Potsdam
Potsdam | |
---|---|
Negara | Jerman |
Negeri | Brandenburg |
Daerah | Daerah urban |
Pentadbiran | |
• Ketua Datuk Bandar | Jann Jakobs (SPD) |
Keluasan | |
• Jumlah | 187.28 km2 (72.31 batu persegi) |
Penduduk ({{{Stand}}}) | |
• Jumlah | 161,468 |
• Kepadatan | 860/km2 (2,200/batu persegi) |
Zon waktu | CET/CEST (UTC+1/+2) |
Poskod | 14467–14482 |
Kod dail | 0331 |
Pendaftaran kenderaan | P |
Laman sesawang | www.potsdam.de |
Potsdam ialah ibu negeri Brandenburg, Jerman dan juga bandar paling banyak penduduk di negeri itu. Ia bersempadan dengan Berlin di timur laut dan membentuk Kawasan Metropolitan Berlin/Brandenburg.
Potsdam terkenal terutamanya sebagai bandar diraja Prusia sehingga tahun 1981. Bandar ini memiliki tasik-tasik yang bersambung dan lanskap kebudayaan yang unik, terutamanya taman-taman dan istana-istana di Sanssouci yang menjadi Tapak Warisan Dunia di Jerman.[1]
Potsdam dibangunkan sejak pertengah abad ke-19 menjadi pusat ilmu sains. Hari ini terdapat tiga buah institusi pengajian tinggi awam beroperasi di bandar ini di samping lebih 30 buah institut kajian. Sekitar 15% daripada penduduknya adalah penuntut-penuntut universiti, manakala nisbah ahli sains dan penduduknya adalah yang tertinggi di seluruh Jerman.
Babelsberg, sebuah daerah di bandar ini turut memainkan peranan sebagai salah satu pusat pembuatan filem terkemuka di Eropah dengan Filmstudio Babelsberg merupakan studio perfileman berskala besar yang terbesar di dunia. Orkestra Filem Babelsberg Jerman sering merakam runut bunyi untuk penghasilan filem buatan tempatan mahupun yang berpusat di luar Jerman.