknologi-teknologi terkini, bahan-bahan baru, dan penggunaan persenjataan terkini. Akhirnya, rekabentuk generasi baru akan dilakukan. Bagaimanapun, ini hanya merupakan cadangan di atas kertas semata-mata, dan berlegar-legar dalam lingkungan AIDC.

Spesifikasi (F-CK-1)

[sunting | sunting sumber]
Prototaip F-CK-1D ("Brave Hawk"), dengan berlatarbelakang pesawat prototaip satu tempat duduk F-CK-1C.

Data dari GlobalSecurity.org,[3] Milavia,[20] TaiwanAirPower.org[21]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1-2
  • Panjang: 14.21 m (46 kaki 7 in)
  • Rentang sayap: 9.46 m (31 kaki 0 in)
  • Tinggi: 4.42 m (14 kaki 6 in)
  • Sayap luas: 24.2 m² (260 kaki²)
  • Berat kosong: 6,500 kg (14,300 lb)
  • Berat berisi: 9,072 kg (20,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 12,000 kg (27,000 lb)
  • Loji kuasa:Honeywell F125-70
    • Tujahan kering: 27 kN (6,000 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 42 kN (9,500 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

  • Radar: 1× GD-53 X-band denyutan Doppler
  • Jarak imbasan berkesan:
    • Look down: 39 km (24 batu)
    • Look up: 57 km (35 batu)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ 漢翔航空工業股份有限公司 (2018-10-18). "漢翔航空工業股份有限公司". Aidc.com.tw. Dicapai pada 2022-03-23.
  2. ^ "【武備巡禮】IDF經國號戰鬥機 國機國造捍衛領空". air.mnd.gov.tw.
  3. ^ a b c "Ching-kuo (Hsiung Ying) Indigenous Defense Fighter". GlobalSecurity.org. 2005-04-27. Dicapai pada 2006-05-14. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Hua Hsi-Chun (1999). Pejuang Udara (dalam bahasa China). Commonwealth publishing.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Pengenalan produk IDF, pesawat pejuang Ching-Kuo" (dalam bahasa China). AIDC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-10. Dicapai pada 2006-10-15.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Yeh Kun-Lang (2000-08-12). "Meningkatkan keupayaan pesawat pejuang Ching-Kuo, FY90 memperuntukan dana 10 juta" (dalam bahasa China). ETtoday. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Penyelidikan dan pembangunan IDF bagi tindak balas keupayaan pertahanan diri" (dalam bahasa China). United Daily. 2000-07-31. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Jane menyatakan Taiwan telah bersedia untuk menguji pesawat pejuang yang ditingkat upaya". Taiwan News. 2006-04-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-28. Dicapai pada 2006-10-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Versi IDF ditambahbaik akan diuji". Taipei Times. 2006-04-17. Dicapai pada 2006-10-18. Check date values in: |date= (bantuan)
  10. ^ "BAE SYSTEMS Komputer kawalan penerbangan akan digunakan pada pesawat pejuang terbaru Taiwan". Kenyataan akhbar BAE melalui Business Wire. 2006-11-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2006-11-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "AIDC akan melancarkan pesawat pejuang ditingkat upaya pada 10 Oktober" (dalam bahasa China). Central News Agency. 2006-07-01. Cite has empty unknown parameter: |5= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)[pautan mati kekal]
  12. ^ "Ujian jet pejuang ditingkat upaya dikatakan berjaya dilaksanakan - laporan". Taiwan News. 2006-10-06. Check date values in: |date= (bantuan)
  13. ^ "12 buah pesawat pertama memasuki perkhidmatan, Aturgerak pesawat J-10 Zhe-Jiang telah mengancam pesawat pejuang kita" (dalam bahasa China). Edisi talian China Times. 2007-01-21. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Hsu Shao-Hsuan (2007-03-16). "Pesawat dua tempat duduk Hsiang Sheng, berjaya melakukan penerbangan sulung semalam" (dalam bahasa China). Liberty Times. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Chen Yi-Wei (2007-03-27). "Keputusan Hsiang Sheng dipamerkan, pesawat pejuang baru dinamakan Presiden sebagai Hsiung Ying" (dalam bahasa China). Central News Agency. Dicapai pada 2007-03-27. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ Lu Chao-Lung (2000-07-15). "AIDC mendesak untuk membangunkan kelainan IDF" (dalam bahasa Chinese). China Times. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ Kementerian Pertahanan Negara (2000-08-14), "Eksekutif Yuan Surat#904492, Surat Ahli Perundangan Taiwan #4-3-32-4280", ROC Legislative Yuan Communiqué Vol 89 #50 Yuan Record (dalam bahasa China), ROC Legislative YuanCS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ Cheng Chi-Wen (2003-04-04). "Temuramah: Pengerusi AIDC, Jeneral Huang Jung-Te" (dalam bahasa China). DIIC Magazine melalui laman web AIDC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-10. Dicapai pada 2008-09-30. Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "KPK merancang untuk membeli pesawat pejuang baru". Central News Agency. 2006-05-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-29. Dicapai pada 2006-10-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  20. ^ Hillebrand, Niels (2005-09-06). "AIDC Ching-Kuo F-CK-1 (IDF)". Milavia. Dicapai pada 2006-05-14. Check date values in: |date= (bantuan)
  21. ^ Wei-Bin Chang (2006-05-27). "AIDC F-CK-1A/B Ching Kuo Indigenous Defense Fighter". TaiwanAirPower.org. Dicapai pada 2006-06-18. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]