Lot 10
Lot 10 ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di tengah kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, menempatkan kedai-kedai barangan mewah untuk pelanggan kaya-raya, setara dengan medan beli-belah mewah yang lain seperti Fifth Avenue dan Knightsbridge pada 1990-an.[1] Lot 10 yang dirasmikan pada 13 March 1991 oleh Dr Mahathir ini, mudah dikenali dengan muka bangunan yang berwarna hijau dan seni bina moden yang ketara. Lot 10 menempatkan hampir 100 kedai runcit dan butik. Pernah menempatkan jenama terkemuka seperti Versace dan Aigner, tetapi sejak merudum pada akhir 1990-an, Lot 10 kini dianggap sebagai tempat beli-belah golongan menengah atas.
Lokasi | Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | 1 Ogos 1991 |
Pengurusan | YTL Land |
Pemilik | YTL Land |
Bil. tingkat | 5 |
Hasil jualan kedai-kedainya merupakan campuran produk mewah dan belian golongan menengah seperti Timberland, Ed Hardy, Adidas, Esprit, dan G2000. Di tingkat bawah tanahnya juga terletaknya sebuah medan selera. Di pintu masuk utamanya ada kafe Dôme dan gedung membeli-belah Debenhams serta butik lambang Zara. Gedung serbanekanya ialah Isetan dari Jepun yang menjual beraneka barangan seperti barang runcit, peralatan elektronik dan pakaian yang kebanyakannya berjenama Jepun. Pusat kecergasan Celebrity Fitness Express dan Actors Studio juga terdapat di aras bumbung. National Geographic juga telah membuka kedai konsepnya di sini pada jun 2010.
Lot 10 boleh dicapai dengan menaiki monorel ke stesen Monorel Bukit Bintang yang bersambung dengan bangunannya dengan jejantas ke tingkat 1 dan 2.
Rujukan
sunting- ^ Ziauddin Sardar, The consumption of Kuala Lumpur, m/s. 111 et seq.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lot 10 |
- PERASMIAN LOT 10 KOMPLEKS MEMBELI-BELAH KUALA LUMPUR 13-03-1991.
- Virutal malaysia article
- World66 article Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine
- Asia travel article Diarkibkan 2007-05-24 di Wayback Machine