Pergi ke kandungan

Terier Boston: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Amir Hamzah 2008 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 76: Baris 76:
==Tujuan selain pendampingan==
==Tujuan selain pendampingan==
Pada zaman moden, selain menjadi rakan sangat baik, terier Boston juga cemerlang dalam semua jenis sukan anjing. Baka ini semakin popular dalam pertandingan [[ketangkasan anjing]], [[pelatihan kepatuhan]], ''[[rally obedience]]'', penjejakan, [[lompatan limbungan|selaman limbungan]], ''[[flyball]]'', penarikan berat, perburuan bangsal, dan ''[[lure coursing]]''.<ref>{{Kutip web|url=http://www.dogbreedplus.com/dog_breeds/boston_terrier.php|title=Boston Terrier|website=Dog Breed Plus|access-date=7 Februari 2024|lang=en}}</ref> Sebagai baka serba guna dan dengan keperibadian ramah dan semangat untuk menemui kenalan baharu, terier Boston ialah [[anjing terapi]] popular.<ref>{{Kutip web|url=http://bostonterrierclubofamerica.org/about-boston-terriers/about-boston-terriers.htm|title=The Boston Terrier Club Of America|work=bostonterrierclubofamerica.org|lang=en}}</ref>
Pada zaman moden, selain menjadi rakan sangat baik, terier Boston juga cemerlang dalam semua jenis sukan anjing. Baka ini semakin popular dalam pertandingan [[ketangkasan anjing]], [[pelatihan kepatuhan]], ''[[rally obedience]]'', penjejakan, [[lompatan limbungan|selaman limbungan]], ''[[flyball]]'', penarikan berat, perburuan bangsal, dan ''[[lure coursing]]''.<ref>{{Kutip web|url=http://www.dogbreedplus.com/dog_breeds/boston_terrier.php|title=Boston Terrier|website=Dog Breed Plus|access-date=7 Februari 2024|lang=en}}</ref> Sebagai baka serba guna dan dengan keperibadian ramah dan semangat untuk menemui kenalan baharu, terier Boston ialah [[anjing terapi]] popular.<ref>{{Kutip web|url=http://bostonterrierclubofamerica.org/about-boston-terriers/about-boston-terriers.htm|title=The Boston Terrier Club Of America|work=bostonterrierclubofamerica.org|lang=en}}</ref>

==Terier Boston popular==
Pada tahun 1921 dalam majlis untuk memperingati Infantri ke-102 Amerika Syarikat, Tentera Darat Amerika Syarikat menganugerahkan pingat emas kepada seekor anjing perang terhormat: [[Sarjan Stubby]].<ref name=":7">{{Kutip web|url=http://www.slate.com/articles/news_and_politics/history/2014/05/dogs_of_war_sergeant_stubby_the_u_s_army_s_original_and_still_most_highly.html|title=Sergeant Stubby|last=Kane|first=Gillian|website=Slate|date=8 Mei 2014|access-date=7 Februari 2024|lang=en}}</ref> Bulterier Boston itu, yang memiliki tiga calit perkhidmatan dan satu calit luka, diberi pangkat dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang menjadikannya anjing pertama yang pernah memperoleh pangkat itu.<ref name=":7"/> Anjing perang yang menghiburkan dan melindungi itu turut diganjari pingat oleh Perancis.<ref name=":7"/> Sarjan Stubby mati pada tahun 1926 dengan legasi sebagai "anjing perang terhebat" Amerika Syarikat.<ref name=":7"/>

Pada tahun 2012, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Victoria Reed mengambil nasihat doktor haiwannya dan menyerahkan sekeping foto terier Boston-nya, Bruschi, kepada [[Rekod Dunia Guinness]].<ref name=":0">{{Kutip web|url=https://www.huffingtonpost.com/2012/05/25/dog-with-largest-eyes-bruschi-record-texas_n_1546497.html|title=World's largest dog eyes: Bruschi the Boston Terrier eyeballs world record|last=Moye|first=David|date=26 Mei 2012|website=Huffington Post|archive-url=https://web.archive.org/web/20170428111011/https://www.huffingtonpost.com/2012/05/25/dog-with-largest-eyes-bruschi-record-texas_n_1546497.html|archive-date=28 April 2017|access-date=7 Februari 2024|lang=en}}</ref> Dengan setiap biji mata yang berdiameter 1.1 inci, atau 28 mm, Bruschi diiktiraf oleh Guinness sebagai anjing dengan mata terbesar.<ref name=":0"/>

[[Lennu]], anjing peliharaan dari tahun 2012 hingga tahun 2021 milik Sauli Niinistö, [[Presiden Finland]], hadir dalam banyak kehadiran kurang formal beliau dan cukup terkenal di Finland.<ref>Nagesh, Ashitha: [http://metro.co.uk/2017/02/23/finlands-president-has-a-top-quality-dog-6467079/ Finland's President has a top quality dog] {{en}}, ''Metro'' 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.</ref> Foto pasangan itu menjadi tular di seluruh dunia di Amerika Syarikat pada tahun 2017.<ref>[https://www.menaiset.fi/artikkeli/ajankohtaista/sauli-niiniston-lennu-koira-taman-hetken-tunnetuin-suomalainen-7-kuvaa-jotka Sauli Niinistön Lennu-koira on tämän hetken tunnetuin suomalainen – 7 kuvaa, jotka selittävät suosion] {{fi}}, ''[[Me Naiset]]'' 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.</ref><ref>Shapiro, Rebecca: [http://www.huffingtonpost.com/entry/twitter-is-obsessed-with-the-president-of-finlands-dog-lennu_us_58ae8863e4b05ca474a0b8d7 The President Of Finland's Dog, Lennu, Is Melting Hearts Across The Globe] {{en}}, ''[[Huffington Post]]'' 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.</ref><ref>[https://www.is.fi/viihde/art-2000005102759.html Lennun voittokulku Yhdysvalloissa jatkuu: Jimmy Fallon matki Niinistön koiran legendaarista virnistystä, yleisö villiintyi] {{fi}}, ''[[Ilta-Sanomat]]'' 24 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.</ref>


==Lihat juga==
==Lihat juga==

Semakan pada 07:32, 7 Februari 2024

Terier Boston
Terier Boston dengan lapis bulu brindle hitam
Nama lain
  • Bulterier Boston
  • Boxwood[1]
  • American gentleman[2]:5
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 6–25 lb (3–11 kg)
Tinggi 9–15 in (23–38 cm)
Bulu Pendek, licin, dan bergilap
Warna
  • Brindle dengan putih
  • Sil dengan putih
  • Hitam dengan putih
Saiz perinduk 1–6 ekor anak anjing
CatatanAnjing negeri Massachusetts
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Boston[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Amerika Syarikat. "American gentleman" ("budiman Amerika") ini diterima pada tahun 1893 oleh American Kennel Club sebagai baka bukan sukan.[2] Warna dan penandaan adalah penting apabila membezakan baka ini dalam piawaian AKC. Ia patut sama ada berwarna hitam, brindle, atau sil dengan penandaan putih.[3][4] Terier Boston adalah kecil dan padat dengan ekor pendek dan telinga tegak. AKC menyatakan bahawa ia amat cerdas dan sangat mudah dilatih.[5] Ia sangat ramah namun dapat menjadi degil kadang-kadang. Purata jangka hayat terier Boston ialah sekitar 11 hingga 13 tahun.[6]

American Kennel Club meletakkan terier Boston di kedudukan baka tulen ke-21 paling popular pada tahun 2019.[7][8]

Sejarah

Terrier Seated (buldog lama Boston) oleh Frances B. Townsend, Perpustakaan Awam Boston, abad ke-19
Seekor terier Boston jantan muda dengan lapis bulu brindke perang

Baka terier Boston berasal dari sekitar tahun 1875, apabila Robert C. Hooper dari Boston membeli daripada Edward Burnett seekor anjing bernama Judge (yang kemudian dikenali sebagai Hooper's Judge), yang daripada zuriat jenis bull and terrier. Hooper's Judge berkaitan secara langsung dengan baka-baka bull and terrier asli dari abad ke-19 dan awal abad ke-20. American Kennel Club mengutip Hooper Judge's sebagai leluhur kepada semua terier Boston moden sejati.[9]

Judge berukuran seberat kira-kira 32 lb (15 kg). Judge dibiakbakakan dengan Burnett's Gyp (atau Kate). Gyp ialah seekor betina putih jenis buldog, yang dimiliki oleh Edward Burnett, dari Southboro, Massachusetts. Ia berukuran seberat kira-kira 20 paun (9.1 kg), bertubuh gempal dan kuat serta mempunyai kepala gempal tipikal yang kini terpapar pada terier Boston. Daripada asas baka ini, pembiak baka berikutnya memperhalus baka ini menjadi penampilan zaman modennya.[10] Setelah dikecilkan melalui pembiakbakaan daripada anjing laga daripada jenis bull and terrier, terier Boston pada asalnya berukuran sehingga seberat 44 paun (20 kg) (buldog lama Boston).[2]

Baka ini pertama kali ditunjukkan di Boston pada tahun 1870. Menjelang tahun 1889, baka ini telah menjadi cukup popular di Boston sehingga para penggemar membentuk American Bull Terrier Club, dengan nama panggilan untuk baka ini, "roundheads" ("[si] kepala bulat"). Tidak lama selepas itu, atas cadangan James Watson (seorang penulis dan pihak berkuasa terkenal), kelab itu mengubah namanya kepada Boston Terrier Club dan pada tahun 1893 diterima sebagai anggota dalam American Kennel Club, sekali gus menjadikannya baka pertama Amerika Syarikat yang diiktiraf.[9] Ia merupakan salah satu daripada sebilangan kecil baka yang berasal dari Amerika Syarikat. Terier Boston ialah baka anjing bukan sukan pertama di Amerika Syarikat.

Pada tahun-tahun awal, warna dan tanda tidak begitu penting untuk piawaian baka. Menjelang abad ke-20, tanda dan warna distingtif baka ini disuratkan dalam piawaian, lalu menjadi ciri penting. Terier Boston telah kehilangan kebanyakan sifat agresifnya sehingga lebih suka dengan pendampingan manusia, walaupun sesetengah jantan masih mencabar anjing lain jika berasa bahawa wilayah sendiri sedang diceroboh. Universiti Boston telah menggunakan Rhett the Boston Terrier sebagai maskot mereka sejak tahun 1922.[11] Kolej Wofford di Spartanburg, Carolina Selatan telah mempunyai maskot terier Boston hidup bernama Blitz sejak tahun 2003 yang menghadiri perlawanan bola sepak di halaman rumah.[12] Terier Boston juga telah menjadi anjing negeri rasmi Massachusetts sejak tahun 1979.[13]

Perihal

Seekor terier Boston jantan dewasa dengan lapis bulu hitam

Terier Boston ialah anjing dengan tubuh padat dan berperkadaran baik. Ia mempunyai kepala yang kelihatan segi empat sama dengan telinga tegak dan leher sedikit melengkung. Muncungnya pendek dan pada umumnya tidak berkedut dengan gigitan sekata atau rahang bawah pendek sedikit. Dadanya lebar dan ekornya pendek.[4] Mengikut piawaian baka antarabangsa, anjing ini tidak patut berukuran lebih berat daripada 25 paun (11 kg). Terier Boston biasanya berdiri sehingga setinggi 15–17 inci (38–43 cm) pada paras kelasa.[3]

American Kennel Club membahagikan baka ini kepada tiga kelas: di bawah 15 paun; 15 paun dan di bawah 20 paun; dan 20 paun dan tidak melebihi 25 paun.[9]

Bulu dan warna

Terier Boston bercirikan tanda-tanda berwarna putih mengikut perkadaran sama ada dengan warna hitam, brindle, sil (warna anjing laut basah, perang sangat gelap yang kelihatan hitam kecuali di bawah sinar matahari terang), atau gabungan ketiga-tiganya.[9] Sebarang warna lain tidak diterima sebagai terier Boston oleh American Kennel Club, kerana warna-warna tersebut biasanya diperoleh melalui pembiakbakaan silang dengan baka-baka lain dan anjing berkenaan kehilangan penampilan "tuksedo" yang merupakan cirinya.[3][4] Mana-mana terier Boston daripada keturunan AKC tanpa mengira warnanya, atau jika ia merupkan anjing percikan atau mempunyai mata biru atau telinga lemah, dapat dan pasti didaftarkan oleh AKC dan menyertai sebarang acara sukan AKC.

Menurut American Kennel Club, tanda-tanda terier Boston dipecahkan kepada dua kategori: Wajib, yang terdiri daripada dada putih, jalur muncung putih dan jalur putih di antara mata; dan Diingini, yang termasuk tanda-tanda Wajib yang ditambahi dengan kolar putih, putih pada tungkai hadapan, tungkai hadapan, sehingga keting pada tungkai belakang.[14] Untuk pertunjukan pengakuran, tanda-tanda bersimetri diutamakan.[3] Oleh sebab tanda-tanda terier Boston yang menyerupai pakaian formal, sebagai tambahan kepada keperibadian halus dan menyenangkan, baka ini pada umumnya dirujuk sebagai "American gentleman" ("budiman Amerika").[2][9]

Ciri ketara

Sepasang mata besar dan menonjol terier Boston ialah ciri pembeza. Mata bulat baka ini terpisah secara renggang, bersaiz besar, dan terletak betul-betul di dalam tengkorak.[15]

Kandungan genetik baka ini menghasilkan ekor pendek.[16] Ekor pendek ini dapat memilik bentuk skru gabus, atau ikal, atau mungkin lurus.[16] Pada umumnya, ekor terier Boston tidak lebih panjang daripada 2 inci (5.1 cm).[17]

Perangai

Terier Boston ialah baka lemah lembut yang biasanya mempunyai keperibadian kuat, senang hati, dan ramah dengan citarasa humor riang. Terier Boston pada umumnya bersemangat untuk menggembirakan pemiliknya dan mudah dilatih.[18] Ia dapat menjadi sangat bersikap pelindung bagi pemiliknya, yang mungkin mengakibatkan tingkah laku agresif dan teritorial terhadap haiwan peliharaan dan orang asing lain. Baka ini hanya memerlukan jumlah penjagaan bulu minimum.[9]

Walaupun pada asalnya dibiakbakakan untuk laga serta pemburuan tikus di kilang pakaian, ia kemudiannya dibiakbakakan untuk pendampingan. Ia tidak dianggap sebagai terier oleh American Kennel Club, walau bagaimanapun, tetapi merupakan sebahagian daripada kumpulan bukan sukan.[9]

Kedua-dua betina dan jantan pada umumnya pendiam dan menyalak hanya apabila perlu,[19] walaupun pelatihan awal dalam hal ini adalah penting.[20][21] Sikapnya yang biasanya wajar terhadap salakan menjadikannya pilihan sangat baik untuk penghuni pangsapuri.[18] Ia suka berada di sekeliling orang, bergaul dengan baik dengan kanak-kanak, orang tua, anjing lain, dan haiwan peliharaan bukan anjing, jika tersosialisasi dengan betul.[2]

Kesihatan

Seekor terier Boston baru lahir

Kelengkungan belakangnya, yang dipanggil roaching, mungkin disebabkan oleh masalah tempurung lutut dengan tungkai belakang, yang kemudian menyebabkan anjing berkenaan bersandar ke hadapan di atas tungkai depan.[2] Ini mungkin juga hanya kecacatan struktur dengan sedikit akibat kepada anjing ini. Oleh sebab muncung pendeknya, banyak terier Boston tidak mampu bertahan dengan cuaca panas atau sejuk melampau dan senaman berat dalam keadaan sedemikian dapat menyebabkan bahaya. Sistem penghadaman sensitif juga adalah tipikal pada terier Boston dengan flatulens yang biasanya dikaitkan dengan diet buruk pada baka ini.[22]

Mata besar dan menonjol menjadikan terier Boston terdedah kepada ulser kornea. Oleh sebab baka ini bercirikan muncung pendek yang dipasangkan dengan sepasang mata besar, matanya rentan kepada kecederaan apabila bersentuhan dengan pasir, habuk, serpihan, atau objek tajam, seperti tumbuhan berduri.[15] Mata besarnya juga dapat menyebabkan keratitis vaskular pigmen. Ubat titis mata disyorkan oleh doktor haiwan untuk membantu memperlahankan atau mencegah keadaan ini.[23]

Terier Boston adalah brakisefalik, yang bermakna bahawa kepalanya adalah lebar dan pendek sekali gus, lalu menghasilkan lubang hidung kecil, lelangit panjang, dan tenggorokan sempit; hidung pendek haiwan brakisefalik dapat menyebabkan sindrom obstruktif salur udara brakisefalik. Terier Boston mungkin terdedah kepada dengkuran dan bersin terbalik—hirupan paksaan cepat dan berulang-ulang melalui hidung—yang disertai oleh bunyi dengus atau gag yang digunakan untuk membersihkan lelangit daripada mukus yang tidak membahayakan anjing berkenaan jika tidak berlangsung lebih daripada 1–2 minit.[24][25] Anjing brakisefalik mungkin terdedah kepada komplikasi dengan anestesia umum.

Terier Boston kerap memerlukan pembedahan sesar untuk melahirkan anak dengan lebih 80% daripada perinduk dalam tinjauan The Kennel Club United Kingdom yang dilahirkan dengan cara ini.[26][27]

Keperluan senaman

Paras tenaga terier Boston adalah sederhana, menurut American Kennel Club.[28] Dua kali sesi berjalan pantas setiap hari dianggap memuaskan untuk keperluan senaman baka ini.

Penjagaan bulu

Dengan lapis bulu pendek, berkilat, dan licin, terier Boston memerlukan sedikit penjagaan bulu.[18] Terier Boston menghasilkan pengguguran bulu ringan dan pemberusan mingguan bagi lapis bulu halusnya berkesan untuk menaggalkan helaian bulu longgar.[29] Pemberusan menggalakkan kesihatan lapis bulu kerana ini menaburkan minyak kulit dan juga menggalakkan pertumbuhan bulu baharu.[29] Mandi sekali-sekala sesuai untuk baka ini.[29]

Kuku terier Boston memerlukan pemendekan kerap.[29] Kuku terlebih panjang bukan sahaja berpotensi untuk menimbulkan kesakitan kepada baka ini, tetapi juga dapat menyukarkan berjalan. Kuku terlebih panjang juga berpotensi tercabut selepas tersangkut pada sesuatu.[18][29]

Begitu juga dengan pemendekan kuku, pemberusan gigi juga patut dilakukan dengan kerap untuk menggalakkan kesihatan mulut baik.[30] Risiko baka ini untuk menghidap sakit mulut, jangkitan gusi, atau nafas berbau dapat dikurangkan dengan pemberusan gigi kerap yang menanggalkan tokokan plak dan bakteria lain.[30] Selain itu, kebersihan gigi tidak baik dapat menyebabkan abses akar gigi yang dapat menyebabkan kerosakan di sekeliling tisu dan akhirnya menyebabkan kehilangan gigi.[31]

Tujuan selain pendampingan

Pada zaman moden, selain menjadi rakan sangat baik, terier Boston juga cemerlang dalam semua jenis sukan anjing. Baka ini semakin popular dalam pertandingan ketangkasan anjing, pelatihan kepatuhan, rally obedience, penjejakan, selaman limbungan, flyball, penarikan berat, perburuan bangsal, dan lure coursing.[32] Sebagai baka serba guna dan dengan keperibadian ramah dan semangat untuk menemui kenalan baharu, terier Boston ialah anjing terapi popular.[33]

Pada tahun 1921 dalam majlis untuk memperingati Infantri ke-102 Amerika Syarikat, Tentera Darat Amerika Syarikat menganugerahkan pingat emas kepada seekor anjing perang terhormat: Sarjan Stubby.[34] Bulterier Boston itu, yang memiliki tiga calit perkhidmatan dan satu calit luka, diberi pangkat dalam Tentera Darat Amerika Syarikat yang menjadikannya anjing pertama yang pernah memperoleh pangkat itu.[34] Anjing perang yang menghiburkan dan melindungi itu turut diganjari pingat oleh Perancis.[34] Sarjan Stubby mati pada tahun 1926 dengan legasi sebagai "anjing perang terhebat" Amerika Syarikat.[34]

Pada tahun 2012, seorang pelajar sekolah tinggi bernama Victoria Reed mengambil nasihat doktor haiwannya dan menyerahkan sekeping foto terier Boston-nya, Bruschi, kepada Rekod Dunia Guinness.[35] Dengan setiap biji mata yang berdiameter 1.1 inci, atau 28 mm, Bruschi diiktiraf oleh Guinness sebagai anjing dengan mata terbesar.[35]

Lennu, anjing peliharaan dari tahun 2012 hingga tahun 2021 milik Sauli Niinistö, Presiden Finland, hadir dalam banyak kehadiran kurang formal beliau dan cukup terkenal di Finland.[36] Foto pasangan itu menjadi tular di seluruh dunia di Amerika Syarikat pada tahun 2017.[37][38][39]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: تيريئر بوستن; bahasa Inggeris: Boston terrier

Rujukan

  1. ^ "Boston Terrier". Animal World (dalam bahasa Inggeris). 4 Ogos 2023.
  2. ^ a b c d e f Meade, Scottee (2000). The Boston Terrier: An Owner's Guide to a Happy Healthy Pet (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. ISBN 1-58245-159-1.
  3. ^ a b c d "Boston Terrier Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2024.
  4. ^ a b c "CKC Breed Standards — Boston Terrier". CKC.ca (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Februari 2007. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  5. ^ "Boston Terrier - American Kennel Club". Akc.org (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2012. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  6. ^ "The Boston Terrier Club Of America". Bostonterrierclubofamerica.org (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Most Popular Dog Breeds - Full Ranking List". Akc.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Januari 2024.
  8. ^ American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (Inggeris), American Kennel Club, Dicapai pada 22 Januari 2024.
  9. ^ a b c d e f g "Get to Know the Boston Terrier" (Inggeris), 'American Kennel Club', dicapai pada 7 Februari 2024
  10. ^ "The Boston Terrier Club Of America". www.bostonterrierclubofamerica.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  11. ^ "Rhett" (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ "Meet the Mascots" (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ "9 Fun Facts About Boston Terriers". www.mentalfloss.com (dalam bahasa Inggeris). 28 November 2018. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  14. ^ "AKC Boston Terrier Standard" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  15. ^ a b Boston Terrier Club of America. "Boston Terrier eyes". Boston Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  16. ^ a b Chester, Jo. "Do Boston Terriers' tails curl?". The Nest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  17. ^ "Boston Terrier". Easy Pet MD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  18. ^ a b c d "Boston Terrier". Vet Street (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  19. ^ Cline, Mrs. Charles D. (1995). Boston Terriers (Inggeris). T.F. H. Publications, Inc. ISBN 0-7938-2397-8.
  20. ^ "Boston Terrier - Temperament & Personality". Petwave.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  21. ^ "Boston Terrier Temperament". BostonTerriersRock.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2015. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  22. ^ "Boston Terriers". adoptaboston.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  23. ^ "Pigmentary Keratitis | VCA Animal Hospitals". Vca (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  24. ^ "Brachycephalic". marvistavet.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2007.
  25. ^ "Health Concerns: Respiratory System". Animal Health Center (dalam bahasa Inggeris). New Jersey Veterinary Medical Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2007. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  26. ^ Evans, K.; Adams, V. (2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section" (PDF). The Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. PMID 20136998. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 April 2016.
  27. ^ Wedderburn, Peter (6 April 2009). "Why do over 80 per cent of Bulldog births happen by caesarian section?". The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2011. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  28. ^ "Boston Terrier Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  29. ^ a b c d e "Boston Terrier". AKC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  30. ^ a b Bedwell-Wilson, Wendy. "Boston Terrier health watch: teeth, gums, and jaw". Dummies (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  31. ^ "The Importance of Oral Health Care for Dogs". www.petmd.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  32. ^ "Boston Terrier". Dog Breed Plus (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  33. ^ "The Boston Terrier Club Of America". bostonterrierclubofamerica.org (dalam bahasa Inggeris).
  34. ^ a b c d Kane, Gillian (8 Mei 2014). "Sergeant Stubby". Slate (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2024.
  35. ^ a b Moye, David (26 Mei 2012). "World's largest dog eyes: Bruschi the Boston Terrier eyeballs world record". Huffington Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  36. ^ Nagesh, Ashitha: Finland's President has a top quality dog (Inggeris), Metro 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  37. ^ Sauli Niinistön Lennu-koira on tämän hetken tunnetuin suomalainen – 7 kuvaa, jotka selittävät suosion (Finland), Me Naiset 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  38. ^ Shapiro, Rebecca: The President Of Finland's Dog, Lennu, Is Melting Hearts Across The Globe (Inggeris), Huffington Post 23 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.
  39. ^ Lennun voittokulku Yhdysvalloissa jatkuu: Jimmy Fallon matki Niinistön koiran legendaarista virnistystä, yleisö villiintyi (Finland), Ilta-Sanomat 24 Februari 2017. Dicapai pada 7 Februari 2024.

Bacaan lanjut

  • Bulanda, Susan (1994). Boston Terriers (Inggeris). Barron's Educational Series, Inc. ISBN 0-8120-1696-3.
  • Lee, Muriel (1998). The Official Book of the Boston Terrier (Inggeris). TFH Publications. ASIN: B013J9J8WO.
  • Axtell, Edward (1910) The Boston Terrier And All About It (Inggeris). The Dogdom Publishing Company. Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat. Edisi ke-1.

Pautan luar

Templat:Americana poster