Pergi ke kandungan

Kuasa dunia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 6060649 pada 15:14, 24 Disember 2023 oleh 2001:e68:5409:43:29c8:e769:c022:6a1f (bincang) (Membatalkan vandalisme seorang anak tak guna penghuni neraka)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Kuasa dunia merujuk kepada negara yang berkuasa. Selalunya, satu kuasa dunia hanya boleh dikalahkan secara ketenteraan dengan kuasa dunia lain. Kuasa dunia cenderung untuk berkongsi pandangan sejagat berdasarkan keperluan untuk melindungi kepentingan ekonomi, politik dan keselamatan mereka di seluruh dunia.

Selepas Perang Dunia Kedua yang berakhir pada tahun 1945, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyediakan satu forum bagi menyelaraskan tindakan kuasa dunia dikelolakan pihak-pihak yang berjaya dalam peperangan ini iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kesatuan Soviet dan China.

Hari ini Republik Rakyat China, United Kingdom, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Rusia dianggap sebagai kuasa dunia.