Pergi ke kandungan

Anti-fasisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4857071 pada 14:53, 14 Julai 2020 oleh CyberTroopers (bincang | sumb.) (Tukar istilah)
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Anti-fasisme ialah penentangan terhadap ideologi fasis, kumpulan dan individu. Gerakan anti-fasis bermula di beberapa negara Eropah pada tahun 1920-an, dan akhirnya merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia. Ianya paling penting sebelum dan semasa Perang Dunia II, iaitu apabila Kuasa Paksi ditentang oleh banyak negara yang membentuk Sekutu Perang Dunia II dan puluhan gerakan perlawanan di seluruh dunia. Anti-fasisme telah menjadi unsur gerakan yang memegang banyak kedudukan politik yang berbeza, termasuk demokrasi sosial, nasionalisme, liberalisme, konservatisme, komunisme, Marxisme, kapitalisme, anarkisme, sosialisme dan sentrisme.[1][2][3]

  1. ^ Hobsbawm, Eric (1992). The Age of Extremes. Vintage. m/s. 136–37. ISBN 978-0394585758.
  2. ^ Diner, Dan; Gundermann, Christian (1996). "On the Ideology of Antifascism". New German Critique (67): 123–132. doi:10.2307/827781. ISSN 0094-033X.
  3. ^ Rabinbach, Anson (1996). "Introduction: Legacies of Antifascism". New German Critique (67): 3–17. doi:10.2307/827774. ISSN 0094-033X.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]