Pergi ke kandungan

Okunoin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6136061 pada 10:33, 5 Mac 2024 oleh Haziq Faruqi (bincang | sumb.) (Dicipta dengan menterjemah laman "Okunoin")
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)
Okunoin
奥之院(おくのいん)
Jambatan Gobyō-bashi di Okunoin
Okunoin yang terletak di Jepun
Okunoin
Butiran
Lokasi
Gunung Kōya, Wilayah Wakayama
NegaraJepun
Koordinat34°13′03″N 135°36′18″E / 34.2175°N 135.6050°E / 34.2175; 135.6050Koordinat: 34°13′03″N 135°36′18″E / 34.2175°N 135.6050°E / 34.2175; 135.6050
Laman webwww.koyasan.or.jp/meguru/sights.html#okunoin

Okunoin (Jepun: 奥之院; Jawi: اوكونوين) ialah sebuah tapak suci dan perkuburan di Gunung Kōya, di Wilayah Wakayama, Jepun. Dibuka pada tahun 835, ia menempatkan makam Kūkai, pengasas mazhab Shingon agama Buddha mistisisme. Ia merupakan tanah perkuburan terbesar di Jepun, dengan lebih daripada dua ratus ribu kubur dan tugu peringatan.[1][2]

Terletak di pinggir penempatan Koya, tanah perkuburan itu menjangkau lebih daripada 2 km (1.2 bt) panjang dan dikelilingi hutan pokok konifer yang tinggi. Rekod penanaman terawal pokok-pokok ini, yang kebanyakannya tergolong dalam genera Cryptomeria dan Chamaecyparis, berasal dari tahun 1012. Semak samun di sekitar makam Kūkai asalnya dibiarkan tetapi hanya tinggal sedikit sahaja kawasan hutan semula jadi itu pada masa kini, kerana sebahagian besar hutan telah ditebang semasa era Meiji, pada akhir abad ke-19.[3]

Mengikut kepercayaan popular, selepas ditempatkan di makamnya pada tahun 835, Kūkai memasuki samadhi kekal (khayal tafakur) dan masih hidup di Gunung Kōya, menunggu Maitreya, Buddha masa depan.[4] Tempat persemadiannya di Okunoin sejak itu telah menjadi tempat penziarahan, dan sami-sami Buddha membawakan persembahan dan makanan dua kali sehari.[1]

Tanah perkuburan

[sunting | sunting sumber]

Pintu masuknya berada di hadapan jambatan Ichi-no-hashi. Dari situ, sebatang laluan pejalan kaki berturap dengan batu buntar yang 2 km panjang menghalakan pelawat ke arah makam, melepasi lebih daripada 200,000 kubur, yang sebahagian besarnya adalah sami dan datuk-datuk feudal.[1][5]

Jambatan Gobyō-bashi menandakan pintu masuk ke tempat suci dalaman Okunoin. Di situ, pelawat boleh menuangkan air ke atas patung gangsa Mizumuke Jizō, untuk mendoakan roh nenek moyang mereka.[6]

Makam Kūkai

[sunting | sunting sumber]

Laluan pejalan kaki berakhir di Tōrō-dō, dewan sembahyang utama, dibina betul-betul di hadapan Gobyō, makam Kūkai. Lebih daripada sepuluh ribu tanglung, disumbangkan oleh penziarah dan jemaah, dinyalakan di dalam dewan itu selama-lamanya;[7] dua daripadanya dikatakan telah dinyalakan tanpa henti selama lebih 900 tahun.[6] Pada tahun 1984, 50,000 patung telah didermakan untuk ulang tahun ke-1150 pengebumian Kūkai dan terletak di ruang bawah tanah dewan itu. Makam itu sendiri pula, terletak di belakang Tōrō-dō, adalah tempat suci yang tidak boleh dimasuki orang awam.[7]

Bahagian moden

[sunting | sunting sumber]

Pintu masuk kedua terletak di hadapan perhentian bas Okunoin-mae, menuju ke bahagian tanah perkuburan yang lebih baru.[7] Sebilangan besar makam korporat boleh didapati di sini, biasanya dibeli oleh syarikat-syarikat Jepun untuk pekerja dan keluarga mereka. Yang pertamanya dibina oleh Kōnosuke Matsushita, pengasas Panasonic, pada tahun 1938. Beberapa tugu peringatan dibina untuk menarik perhatian pengunjung, seperti tugu peringatan untuk menghormati anai-anai yang dibunuh oleh syarikat pembasmian. Satu lagi tugu peringatan dari ShinMaywa Industries menampilkan model berskala besar roket Saturn V yang membawa Apollo 11 ke Bulan, walaupun syarikat itu tiada kaitan dengan misi tersebut.[8]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ a b c Graham, Adam H (17 Mac 2016). "The eerie grave of 200,000 monks". BBC Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 19 Januari 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Graham2016" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Zappaterra, Y. (2022). Cities of the Dead: The world's most beautiful cemeteries. Frances Lincoln. m/s. 189–190. ISBN 978-0-7112-6579-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2024. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  3. ^ Collett, Brian Richard; Abe, Daishu (31 Mac 1987). "Koyasan: A Demonstration of the Compatibility of Man, Nature and Art" (PDF). Bulletin of the University of Osaka Prefecture. 39: 43. doi:10.24729/00009315. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Max 2019. Dicapai pada 19 Januari 2024. Check date values in: |archive-date= (bantuan)
  4. ^ Casal, U. A. (1959). "The Saintly Kôbô Daishi in Popular Lore (A. D. 774-835)" (PDF). Folklore Studies. 18: 95–144. doi:10.2307/1177430. ISSN 0388-0370. JSTOR 1177430. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2007.
  5. ^ "Okunoin Temple". Travel Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  6. ^ a b "Oku-no-in". Lonely Planet. October 29, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2024. Dicapai pada 19 Januari 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "LonelyPlanet" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ a b c "Okunoin Temple". Japan Guide. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "JapanGuide" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Pollack, Andrew (September 8, 1993). "Koyasan Journal; For Japan Inc., Company Rosters That Never Die". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada January 31, 2019. Dicapai pada January 19, 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Okunoin di Wikimedia Commons