Zanzibar (Arab: زنجبار Zanjibār), adalah sebuah wilayah separa autonomi di Tanzania, Afrika Timur. Ia membentuk Kepulauan Zanzibar di Lautan India, kira-kira 25–50 kilometer (16–31 bt) di luar pantai tanah besar, dan terdiri daripada banyak pulau-pulau kecil dan dua buah pulau besar: Unguja (pulau utama, secara tidak rasmi dirujuk sebagai Zanzibar) dan Pemba. Ibu negaranya adalah Kota Zanzibar, yang mana terletak di pulau Unguja. Pusat sejarahnya adalah Stone Town, yang juga merupakan Tapak Warisan Dunia.

Zanzibar
Bendera Zanzibar
Bendera
Lagu kebangsaanMungu ametubarikia (Swahili)
God has blessed us[1]
Lokasi dalam Tanzania
Lokasi dalam Tanzania
Pulau-pulau utama, Unguja dan Pemba
Pulau-pulau utama, Unguja dan Pemba
StatusWilayah Tanzania dengan kuasa separa autonomi
Ibu negaraKota Zanzibar
Bahasa rasmi Arab
Kumpulan etnik
Agama
DemonimZanzibari
KerajaanPersekutuan
• Presiden
Hussein Ali Mwinyi
• Timbalan Presiden Pertama
Seif Sharif Hamad
• Timbalan Presiden Kedua
Seif Ali Iddi
Badan perundanganDewan Perwakilan
Kemerdekaan daripada United Kingdom
10 Disember 1963
• Revolusi
12 Januari 1964
26 April 1964
Keluasan
• Jumlah[2]
2,461 km2 (950 bt2)
Populasi
• Bancian Penduduk 2012
1,303,569[3]
529.7/km2 (1,371.9/sq mi)
KDNK (nominal)2012
•  Jumlah
$860 juta[4]
$656
Mata wangShilling Tanzania
(TZS)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (Tidak diperhatikan)
Arah memandukiri
Kod panggilan+255
DPT internet.tz

Industri utama di Zanzibar adalah rempah ratus, raffia, dan pelancongan.[5] Secara khususnya, kepulauan ini menghasilkan bunga cengkih, buah pala, kayu manis, dan lada hitam. Oleh sebab ini, pulau ini bersama-sama dengan Pulau Mafia, kadang kala dikenali sebagai Pulau Rempah (sebuah istilah yang berkaitan dengan Kepulauan Maluku di Indonesia). Zanzibar merupakan rumah pada monyet colobus merah Zanzibar, Zanzibar servaline genet, dan (kemungkinan pupus) harimau bintang Zanzibar.

Penamaan

sunting

Perkataan Zanzibar berasal daripada bahasa Arab Zanjibār (زنجبار), yang mana berpunca daripada Parsi Zang-bār (زنگبار), yang mana terdiri daripada Zang (زنگ, "Hitam") + bār (بار, "pantai").[6][7][8] Perkataan Zang ini turut diserapkan kepada bahasa Melayu sebagai Janggi (Jawi: ‏جڠݢي‎‎) iaitu kata sifat untuk seseorang berkulit hitam ataupun tumbuhan yang berasal dari kawasan timur benua Afrika (seperti "pauh janggi").[9][10]

Sejarah

sunting

Sebelum 1498

sunting

Kesultanan Zanzibar

sunting

Pulau Zanzibar menjadi pusat utama berdagang hamba abdi yang dijual kepada orang-orang Arab dan India, malah juga orang Portugis (namun tidak segiat yang ada di jajahan Mozambique).[11]

Kesultanan Zanzibar dimasukkan dalam pengaruh Oman pada 1698.[12]

Negeri naungan British

sunting

Perlindungan British tamat, berkerajaan sendiri dan penggabungan dengan Tanganyika

sunting
 
Presiden Abeid Karume

Pada 10 Disember 1963,[13] Perlindungan yang diberikan kepada Zanzibar sejak tahun 1890 telah ditamatkan oleh United Kingdom. United Kingdom tidak memberi kemerdekaan kepada Zanzibar, oleh kerana UK tidak pernah memiliki kedaulatan ke atas Zanzibar. Oleh itu, berdasarkan Akta Zanzibar 1963 di United Kingdom, UK menamatkan perlindungan dan membuat cadangan bagi pemerintahan sendiri sepenuhnya di Zanzibar sebagai sebuah negara merdeka di dalam Komonwel. Selepas Perlindungan dihapuskan, Zanzibar menjadi sebuah negara Raja Beperlembagaan di bawah Sultan.[14] Walaubagaimanapun, sebulan kemudian, pada 12 Januari 1964 Sultan Jamshid bin Abdullah telah digulingkan semasa Revolusi Zanzibar.[15] Sultan melarikan diri keluar negara, dan sistem Kesultanan digantikan dengan Republik Rakyat Zanzibar dan Pemba. Pada bulan April 1964, republik ini bergabung dengan tanah besar Tanganyika. Republik Bersatu Tanganyika dan Zanzibar kemudian ditubuhkan, dengan menggabungkan dua nama negara ini, menghasilkan Republik Bersatu Tanzania, di mana Zanzibar kekal menjadi wilayah separa-autonomi.

Demografi

sunting
 
Latar di sebuah jalan di Stone Town.
 
Penjual buah di sebuah pasar.

Bancian Tahun 2002 merupakan bancian terkini yang dilaporkan. Jumlah penduduk di Zanzibar adalah 984,625 orang[16] – dengan kadar pertumbuhan tahunan pada kadar 3.1 peratus.[17] Jumlah penduduk di Zanzibar City, yang mana merupakan kota terbesar adalah 205,870 orang.[17]

Sekitar 2/3 penduduk atau 622,459 orang tinggal di Unguja (Pulau Zanzibar), dengan kebanyakkannya mendiami kawasan di sebelah barat. Selain Zanzibar City, bandar-baandar lain di Unguja termasuk Chaani, Mbweni, Mangapwani, Chwaka, dan Nungwi. Luar daripada bandar-bandar ini, kebanyakan penduduk tinggal di kampung-kampung kecil dengan bercucuk tanam dan menangkap ikan.[17]

Jumlah penduduk di Pulau Pemba adalah 362,166 orang.[18] Bandar terbesar di sini adalah Chake-Chake, dengan jumlah penduduk seramai 19,283 orang. Bandar-bandar kecil adalah Wete dan Mkoani.[17]

Pulau Mafia, pulau utama lain di Kepulauan Zanzibar tetapi ditaddbir oleh tanah besar Tanzania (Tanganyka), mempunyai penduduk seramai 40,801 orang.[19]

Asal etnik dan bahasa

sunting

Rakyat Zanzibar datang dari pelbagai etnik.[20] Penduduk tetap pertama di Zanzibar berkemungkinan adalah leluhur daripada Bantu Hadimu dan Tumbatu, yang mula tiba daripada tanak besar Tasik Besar Afrika sekitar tahun 1000AD. Mereka tergolong dalam pelbagai etnik dari tanah besar dan di Zanzibar, mendiami kampung-kampung kecil, dan tidak membentuk kelompok politik yang lebih besar.

Pada hari ini, Zanzibar ramai didiami oleh etnik Swahili and Bantu.[17] Terdapat juga sejumlah penduduk berketurunan Arab selain India.[21]

Penduduk Zanzibar bertutur dalam bahasa Swahili (Kiswahili) dan Bantu yang mana digunakan dengan meluas di kawasan Tasik Besar Afrika. Selain bahasa Inggeris, Swahili merupakan salah satu daripada dua bahasa rasmi di Tanzania. Ramai penduduk tempatan juga bertuutur dalam bahasa Perancis dan Itali.[22]

Zanzibar Religions (2010 est.)[23]
Islam
  
98.9%
Kristian
  
0.6%
Asli
  
0.5%

Berdasarkan Buku Fakta Dunia CIA, hampir keseluruhan penduduk Zanzibar beragama Islam.[23] dengan minoriti masyarakat Kristian dan asli.

 
Masjid dan gereja terletak berdekatan antara satu sama lain di Stone City, Zanzibar.

Minoriti Katolik diselia oleh Katolik Rom Kawasan Uskup Zanzibar

Kerajaan

sunting

Politik

sunting

Geografi

sunting

Haba pada Musim Panas (pada masa sama adalah Musim Sejuk di Hemisfera Utara) sering kali disejukkan oleh udara nyaman dari laut yang berkait dengan monsoon timur laut (dikenali sebagai Kaskazi dalam bahasa Kiswahili), terutamanya di pantai-pantai utara dan timur. Oleh kerana hampir dengan equator, pulau ini mengalami cuaca panas sepanjang tahun. Hujan turun pada bulan November tetapi hanya sekejap-sekejap. Hujan yang lebuh lama biasanya berlaku pada bulan Mac, April, dan Mei semasa monsoon barat daya (dikenali sebagai Kusi dalam bahasa Kiswahili).[24]

Data iklim untuk Zanzibar
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 32
(90)
33
(91)
33
(91)
30
(86)
29
(84)
28
(83)
28
(82)
28
(83)
29
(84)
30
(86)
32
(89)
32
(89)
30
(87)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 24
(76)
24
(76)
25
(77)
25
(77)
24
(75)
23
(74)
22
(72)
22
(72)
22
(72)
23
(73)
24
(75)
24
(76)
24
(75)
Purata kerpasan, mm (inci) 58
(2.3)
66
(2.6)
150
(5.8)
320
(12.6)
290
(11.4)
53
(2.1)
28
(1.1)
30
(1.2)
41
(1.6)
66
(2.6)
170
(6.7)
140
(5.5)
1,412
(55.5)
Sumber: Weatherbase[25]

Hidupan liar

sunting

Unguja

sunting

Pulau Pemba Island dipisajkan oleh Pulau Unguja dan benua Afrika oleh sebuah selat dalam dan memiliki sekumpulan fauna yang terhad, di sebabkan pengasingannya daripada tanah besar.[26][27] Pulau ini merupakan tempat asal bagi keluang Pemba.

Panorama Stone Town diambil daripada Lautan India. Terlihat dalam gambar ini adalah Istana Sultan, House of Wonders, Taman Forodhani, dan Katedral St. Joseph

Standard hidup dan kesihatan

sunting

Ekonomi

sunting

Tenaga

sunting

Pengangkutan

sunting

Jalan raya

sunting

Zanzibar mempunyai 1,600 kilometer jalan raya, di mana 85% daripadanya adalah berturap dan separuh berturap.[perlu rujukan] Selebihnya merupakan jalan tanah merah, yang mana dibaiki setiap tahun untuk menjadikan ia boleh dilalui sepanjang tahun.[perlu rujukan]. Bagi memastikan jaringan jalan raya ini boleh digunakan dan diselenggara pada sepanjang tahun, Zanzibar menubuhkan Lembaga Tabung Jalan Raya, yang mana terletak di Maisala bagi tujuan mengutip dana dan menyerahkan kepada Kementerian Komunikasi.

Pengangkutan awam

sunting

Tiada sistem pengangkutan awam yang dimiliki oleh kerajaan di Zanzibar. Sistem persendirian, Daladala, mengikut nama rasminya di Zanzibar, merupakan satu-satunya sistem pengangkutan awam. Istilah Daladala berasal daripada perkataan Kiswahili, DALA atau lima shilling semasa tahun 1970-an dan 1980-an apabila pengangkutan awam berkos lima shilling.

Pelabuhan

sunting
 
Pelabuhan Zanzibar

Terdapat lima pelabuhan di pulau-pulau Unguja dan Pemba, kesemuanya dioperasikan dan dibangunkan oleh Perbadanan Pelabuhan Zanzibar.

Pelabuhan utama di Malindi, yang mengendalikan 90% perdagangan Zanzibar telah dibina pada tahun 1925. Pelabuhan ini dipulihkan antara tahun 1989 dan 1992 dengan bantuan kewangan daripada Kesatuan Eropah. Kontraktor daripada Itali, Salini Impregilo S.p.A., sepatutnya membina dermaga yang boleh bertahan selama 60 tahun; bagaimanapun, dermaga ini hanya dapat digunakan selama 11 tahun sebelum berderai dan rosak di sebabkan syarikat ini telah melencong daripada spesifikasi asal.[28] Setelah pertikaian undang-undang yang panjang, pada tahun 2005 syarikat Itali ini telah diperintahkan oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa membayar kepada Zanzibar AS$11.6 juta.[29] Pelabuhan ini sekali lagi dipulihkan antara tahun 2004 hingga 2009 dengan Euro 31 juta geran daripada Kesatuan Eropah. Kontrak telah dianugerahkan kepada M/S E. Phil and Sons daripada Denmark. Pengarah dalam syarikat ini telah mencadangkan pemulihan ini akan bertahan sekurang-kurangnya 50 tahun. Tetapi, pelabuhan ini sekali lagi menghadapi masalah termasuk tenggelam.[28]

Kemalangan feri

sunting

Malapetaka maritim terburuk dalam sejarah Tanzania

sunting

MV Spice Islander I telah karam pada 10 September 2011 selepas berlepas daripada pulau Unguja ke Pulau Pemba. Dalam sebuah laporan ke Dewan Perwakilan Zanzibar pada 14 Oktober 2011, Timbalan Presiden Kedua Zanzibar, Duta Seif Ali Iddi, mengatakan bahawa 2,764 orang hilang, 203 mayat berjaya ditemui, dan 619 penumpang berjaya diselamatkan. Ia merupakan malapetaka terburuk dalam sejarah Tanzania.[30] Satu suruhanjaya presiden, tiga bulan selepas itu bagaimanapun melaporkan hanya 1,370 orang hilang, 203 mayat ditemui, dan 941 penumpang berjaya diselamatkan. Lebih muatan dipercayai menyebabkan feri ini karam.[31]

 
Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Zanzibar

Lapangan terbang

sunting

Lapangan terbang utama Zanzibar, Lapangan Terbang Antarabangsa Zanzibar, boleh mengendalikan pesawat penumpang besar sejak tahun 2011, yang mana melihat peningkatan jumlah penumpang dan kargo yang masuk dan keluar. Sejak penambahan jumlah kapasiti pada akhir tahun 2013, ia boleh mengendalikan sehingga 1.5 juta penumpang setahun.[32] Pulau ini boleh dicapai dengan menggunakan penerbangan yang diusahakan oleh Auric Air,[33] Kenya Airways,[34] Qatar Airways, FlyDubai dan Coastal Aviation[35]

Budaya

sunting
 
Pandangan menara jam di House of Wonders melalui pintu bergaya Islam di Stone City, Zanzibar.
 
Festival Filem Antarabangsa Zanzibar, 2013

Acara paling terkenal di Zanzibar adalah Festival Filem Antarabangsa Zanzibar, yang juga dikenali sebagai Festival bagi negara-negara Dhow.. Pada setiap bulan Julai, acara ini memaparkan sedutan seni Pantai Swahili terbaik, termasuk muzik kegemaran Zanzibar, Taarab.[36]

Ciri-ciri senibina penting di Stone Town adalah rumah Livingstone, Dispensari Lama Zanzibar, Jambatan Guliani, Ngome kongwe (Kubu Lama Zanzibar) dan House of Wonders.[37] Bandar Kidichi memaparkan Mandian Parsi Hamamni, yang dibina oleh imigran daripada Shiraz, Iran semasa pemerintahan Barghash bin Said.

Zanzibar juga merupakan satu-satunya tempat di negara Afrika Timur yang mempunyai rumah penempatan terlama yang dikenali sebagai flat Michenzani yang dibina dengan bantuan Jerman Timur semasa tahun 1970-an untuk menyelesaikan masalah perumahan di Zanzibar.[perlu rujukan]

Media dan komunikasi

sunting

Pendidikan

sunting
 
Pandangan udara Stadium Amaan di Zanzibar.

Bolasepak merupakan sukan paling popular di Zanzibar, dengan seliaan oleh Persatuan Bolasepak Zanzibar.[38] Zanzibar merupakan anggota bersekutu dalam Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF), tetapi tidak di bawah FIFA. Ini bermakna pasukan bolasepak kebangsaan Zanzibar tidak layak untuk bertanding dalam persaingan peringkat negara CAF, seperti Piala Negara Afrika, tetapi kelab-kelab bolasepak Zanzibar bermain dalam pertandingan di peringkat Piala Konfederasi CAF dan Liga Juara CAF.

Pasukan kebangsaan terlibat dalam kejohanan bolasepak bukan FIFA seperti Piala Wild FIFI, dan Piala ELF. Di sebabkan Zanzibar bukan anggota FIFA, pasukan mereka tidak layak bertanding dalam Piala Dunia FIFA.

Persatuan Bolasepak Zanzibar juga menganjurkan Liga Perdana untuk kelab-kelab teratas, yang mana diwujudkan pada tahun 1981.

Sejak tahun 1992, terdapat juga sukan Judo di Zanzibar. Pengasasnya, Mr. Tsuyoshi Shimaoka telah mewujudkan sebuah pasukan kuat yang terlibat dalam pertandingan di peringkat negara dan antarabangsa. Pada tahun 1999, Persatuan Judo Zanzibar (Z.J.A.) telah didaftarkan dan menjadi anggota aktif dalam Jawatankuasa Olimpik Tanzania [perlu rujukan] dan Persekutuan Judo Antarabangsa.

Pada bulan Mac 2013, Zanzibar Shotokan Karate (ZASHOKA) telah menyertai Persekutuan Karate Shotokan Antarabangsa (ISKF).

Orang terkenal

sunting

Galeri

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Kendall, David (2014). "Zanzibar". nationalanthems.info. Dicapai pada 29 Jan 2015.
  2. ^ "Zanzibar profile". BBC News. 24 May 2013. Dicapai pada 2014-07-03.
  3. ^ MWACHANG`A, DEVOTA (23 May 2014). "Kikwete to grace launch of 2012 statistics report". IPP Media. Dicapai pada 2014-07-03.
  4. ^ "Gross Domestic Product (GDP) in Zanzibar". ushnirs.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2014-07-03.
  5. ^ "Exotic Zanzibar and its seafood". Exotic Zanzibar and its seafood. Dicapai pada 11 June 2011.
  6. ^ Douglas Harper. "zanzibar". Online Etymology Dictionary.
  7. ^ Richard F. Burton (2010). The Lake Regions of Central Africa. New York: Cosimo, Inc. m/s. 38. ISBN 978-1-61640-179-5.
  8. ^ Mehrdad Shokoohy (2013). Muslim Architecture of South India: The Sultanate of Ma'bar and the Traditions of Maritime Settlers on the Malabar and Coromandel Coasts (Tamil Nadu, Kerala and Goa). New York: Routledge. m/s. 137. ISBN 978-1-136-49977-7.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "janggi". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 444-445 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  10. ^ "janggi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  11. ^ Vernet., Thomas (2009). "4: Slave trade and slavery on the Swahili coast (1500-1750).". Slavery, Islam and Diaspora. Africa World Press. m/s. 37–76.
  12. ^ N. S. Kharusi, "The ethnic label Zinjibari: Politics and language choice implications among Swahili speakers in Oman", Ethnicities, 12(3) 335–353, 2012.
  13. ^ Zanzibar Act 1963 of the United Kingdom - Note that the title of this Act was not the Zanzibar Independence Act because the UK was not conferring independence as it did not have sovereignty; it was ending the Protectorate over that territory and providing for its fully responsible government
  14. ^ United States Department of State 1975, halaman 986
  15. ^ Ayany 1970, halaman 122
  16. ^ "2002 Population and Housing General Report: South Unguja". Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2004. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ a b c d e "People and Culture – Zanzibar Travel Guide". Zanzibar-travel-guide.com. Dicapai pada 27 August 2010.
  18. ^ "2002 Population and Housing Census General Report: Pemba". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ "2002 Population and Housing Census General Report: Mafia". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  20. ^ "?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-08-29.
  21. ^ Tanzania (08/09). U.S. Department of State.
  22. ^ Chris McIntyre and Susan McIntyre, "Zanzibar, Pemba, and Mafia", Bradt Travel Guide, 2009, p. 36.
  23. ^ a b The World Factbook: Tanzania, United States Central Intelligence Agency, last updated 22 October 2012
  24. ^ "Climate and Soils". Zanzinet Forum. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06.
  25. ^ "Weatherbase: Historical Weather for Zanzibar, Tanzania". Weatherbase. 2011. Dicapai pada 24 November 2011.
  26. ^ Pakenham, R. H. W. (1984). The Mammals of Zanzibar and Pemba Islands. Harpenden: privately printed. Dicapai pada 27 August 2010.
  27. ^ Walsh, Martin T. (2007). "Island Subsistence: Hunting, Trapping and the Translocation of Wildlife in the Western Indian Ocean". Azania. 42: 83–113. doi:10.1080/00672700709480452. S2CID 162594865. Dicapai pada 27 August 2010.
  28. ^ a b Yusof, Issa (17 October 2012). "Malindi Port Gradually Sinking". Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-03.
  29. ^ Staff (29 November 2008). "Zanzibar (Malindi) Nears Completion", World Cargo News. Retrieved 14 September 2013.
  30. ^ Sadallah, Mwinyi (16 October 2011). "Confirmed: 2,900 People Died in Zanzibar's Ferry Tragedy" Diarkibkan 2016-01-12 di Wayback Machine. IPP Media. Retrieved 14 September 2013.
  31. ^ Sadallah, Mwinyi (21 January 2012). "Nine Charged over MV Spice Islander Sinking", IPP Media. Retrieved 14 September 2013.
  32. ^ "Zanzibar forms Airports Authority, modernises aviation infrastructure". Business Times (Tanzania). Dicapai pada 17 January 2013. External link in |publisher= (bantuan)
  33. ^ "Auric Air". Auric Air Services Ltd. March 30, 2012. Dicapai pada March 30, 2012.
  34. ^ Kenya Airways
  35. ^ "Coastal Aviation". Coastal Aviation. 2015. Dicapai pada January 29, 2015.
  36. ^ "?".
  37. ^ "?".
  38. ^ "?". Dicapai pada 11 August 2010.
  39. ^ "Fashion Designers: Farouque Abdela". Fashion Week Zanzibar. Dicapai pada 12 May 2015.

Pautan luar

sunting

Templat:Commonscat-multi

Koordinat: 6°08′S 39°19′E / 6.133°S 39.317°E / -6.133; 39.317