Pukulan (besbol)
Dalam sukan besbol, pukulan (bahasa Inggeris: hit ) berlaku apabila pemukul (batter) cuba memukul bola yang dilemparkan oleh pelempar (pitcher) dan dalam keadaan bola itu dapat dipukul yang membolehkan pemukul dapat berlari memperoleh sekurang-kurangnya satu tapak (base). Pemukul harus berlari pantas untuk mendapatkan tapak sebelum dipanggil keluar oleh pengadil. Sekiranya pemukul berjaya mendapat tapak sebelum dipanggil keluar, jadinya dia berhasil atau safe. Seterusnya, giliran pemukul seterusnya yang memukul bola daripada pelempar. Pemukul yang berjaya mendapat tapak tadi menjadi pelari (runner).
Jenis pukulan
sunting- single - pukulan yang membolehkan pemukul memperoleh satu tapak daripada plat rumah (home plat).
- double - pukulan yang membolehkan pemukul memperoleh dua tapak daripada plat rumah.
- triple - pukulan yang membolehkan pemukul memperoleh tiga tapak daripada plat rumah.
- home run - pukulan yang membolehkan pemukul memperoleh keempat-empat tapak dan kembali ke plat rumah.
Pukulan dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Misalnya, pukulan single dapat terhasil melalui pukulan bola yang bergolek di atas tanah (dipanggil grounder) atau bola yang terlempar di udara (fly ball). Bola tanah agak sukar bagi pasukan bertahan untuk dihentikan berbanding bola terbang. Hal ini kerana bola tanah berisiko untuk terlanggar kaki atau terlepas daripada tangkapan pemain bertahan berbanding bola yang berterbangan di udara.
No-hitter
suntingPermainan no-hitter dalam besbol merujuk kepada satu-satu pasukan yang langsung tidak dapat memperoleh apa-apa pukulan sepanjang perlawanan. Pelempar yang menang akan menghalang pasukan kalah daripada meraih sebarang pukulan dan itulah dikatakan sebagai "thrown a no-hitter". Dengan bergantung kepada kemahiran beberapa pemain, aksi no-hitter agak jarang berlaku.