Parc Monceau
Parc Monceau (Sebutan bahasa Perancis: [paʁk mɔ̃so]) adalah sebuah taman separuh am terletak di arrondissement ke-8 Paris, Perancis, di persimpangan Boulevard de Courcelles, Rue de Prony dan Rue Georges Berger. Di pintu masuk utama adalah sebuah rotunda.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Taman telah didirikan oleh Phillippe d'Orléans, Duke dari Chartres, seorang sepupu raja. Dia bermula membeli tanah di mana untuk mendirikan kebun pada 1769, dan mengutuskan Louis Carrogis Carmontelle untuk reka bentuk kebun. Dia adalah seorang kawan karib Putera Wales, kemudian George IV, dan seorang yang menyukai semua benda Inggeris. Sebagai akibatnya, tujuan adalah untuk mencipta gaya kebun Inggeris tidak rasmi di tengah-tengah Paris. Pada 1778, melalui pembelian berturutan, kebun telah membesar ke 12 hektar. Ia menjadi digelarkan Folie de Chartres.
Pada 1793, sewaktu Revolusi Perancis, Duke telah dihukum pancung dengan gilotin dan kebun telah dibawakan ke milik awam. Wall of the Farmers-General Paris mengelilingi taman. Pada waktu ini, rotunda telah dibina oleh Claude Nicolas Ledoux.
Pada 1797, ia telah menjadi tapak terjun payung terjun sutera pertama, apabila André-Jacques Garnerin berterjun dari sebuah belon udara panas Montgolfier, mendarat di taman di mana orang ramai berkumpul.
Taman ini telah dibeli oleh bandaraya Paris pada 1860. Sesetengah tanah telah dijual untuk pembinaan rumah-rumah baru. Bersyukurnya pada Baron Haussmann, bahagian yang lain telah dikekalkan sebagai ruang hijau dan menjadi sebuah taman separuh am, dirasmikan oleh Napoleon III pada 13 Ogos 1861.
Taman ini adalah tapak suatu pembunuhan pada 1871 berikutnya Commune. Tentera Versailles akhirnya mengambil balik bandar ini dan membunuh semua peninggalan Communards sewaktu La Semaine sanglante ("Minggu Bertumpah Darah"). Parc Monceau, seperti tempat ruang awam lain, adalah tapak pembunuhan banyak dari para penyokong Commune ini.
Claude Monet melukis seturutan lukisan taman pada musim bunga 1876. Dia melukis dua lukisan selanjut taman pada 1878. Hector Berlioz juga menggemari taman ini.
Ciri
[sunting | sunting sumber]Taman ini adalah tidak kebiasaan di Perancis oleh kerana gaya "Inggeris": susunan tidak rasminya, laluan yang berbengkang bengkok dan arca-arca diletak secara ganjil berbeza dari kebun gaya Perancis yang lebih tradisional. Ia juga termasuk kutipan ciri-ciri gaya seni bina yang diskala ke bawah, atau folly — termasuk sebuah piramid Mesir, sebuah kubu Cina, sebuah kincir angin Belanda, dan tiang-tiang Corinthian. Sebilangan ini adalah rujukan masonik, mencerminkan ternyatanya bahawa Philippe d'Orléans adalah seorang freemason yang berpimpin. Taman ini termasuk arca-arca tokoh-tokoh Perancis masyhur termasuk Guy de Maupassant, Frédéric Chopin, Charles Gounod, Ambroise Thomas, Alfred de Musset, dan Edouard Pailleron.
Hari ini, taman ini mempunyai kawasan bermain untuk kanak-kanak, dan tetap menjadi sangat masyhur dengan penghuni tempatan dan keluarga mereka. Tapak ini juga sebuah kawasan Wi-Fi yang bebas aktif, untuk pengguna komputer mencari kecapaian Internet.
Taman ini buka pada hari minggu dari matahari terbit hingga ke matahari terbenam dan cuti khas. Ada sembilan pintu masuk berpagar ke taman yang dikawal oleh seorang pengawal taman yang bergenerasi kelima yang tinggal di bawah rotunda diraja di pintu masuk utara.[perlu rujukan] Taman ini disenarai sebagai separuh swasta gred II dan senam tempat kediaman peribadi terletak secara berterusan di taman mempunyai kecapaian dua puluh emapt jam ke padang.
Kecapaian
[sunting | sunting sumber]Pintu masuk ke stesen Paris Métro Monceau terletak di pintu masuk utama taman di Boulevard de Courcelles.
Lihat pula
[sunting | sunting sumber]- List of parks and gardens in Paris
- Musée Cernuschi, located nearby
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Parc Monceau. |
- Parc Monceau — current photographs and of the years 1900.
- Les amis de Parc Monceau - Friends of Parc Monceau
Koordinat: 48°52′46″N 2°18′33.22″E / 48.87944°N 2.3092278°E