Mohamed Sissoko
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohamed Lamine Sissoko | ||
Ketinggian | 6 ft 2 in (1.89 m) | ||
Posisi permainan | Defensive Midfielder | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Juventus | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln (Gol) | |
2002–2003 2003–2005 2005–present |
Auxerre Valencia Liverpool |
0 (0) 45 (0) 26 (0) | |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2004–present | Mali | 12+ (1+)[1] | |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 July 2006 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 April 2006 |
Mohamed Lamine Sissoko (lahir 22 Januari 1985 di Mont-Saint-Aignan, Perancis) ialah seorang pemain bola sepak profesional berbangsa Mali bagi kelab Juventus dalam Serie A. Dia lebih dikenali sebagai Mohamed Sissoko atau Momo Sissoko. Sissoko kini dikenali sebagai seorang pemain tengah yang merebut dengan kasar dan telah disamakan dengan Patrick Vieira [1] yang juga mempunyai tahap tenaga yang tinggi dan kebarangkalian merebut dengan yang kasar.
Profil pemain
[sunting | sunting sumber]Sissoko memulakan kerjaya profesionalnya dalam tahun 2002 dengan kelab AJ Auxerre di Perancis tetapi tidak berjaya mendapat tempat dalam skuad utama kelab itu. Selepas satu musim bersama AJ Auxerre, beliau dibawa oleh Rafael Benitez ke Valencia CF di Sepanyol. Ketika itu Sissoko berusia 18 tahun. Pada masa ia dibeli oleh Valencia CF, Sissoko bermain sebagai seorang striker. Rafael Benitez melihat potensi Sissoko sebagai pemain midfield bertenaga tinggi dan mengubah posisi Sissoko. Kini Sissoko bermain sebagai seorang pemain midfield.
Walaupun dilahirkan di Perancis, Sissoko memilih untuk bermain Mali, untuk negara tanah tumpah kedua ibubapanya apabila ia tidak terpilih untuk bermain untuk pasukan bawah 19 tahun Perancis. Oleh kerana Sissoko mempunyai kerakyatan Perancis, beliau tidak tersekat dengan keperluan permit kerja. Kata Sissoko, "I've no regrets opting for Mali, it's something I wanted to do and I am glad I did it, I'm very proud to be playing for Mali". [2] Sissoko mula bermain untuk Mali pada 19 November 2003 dalam perlawan persahabatan menentang Maghribi.
AJ Auxerre
[sunting | sunting sumber]Di bawah peraturan Liga Perancis, mana-mana pemain muda yang mendapat latihan sebagai pemain remaja dengan kelab Perancis tertakluk untuk menandatangani kontrak profesional dengan kelab tersebut. Momo Sissoko enggan menandatangani kontrak dengan AJ Auxerre. Sebaliknya Momo Sissoko menerima pelawaan daripada Valencia CF. AJ Auxerre membuat rayuan kepada Mahkamah Timbangtara Sukan untuk mendapatkan bayaran bagi pemindahan Momo Sissoko ke Valencia CF. Mahkamah memeutuskan bahawa Valencia CF perlu membayar €1 juta kepada AJ Auxerre sebagai gantirugi. [3]
Valencia CF
[sunting | sunting sumber]Keputusan Sissoko menyertai Valencia CF di bawah pimpinan Rafael Benitez berbaloi. Sissoko bermain hampir separuh daripada perlawanan-perlawanan Valencia CF semasa Valencia CF sedang mengharungi tahun kegemilangannya, dalam tahun pertamanya, Sissoko menang kejuaraan La Liga dan kejuaraan Piala UEFA.
Semasa di Valencia, Momo Sissoko memberitahu kelabnya bahawa dia terpaksa tinggal di Mali selama dua hari lagi selepas Pasukan Kebangsaan Mali seri 2-2 dengan Senegal dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia kerana dia terlibat dalam perlawanan persahabatan dengan Kenya. Setelah dia pulang ke Valencia CF, Sissoko memberitahu dia bermain selama 48 minit dan pasukannya menang 1-0 melawan Kenya. Tetapi akhbar Marca membuat siasatan dan mendapati tidak ada perlawanan dilangsungkan. Momo Sissoko dipanggil memberikan penjelasan kepada Lembaga Pengarah Valencia. Akhirnya dia menjelaskan bahawa dia pergi menziarahi bapanya yang berada di hospital di Paris. Claudio Ranieri memberitahu Sissoko bahawa dia sepatutnya berterus terang sahaja, Valencia CF dengan rela hati akan memberi cuti untuk menziarahi bapanya.
Musim 2005-2006
[sunting | sunting sumber]Momo Sissoko berpindah dari Valencia CF ke Liverpool semasa musim panas tahun 2005 dengan bayaran €8 juta. Pada asalnya Momo Sissoko dipelawa untuk menyertai Everton tetapi Liverpool membuat pelawaan balas. Momo Sissoko memilih untuk menyertai semula jurulatih lamanya di Valencia CF, Rafael Benítez.
Dalam musim pertamanya. Momo Sissoko dilihat sebagai seorang yang gopoh, dan kasar permainannya. Beliau mengumpul 12 kad kuning dan 1 kad merah dalam perlawanan-perlawanan Liga musim 2005-2006. Dia banyak membuat tackle yang liar dan melulu. Dia selalu dilayangkan kad kuning kerana mistimed tackle. Hantaran bola yang dibuat juga selalunya liar. Rafael Benitez menerangkan bahawa Momo masih muda dan berdarah muda. Permainannya akan bertambah baik apabila dia makin berpengalaman dan lunak hati. (Sebagai perbandingan Xabi Alonso mengumpul 10 kad kuning dan 1 kad merah dalam musim yang sama)
Rafael Benítez mentakrifkan Momo Sissoko sebagai seorang pemain muda yang mempunyai bakat yang luar biasa untuk usia mudanya dan menyamakan Momo dengan Patrick Vieira, yang juga banyak mengumpul kad kuning semasa muda. Walaupun pada mulanya, ramai yang sangsi akan keupayaan Momo, prestasi dan gaya permainannya mula menawan hati peminat.
Momo sering dimainkan di bahagian tengah midfield bersama Xabi Alonso. Ini membolehkan Steven Gerrard bermain di sebelah kanan midfield ataupun sebagai back up striker. Hasilnya, Steven Gerrard muncul sebagai penjaring gol terbanyak Liverpool dalam musim 2005-2006.
Kecederaan Mata
Dalam bulan Februari 2006 Momo Sissoko mendapat kecederaan mata yang serius semasa bermain dalam perlawanan menentang Benfica dalam pertandingan Liga Juara-Juara akibat ditendang secara tidak sengaja oleh Beto. Momo Sissoko dengan ditemankan Mark Waller, Doktor Kelab Liverpool, menjalani rawatan di pusat pakar di Lisbon. Pakar mata di Lisbon menyatakan kerosakan mata yang dialami amat serius dan berkemungkinan besar akan merosakkan 80% penglihatan Momo. Namun demikian, Mark Waller enggan menerima hakikat tersebut. Beliau membawa Momo pulang ke England dan mendapatkan rawatan di London. Prognosis yang diterima memberikan harapan. Momo dipindahkan ke Hospital di Liverpool untuk rawatan lanjut. Momo memberikan kejutan apabila kembali beraksi untuk Liverpool dalam perlawanan Piala F.A. menentang Birmingham City. Walaupun diperintahkan oleh doktor untuk menggunakan gogal keselamatan, Momo membuangnya kerana tidak selesa. Liverpool menang besar malam itu dengan kemenangan 7-0.
Musim 2006-2007
[sunting | sunting sumber]Dalam perlawanan pembuka tirai musim 2006-2007 merebutkan Community Shield, Sissoko diturunkan di bahagian midfield bersama-sama Bolo Zenden, sedangkan Steven Gerrard dan Xabi Alonso hanya dsienaraikan sebagai pemain simpanan. Chelsea menurunkan Michael Ballack, Frank Lampard dan Michael Essien di bahagian midfield. Chelsea yakin dapat mengatasi pemain midfield Liverpool, tetapi sebaliknya Momo Sissoko menunjukkan permainan cemerlang sehinggakan dapat mematahkan permainan midfield pasukan Chelsea. [4] Diarkibkan 2006-08-23 di Wayback Machine Momo Sissoko menerima anugerah pemain terbaik perlawanan tersebut.
Momo Sissoko menjadi pemain penting pasukan Mali dalam pertandingan Piala Negara-Negara Africa 2004. Beliau bermain dalam kesemua 5 perlawanan dan menjaringkan satu gol. Mali berjaya ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut. Momo Sissoko juga terpilih untuk mewakili pasukan Mali dalam Sukan Olimpik tahun 2004, di mana Mali berjaya ke suku akhir kedua tetapi tewas kepada Itali.
Mali gagal melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman.
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Momo Sissoko beragama Islam. [5] [6] Diarkibkan 2006-09-11 di Wayback Machine Bapanya bernama Mohamed dan ibunya bernama Fatou. Mohamed adalah pekeja kilang dan Fatou bekerja mencuci pejabat. Momo mempunyai 15 orang adik beradik. "I'm near the middle," he says, "about number eight I think." [7] Adiknya Ibrahim Sissoko kini sedang menyerati pasukan remaja di West Bromwich Albion. [8]
Kejayaan Profesional
[sunting | sunting sumber]Valencia
[sunting | sunting sumber]- 2003–04 Juara La Liga
- 2003–04 Juara Piala UEFA
- 2004–05 Juara Piala Super Eropah
Liverpool
[sunting | sunting sumber]- 2005–06 Juara Piala Super Eropah
- 2005–06 Juara Piala F.A.
- 2006–07 Juara English FA Community Shield