Sukhoi Su-34
Sukhoi Su-34 | |
---|---|
| |
Peranan | Pesawat pejuang/pengebom |
Pengeluar | Sukhoi |
Penerbangan sulung | 13 April 1990 |
Mula digunakan | 4 Januari 2007[1] |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Udara Rusia |
Jumlah dibina | 12+ [1] |
Kos seunit | AS$ 36 juta |
Dibangunkan dari | Sukhoi Su-27 |
Sukhoi Su-34 (versi eksport dikenali sebagai Su-32, nama pengenalan NATO Fullback) adalah sebuah pesawat dua tempat duduk "pejuang-pengebom" dan "serangan" termaju buatan Rusia. Pembinaan pesawat ini adalah bertujuan untuk mengantikan pesawat Sukhoi Su-24.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Pesawat versi khas pejuang pengebom bagi pesawat Su-27 'Flanker' pertama kalinya dibangunkan pada tahun 1980-an untuk Kesatuan Soviet, dengan ditanda sebagai T-10V oleh Sukhoi. Pesawat membuat penerbangan sulung pada 13 April 1990 dan pada awalnya ditanda sebagai Su-27IB (IB: Istrebitel Bombardirovshchik / Pejuang-Pengebom).[2] Pesawat ini telah dibangunkan bersama-sama pesawat latihan 2 tempat duduk tentera laut, Su-27KUB (KUB: Korabelnyy Uchebno-Boyevoy, pesawat latihan tempur di atas kapal), walaubagaimana pun, berlawanan dengan laporan asal, kedua-dua pesawat ini tidak mempunyai kaitan langsung.[3]
Kekangan belanjawan menyebabkan penghentikan program ini beberapa kali, dan menyebabkan prototaip pesawat telah dipertontonkan di khalayak ramai dengan menggunakan penandaan dan peranan pesawat yang berbeza. Apabila pertama kali dihuraikan pada kenyataan akhbar rasmi Rusia pada tahun 1994, ia dikenali sebagai Su-34. Apabila pesawat pra-pengeluaran ke-3 dipamerkan di Pameran Udara Paris pada 1995, ia dikenali sebagai Su-34FN (FN untuk "Pejuang Tentera Laut"), diterangkan sebagai pesawat tentera laut yang berpangkalan di darat, dan ia dipertontonkan sebagai Su-34MF (MF untuk MnogoFunksionalniy, Pelbagai Fungsi) pada Pameran Udara Moscow pada 1999. Bagaimanapun baru-baru ini Tentera Udara Rusia menggunakan penanda Su-34.
Pesawat ini berkongsi kebanyakan struktur sayap, ekor, dan enjin dengan pesawat Su-27/Su-30 'Flanker', dan kanard yang seperti pesawat Sukhoi Su-30/Su-33 'Flanker-D'/Su-35 'Flanker-F' untuk meningkatkan ketidakstabilan statik (kebolehkendalian yang tinggi) dan menurunkan seretan. Pesawat ini mempunyai reka bentuk muncung dan fiuslaj hadapan yang baru, dan kerusi juruterbang diatur dalam kedudukan sisi dalam bahagian kokpit. Su-34 mengekalkan penggunaan enjin sama seperti Su-27, tetapi mempunyai salur masuk udara yang tetap, menyebabkan kelajuan maksimumnya hanya kepada Mach 1.8+.
Perolehan
[sunting | sunting sumber]Pada masa kini hanya sejumlah kecil pesawat telah dibina. Pada pertengahan tahun 2004, Sukhoi telah mengumumkan pengeluaran berskala rendah telah dimulakan dan pesawat permulaan ini dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan skuadron pada tahun 2008. Walaupun demikian, program peningkatan bagi pesawat Su-24 "Fencers" masih diteruskan, oleh kerana pesawat Su-34 mungkin tidak akan memasuki perkhidmatan untuk beberapa tahun akan datang.
Pada bulan Mac 2006, Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Ivanov telah mengumumkan bahawa kerajaan hanya membeli 2 buah pesawat Su-34 untuk penghantaran dalam tahun 2006, dan telah merancang untuk memiliki rejimen lengkap pesawat udara Su-34 sebanyak 24 buah beroperasi pada akhir tahun 2010 (sejumlah 70 buah pesawat akan dibeli sebelum tahun 2015 untuk mengantikan beberapa unit daripada sejumlah 300+ pesawat Su-24,[2] yang mana melalui program pemodenan baru-baru ini untuk memanjangkan jangka hayat perkhidmatannya). Ivanov mendakwa oleh kerana pesawat Su-34 adalah "jauh lebih berkesan berdasarkan kesemua parameter-parameter penting", Tentera Udara Rusia memerlukan pesawat ini dalam jumlah yang lebih kecil berbanding pesawat Su-24.
Pada Disember 2006, Ivanov mendedahkan kira-kira 200 buah pesawat Su-34 dijangka berada dalam perkhidmatan sebelum tahun 2020.[4] Berita ini telah disahkan oleh Ketua Tentera Udara, Vladimir Mikhailov pada 6 Mac, 2007.[5]
2 buah pesawat Su-34 telah dihantar pada 4 Januari 2007, dan 6 buah lagi akan dihantar sebelum akhir tahun year.[1]
Pada 9 Januari 2008, Sukhoi melaporkan bahawa pengeluaran berskala penuh pesawat Su-34 telah bermula. Rusia merancang untuk memperolehi sehingga 24 buah Su-34 beroperasi sebelum akhir tahun 2010 dengan sejumlah 70 buah pesawat sebelum tahun 2015.[6] Sebanyak 300 buah pesawat akan diperoleh sebelum tahun 2020 untuk mengantikan angkatan pesawat Su-24 yang masih tinggal.[perlu rujukan]
Reka bentuk
[sunting | sunting sumber]Prestasi
[sunting | sunting sumber]Su-34 mempunyai 12 tenggekan (pilon) penyimpan bagi senjata sehingga 8,000 kilogram (17,635 paun), bertujuan untuk digunakan bersama senjata panduan tepat Rusia terbaru. Ia mengekalkan meriam 30 mm GSh-30-1 sama seperti pesawat Su-27/Su-30.
Su-34 menawarkan peningkatan keselesaan krew bagi misi tempur lebih berkesan. Juruterbang boleh menggunakan komputer digital generasi baru (sistem kawalan senjata) dan peralatan eletronik-radio berganda. Peranti ini memastikan pengebom jitu menakjubkan dengan beza ralat hanya beberapa meter, tanpa mengira cuaca. Bebanan lapan tan metrik pesawat, yang merangkumi peluru berpandu subsonik dan supersonik mensasar dan bom layang, mampu memusnahkan sasaran diperkukuh dan disembunyikan dengan baik pada jarak sehingga 250 km. Su-34, yang akan berkhidmat dengan skuadron pengebom, mempunyai sistem keselamatan aktif dengan unsur kecerdikan buatan. Sistem ini membolehkan pesawat bagi melaksanakan hampir kesemua aksi dan pergerakan tempur dan terbang pada ketinggian pokok dan aras tanah pada kelajuan maksima 1,400 km/j. Su-34 juga mampu terbang dalam mod TERCOM (Terrain Contour Matching), melintasi halangan tak dijangka dan meluru melepasi zon pertahanan darat ke udara. Krew pesawat dengan itu mampu melaksanakan pengeboman berkesan, mengambil tindakan mengelak, memusnahkan senjata musuh dan mengelak jauh peluru anti pesawat dan peluru berpandu musuh.
Misi operasi bagi Su-34 bermula dengan tempoh perancangan yang dimuat turun ke dalam dua komputer utama pesawat, koordinat dan dongakan bagi setiap titik navigasi dan pergantungan misi dari berlepas hingga mendarat. Pada setiap titik-koordinat atau cantas-masa (time-hack), mod alih automatik boleh dilaksanakan agar juruterbang boleh bebas atau terbabit dengan bahagian lain misi. Hubungan data dengan pesawat pemerintah, stesyen darat, dan kapal pemerintah akan dikekalkan dan di mana had garis pandang dicapai komunikasi akan beralih kepada satelit bagi litupan meluas. Kemas kini misi boleh disampaikan oleh pangkat lebih tinggi pada setiap masa semasa penerbangan. Semua jenis bom atau taktikal dan strategik boleh digunakan dengan penekanan diberikan pada persaingan senjata jarak jauh seperti peluru berpandu kruis AS-13/18 Kingbolt, senjata anti-radiasi AS-14 Kedge, AS-17 Krypton, senjata anti-kapal Kh-35 Uran, dan peluru berpandu anti-kapal jarak jauh Kh-41 Moskit.
Su-34 dilaksanakan di bawah skim "tiga pesawat" dengan semua pertempuran dirancang berlaku jauh di hadapan di kaki langit. Pesawat ini memiliki tangki bahan api dalaman dengan keupayaan dipertingkatkan bagi memastikan tanpa penggunaan PTB, penerbangan tanpa isian semula praktikal sejauh 4,000 kilometer. Dengan tiga pengisian, Su-34 mampu merangkumi jarak lebih dari 14,000 kilometer. Kejuruteraan eletronik dalaman memastikan krew penerbangan dilengkapkan dengan maklumat penuh mengenai parameter penerbangan dan ruang sekeliling, keadaan sistem dalaman dan loji kuasa, matlamat di udara dan darat, di permukaan air atau bawah air, mengenai cara pengesanan penjejakan-radar dan REF musuh, mengenai AD dan tahap ancaman oleh musuh yang merupakan ciri penting pesawat baru ini. Tambahan lagi, Su-34 mempunyai ciri radar menghadap kebelakang berupaya mengesan, menjejak, dan megarah peluru berpandu udara-ke-udara R-73 atau R-77 kepada pesawat musuh yang mengejar.
Kokpit dan avionik
[sunting | sunting sumber]Tidak seperti Su-27 terdahulu, Su-34 mempunyai kokpit kaca moden, dengan paparan CRT berwarna pelbagai fungsi. Avioniknya sekarang berdasarkan sebuah radar jujukan imbasan pasif elektronik Leninets V004 dan sebuah sistem laser/televisyen UOMZ untuk menandakan dan memandu senjata panduan tepat. Radar lekapan hadapan ini dilengkapi dengan radar aspek belakang-V005 yang diletakkan di ekor "penyengat" panjangnya. Su-34 dilengkapi dengan peralatan ECM bersepadu, termasuk sistem pengesanan pelancaran peluru berpandu inframerah.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]- Tentera Udara Soviet - 2 buah pesawat prototaip, 1 buah pesawat pengeluaran
- Tentera Udara Rusia - 8 buah pesawat
Spesifikasi (Su-34)
[sunting | sunting sumber]Data dari Sukhoi,[7] AF Technology[8]
Ciri umum
- Anak kapal: 2
- Panjang: 23.34 m (72 kaki 2 in)
- Rentang sayap: 14.7 m (48 kaki 3 in)
- Tinggi: 6.09 m (19 kaki 5 in)
- Berat berisi: 39,000 kg (85,980 lb)
- Berat berguna: 8,000 kg (17,600 lb)
- Berat berlepas maksimum: 45,100 kg (99,425 lb)
- Loji kuasa: 2× Lyulka AL-35F turbofan, 137.2 kN (30,845 lbf) dengan pembakar lanjut setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum:
- Jejari bertempur: 1,100 km (680 batu)
- Jarak maksimum: 4,000 km (2,490 batu)
- Lelangit khidmat 15,000 m (49,200 kaki)
- Beban sayap: 629 kg/m² (129 lb/kaki²)
- Tujahan/berat: 0.68
Persenjataan
- 1× meriam 30 mm GSh-30-1 (9A-4071K), 150 butir peluru
- 2× rel dihujung sayap
- peluru berpandu udara ke udara - R-27R1(ER1), R-27T1(ET1), R-73E RVV-AYe
- 10× tenggekan di fiuslaj dan sayap untuk muatan sehingga 8,000 kg (17,630 lb) persenjataan, termasuk
- Peluru berpandu udara ke permukaan - Kh-59ME Kh-31A, Kh-31P Kh-29T(TYe), Kh-29L S-25LD
- Bom panduan - KAB-500KR atau KAB-500L
- Bom udara - Bom pembakaran FAB-500T BETAB-500ShP ODAB-500PM OFAB-250-270 OFAB-100-120 P-50T
- Bom berangkai - RBK-500 SPBE-D
- Roket - pod roket B-8 dengan 20 butir roket 80 mm S-8, pod roket B-13 dengan 5 butir roket 122 mm S-13, pod roket O-25 dengan 1 butir roket 340 mm S-25,
- Tangki-tangki minyak (3,050 L)
- Pod peperangan elektronik (EW) dan pengawasan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Russia gets first new fighters for 15 years as Sukhoi Su-34 debuts." Karnozov, V. Flight International. 4 Januari 2007.
- ^ Williams, Mel ed. Superfighters, Pesawat tempur generasi baru, AIRtime, 2002. ISBN 1-880588-53-6. m/s. 132-135, 138.
- ^ Andrews, Thomas, "Sukhoi Su-27/Su-30 Family," International Air Power Review, Volume 8, Spring 2003.
- ^ RIAN: Ivanov quote
- ^ "Siri ke-3 pesawat pejuang-pengebom Su-34 akan memasuki perkhidmatan pada bulan November", RIA Novosti (Agensi Berita dan Maklumat Rusia), 6 Mac 2007.
- ^ "Rusia mengeluarkan pesawat pengebom baru Su-34", United Press International, 9 Januari 2008.
- ^ Su-32 (Su-34) Keupayaan pesawat Diarkibkan 2015-11-18 di Wayback Machine, Sukhoi
- ^ Spesifikasi - Su-34 (Su-27IB) Flanker Pesawat pejuang pengebom, Russia, airforce-technology.com.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-31. Dicapai pada 2008-06-22.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Sukhoi Su-34. |
- Laman web rasmi Sukhoi Su-32 (Su-34) Diarkibkan 2011-06-30 di Wayback Machine
- NAPO Su-34 Pejuang-Pengebom (Laman web rasmi pengeluar)
- Laman web Su-34
- Tentera Udara Rusia akan menerima "kereta kebal terbang" Su-34
- Su-34 di laman web Airforce Technology
- Su-34 di laman web aerospaceweb.org
- Pesawat pejuang-pengebom jarak jauh Su-34/32FN
- Su-34 Fullback di laman web globalaircraft.org
- Sukhoi Su-34 Fullback: Pesawat pejuang-pengebom berat baru Rusia
- Rusia menerima pesawat baru Su-34
- Video menunjukan pembangunan dan keupayaan pesawat Su-34 Diarkibkan 2009-04-06 di Wayback Machine
- Su-34 di laman web MILAVIA.net