Syamsul Yusof

Pelakon, pengarah dan penyanyi Malaysia

Mohd Syamsul bin Datuk Dr. Mohd Yusof (lahir 21 Mei 1984) ialah seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit dan penyanyi Malaysia.[1] Beliau juga terkenal dengan filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun. Beliau ialah anak kepada pengarah tersohor negara yang pernah mendapat Six Million Dollar Man, Datuk Dr. Yusof Haslam. Hasil kejayaan bapa beliau diteruskan Syamsul dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar The Twenty Million Dollar Man untuk kejayaan filem Munafik. Sepanjang penglibatannya dalam industri filem, beliau telah enam kali memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia, Anugerah Skrin dan Anugerah PROFIMA. Beliau juga pernah memenangi anugerah Pengarah Asia Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik di Kemboja.

Syamsul Yusof
Syamsul ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada Januari 12 2016.
Kelahiran
Mohd Syamsul bin Mohd Yusof

(1984-05-21) 21 Mei 1984 (umur 40)
PendidikanDiploma Filem & Penyiaran Televisyen
Pusat pendidikanAkademi TV3 (kini Institut Media Integratif Malaysia)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
  • penulis
  • penerbit
  • penyanyi
Tahun aktif1998–kini
PasanganPuteri Sarah Liyana (k. 2014; c. 2023)
Ira Kazar (k. 2023; c. 2024)
Anak-anak2
IbuDatin Fatimah Ismail
BapaDatuk Dr. Yusof Haslam
Saudara
Keluarga
  • Syafiq Yusof (adik)
  • Faizal Yusof (abang sebapa)
  • Nursyamin Yusof (adik)

Sehingga 2018, sebanyak 10 filem arahan beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 113.5 juta, antara filem-filem arahannya seperti Evolusi KL Drift, KL Gangster, Khurafat: Perjanjian Syaitan dan Munafik menjadi kejayaan komersial dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik beliau telah mengeluarkan enam single kolaborasinya bersama Mawi - "Kalah Dalam Menang" yang merupakan lagu tema filem Munafik arahannya, lagu "Bukan Propaganda" yang menjadi lagu tema filem Desolasi lakonannya, "Menangislah" yang menjadi lagu tema filem Munafik 2 arahannya. "Selamat Tinggal Masa" nyanyian bersama Black Hanifah merupakan lagu tema filem KL Special Force. "Senorita" nyanyian bersama AC Mizal dan Shuib Sepahtu untuk filem Abang Long Fadil 2 dan "Ya Robbi" untuk filem Khurafat.

Syamsul telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjaya seni, termasuk pencalonannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin. Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon Malaysia yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[2]

Kehidupan awal

sunting

Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Merupakan seorang yang berdarah seni, beliau mewarisi bakat seni daripada bapanya, pelakon-pengarah-penerbit dan orang kuat Skop Productions, Dato' Yusof Haslam. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff dan pelakon sinetron Indonesia iaitu Miller Khan dan Aliff Alli, adiknya Syafiq juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengarahan, dua lagi adik-beradiknya ialah abang tirinya Faizal Yusof dan adik perempuan, Nur Syamin. Beliau berkelulusan dalam bidang Penyiaran dan Kewartawanan di Insitut Media Integratif Malaysia (MIIM; dahulu Akademi TV3).

Kerjaya

sunting

1998–2007: Permulaan kerjaya dan kejayaan komersial

sunting

Pada tahun 1998, Syamsul yang ketika itu berusia 14 tahun, bermula sebagai pelakon kanak-kanak dengan memegang watak kecil dalam filem Maria Mariana II arahan bapanya, Yusof Haslam. Lima tahun kemudian, beliau menjadi pelakon dan pengarah dalam beberapa siri TV di RTM dan TV3 seperti Gerak Khas, Sembilu Kasih, Airmata Maria, Tragedi Oktober dan beberapa telefilem sebelum aktif mengarah filem pada tahun 2007.

Biarpun dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai syarikat perfileman gergasi Malaysia, Skop Productions, beliau tetap menerima cabaran yang berat, yang datang daripada bapanya sendiri, Datuk Yusof Haslam. Bapa beliau ingin menguji kemampuan anaknya dengan memberi tugasan mengarah drama arahan bapanya, Gerak Khas, untuk beberapa episod. Selepas berjaya mengharungi cabaran tersebut, hasrat beliau untuk duduk di kerusi pengarah filem akhirnya tercapai. Tetapi, cabaran lain pula tiba. Skrip yang ditulis oleh beliau bersama sepupunya, Rizal Ashreff, ditolak oleh bapanya dan menyuruh menilai semula skrip tersebut. Setelah penyemakan semula, akhirnya projek filem pertamanya diluluskan dengan belanjawan yang bernilai RM 1.35 juta sebagai kos dan tarikh siap selama 35 hari. Agak membebankan apabila beliau yang baru mula mengarah terpaksa berhadapan situasi yang begitu memberi tekanan kepada beliau. Pada masa pembikinan filem tersebut, beliau terpaksa berbalah dengan bapanya berhubung soal kos filem yang terpaksa dinaikkan sehingga RM2 juta.[3] Beliau menangis dan timbul rasa serik untuk mengarah filem. Tetapi, anak kepada Six Million Dollar Man ini tidak mengenal penat setelah filem pertamanya, Evolusi KL Drift yang ditayangkan pada 3 April 2008 berjaya di pawagam.[4][5] Sejak itu, beliau giat mengarah beberapa filem pecah panggung dan melangkaui kejayaan yang diukir oleh bapanya sendiri.

2008–2011: Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan Pengarah Terbaik

sunting
 
Syamsul bersama trofi Festival Filem Malaysia yang dimenanginya.

Selepas mengarah filem Evolusi KL Drift, beliau meneruskan langkah dengan mengarah filem bercorak aksi kontroversi, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. Dikeluarkan pada 23 April 2009, filem ini mendapat perhatian ramai apabila tajuk filem ini yang kurang sesuai untuk tatapan umum. Namun beliau mempunyai alasan tersendiri.[6] Beliau masih mengekalkan tanda dagangan beliau dengan mengarah filem-filem aksi. Filem ini dilihat berjaya. Seterusnya, beliau meneruskan kesinambungan trilogi Evolusi KL Drift menerusi Evolusi KL Drift 2.[7] Kali ini, penceritaan yang dilakukan kelihatan agak kemas dan begitu baik. Filem yang dibintangi oleh dirinya sendiri, Farid Kamil, dan Aaron Aziz, dengan penambahan pelakon baru termasuk Scha Al-Yahya, Remy Ishak dan Zul Ariffin. Filem ini mendapat kutipan yang membanggakan. Langkah cemerlang diraih apabila Syamsul menggondol anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.[8] Kejayaan yang beliau kecapi ini telah melampaui apa yang pernah dicapai bapa beliau.

Beliau ingin mewarnai portfolio seorang pengarah dengan mengarah pelbagai jenis genre filem. Percubaan pertama beliau berhasil. Tahun 2011 menunjukkan kebangkitan sentuhan filem beliau apabila filem seram pertamanya, Khurafat: Perjanjian Syaitan lakonan beliau bersama Liyana Jasmay menjengah pawagam dan mencipta rekod baru apabila mencapai kutipan RM8 juta. Kejayaan ini merupakan satu kejutan bagi industri perfilem di Malaysia.[9] Pengkritik memberi pujian kepada percubaan pertama beliau dalam mengarah filem seram.[10]

Keganasan filem arahan beliau tidak terhenti di situ. Beliau mengganas semula dengan filem aksi pertarungan, KL Gangster yang ditayangkan pada 9 Jun 2011. Filem ini membuka mata semua pihak yang sering memperlekeh filem Melayu. Beliau begitu teliti dalam penghasilan filem ini yang dibuat khas untuk tontonan semua.[11] Kejayaan filem ini begitu mengejutkan apabila mendapat kutipan hampir RM 12 juta,[12] dua kali ganda apa yang dicapai oleh bapanya melalui Sembilu II.[12] Filem ini berjaya memberi saingan kepada filem-filem luar yang ditayangkan di Malaysia.[12] Beliau turut menyatakan kesusahan untuk mengumpulkan senarai pelakon yang dikehendaki beliau untuk filem ini. Beliau turut meraih kejayaan pada Festival Filem Malaysia ke-24 apabila berjaya menggondol anugerah Pengarah Terbaik untuk dua tahun berturut-turut menerusi filem KL Gangster.[13]

Pada 14 September 2011, Syamsul bersama penyanyi Aizat Amdan telah terpilih sebagai penerima anugerah Tokoh Muda Negara 2011 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-54.[14]

Filem keenam arahannya, Aku Bukan Tomboy menemui penonton di pawagam pada 17 November 2011, filem ini memperlihatkan Syamsul ingin lari dari kebiasaanya terhadap filem bergenre aksi, apabila beliau mencuba genre komedi romantik untuk filem ini yang mana skrip asalnya ditulis oleh bapanya, filem lakonan Scha Al-Yahya, Shaheizy Sam dan dirinya sendiri mendapat sambutan dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem meskipun menjadi kegagalan komersial.[15][16][17]

2012–2014: Anugerah Blokbuster dan KL Gangster 2

sunting

Pada tahun 2012, filem ketujuh arahannya, Jalan Kembali: Bohsia 2 yang merupakan kesinambungan daripada filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ditayangkan pada 7 Jun, beliau sendiri turut berlakon dalam filem ini dengan melakonkan kembali watak Mus bersama-sama pelakon asal, Nabila Huda (Tasya) dan Salina Saibi (Amy).[18] Beliau kemudiannya membintangi filem psiko-thriller romantik SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan adiknya, Syafiq yang ditayangkan pada 19 Ogos 2012, dalam filem yang turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Lisa Surihani sebagai pelakon utama, beliau memegang watak Jeffri yang merupakan rakan sekerja Sam dan Lisa.[19] Beliau bergandingan bersama Rita Rudaini sebagai pelakon utama drama Ameera yang disiarkan di Slot Samarinda TV3, ini merupakan penampilan pertama beliau menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria terbitan Skop Productions pada 2007.

Syamsul juga berjinak-jinak untuk menjadi penyanyi[20][21] apabila beliau pernah menghasilkan sebuah album EP bersama Dr. Anwar Fazal yang bertajuk The Love Legacy yang mengandungi empat lagu yang terdiri daripada "Bidadari", "Apakah Semuanya Itu", "Ya Robbi" dan "Hingga Hujung Dunia".[22]

 
Syamsul (kiri), bersama bapanya, Yusof Haslam (tengah) dan adiknya, Syafiq (kanan).

Beliau membintangi telefilem Asmara Beijing arahan bapanya, Datuk Yusof Haslam, bersama Salina Saibi dan Norman Hakim, telefilem yang disiarkan di Astro Citra mengisahkan tentang Dira yang membawa dirinya ke Beijing, China selepas merajuk dengan cintanya kepada Rizal, telefilem ini menjalani penggambaran di Beijing dan selebihnya dilakukan di Kuala Lumpur.[23] Syamsul bergandingan bersama Kamal Adli dan Hanis Zalikha sebagai pelakon utama filem aksi komedi arahan bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Ahmad Idham,[24] Gangster Celop yang merupakan gabungan daripada filem KL Gangster dan drama Apa Celop!, filem yang ditayangkan pada 21 Februari 2013 ini berkisarkan berkisar mengenai dua orang bekas gangster iaitu Adam (Syamsul Yusof) dan Aman (Kamal Adli) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun, bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik.[25] Filem ini turut dibintangi oleh Yus Jambu, Azad Jazmin, Usop Wilcha dan Reen Rahim. Selepas Gangster Celop, beliau berlakon dalam filem Oh Mak Kau! arahan Ain Nordin yang ditayangkan pada 16 Mei 2013.[26] Pada Oktober, beliau meraih kemenangan besar dengan membawa pulang lima trofi termasuk filem arahannya, KL Gangster merangkul kategori Filem Terhebat Anugerah Blokbuster, yang julungkali diadakan.[27] Selain itu, filem Khurafat arahannya turut memenangi Anugerah Filem Takut Terhebat, KL Gangster menerusi Anugerah Filem Aksi Terhebat, Anugerah Tuan Direktor Terhebat serta Anugerah Khas PFM daripada penganjur majlis anugerah ini iaitu Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).[27][28]

Filem kelapan arahannya, KL Gangster 2[29] menemui penonton di pawagam, masih mengekalkan Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak serta dirinya sendiri dan juga Rosyam Nor. Namun, dua bulan sebelum ditayangkan, industri filem negara telah dikejutkan dengan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet.[30] Beliau mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini,[31] sambil memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. Meskipun kontroversi itu, filem ini mendapat sambutan meluas daripada penonton dan mencatat kutipan sebanyak RM4.96 juta, jumlah kutipan yang agak terendah daripada filem KL Gangster.[32] Insiden ini menyebabkan Syamsul berasa tertekan dan kecewa hingga tidak menghadiri majlis pratonton dan tayangan perdana serta mempromosikan filem ini,[33][34][35][36] sehingga beliau nekad untuk berhenti mengarahkan filem.[37] Syamsul sekali lagi berlakon di bawah arahan adiknya, Syafiq Yusof menerusi filem Abang Long Fadil yang merupakan terbitan turunan dari filem KL Gangster, dalam filem yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Kamal Adli, beliau memegang tiga watak – iaitu Zack (watak lakonannya dalam Evolusi KL Drift), Mus (dari Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Shark (KL Gangster), filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat sambutan positif dari penonton dan pengulas filem serta meraih kutipan kasar sebanyak RM 4.61 juta.[38]

2015–kini: Kebangkitan semula, Gerak Khas, Munafik dan kejayaan Mat Kilau

sunting

Pada Mei 2015, Syamsul membintangi watak utama sebagai Supritendan Jefri dalam drama kepolisan Gerak Khas musim ke-15,[39][40] sebelum ini beliau pernah menjayakan beberapa episod Gerak Khas sebagai pelakon undangannya.[41] Selepas tiga tahun menyepi dari kerusi pengarah akibat terjejas dengan nasib yang menimpa filem KL Gangster 2 arahannya yang bocor di internet sebelum tayangan perdana rasminya, Syamsul bangkit semula[42] menerusi filem kesembilan arahan beliau Munafik ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2016,[43][44] Syamsul sendiri turut berlakon dalam filem kesembilan arahannya dengan menjayakan watak utama sebagai Ustaz Adam, seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam.[45][46] Filem yang turut dibintangi oleh Nabila Huda, Pekin Ibrahim dan Fizz Fairuz ini melayakkan Syamsul menerima anugerah Pengarah Terbaik dan Suntingan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28.[47]

Pada 26 Februari 2016, beliau merakamkan runut bunyi untuk Munafik, yang bertajuk "Kalah Dalam Menang" yang menggandingkan beliau bersama Mawi.[48] Selang beberapa bulan selepas itu, lagu tema untuk filem Desolasi pula menyusul dengan bertajuk "Bukan Propaganda" menampilkan kolaborasi kedua bersama Mawi.[49][50] Pada tahun sama, Syamsul memegang watak sebagai Aiman dalam filem cereka sains Desolasi arahan adiknya, Syafiq Yusof.[51] Dikeluarkan pada 8 Disember 2016, Desolasi mengisahkan tentang Aiman, seorang pelukis jalanan yang mencari jawapan dalam persoalan hidupnya dan melalui pelbagai ujian serta dugaan sehingga membuatkan dirinya hilang arah dan disahkan menghidap penyakit Anton-Babinski.[52] Filem ini turut dibintangi oleh Pekin Ibrahim, Bella Dally dan Datuk Jalaluddin Hassan.[53][54]

Syamsul dilaporkan bakal menghasilkan kesinambungan filem itu yang menjalani penggambaran pada hujung 2016[55][56] yang dilaporkan bakal dibintangi oleh Mawi dan Maya Karin serta pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo.[57] Ia telah dilaporkan yang Nabila Huda tidak akan terlibat dalam Munafik 2 dan skrip filem ini juga ditulis semula oleh Syamsul walaupun ia hampir disiapkan kerana merasakan skrip berkenaan tidak melangkaui apa yang pernah dihasilkan menerusi filem pertama sebelum ini.[58] Pada 30 Julai 2017, Syamsul telah dinamakan Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-57 yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja menerusi filem Munafik arahan dan lakonannya, beliau bagaimanapun tidak dapat menghadiri majlis berprestij itu.[59][60][61] Kemenangan beliau sekali gus mengulangi kejayaan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang pernah memenangi kategori sama.[62][63] Beliau juga mengumumkan berhasrat untuk mengarahkan filem epik mengenai sejarah pahlawan negara.[64]

Pada 1 Februari 2018, Syamsul membintangi filem drama romantik, Makrifat Cinta yang diilhamkan dari satu kisah benar,[65] arahan Kamal G.[66] Bagaimanapun, ketika menjalani penggambaran filem itu, Syamsul mengalami kecederaan di bahagian kiri bahunya ketika melakonkan babak letupan.[67][68][69] Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara.[70][67][71][72] Turut berlakon dalam filem ini ialah Nora Danish dan Puteri Balqis.[73]

Meneruskan rentetan kerjasama bersama adiknya, Syafiq, Syamsul membintangi filem aksi KL Special Force bersama Rosyam Nor dan Fattah Amin yang ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018.[74] Dalam filem ini, Syamsul memegang watak Asyraff, ketua kumpulan Geng Anarkis. Filem ini merupakan kejayaan komersial.[75] Selain itu, beliau turut menyumbangkan lagu tema filem ini yang bertajuk "Selamat Tinggal Masa" yang menampilkan duet bersama Black Hanifah.[76]

Pada Mac 2018, semasa malam gala filem KL Special Force lakonannya di Petaling Jaya, Syamsul mengumumkan akan mengarahkan filem biografi sejarah yang berkisarkan tentang pahlawan Melayu, Mat Kilau.[77] Filem ini memulakan penggambaran pada 1 April 2018.[78] Ia diterbitkan oleh Studio Kembara dan pertama arahan Syamsul yang mana beliau tidak berlakon, dibintangi oleh Datuk Adi Putra selaku watak utama dan dibantu pelakon Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Yayan Ruhiyan, Nadiya Nisaa dan bintang baru, Ali Karimie.[79] Syamsul dilaporkan enggan mengarah filem bersama adiknya, Syafiq bagi mengelakkan percanggahan pendapat dan idea.[80][81][82] Syamsul dipetik oleh Astro Awani sebagai berkata: "Saya tidak mempunyai perancangan untuk mengarah bersama Syafiq kerana saya percaya sesebuah filem itu tidak boleh diarahkan oleh dua orang individu."[83] Beliau turut mengakui kejayaan Syafiq sebagai persaingan sihat buatnya.[84]

Syamsul bersama-sama dengan Nam Ron, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Chew Kin Wah, Maya Karin dan Puteri Balqis telah disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang berjaya meraih pengiktirafan di peringkat global oleh Harian Metro pada Jun 2018.[2] Filem ke-10 arahan beliau, Munafik 2, kesinambungan dari filem pertama yang ditayangkan pada Februari 2016, menerima keluaran tayangan rasmi pada 30 Ogos 2018. Syamsul memuatnaik poster rasmi filem ini di laman Instagram beliau.[85] Dalam temuramah bersama Harian Metro, Syamsul berkata: "Ketika melakukan proses suntingan, saya menangis sebab jalan cerita filem ini. Apatah lagi, unsur dakwah yang diketengahkan diinspirasikan daripada kisah Nabi dan negara Islam yang ditindas. Jadi, menerusi filem ini saya nak penonton merasai ajaran Islam yang dibawa menerusi beberapa watak sedia ada dan karakter baru diperkenalkan,"[86][87]

Beliau mengumumkan pada September 2018 yang Munafik 2 akan disambung untuk siri ketiga.[88][89] Syamsul kembali ke set penggambaran filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada pertengahan Disember 2018 di mana penggambaran dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada promosi Munafik 2.[90]

Pada 23 Jun 2022, filem ke-11 arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di pawagam. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM80 juta, sekaligus mengatasi kutipan filem Munafik 2 arahannya.[91][92][93] Selepas kejayaan filem tersebut, Syamsul mengarahkan filem The Original Gangster terbitan dan lakon layar beliau daripada syarikat yang ditubuhkan oleh beliau sendiri, Syamsul Yusof Films. Walaupun menerima tentangan hebat atas pengguguran Aaron Aziz, Syamsul tetap meneruskan pengarahan filem tersebut.[94] Filem tersebut bakal menyaksikan kemunculan semula Syamsul di layar perak dalam bentuk lakonan selepas 5 tahun.[95]

Beberapa hari selepas tamat penggabaran The Original Gansgter, Syamsul berkolaborasi bersama Astro Shaw buat kali pertama secara pengarahan dan penulisan skrip untuk filem seram keempat beliau.[96] Filem tersebut telah didedahkan tajuk oleh Astro Gempak sebagai Khawarij.[97]

Kehidupan peribadi

sunting
 
Syamsul di hari perkahwinannya dengan Puteri Sarah.

Sekitar 2007 hingga 2009, beliau sebelum ini dilaporkan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Diana Danielle (kini isteri Farid Kamil) yang juga pernah berlakon dalam dua filem arahannya.[98][99]

Beliau berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah diadakan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan mas kahwin berjumlah RM 1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh kedua-dua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[100][101]

Pada November 2016, Syamsul berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Puteri Sarah disahkan hamil anak lelaki.[102] Perkara gembira itu diketahui ketika membawa isterinya membuat pemeriksaan kehamilan, dua minggu lalu.[102] Menurutnya, beliau masih belum membuat sebarang persiapan kelengkapan bayi memandangkan mereka baru sahaja mengetahui jantina bayi mereka.[102] Syamsul dan Puteri Sarah pada awalnya merahsiakan berita baik itu termasuk kepada ahli keluarga kerana mahu kandungan itu betul-betul kuat.[103] Syamsul memberitahu, isterinya turut mengalami alahan muntah dan cepat penat.[103] Pada 19 April 2017, pasangan itu menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka — anak lelaki bernama Syaikhul Islam.[104][105][106][107] Pada Julai 2018, Syamsul dan Puteri Sarah mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.[108][109] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah.[110][111][112]

Walau bagaimanapun, sejak akhir 2022, khabar angin mula muncul bahawa Syamsul telah berkahwin secara sulit dengan seorang lagi wanita, Ira Kazar, anak pelakon Kazar Saisi lalu menjadikannya sebagai isteri kedua.[113] Syamsul kemudian menyalahkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas dakwaan fitnah dan mengugut untuk memfailkan saman mahkamah.[114] Namun begitu, pada awal 2023, Syamsul akhirnya berisytihar bahawa dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand,[115] lalu mencetuskan konflik antara kedua-dua pihak isteri. Menurut pihak Sarah, perihal Syamsul–Kazar telah berlaku sejak empat tahun dahulu, dan ditentang kuat kerana tidak dilangsungkan dengan telus serta tidak mendapat restu.[116][117] Kontroversi tersebut tidak menjejaskan beliau untuk meneruskan penggambaran The Original Gangster.[118]

Kolaborasi

sunting

Syamsul mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Aaron Aziz, Soffi Jikan dan Rahim Razali ialah pelakon paling kerap berkolaborasi, muncul dalam lima filem. Sementara Salina Saibi, Shaheizy Sam dan Adam Corrie masing-masing muncul dalam empat filem.

Pelakon Evolusi KL Drift Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Evolusi KL Drift 2 Khurafat: Perjanjian Syaitan KL Gangster Aku Bukan Tomboy Jalan Kembali: Bohsia 2 KL Gangster 2 Munafik Munafik 2 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan The Original Gangster Khawarij Munafik 3 Jumlah
Farid Kamil
 N
 N
2
Fasha Sandha
 N
1
Aaron Aziz
 N
 N
 N
 N
 N
5
Diana Danielle
 N
 N
2
Rizal Ashreff
 N
 N
2
Hetty Sarlene
 N
 N
 N
3
Iqram Dinzly
 N
1
Huda Ali
 N
 N
 N
3
Buzen Hashim
 N
 N
2
Nabila Huda
 N
 N
 N
3
Salina Saibi
 N
 N
 N
 N
4
Shaheizy Sam
 N
 N
 N
 N
4
Johan Raja Lawak
 N
1
Nasir Bilal Khan
 N
 N
2
Adam Corrie
 N
 N
 N
 N
4
Kazar Saisi
 N
 N
2
Hanny Harmi
 N
 N
2
Lando Zawawi
 N
 N
 N
3
Ifa Raziah
 N
1
Scha Al-Yahya
 N
 N
2
Remy Ishak
 N
1
Zul Ariffin
 N
1
Yus Murai
 N
 N
 N
3
Liyana Jasmay
 N
1
Sabrina Ali
 N
 N
2
Along Eyzendy
 N
1
A. Galak
 N
 N
 N
3
Fauziah Nawi
 N
1
Ruzaidi Abdul Rahman
 N
1
Mariani Ismail
 N
1
Zizan Razak
 N
 N
 N
3
Soffi Jikan
 N
 N
 N
 N
 N
5
Adi Putra
 N
 N
 N
3
Ridzuan Hashim
 N
 N
2
Sheera Iskandar
 N
 N
 N
3
Ku Faridah
 N
 N
 N
3
Zack Taipan
 N
 N
2
Razib Salimin
 N
 N
 N
3
Harun Salim Bachik
 N
 N
2
A. R. Badul
 N
1
Eira Syazira
 N
1
Didie Alias
 N
1
Zarina Zainoordin
 N
 N
 N
 N
4
Azad Jasmin
 N
1
Angeline Tan
 N
 N
2
Delimawati
 N
1
Rosyam Nor
 N
 N
2
Ammar Alfian
 N
1
Deen Maidin
 N
1
Ruzzlan Abdullah Shah
 N
 N
2
Siraj Al Sagoff
 N
 N
2
Fizz Fairuz
 N
 N
 N
3
Pekin Ibrahim
 N
1
Rahim Razali
 N
 N
 N
 N
 N
5
Maya Karin
 N
 N
 N
3
Mawi
 N
1
Fauzi Nawawi
 N
 N
2
Namron
 N
 N
2
Beto Kusyairy
 N
 N
2
Fattah Amin
 N
1
Johan As'ari
 N
1
Yayan Ruhian
 N
 N
2
Geoff Andre Feyaerts
 N
 N
2
Khir Rahman
 N
 N
2
Wan Hanafi Su
 N
1
Jalaluddin Hassan
 N
1
Shaharuddin Thamby
 N
1
Farah Ahmad
 N
1
Farid Amirul
 N
1
Ellie Suriaty
 N
 N
2
Sharnaaz Ahmad
 N
1
Hairul Azreen
 N
1
Niezam Zaidi
 N
 N
2
Nas-T
 N
1
Pablo Amirul
 N
1
Ummi Nazeera
 N
1
Rafique Iskandar
 N
1
Mikael Noah
 N
 N
2
Laura Olivia
 N
1
Eman Manan
 N
1
Razak Ahmad
 N
1
Josiah Hogan
 N
1
Tiz Zaqyah
 N
1
Emma Sofea
 N
1

Filemografi

sunting
Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan
 
Melakonkan watak sebagai Johan dalam filem Khurafat: Perjanjian Syaitan, bersama Liyana Jasmay (Aishah).
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis Penerbit
1998 Maria Mariana II         Pengiring Pengantin Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
2005 Gila-Gila Pengantin Popular         Ijam
2008 Evolusi KL Drift         Zack Filem arahan pertama
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam         Muz
2010 Evolusi KL Drift 2         Zack
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan         Johan
KL Gangster         Shark
Aku Bukan Tomboy         Burn
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2         Muz
SAM: Saya Amat Mencintaimu         Jefri
2013 Gangster Celop         Adam
KL Gangster 2         Shark
Oh Mak Kau!         Lutfan
2014 Abang Long Fadil         Shark / Zack / Mus
2016 Mat Moto         Mus Penampilan khas
Munafik         Ustaz Adam
Desolasi         Aiman
2017 Abang Long Fadil 2         Inspektor Wahab
2018 Makrifat Cinta         Mahathir
KL Special Force         Asyraff
Munafik 2         Ustaz Adam
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan        
2025 The Original Gangster         Don Pos-produksi
Khawarij         Ustaz Adam Pra-produksi
TBA Munafik 3         Ustaz Adam Pra-produksi
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2005–2007 Sembilu Kasih       Syamsul TV3 Drama lakonan dan arahan pertama
2007 Airmata Maria       Johan Juga sebagai pengarah bersama
2008 Farah Syakira       Syamil TV2
2009 Cik Ah Cik Nin[119]        – Astro Prima
Gerak Khas (Musim 11)       Syamil TV2 Episod: "Diburu Along"
2011 Khurafat The Series       Astro Ria Cerita
2012 Tanah Kubur (Musim 4)       Malek Astro Oasis Episod: "Bunga Haram"
Ameera       Ameer TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series[120]       Zack TV2
2014–2018 Gerak Khas       Supt. Jefri
2018 Sejadah Untuk Dia       Astro Oasis Idea asal
2021 Ramadani       Tuan Rahmat TV3
2021–2022 Gerak Khas Undercover       Juga sebagai penerbit bersama
TBA Kau Takdirkan Bersama       Suami Dr. Mira TV3 Penampilan khas

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penerbit
2009 Maisara       Mus Astro Prima Telefilem lakonan pertama
2012 Asmara Beijing       Rizal Astro Citra

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Gempak Superstar Dirinya sendiri/juri jemputan Astro Ria
LePakNil Artis undangan

Diskografi

sunting
Tajuk Maklumat album Catatan
The Love Legacy
  • Dikeluarkan: 2012
  • Label: Red Room Studio
Bersama Dr. Anwar Fazal

Single

sunting
Tahun Tajuk Catatan
2016 "Kalah Dalam Menang"[121][122] Duet bersama Mawi (OST filem Munafik)
"Bukan Propaganda"[123][124] Duet bersama Mawi (OST filem Desolasi)
2017 "Senorita" Duet bersama Dato' AC Mizal & Shuib Sepahtu (OST filem Abang Long Fadil 2)
2018 "Selamat Tinggal Masa" Duet bersama Black Hanifah (OST filem KL Special Force)
"Menangislah" Duet bersama Mawi (OST filem Munafik 2)
2020 "Satu Kalimah"
2021 "GK Undercover" (OST drama Gerak Khas Undercover)

Endorsmen

sunting

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Keberkesanan Aksi Lasak Di Layar Perak Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift Menang
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Tercalon
2010 Anugerah Skrin 2010 Lakon Layar Filem Terbaik Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift 2 Menang
Filem Terbaik Evolusi KL Drift 2 Tercalon
Pengarah Terbaik Evolusi KL Drift 2 Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-23 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift 2 Menang
Penyuntingan Terbaik Evolusi KL Drift 2 Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon Filem Lelaki Popular Syamsul Yusof Tercalon
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Lakon Layar Terbaik Syamsul Yusof, Khurafat: Perjanjian Syaitan Tercalon
Cerita Asal Terbaik Khurafat: Perjanjian Syaitan Tercalon
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, Hisham Jupri, Khurafat: Perjanjian Syaitan Tercalon
Pengarah Terbaik KL Gangster Menang
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, KL Gangster Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pelakon Filem Lelaki Popular Syamsul Yusof Tercalon
Anugerah Skrin 2011 Filem Terbaik KL Gangster Tercalon
Pengarah Terbaik KL Gangster Tercalon
2012 Anugerah Blokbuster 2012[126] Anugerah Tuan Direktor Terhebat Syamsul Yusof Menang
Anugerah Khas PFM Syamsul Yusof Menang
Anugerah Filem Takut Terhebat Khurafat: Perjanjian Syaitan Menang
Anugerah Filem Terhebat KL Gangster Menang
2013 Anugerah Blokbuster 2013[127] Tuan Direktor Terhebat Syamsul Yusof, Jalan Kembali: Bohsia 2 Menang
Festival Filem Malaysia ke-26 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, KL Gangster 2 Tercalon
Sinematografi Terbaik Syamsul Yusof, Hisham Jupri, KL Gangster 2 Menang
Penataan Bunyi Terbaik Syamsul Yusof, Hisham Jupri, KL Gangster 2 Menang
2016 Festival Filem Malaysia ke-28[128][129] Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, Munafik[130] Menang
Penyuntingan Terbaik Syamsul Yusof, Munafik Tercalon
Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan[131] Munafik Menang
2017 Anugerah MeleTop Era 2017 Bintang Filem MeleTOP Munafik Tercalon
Festival Filem Asia Pasifik ke-57[132] Pengarah Terbaik Munafik Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Versatil Popular Syamsul Yusof Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik Syamsul Yusof, Munafik 2 Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Makrifat Cinta Tercalon
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Pengarah Terbaik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Tercalon

Rujukan

sunting
  1. ^ Ridzuan Abdul Rahman (14 September 2022). "Sentuhan Syamsul jadi buruan". Harian Metro. Dicapai pada 30 September 2022.
  2. ^ a b Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.
  3. ^ "Syamsul terpaksa berbalah dengan bapa". Sinema Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-23. Dicapai pada 10 Oktober 2010.
  4. ^ Wahiduzzaman (27 Februari 2008). "Syamsul Yusof talks about his directorial debut in "Evolusi KL Drift"". Cinema Online. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  5. ^ "Syamsul lega berjaya sahut cabaran bapa". Sinema Malaysia. Dicapai pada 4 Oktober 2010.[pautan mati kekal]
  6. ^ Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Oh! Artis. 21 April 2009.
  7. ^ Wahiduzzaman (24 Mac 2010). ""KL Drift 2" Menderum Dengan 'Enjin Lama'". mStar Online. Dicapai pada 2010-03-30.[pautan mati kekal]
  8. ^ Syamsul Yusof menangis menang anugerah Izyan.com. Oktober 2010.
  9. ^ Khurafat Sangat Menyeramkan, Menggugurkan Jantung! Diarkibkan 2013-02-04 di Wayback Machine, Murai.com.my. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  10. ^ Review filem Khurafat: Perjanjian Syaitan Oh! Artis. 15 Januari 2011.
  11. ^ KL Gangster: Filem aksi yang realistik Gua.com.my. 11 Jun 2011.
  12. ^ a b c Aqeef Azizan (27 Jun 2011). "KL Gangster dan RM11 Juta – Formula Kejayaan Syamsul Yusof". Majalah Niaga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-10. Dicapai pada 2011-11-30.
  13. ^ Farizan Zainal (8 Februari 2015). Dari pelakon ke kerusi pengarah Tupai.com.my. Diperoleh pada 26 Februari 2017.
  14. ^ Syamsul Yusof & Aizat terpilih sebagai Tokoh Muda Negara 2011 Rotikaya (14 September 2011). Dicapai pada 14 September 2011.
  15. ^ "Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy". Sensasi Selebriti. 1 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  16. ^ "Aku Bukan Tomboy sarat mesej & komedi". Sinar Harian. 18 November 2011. Dicapai pada 2011-11-30.
  17. ^ Noor Ashreen Ismail (17 November 2011). "Eksperimental komedi sulung Syamsul". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-18. Dicapai pada 2011-11-30.
  18. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai pada 2012-06-09.
  19. ^ Roni Hidayat Riduan (18 Julai 2012). Syamsul rela diarah adik sendiri Kosmo!. Dicapai pada 26 Februari 2017.
  20. ^ Hizreen Azleena Kamal (2017-02-25). "When popular actors become singers". New Straits Times. Dicapai pada 2017-02-25.
  21. ^ Norhayati Nordin (2016-02-28). "Syamsul cuba nyanyi pula". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-25. Dicapai pada 2017-02-25.
  22. ^ Raziatul Hanim Rajak (14 March 2013). Agenda baru Syamsul Sinar Harian. Retrieved 5 February 2014.
  23. ^ Beijing lokasi pilihan Kosmo!. 29 Mac 2012.
  24. ^ Ahmad Idham & Yusof Haslam Bergabung, Arah Filem Bertajuk “Gangster Celop” Oh Bulan!. 13 Julai 2012.
  25. ^ REBUT PELUANG TONTON GANGSTER CELOP! Media Hiburan. 14 Februari 2013.
  26. ^ OMK bukan filem syok sendiri Sinar Harian. 11 Mei 2013.
  27. ^ a b Siti Juliana Mohd Johar (7 Oktober 2012). Anugerah Blokbuster: Malam Gemilang Bagi Syamsul Yusof Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Mac 2015.
  28. ^ Syamsul Yusof Dominasi Anugerah Blockbuster 2011 Rentak Artis.com. 7 Oktober 2012. Diperoleh pada 31 Oktober 2012.
  29. ^ Feride Hikmet Atak (4 Oktober 2013). KL Gangster 2' Filem Termahal Arahan Syamsul Setaraf Hollywood Diarkibkan 2018-04-12 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  30. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (29 Ogos 2013). KL Gangster 2 bocor, Syamsul lapor polis Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  31. ^ Filem KL Gangster 2 bocor ke internet, salah satu strategi pemasaran Rotikaya. 7 Oktober 2013.
  32. ^ Nazeri Nong Samah (7 Oktober 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Diarkibkan 2017-03-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  33. ^ KL Gangster 2 Sudah Kutip RM3 Juta! Oh Bulan!. 7 Oktober 2013.
  34. ^ Nadia Azam (19 Februari 2016). Syamsul menangis cerita dirompak 'lanun' Malaysiakini. Diperoleh pada 1 Mac 2016.
  35. ^ SYAMSUL YUSOF BERANG 'KL GANGSTER 2' BOCOR Diarkibkan 2017-04-13 di Wayback Machine Media Hiburan. 29 Ogos 2013.
  36. ^ Melati Pusaka (20 Oktober 2013). Shamsul semakin matang dengan KL Gangster 2 Diarkibkan 2017-10-26 di Wayback Machine Free Malaysia Today. Diperoleh pada 1 Mac 2014.
  37. ^ Feride Hikmet Atak (12 September 2013). Syamsul vows to give up film-making The Star Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
  38. ^ Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Diarkibkan 2017-03-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. 25 Mei 2014. Diperoleh pada 2 Mac 2015.
  39. ^ Aqmar Mustaza (16 Februari 2016). "Impian Syamsul jadi kenyataan". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Jun 2016.
  40. ^ Ridzuan Abdul Rahman (12 Februari 2016). "Tidak mampu galas tugas bapa: Syamsul". Harian Metro. Dicapai pada 14 Jun 2016.
  41. ^ "Gerak Khas musim baharu kembali di TV2". Sensasi Selebriti. 12 Mei 2015. Dicapai pada 14 Jun 2015.
  42. ^ Fitrie Zariq Zainol (15 Mac 2015). "Syamsul Yusof kembali mengarah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 14 Jun 2015.
  43. ^ Othman, Kemalia (13 Mac 2015). "Syamsul Yusof Dalami Islam Bikin Filem Munafik". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 2 Mac 2016.
  44. ^ Dennis Chua (1 Ogos 2017). "'Munafik' a blessing for Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  45. ^ "Munafik bukan sekadar seram". Utusan Malaysia. 7 Februari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-08. Dicapai pada 16 April 2016.
  46. ^ Rozdan Mazalan (2 Mac 2016). "Sentuhan ajaib Syamsul". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2016.
  47. ^ Filem 'Munafik' rangkul 4 anugerah Festival Filem Malaysia Diarkibkan 2018-02-09 di Wayback Machine Berita Mediacorp (4 September 2016). Dicapai pada 14 september 2016.
  48. ^ Syanty Octavia Amry (25 Mei 2016). Syamsul 'rapper' Islamik Harian Metro. Dicapai pada 25 Mei 2016.
  49. ^ Zaidi Mohamad (2016-11-22). "Syamsul dedah alasan pilih Mawi rakan duet". Berita Harian. Dicapai pada 2017-02-27.
  50. ^ Kenneth Chaw (30 Disember 2016). "Munafik's Syamsul Yusof finds success as a director and rapper". Star2. Dicapai pada 30 Mac 2017.
  51. ^ Syanty Octavia Amry (7 Disember 2016). "Minda celaru mencari jawapan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-07. Dicapai pada 7 Januari 2017.
  52. ^ Dennis Chua (18 January 2016). "Syafiq Yusof directs elder brother Syamsul in Desolasi". New Straits Times. Dicapai pada 19 January 2016.
  53. ^ "Mind-boggling Desolasi takes local CGI films staggering new heights". New Straits Times. 9 Disember 2016. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  54. ^ Budiey (29 November 2016). "Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem DESOLASI". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  55. ^ Ashraf Naseer (14 Mac 2017). "Syamsul Yusof bakal tampil dengan "Munafik 2"". Cinema Online. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  56. ^ "'Munafik 2' to start shooting by end-2016". The Malay Mail. 11 April 2016. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  57. ^ "Mawi, Maya Karin bakal bintangi filem 'Munafik 2'". Berita MediaCorp. 3 Mac 2017. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  58. ^ Mohd Al Qayum Azizi (5 Ogos 2016). "Syamsul Yusof Tulis Semula Skrip 'Munafik 2'". mSTAR Online. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  59. ^ Dennis Chua (August 1, 2017). "'Munafik' a blessing for Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada August 2, 2017.
  60. ^ "Syamsul Yusof, 'Ola Bola' win awards at the Asia Pacific film fest". The Malay Mail Online. August 2, 2017. Dicapai pada August 2, 2017.
  61. ^ Hanisah Selamat (31 Julai 2017). "Syamsul Yusof dinobat Pengarah Terbaik FFAP". Berita Harian. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  62. ^ Syafil Syazwan Jefri (31 Julai 2017). "Munafik lonjak Syamsul Pengarah Terbaik". Harian Metro. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  63. ^ "Syamsul Yusof pengarah terbaik Festival Filem Asia Pasifik". Malaysiakini. 31 Julai 2017. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  64. ^ Azyyati Ahmad (1 Ogos 2017). "Syamsul Yusof mahu hasilkan filem pahlawan negara". Astro Awani. Dicapai pada 2 Ogos 2017.
  65. ^ Rozdan Mazalan (22 November 2016) Syamsul Yusof patah tulang bahu lakon babak letupan BH Online. Diperoleh pada 23 November 2016.
  66. ^ Syamsul Yusof to continue doing movie stunts on his own Yahoo! Sports. 25 November 2016. Retrieved 1 December 2016.
  67. ^ a b Rodzan Mazalan (22 November 2016). "Syamsul Yusof patah tulang bahu lakon babak letupan". Berita Harian. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  68. ^ Ashraf Nasser (23 November 2016). "Syamsul Yusof patah bahu ketika penggambaran filem "Makrifat Cinta"". Cinema.com.my. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  69. ^ Kemalia Othman (22 November 2016). "Syamsul Yusof Patah Bahu Kiri Lakonkan Babak Aksi". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-06. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  70. ^ "Syamsul Yusof Patah Tulang Bahu Ketika Jalani Penggambaran 'Makrifat Cinta'". Berita RTM. 23 November 2016. Dicapai pada 14 Mac 2017.
  71. ^ Dennis Chua (16 December 2016). "No stopping Syamsul Yusof, fractured shoulder or not, the show must go on". New Straits Times. Dicapai pada 30 Mac 2017.
  72. ^ Dennis Chua (15 December 2017). "(Showbiz) Syamsul Yusof mistaken as director of new action film he is starring". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  73. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  74. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  75. ^ Edy Noor Reduan (8 Mac 2018). "KL Special Force filem wajib tonton". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  76. ^ Mohd Riduan Rizal Ahmad (6 Mac 2018). "Selamat Tinggal Masa merupakan single baharu Black bergandingan dengan Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  77. ^ Aref Omar (8 Mac 2018). "Syamsul to direct Mat Kilau biopic". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  78. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai pada 20 April 2018.
  79. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 20 April 2018.
  80. ^ "Syamsul says he and brother want to avoid clashes". The Star (Malaysia). 17 April 2018. Dicapai pada 4 May 2018.
  81. ^ Aqmar Mustaza (15 April 2018). "Syamsul Yusof elak mengarah bersama adik". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  82. ^ Siti Athirah Dzulkifly (25 Mac 2018). "Tak mungkin mengarah bersama". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  83. ^ "Syamsul Yusof tak mahu mengarah bersama Syafiq dalam satu filem". Astro Awani. 26 Mac 2018. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  84. ^ "'Kejayaan Syafiq Yusof, persaingan buat saya' - Syamsul Yusof". Astro Awani. 19 Mac 2018. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  85. ^ Khaleeda Rashikin (10 Julai 2018). "Syamsul Yusof 'share' poster filem Munafik 2, ramai tak sabar". Berita Harian. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  86. ^ Sudirman Mohd Tahir (9 Julai 2018). "Munafik 2 bukan seram semata-mata..." Harian Metro. Dicapai pada 10 Julai 2018.
  87. ^ "Ketakutan kepada yang Maha Kuasa: Syamsul Yusof". Sinar Harian. 28 Julai 2018. Dicapai pada 29 Julai 2018.
  88. ^ Dennis Chua (1 September 2018). "#Showbiz: Munafik 3 is on the way, says Syamsul Yusof". New Straits Times. Dicapai pada 3 September 2018.
  89. ^ Ifqdar Rahman (3 September 2018). "Syamsul Yusof sudah bersedia dengan Munafik 3". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 September 2018.
  90. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 Oktober 2018). "'Ramai bertanya mengenai rahsia saya' [METROTV]". Harian Metro. Dicapai pada 21 Oktober 2018.
  91. ^ Mimieyuzi (16 Mei 2022). "Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, Netizen Teruja Mahu Tonton Filem Mat Kilau Di Pawagam". Hot FM. Dicapai pada 27 Jun 2022.
  92. ^ "Filem Mat Kilau paling laris". Berita Harian. 7 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  93. ^ "Fenomena Mat Kilau". Harakah Daily. 2 Julai 2022. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  94. ^ Khairil (2023-05-03). "Syamsul Yusof Kekal Sebagai Pengarah Filem The Original Gangster, Beto Kusyairy Tak Tarik Diri". XTRA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-13.
  95. ^ Tahir, Sudirman Mohd (2022-10-08). "'The Original Gangster cerita baharu, tiada kena-mengena dengan KL Gangster 3' - Syamsul Yusof". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-13.
  96. ^ "Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-13.
  97. ^ "Syerif, Projek: Kahar & The Experts Antara Filem Menarik Dari Astro Shaw Untuk Tahun 2024!". gempak.com. Dicapai pada 2024-02-13.
  98. ^ Feride Hikmet Atak (7 Januari 2011). "Syamsul Tiada Musuh Dengan Diana Danielle Kerana Farid". mSTAR Online. Dicapai pada 18 May 2016.
  99. ^ Haryati Karim (30 Jun 2009). "Masihkan ada cinta?". Kosmo!. Dicapai pada 18 May 2016.
  100. ^ Rahman, Ifqdar (10 March 2014). "Demi cinta Syamsul, Puteri Sarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 May 2016.
  101. ^ "Saat indah dua hati bersatu". Harian Metro. Dicapai pada 18 May 2016.
  102. ^ a b c Nur Sarah (21 November 2016). "Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Timang Anak Lelaki". Jelita. Dicapai pada 21 November 2016.
  103. ^ a b "Puteri Sarah Hamil, Syamsul Yusof Bakal Bergelar Ayah". My News Hub. 28 September 2016. Dicapai pada 21 November 2016.
  104. ^ "Syamsul Yusof, Puteri Sarah timang bayi lelaki". Sinar Harian. 19 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017.
  105. ^ Muhammad Azrul Mohd. Radi (19 April 2017). "Syaikhul Islam nama anak Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 April 2017.
  106. ^ Feride Hikmet Atak (19 April 2017). "Syamsul, Puteri Sarah dapat bayi lelaki". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2017.
  107. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 April 2017). "Cahaya mata sulung Syamsul". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2017.
  108. ^ Syahirah Mokhtazar (26 Julai 2018). "#Showbiz: Syamsul Yusof and wife expecting baby no 2". New Straits Times. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  109. ^ Syahirah Mokhtazar (26 Julai 2018). "Puteri Sarah, Syamsul Yusof bakal timang anak kedua". Sinar Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  110. ^ Hanisah Selamat (17 Mac 2019). "Sumayyah, anugerah buat Syamsul, Puteri Sarah". Berita Harian. Dicapai pada 19 March 2019.
  111. ^ "Syamsul Yusof timang cahaya mata kedua". Sinar Harian. 17 Mac 2019. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  112. ^ Amri Hassan (17 Mac 2019). "Sumayyah, nama anak perempuan Syamsul Yusof, Puteri Sarah". Gempak. Dicapai pada 19 Mac 2019.
  113. ^ "Puteri Sarah dakwa Syamsul, Ira kahwin di Thailand". Berita Harian. 26 Disember 2022. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  114. ^ Ariffin, Fatin Farhana (22 Disember 2022). "Kisah kahwin dua kecoh, Syamsul Yusof nak saman JAWI RM10 juta". Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  115. ^ Mohamed, Raja Nurfatimah Mawar (6 Januari 2023). "Akhirnya Shamsul Yusof mengaku bernikah dengan Ira Kazar di Thailand". Berita Harian. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  116. ^ "Dah setahun Syamsul sekat panggilan - Puteri Sarah". Berita Harian. 7 Januari 2023. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  117. ^ Mohd Tahir, Sudirman; Jefri, Najiy (6 Januari 2023). "Ibu tak restu, tak terima perkahwinan Syamsul Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 7 Januari 2023.
  118. ^ Mahmud, Farihad Shalla (13 Januari 2023). "Syamsul tumpu 'shooting' filem The Original Gangster". Berita Harian. Dicapai pada 13 Februari 2024.
  119. ^ 'Cik Ah Cik Nin' kisah 2 gadis lurus bendul dan kuat berangan Diarkibkan 2017-03-01 di Wayback Machine mSTAR Online. 5 Oktober 2009.
  120. ^ Siti Juliana Mohd Johar (21 September 2012). "Syamsul yakin kebolehan Syafiq arah drama bersiri". Sinar Harian. Dicapai pada 14 Mac 2015.
  121. ^ Kalah Dalam Menang (catatan media). Syamsul Yusof dan Mawi. Arteffects International. 2016.CS1 maint: others (link)
  122. ^ "Kalah Dalam Menang". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-27.
  123. ^ Bukan Propaganda (catatan media). Syamsul Yusof dan Mawi. Arteffects International. 2016.CS1 maint: others (link)
  124. ^ "Bukan Propaganda". iTunes Store (MY). Apple. Dicapai pada 2017-02-27.
  125. ^ Nurul Fathiah Muah (20 Oktober 2014). Teraju jenama SYM Sinar Harian. Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  126. ^ Keuptusan Anugerah Blokbuster 2012 Malaysia
  127. ^ Budiey (16 Jun 2013). Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster 2 Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Mac 2015.
  128. ^ Senarai Penuh Keputusan Pemenang Filem Festival Malaysia Ke-28 Astro Gempak. 28 September 2016.
  129. ^ Rudy Imran Shamsudin (4 September 2016). Malam Syamsul, Shanjhey, Nabila, Pekin... Diarkibkan 2018-08-10 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 28 September 2016.
  130. ^ Filem Munafik ungguli Festival Filem Malaysia ke-28
  131. ^ Ruhaya Ab. Hamid (4 September 2016). Munafik Filem Terbaik Nasional Diarkibkan 2018-02-08 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 5 September 2016.
  132. ^ Arid Fadli Mohd Sori (31 Julai 2017). "Saya rasa kerdil - Syamsul Yusof". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2017-08-02.

Pautan luar

sunting