Stesen LRT Sultan Ismail
Stesen LRT Sultan Ismail ialah stesen LRT yang terletak di barat Chow Kit, Kuala Lumpur, Malaysia dimana perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena Jalan Sultan Ismail yang terletak di utara stesen.
Lokasi | Stesen Sultan Ismail, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°9′40″N 101°41′39″E / 3.16111°N 101.69417°EKoordinat: 3°9′40″N 101°41′39″E / 3.16111°N 101.69417°E | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||||||
Laluan | 3 Laluan Ampang 4 Laluan Sri Petaling | ||||||||||||||
Platform | 2 platform sisi | ||||||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||||||
Sambungan | MR9 Medan Tuanku | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||||||
Kod stesen | AG5 SP5 | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 3 16 Disember 1996 4 11 Julai 1998 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
Stesen ini dibuka kepada awam dengan perasmian segmen pertama STAR LRT (kini Laluan Ampang) yang melalui 14 stesen antara stesen Ampang dan stesen ini pada 16 Disember 1996.[1] Kemudian, Laluan Sri Petaling mula berkhidmat di stesen ini pada 11 Julai 1998 dengan perasmian segmen kedua STAR LRT antara stesen Sentul Timur dan stesen Sri Petaling. Selain itu, terdapat jambatan pejalan kaki menghubungkan stesen ini dengan MR9 Medan Tuanku, yang mempunyai perkhidmatan KL Monorail.
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen ini terletak di barat Chow Kit, Kuala Lumpur. Di sebelah timur stesen adalah SK (L) Jalan Batu manakala di sebelah barat daya stesen adalah SJK (C) Chung Kwok. Juga terletak berhampiran stesen adalah SJK (T) Appar, Wisma Bumi Raya, Wisma MARA, Wisma Sime Darby, Menara Liberty Insurans, Menara Maju, Menara Tun Ismail Mohamed Ali, Bangunan LPPKN, kompleks beli-belah Parkson Maju Junction Mall, Hotel Plaza Grand, Hotel Summit KL dan Hotel Premiera.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | |
AG/SP Arah Selatan | → 3 Laluan Ampang menghala ke AG18 Ampang (Bandaraya) → 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP31 Putra Heights (Bandaraya) | |
AG/SP Arah Utara | ← 3 Laluan Ampang menghala ke AG1 Sentul Timur (PWTC) ← 4 Laluan Sri Petaling menghala ke SP1 Sentul Timur (PWTC) | |
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri | ||
L1 | Aras Legar | Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan jejambat pejalan kaki ke 8 Medan Tuanku |
G | Aras Tanah | Pintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]
Rujukan
sunting- ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
- ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.