Geniteri
Geniteri (juga ganitri),[1][2] jenitri atau genditeri[3] (Jawi: ڬندتري , juga gandateri;[3][4] nama saintifik: Elaeocarpus ganitrus) adalah pohon yang termasuk dalam keluarga Elaeocarpaceae bertaburan dari kaki pergunungan Himalaya ke Asia Tenggara termasuk kepulauan Nusantara dan Papua, Guam sampai sejauh kepulauan Hawaii.[5]
Geniteri Genditeri / Gandateri | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | E. ganitrus
|
Nama binomial | |
Elaeocarpus ganitrus (Roxb.)
|
Buahnya berwarna ungu dengan biji yang cukup besar dan biasa digunakan sebagai manik-manik penyusun perhiasan terutamanya sebagai biji tasbih penganut agama Hindu,[6] ia diberi nama rudrākṣa (Sanskrit: रुद्राक्ष ) kerana dipercayai merupakan air mata tertitis dari biji mata dewa Shiva (atau nama asalnya Rudra) semasa bersemadi[6][5] Biji-biji ini juga dipergunakan dalam amalan masyarakat Hindu sebagai bahan semahan semasa upacara pembakaran mayat.[7]
Kegunaan
suntingKayunya memiliki nilai ekonomi tinggi di mana ia digunakan dalam pertukangan bangunan rumah dan pembuatan alat muzik seperti gitar dan piano.[7]
Rujukan
sunting- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "geniteri". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 351 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ "geniteri". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b von de Wall, Hermann Theodor (1875). "gandateri, genditeri, genitri" (PDF). Dalam van der Tuuk, Hermanus Neubronner (penyunting). Maleisch-Nederlandsch Woordenboek. Batavia (Jakarta): Landsdrukkerij. m/s. 34.CS1 maint: date and year (link)
- ^ Paulus, Jozlas, penyunting (1917). "Elaeocarpus ganitrus". Encyclopaedie van Nederlandsch-Indië. A-G. m/s. 665.
- ^ a b Maharaj K. Koul (13 Mei 2001). "Bond with the beads". Spectrum. India: The Tribune.
- ^ a b "What Significance Rudraksha holds in Hinduism?". NewsGram. 19 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 2021-06-21.
- ^ a b Heyne, Karek (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. III. Koperasi Karyawan, Departemen Kehutanan Republik Indonesia. m/s. 1281.
Pautan luar
sunting- Profil spesies di Flora & Fauna Web, Taman Negara Singapura