James Garfield
Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
James Abram Garfield (Jawi: جيمس ايبرم ݢرفيلد ) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-20. Dia menjawat jawatan tahun 1881 selama enam bulan lima belas hari. Ia terbunuh ketika masih memegang jawatan dan digantikan oleh wakilnya, Chester Arthur.
James Abram Garfield جيمس ايبرم ݢرفيلد | |
---|---|
Presiden Amerika Syarikat Ke-20 | |
Dalam jawatan 4 Mac 1881 – 19 September 1881 | |
Naib Presiden | Chester A. Arthur |
Didahului oleh | Rutherford B. Hayes |
Digantikan oleh | Chester A. Arthur |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 19 November 1831 Moreland Hills, Ohio |
Mati | 19 September 1881 Elberon (Long Branch), New Jersey |
Kewarganegaraan | Amerika |
Parti politik | Republik |
Pasangan | Lucretia Rudolph Garfield |
Tandatangan | |
Masa kecil
suntingJames Garfield lahir pada 19 November 1831 dalam sebuah pondok di Orange Township, sekarang Moreland Hills, Ohio. Ia adalah anak bongsu daripada empat adik-beradik. Ayahnya, seorang petani, meninggal dunia ketika Garfield berumur 18 bulan. Garfield lalu bekerja di ladang hingga ia berumur 16 tahun dan kemudian pergi ke sebuah kota dekat kampungnya dan bekerja di sebuah kapal terusan.
Kerjaya pemerintahan dan tentera
suntingPendapatannya daripada hasil bekerja di kapal itu ia gunakan untuk membiayai pendidikannya.
Pada 1856, ia menamatkan sekolah tingginya dan menjadi <<maha guru?>> dalam bidang bahasa dan sastera kuno selama tiga tahun.
Pada 1859 di usia 28 tahun, Garfield terpilih menjadi anggota Senat Ohio mewakili Parti Republik.
Pada 1861, semasa Perang Saudara berlaku di Amerika, James Garfield mengundurkan diri dari dunia politik untuk turut mendirikan rejimen tentara sukarela Amerika Syarikat. Garfield lalu diangkat menjadi Leftenan Kolonel rejimen tersebut walaupun ia tidak mempunyai pengalaman tentera sama sekali. Tidak lama setelahnya pangkatnya naik menjadi Kolonel, dan pada usia 31 tahun ia menjadi Briged Jeneral, dan Major Jeneral dua tahun kemudian.
Pada 1863 Garfield mengakhiri kerjaya tenteranya ketika ia terpilih menjadi angota Dewan Perwakilan Rakyat Amerika, dan terus terpilih kembali selama 18 tahun berturut-turut. Ia pun menjadi tokoh terkemuka Parti Republik di DPR.
Pada 1880, Garfield terpilih menjadi anggota Senat Amerika, pada tahun yang sama ia menjadi calon presiden dari Partai Republik. Garfield tidak pernah menjadi senator kerana ia kemudian memenangi pemilihan presiden dengan selisih 10,000 suara. Garfield berasal dari Parti Republik dan didampingi oleh Chester A. Arthur sebagai wakil presiden.
Masa presiden dan kematian
suntingPada 1881, empat bulan setelah ia dilantik menjadi presiden, Presiden James Garfield ditembak di stesen kereta api di Washington D.C. oleh orang gila yang ingin menjadi pegawai pemerintahan. Presiden James Garfield sebenarnya merancangkan program pembangunan secara besar-besaran, namun rancangan tersebut turut terkubur bersamanya. Selama tiga bulan menderita akibat luka tembakan tersebut, ia tidak pernah pulih lagi. Presiden James Garfield menghembuskan nafas terakhir pada 19 September 1881.
Posisinya sebagai presiden lalu digantikan oleh wakilnya, C.A. Arthur.
Rujukan
sunting- Buku Presiden - Presiden Amerika Serikat, diterbitkan oleh Dinas Penerangan dan Kebudayaan Amerika Serikat, Jakarta (2003)