Hwangab (Hangul: 환갑code: ko is deprecated ; hanja: 還甲code: ko is deprecated ) dalam bahasa Korea, Kanreki (還暦/かんれきcode: ja is deprecated ) dalam bahasa Jepun atau Jiazi (Bahasa Cina: 甲子code: zh is deprecated ) dalam bahasa Cina, adalah cara tradisional menyambut ulang tahun ke-60 seseorang di Asia Timur. Nombor 60 bermaksud mencapai satu kitaran besar dan bermula satu lagi kitaran baru dalam kehidupan seseorang kerana mengikut kitaran kalendar 60 tahun tradisional bagi takwim qamari.
Pada masa lalu, purata jangka hayat adalah lebih rendah daripada 60, jadi ia juga bermakna satu perayaan panjang umur. Sambutan ini juga merupakan hasrat untuk kehidupan yang lebih lama dan makmur. Keraian ini lazimnya dibuat oleh anak orang yang beralih 60 tahun itu. Pada hari Hwangab seseorang, keluarga dan saudara-mara menyediakan sambutan hari lahir besar-besaran dengan banyak makanan.
Dengan adanya penjagaan kesihatan moden, sambutan ini adalah lebih biasa berbanding dahulu. Ramai orang Korea kini mengambil masa untuk berjalan-jalan dengan keluarga mereka daripada membuat sebuah parti yang besar untuk meraikan hari jadi ke-60. Sambutan juga dibuat apabila seseorang mencapai umur 70 (dipanggil Gohi atau Chilsun) atau 80 (Palsun).