Iman Nabila
Iman Nabila | |
---|---|
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Shuhaimi Lua |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Bahagiamu Deritaku" oleh Hafiz Suip |
Lagu penutup | "Bahagiamu Deritaku" oleh Hafiz Suip |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 16 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Sinematografi | Zamri Chek |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 10 Jun 2013 – 4 Julai 2013 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kalau Bukan Aku |
Diikuti oleh | Hujan |
Iman Nabila ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 dibintangi oleh Shahz Jaszle dan Elfaeza Ul Haq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 10 Jun 2013 hingga 4 Julai 2013 menggantikan Kalau Bukan Aku.[2][3]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Kisah Iman Nabila bermula ketika Tuan Arshad (Mahmud Ali Basha) memberi amaran kepada menantunya, Salimah (Tengku Sariza). Jika anak kedua Salimah ialah perempuan, dia akan meminta Harris (Wan Shades) berkahwin lagi. Salimah kecewa dengan ugutan bapa mertuanya lalu memberitahu ibunya, Mardiah (Aida Khalida). Mardiah merancang sesuatu. Jika Salimah melahirkan cucu perempuan, dia nekad mendapatkan cucu lelaki untuk besannya walau dengan apa cara sekalipun.
Mardiah membeli anak Aida, ibu muda yang ditinggalkan suami dengan harga RM 5000 untuk menjadi cucu Tuan Arshad. Manakala, Nabila (El Faeza) diserahkan kepada Halimah (Fazlina), saudaranya di kampung yang menjaga Nabila hanya kerana wang semata-mata. Harris memarahi Salimah yang melahirkan anak lelaki kerana ini bermakna anaknya yang akan mewarisi harta bapanya, bukan dia.
13 tahun kemudian di Kuala Lumpur, Iman (Shahrizal) membesar sebagai remaja degil dan selalu menunjukkan protes kepada datuknya, Tuan Arshad. Jika permintaannya tidak dipenuhi, Iman akan mengugut untuk melakukan pelbagai perkara termasuk terjun dari balkoni. Kakak Iman, Yasmin (Siti Elizad) pula merasa terpinggir kerana Tuan Arshad tidak melayan permintaannya.
Nabila kini menjadi gadis sunti. Dia terpaksa hidup dengan apa yang diberikan Halimah. Malah, jarang sekali diberi wang saku. Dia juga menjadi tempat Halimah melepaskan marah dan geram. Walau bagaimanapun, Nabila seorang yang tabah, rajin dan bijak sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang.
Suatu hari, Tuan Arshad merungut ketika menunggu Haris, Iman dan Yasmin di bilik mesyuarat. Ketiga-tiganya tidak muncul. Harris masih tidur di rumah kekasihnya, Iman pula baru pulang dari berfoya-foya manakala Yasmin masih keletihan kerana terlibat dengan pembikinan iklan komersil. Mardiah menyaksikan keadaan huru-hara di rumah Tuan Arshad. Melihat perangai Iman, Mardiah menyesal kerana menjadikan Iman cucu Tuan Arshad. Apabila Tuan Arshad menukar rancangan untuk menyerahkan syarikat kepada siapa yang lebih menunjukkan potensi, Mardiah bercadang membawa Nabila masuk ke dalam syarikat.
Mardiah teruja melihat keperibadian Nabila, kecantikan dan sikapnya yang sangat menghormati orang tua. Dia juga mengumumkan Nabila bukan orang gaji baru tetapi salah seorang eksekutif di syarikat Tuan Arshad di hadapan Harris, Yasmin dan Iman. Apakah kemunculan Nabila di dalam keluarga Tuan Arshad akan membongkarkan segalanya? Mampukah Iman berubah demi Tuan Arshad?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Shahz Jaszle sebagai Iman
- Elfaeza Ul Haq sebagai Nabila
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Mahmud Ali Bashah sebagai Tuan Arshad
- Aida Khalida sebagai Mardhiah
- Kuza Muzani sebagai Salmah
- Wan Shades sebagai Haris
- Siti Elizad sebagai Yasmin
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Halimah
- Ryzlan Azlan sebagai Pak Abu
- Azza Suaymi sebagai Nora
- Shahriza Mahmud sebagai Aida
- Faiz Fadzil sebagai Umar
- Aishah Sudin sebagai Kak Mah
- Kay Maria sebagai Salwa
- Afzan A. Rahman sebagai Cikgu Husin
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kemalia Othman (8 Jun 2013). "Kontroversi Khalwat Shahrizal Jaszle Tak Jejas 'Iman Nabila'". mStar Online. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ Budiey (12 Mei 2013). "Sinopsis Drama Bersiri Iman Nabila di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (10 Jun 2013). "Iman Nabila hiasi slot Azalea". Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2014.
- ^ Iman Nabila (2013): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 4 April 2019.