Visual Art's
Visual Art's co.,ltd (株式会社ビジュアルアーツ , Kabushikigaisha Bijuaru Ātsu), asalnya dikenali sebagai Visual Artist Office (ビジュアルアーティストオフィス , Bijuaru Ātisuto Ofisu), ialah sebuah syarikat penerbitan Jepun yang bertumpu kepada penerbitan dan pengedaran judul-judul novel visual untuk sekumpulan pereka permainan video. Visual Art's telah mereka dengan sendirinya enjin permainan video yang digunakan oleh jenama mereka, termasuklah enjin mereka terkini, digelar RealLive, dan sebuah enjin yang lebih lama bergelar AVG32. Visual Art's juga mengendalikan penjualan dan pengedaran judul-judul permainan video yang berkaitan dengan mereka. Kebanyakan daripada judul-judul ini adalah disasarkan buat kaum lelaki, meskipun mereka turut menerbitkan permainan video yang ditujukan buat kaum wanita. Mereka terkenal sebagai syarikat yang menerbitkan judul-judul permainan video oleh Key seperti Kanon, Air dan Clannad.
Jenis/bentuk sah | Syarikat terhad |
---|---|
Industri | Permainan video komputer |
Ditubuhkan | 1991 |
Pengasas | Takahiro Baba |
Ibu pejabat | Kita-ku, Osaka, Jepun |
Tokoh penting | Takahiro Baba |
Keluaran | Novel visual |
Syarikat induk | Tencent |
Tapak web | (Jepun) visualarts.product.co.jp |
sunting · sunting di Wikidata |
Pautan luar
sunting- (Jepun) Laman web rasmi Visual Art's
- (Jepun) Pengemaskinian jenama-jenama Visual Art's Diarkibkan 2007-04-01 di Wayback Machine
- (Jepun) Laman web rasmi Motto Visual Art's
- (Jepun) Laman web rasmi Visualstyle Diarkibkan 2008-01-20 di Wayback Machine
- (Jepun) Visual Channel di YouTube