Pergi ke kandungan

Rastam Mohd Isa: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
rencana asas
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 03:28, 13 September 2024

Tan Sri
Rastam Mohd Isa
P.S.M. , P.J.N. , D.I.M.P., K.M.N. , A.M.N. , Darjah Matahari Terbit, Bintang Emas dan Perak (Jepun)
Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia
Dalam jawatan
2006–2010
Didahului olehAhmad Fuzi Abdul Razak
Digantikan olehMohd Radzi Abdul Rahman
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Dalam jawatan
2003–2005
Didahului olehHasmy Agam
Digantikan olehHamidon Ali
Duta Besar Malaysia ke Republik lndonesia
Dalam jawatan
1999–2003
Didahului olehZainal Abidin Alias
Digantikan olehHamidon Ali
Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina
Dalam jawatan
1996–1998
Didahului olehPenyandang pertama
Digantikan olehHussin Nayan
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan
Dalam jawatan
1994–1996
Didahului olehYusof Hashim
Digantikan olehSallehuddin Abdullah
Maklumat peribadi
Lahir
Rastam bin Mohd Isa
Tempat belajarUniversiti Lancaster, United Kingdom
Universiti Sains Malaysia

Rastam Mohd Isa ialah seorang diplomat di Malaysia. Beliau pernah menjadi ketua perwakilan Malaysia ke negara-negara lain, seperti Pakistan dan Indonesia.[1] Beliau juga ialah seorang tokoh korporat dan perniagaan. Beliau dilantik sebagai Pengerusi FGV Holdings Berhad sejak 26 September 2023.[2]

Kerjaya

Sebagai diplomat

Beliau mula terlibat dalam perkhidmatan tadbir dan diplomatik Malaysia sejak 17 April 1974 hingga bersara pada 2 September 2010.[1] Dalam tempoh itu, beliau pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan (1994 - 1996), Duta Besar Malaysia ke Bosnia Herzegovina (1996 - 1998), Duta Besar Malaysia ke Republik lndonesia (1999 - 2003), Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2003 - 2005), dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia (2006 - 2010).[1][3]

Rastam pernah mempengerusikan Biro Penyelarasan Gerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) semasa Malaysia memperngerusi NAM pada 2003 - 2006. Beliau mengetuai NAM dalam rundingan-rundingan di Persidangan Semakan Semula Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan mesyuarat-mesyuarat persediaannya pada 2005.[3]

Selepas bersara

Beliau berkhidmat sebagai penasihat di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (2010 - 2013). Beliau juga pernah dilantik sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia berhubung Pelaksanaan Pertukaran Surat Malaysia-Brunei Darussalam.[4] Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia (2015 - 2020), dan sebagai Profesor Adjung di Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2021 - 2022).[1][5]

Pendidikan

Rastam memiliki Sarjana Sastera dalam Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa dari Universiti Lancaster, United Kingdom. Selain itu, beliau juga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, dan Sijil Diplomasi dari Universiti Oxford, United Kingdom.[1]

Anugerah dan pengiktirafan

  •  Malaysia
    • Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (2007)
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2003)
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1998
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) - 1991
  •  Pahang
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1998)
  •  Jepun

Rujukan

  1. ^ a b c d e "Board of Directors". FGV Holdings Berhad (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-12.
  2. ^ "Rastam Mohd Isa dilantik pengerusi baharu FGV - XKLUSIF" (dalam bahasa Inggeris). 2023-09-27. Dicapai pada 2024-09-12.
  3. ^ a b "Mohd Isa RASTAM".
  4. ^ "Jawapan Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat" (PDF).
  5. ^ "TAN SRI RASTAM BIN MOHD ISA @ [BKAWAN]: BATU KAWAN BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-13.
  6. ^ KOSMO! (2023-07-12). "Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Rastam terima anugerah Maharaja Jepun". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-09-12.