Pergi ke kandungan

Peluntur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4161268 pada 03:00, 9 Oktober 2017 oleh Alexander Iskandar (bincang | sumb.) (menambah Kategori:Pencelup (HotCat))
(beza) ← Semakan terdahulu | Semakan semasa (beza) | Semakan berikutnya→ (beza)

Peluntur atau pemutih adalah bahan kimia yang memutihkan pakaian.

Botol-botol peluntur berjenama Clorox

Proses pemutihan telah dikenali selama ribuan tahun,[1] tetapi bahan kimia yang digunakan sebagai peluntur pada masa kini merupakan hasil kerja beberapa saintis pada abad ke-18. Klorin adalah bahan asas bagi peluntur yang biasa digunakan: sebagai contoh, larutan natrium hipoklorit yang merupakan bahan yang sering dirujuk sebagai "peluntur", dan kalsium hipoklorit, sebatian aktif dalam "serbuk pemutihan". Agen pemutih yang mengoksidakan tanpa klorin biasanya berasaskan peroksida seperti hidrogen peroksida, natrium perkarbonat dan natrium perborat. Kebanyakan peluntur bersifat mengoksidakan, tetapi ada juga peluntur yang bersifat menurunkan seperti natrium ditionit dan natrium borohidrida.

Peluntur digunakan sebagai bahan kimia rumah untuk memutihkan pakaian dan membuang kotoran serta sebagai disinfektan, terutamanya di bilik mandi dan dapur. Banyak peluntur berupaya membunuh bakteria dengan kuat. Oleh itu, ia digunakan untuk pembasmian kuman dan pensterilan seperti pembersihan kolam renang misalnya untuk mengawal bakteria, virus dan alga serta di mana-mana lokasi yang memerlukan persekitaran steril. Peluntur digunakan dalam banyak proses industri, terutamanya dalam pemutihan pulpa kayu ketika membuat kertas. Ia juga digunakan untuk menyingkirkan kulapuk, membunuh lalang dan memanjangkan jangka hayat bunga yang dipotong.[2]

Cara tindakan

[sunting | sunting sumber]

Pemutihan

[sunting | sunting sumber]

Warna biasanya timbul daripada pewarna dan pigmen organik contohnya beta karotena. Peluntur kimia bertindak melalui salah satu dari dua cara:

  • Peluntur pengoksida (contohnya yang berasaskan klorin) memecahkan ikatan kimia yang membuat kromofor. Ini menukarkan molekul menjadi bahan yang berbeza bahan sama ada ia tidak mengandungi kromofor, atau mengandungi kromofor yang tidak menyerap cahaya nampak.
  • Peluntur penurun (contohnya yang berasaskan sulfur dioksida[3]) bertindak menukarkan ikatan berganda dalam kromofor menjadi ikatan tunggal, menghilangkan kemampuan kromofor menyerap cahaya nampak.

Keberkesanan antimikrob

[sunting | sunting sumber]

Keberkesanan peluntur yang berspektrum luas, terutamanya natrium hipoklorit, adalah disebabkan sifat kimianya yang bertindak balas dengan mikrob. Jika antibiotik bersifat merencatkan atau meracunkan mikrob, peluntur pula bertindak balas terhadap sel-sel mikrob dengan cepatnya menyahasli dan menghancurkan banyak patogen. Peluntur, terutama natrium hipoklorit, telah ditunjukkan untuk bertindak balas dengan protein kejutan haba mikrob, merangsang peranan mereka sebagai pendamping antara sel dan menyebabkan bakteria untuk membentuk menjadi gumpulan (sepertimana kandungan protein dalam telur yang telah direbus) yang akan akhirnya mati.[4] Dalam beberapa kes, keasidan bes peluntur mengganggu membran lipid bakteria ini seumpama belon yang pecah. Lingkungan mikroorganisma yang dibunuh dengan berkesannya oleh peluntur (terutamanya natrium hipoklorit) adalah luas menjadikan peluntur sejenis disinfektan yang sangat serba boleh. Kajian yang sama mendapati bahawa pada tahap natrium hipoklorit yang rendah (mikromolar), bakteria-bakteria E. coli dan Vibrio cholerae mengaktifkan mekanisme pertahanan yang membantu melindungi diri, tetapi implikasi mekanisme pertahanan ini masih belum dapat disiasat dengan sepenuhnya.

Sistem imun manusia bertindak balas terhadap jangkitan ini dengan menghasilkan pengoksida yang kuat iaitu asid hipoklorus melalui neutrofil yang diaktifkan peroksidaan ion klorida dibantu mieloperoksidase, seterusnya menyumbang kepada kemusnahan bakteria.[5][6][7]

Penyahjangkitan

[sunting | sunting sumber]

Larutan natrium hipoklorit (peluntur biasa) sebanyak 3-6% biasanya dicairkan untuk penggunaan yang selamat apabila ia digunakan untum menyahjangkitkan permukaan serta merawat air minuman. Ketika menyahjangkit kebanyakan permukaan, 1 bahagian cecair peluntur untuk 100 bahagian air dikira sudah memadai untuk tujuan pembersihan. Larutan yang kuat atau lemah mungkin lebih sesuai untuk tujuan khusus, seperti membunuh virus degil atau membersihkan permukaan yang tidak akan bersentuhan dengan makanan. (Lihat rujukan untuk lebih lanjut)[8][9]

  1. ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Bleaching" . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.
  2. ^ "12 Smart Ways to Use Bleach - Reader's Digest". 9 Mac 2010.
  3. ^ Field, Simon Q (2006). "Ingredients – Bleach". Science Toys. Dicapai pada 2 Mac 2006.
  4. ^ Jakob, U.; J. Winter; M. Ilbert; P.C.F. Graf; D. Özcelik (14 November 2008). "Bleach Activates A Redox-Regulated Chaperone by Oxidative Protein Unfolding". Cell. Elsevier. 135 (4): 691–701. doi:10.1016/j.cell.2008.09.024. PMC 2606091. PMID 19013278. Dicapai pada 19 November 2008.
  5. ^ Harrison, JE; Schultz, J (10 Mac 1976). "Studies on the chlorinating activity of myeloperoxidase". The Journal of Biological Chemistry. 251 (5): 1371–4. PMID 176150.
  6. ^ Thomas, E. L. (1979). "Myeloperoxidase, hydrogen peroxide, chloride antimicrobial system: Nitrogen-chlorine derivatives of bacterial components in bactericidal action against Escherichia coli". Infect. Immun. 23: 522–531.
  7. ^ Albrich, JM; McCarthy, CA; Hurst, JK (Januari 1981). "Biological reactivity of hypochlorous acid: implications for microbicidal mechanisms of leukocyte myeloperoxidase". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 78 (1): 210–4. doi:10.1073/pnas.78.1.210. PMC 319021. PMID 6264434.
  8. ^ Dvorak, Glenda (Februari 2005). "Disinfection" (PDF). Center for Food Security and Public Health. Ames, IA: Center for Food Security and Public Health, Iowa State University. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Jun 2010. Dicapai pada 7 Februari 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ "Guidelines for the Use of Sanitizers and Disinfectants in Child Care Facilities". Virginia Department of Health. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2010. Dicapai pada 16 Mac 2010. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Bodkins, Dr. Bailey. Bleach. Philadelphia: Virginia Printing Press, 1995.
  • Trotman, E.R. Textile Scouring and Bleaching. London: Charles Griffin & Co., 1968. ISBN 0-85264-067-6.