Pergi ke kandungan

Said ibn Zayd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 5886114 pada 15:57, 23 Jun 2023 oleh 14.1.246.190 (bincang)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Said bin Zayd (Arab: سعيد بن زيد) adalah salah seorang sahabat Nabi dari kalangan Muhajirin. Beliau merupakan salah seorang 10 sahabat Rasulullah yang dijamin akan masuk ke syurga.[1]

Beliau berkahwin dengan Fatimah binti al-Khattab, adik Umar bin Al-Khattab.[2]

Peristiwa Saidina memeluk Islam berlaku di rumah Said. Saidina Umar mendengar Said dan isteri sedang membaca Al-Quran. Saidina Umar amat marah lalu memukul Said dan Fatimah. Apabila melihat Fatimah tercedera, Saidina Umar merasa kasihan lalu meminta lembaran Al Quran yang dibaca oleh Said. Pada awalnya Said enggan menyerahkannya tetapi akhirnya menyerahkannya. Hati Saidina Umar menjadi lembut apabila membaca ayat tersebut lalu pergi berjumpa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam untuk memeluk Islam.

Said turut serta dalam semua pertempuran yang disertai oleh Rasulullah kecuali Perang Badar. Pada waktu itu, Nabi menyuruhnya mengintip kafilah Quraisy. Ketika dia kembali dari tugasnya, perang berakhir. Walaupun begitu, Said masih dianggap telah menyertai perang dan menerima hasil rampasan perang.[3]

Said juga mengikuti dalam peperangan Yarmuk, pengepungan Kota Damaskus dan pembebasanya. Said juga pernah diangkat sebagai komandan perang di Kota Damaskus.

Said meninggal dunia di Al-Aqiq, sebuah daerah yang berhampiran dengan Kota Madinah pada tahun 51 H. Jasadnya dimakamkan di Kota Madinah.[4]

  • Al-Mishri, Mahmud (2015). Muhammad Ali, Lc (penyunting). Ensiklopedi Sahabat: Biografi dan Profil Teladan 104 Sahabat Nabi SAW Generasi Terbaik Umat Islam Sepanjang Masa. Jakarta: Pustaka Imam Asy-Syafi'i. ISBN 978-602-9183-90-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  1. ^ Al-Mishri 2015, m/s. 449.
  2. ^ Al-Mishri 2015, m/s. 455.
  3. ^ Al-Mishri 2015, m/s. 457.
  4. ^ Al-Mishri 2015, m/s. 458–460.