Perang Kose Dag
Pertempuran Köse Dağ terjadi di antara Turki Seljuk Rum dan Mongol pada 26 Jun 1243 di lembah Köse Dağ, di antara Erzincan dan Gümüşhane di timur laut Turkey,[1][2] dan berakhir dengan kemenangan muktamad Mongol.
Perang Kose Dag | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Peperangan Islam-Mongol | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Empayar Mongol | Saljuk Rom | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Bayju | Kaykhusraw II | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Sekitar 20,000 | Sekitar 30,000 | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Sekitar 5,000 | Sekitar 15,000 |
Peperangan
suntingDi bawah pimpinan Bayju, tentera Mongol menyerang Erzurum, sebuah kota di dalam jajahan kerajaan Islam Saljuk. Sultan Kaykhusraw II menghantar utusan ke empayar Trebizond yang mana empayar itu bersebelahan dengan empayar kerajaan Saljuk. Namun ketika penghantaran tentera bantuan oleh empayar Trebizond ke wilayah Erzurum, tentera bantuan tadi berpecah kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan berpihak kepada tentera Mongol dan satu lagi berpihak kepada kerajaan Saljuk.
Pertempuran ini berlaku pada musim sejuk dan akhirnya kota Erzurum berjaya ditawan oleh tentera Mongol pimpinan Bayju.