Pergi ke kandungan

Perut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 2790153 pada 19:55, 8 Mac 2013 oleh Addbot (bincang | sumb.) (Bot: Memindahkan 97 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1029907)
Lokasi perut {stomach) dalam badan
Anatomi perut

Perut merupakan organ berongga seperti kantung yang berdinding tebal dan berotot. Perut merupakan sebahagian daripada salur alimentari yang bertujuan untuk mencerna bahan makanan supaya mudah dihadam dan diasimilasikan dalam badan.

Perut secara amnya merupakan persekitaran berasid dengan julat pH antara 1 dan 4 bergantung kepada makanan dan faktor-faktor lain. Pepsinogen dirembeskan oleh sel utama dan bertukar menjadi pepsin dengan kehadiran asid hidroklorik. Bahagian dalam perut boleh merembeskan sehingga 2 atau 3 liter lelehan gaster sehari.

Fungsi

Salur sfinkter kardium merupakan salur yang membenarkan bolus (hancur/ringkas) makanan ke dalam perut. Bolus makanan ini akan dicerna dengan tindakan enzim tertentu terhadap substrat tertentu di dalam perut selama 2-5 jam. Tabiat pemakanan yang kurang baik, boleh menyebabkan makanan kurang dicerna dengan baik.

Perut juga menjalankan tindakan peristalsis iaitu tindakan/gerakan beritma perut untuk menghacurkan, mencernakan, mengisarkan, dan mencampurkan bolus makanan dengan jus-jus, enzim, asid tertentu dan lain-lain yang dirembeskan. TIndakan peristalsis ini juga memudah makanan dicerna dan diserap(asimilasi) masuk dalam vilus dalam salur usus. Tujuan utama pencernaan dalam perut adalah untuk mencerna protein.

Peristalsis berlaku di sepanjang salur alimentari (salur pencernaan). Tindakan peristalsis ini membolehkan bolus makanan bergerak di sepanjang salur alimentari. Tindakan berlaku dengan tindakan pengecutan dan pengenduran otot-otot di salur pencernaan secara beritma (berirama).

Anatomi

Terdapat banyak sel-sel kelenjar gaster (atau gastrik) yang melapik atau bertaburan pada permukaan rongga dalam perut. Kelenjar gaster ini akan merembeskan jus gaster (secara lelehan).

Dinding perut

Dinding perut, bersifat mukosa. Dinding ini mempunyai tiga lapisan yang ketara iaitu:

  1. Lapisan yang paling hampir dengan rongga dalam perut iaitu lapisan mukosa.
    • Dalam lapisan ini terdapat kelenjar(salur) gastrik(gaster) yang yang digalasi(dikelilingi) oleh sel-sel epitelium turus dan lain-lain (sel-sel mukus, sel-sel oksintik, dan sel peptik).
    • Permukaan paling atas lapisan ini(dalam rongga perut), terdapat pit gastrik(gaster) yang berbentuk seperti lubang keluar untuk mengalirkan jus-jus gaster(gastrik) keluar.
  2. Lapisan yang berada dibawah lapisan mukosa iaitu lapisan muskularis mukosa.
    • Pada lapisan ini juga terdapat otot bulat.
  3. Lapisan yang paling luar iaitu lapisan submukosa.
    • Pada lapisan ini juga terdapat otot membujur.

Tindakan/pergerakan secara antagonis (berpasangan secara serentak) otot bulat dan otot membujur telah menyebabkan tindakan peristalsis.

Salur-salur yang menghubungkan perut

Terdapat 2 salur yang bersambung kepada perut iaitu:

  1. Salur sfinkter kardium - Salur ini menghubungkan perut dengan esofagus.
  2. Salur sfinkter pilorus - Salur ini menghubungkan perut dengan duodenum.

Cecair yang dirembeskan dalam perut

Jus gaster yang terdiri daripada:

  • Enzim pepsin - Pemangkin pencernaan protein.
  • Enzim renin - Pemangkin pencernaan lemak.
  • Mukus - Melindungi lapisan dalam rongga badan daripada terhakis oleh tindakan asid hidroklorik apabila tiada makanan dicerna.
  • Asid hidroklorik - HCl Asid kuat iaitu lebih kurang pH 2

Etimologi

Nama latin "Ventriculus" dan "Gaster" menjadi asas kepada istilah perubatan iaitu "gastro-" dan "gastric" yang membawa maksud berkaitan perut. Gastrik dan gaster membawa maksud yang sama.

Rujukan

  • Kursus Sains Fajar Bakti (Penerbit Fajar Bakti) (008974-T) - 1999 - Biologi STPM Jilid 1 oleh Peter Chen terjemahan oleh Liew Shee Leong dan Lim Peng Lai - ISDN 967-65-0658-3
  • SASBADI (139288-X) - 2004 - Master Studi Sasbadi SPM Biologi Tingkatan 4 dan 5 oleh Mah Chee Wai, Dr.Tina Lim Swee Kim, dan Nazar Shaarani - ISDN 983-59-2090-7