Buldog Perancis

baka anjing dari Perancis

Buldog Perancis[a] ialah satu baka anjing teman atau anjing mainan Perancis. Ia muncul di Paris pada pertengahan abad kesembilan belas, kelihatannya sebagai hasil pembiakbakaan silang buldog mainan yang diimport dari England dengan anjing pemburu tikus tempatan Paris.[4] Ia pada umumnya dibela sebagai anjing peliharaan dam merupakan antara anjing paling kerap berdaftar di sebilangan negara termasuk Australia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Baka ini rentan terhadap pelbagai masalah kesihatan akibat dibiakbakakan untuk penampilan distingtif yang menampilkan muka brakisefalik dan kedutan muka.

Buldog Perancis
Negara asalPerancis[1]
Trait
Berat Jantan 9–14 kg (20–31 lb)[2][3]
Betina 8–13 kg (18–29 lb)[2][3]
Tinggi Jantan 27–35 cm (11–14 in)[2][3]
Betina 24–32 cm (9.4–12.6 in)[2][3]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Sejak permulaan abad kesembilan belas, buldog dibiakbakakan di United Kingdom untuk tujuan selain sukan darah tradisional seperti pengumpanan lembu yang diharamkan pada tahun 1835.[5]:5 Menjelang pertengahan abad itu, terdapat buldog katik yang paling-paling berukuran seberat sekitar 7–11 kg (15–24 lb).[5]:6

Pada masa sama, pekerja renda dari Nottingham yang terpaksa berpindah ikutan Revolusi Perindustrian mula menetap di Normandie, Perancis.[6]:58 Mereka membawa pelbagai anjing bersama dengan mereka, termasuk buldog mainan.[7] Anjing-anjing itu menjadi popular di Perancis dan perdagangan buldog kecil import diwujudkan dengan pembiak baka di England yang mengirimkan budlog dianggap oleh mereka terlalu kecil atau dengan kecacatan seperti telinga berdiri. Menjelang tahun 1860, terdapat hanya segelintir ekor buldog mainan yang tersisa di England, begitu juga kepopularannya di Perancis.[5]:6

Jenis buldog kecil secara beransur-ansur dianggap sebagai baka, dan menerima nama, bouledogue français.[5]:6 Pemperancisan nama Inggeris ini juga merupakan pemendekan perkataan boule ("bola") dan dogue ("mastif"). Anjing ini sangat bergaya dan dicari-cari oleh wanita bermasyarakat dan pelacur Paris, serta golongan pencipta seperti seniman, penulis, dan pereka fesyen.[5]:6 Seniman Edgar Degas dan Henri de Toulouse-Lautrec dianggap mempunyai buldog Perancis dalam lukisan mereka.[8] Walau bagaimanapun, catatan perkembangan baka tidak disimpan semasa ia mencapai lebih jauh daripada akar buldog aslinya. Semakin ia berubah, ternakan terier telah dibawa masuk untuk mengembangkan trait seperti telinga lurus panjang pada baka ini.[5]:6

Gambaran dalam lukisan abad kesembilan belas

sunting

Kelab baka dan pengiktirafan moden

sunting

Orang Amerika telah mengimport buldog Perancis untuk seketika, tetapi hanya mulai tahun 1885 ia dibawa untuk mengasaskan program pembiakbakaan berpangkalan di Amerika. Ia kebanyakannya dimiliki oleh wanita bermasyarakat, yang pertama kali mempamerkannya dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club pada tahun 1896.[9] Pada tahun berikutnya, hakim dalam pertunjukan anjing, George Raper, hanya memilih pemenang dengan "telinga mawar"—telinga yang terlipat di hujungnya, seperti piawaian untuk buldog.[10] Para wanita membentuk French Bull Dog Club of America dan menghasilkan piawaian baka yang lebih mengutamakan jenis "telinga kelawar tegak".[5]:7 Pada awal abad ke-20, baka ini kekal bergaya untuk masyarakat atasan dengan anjing yang bertukar tangan dengan harga sehingga $3,000 dan dimiliki oleh ahli keluarga berpengaruh seperti keluarga Rockefeller dan keluarga J. P. Morgan. American Kennel Club mengiktiraf baka ini sejurus selepas kelab baka itu dibentuk dan, menjelang tahun 1906, buldog Perancis ialah baka anjing kelima paling popular di Amerika.[5]:8

Baka buldog baharu ini tiba buat kali pertama di England pada tahun 1893 dengan pembiak baka buldog Inggeris yang gempar kerana import Perancis yang tidak memenuhi piawaian baka baharu terpakai pada masa itu dan mereka ingin menghalang ternakan Inggeris daripada pembiakbakaan silang dengan ternakan Perancis. The Kennel Club pada mulanya mengiktirafnya sebagai subset baka buldog sedia ada dan bukan baka baharu sama sekali.[5]:6 Sesetengah pembiak baka Inggeris dalam tempoh ini membiakbakakan buldog Perancis untuk menghidupkan buldog mainan semula.[6]:58 Pada 10 Julai 1902, di rumah Frederick W. Cousens, mesyuarat diadakan untuk mengasaskan sebuah kelab baka untuk mendapatkan pengiktirafan individu untuk baka Perancis.[5]:7 Piawaian baka yang diterima pakai adalah sama dengan yang sudah terpakai digunakan di Amerika, di Perancis, di Jerman, dan di Austria.[6]:58 Walaupun terdapat tentangan daripada pembiak baka buldog katik (nama baka baharu untuk buldog mainan) dan buldog,[6]:59 pada tahun 1905, The Kennel Club mengubah dasarnya mengenai baka dan mengiktirafnya secara berasingan daripada keragaman Inggeris, pada mulanya sebagai Bouledogue Français, kemudian pada tahun 1912 sebagai French Bulldog.[5]:7

Kini buldog Perancis biasanya dibela sebagai anjing peliharaan: pada tahun 2020, ia merupakan anjing kedua paling berdaftar di United Kingdom,[11] dan yang keempat di Amerika Syarikat.[12] Ia dinilai sebagai anjing ketiga paling popular di Australia pada tahun 2017.[13] Pada tahun 2019, di United Kingdom, buldog Perancis mempunyai sejumlah 33,661 ekor anjing berdaftar.[14] Sebagai perbandingan, anjing pengutip Labrador mempunyai lebih daripada 36,700 anjing dan kokerspaniel kurang daripada 22,000. Pada tahun 2013, American Kennel Club (AKC) meletakkan buldog Perancis sebagai baka ke-10 paling popular di Amerika Syarikat yang menikmati peningkatan mendadak dari segi kepopularan dari tempat ke-54 sedekad sebelumnya, pada tahun 2003.[15] Pada tahun 2023, buldog Perancis mengatasi anjing Labrador sebagai baka anjing paling popular seperti yang diperingkatkan oleh AKC. Sebelum tahun 2023, anjing Labrador telah menduduki tempat teratas selama 31 tahun.[16]

Fotograf bersejarah

sunting

Perihal

sunting

Piawaian American Kennel Club untuk buldog Perancis menyatakan bahawa ia patut berotot dengan lapis bulu lembut dan longgar yang membentuk kedutan.[7]

Berat piawaian AKC untuk buldog Perancis ialah semaksimum 28 paun (13 kg).[17] Kepala buldog Perancis patut berbentuk segi empat sama dan besar dengan telinga yang menyerupai telinga kelawar.[17] Buldog Perancis ialah baka bermuka rata.[18] Mata yang diluluskan oleh piawaian AKC untuk buldog Perancis adalah gelap, hampir hitam; buldog Perancis bermata biru tidak diluluskan oleh AKC.[17] Lapis bulu buldog Perancis patut berbulu pendek, halus, dan bak sutera.[18] Warna yang dapat diterima di bawah piawaian baka merupakan pelbagai cahaya warna brindle, perang kekuning-kuningan, krim, atau putih dengan tompok-tompok brindle (yang dikenali sebagai "pied"). Warna perang kekuning-kuningan dapat memiliki sebarang cahaya melalui merah.[17] Warna paling umum merupakan brindle, kemudian perang kekuning-kuningan, dengan pied yang lebih jarang berbanding dengan warna lain.[19] Kelab baka tidak mengiktiraf sebarang warna atau corak lain.[17]

Kesihatan

sunting
 
Tangkapan dekat kepala brakisefalik
 
Buldog Perancis yang berehat dan tercungap-cungap

Sebuah kajian di United Kingdom yang membandingkan buldog Perancis dengan populasi umum anjing mendapati bahawa daripada 43 keadaan lazim, buldog Perancis mempunyai prevalens yang lebih tinggi dengan ketara untuk hampir separuh (20/43) dan prevalens yang lebih rendah dengan ketara untuk suku (11/43). Lubang hidung stenotik mempunyai kadar kejadian sebanyak 42 kali kadar bagi populasi umum, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik adalah 30 kali lebih prevalen, lelehan telinga adalah 14 kali lebih prevalen, dermatitis lipatan kulit adalah 11 kali lebih prevalen, dan distosia adalah 9 kali lebih prevalen.[20]

Pada tahun 2013, sebuah kajian perubatan United Kingdom menyemak kesihatan 2228 ekor buldog Perancis di bawah penjagaan veterinar di United Kingdom. Kajian mendapati bahawa 1612 (72.4%) ekor daripada buldog Perancis ini mempunyai sekurang-kurangnya satu isu kesihatan tercatat: Gangguan paling umum yang dicatatkan merupakan jangkitan telinga (14.0%), cirit-birit (7.5%), dan konjunktivitis (3.2%). Masalah kulit merupakan kumpulan gangguan yang paling kerap dilaporkan (17.9%).[21]

Walaupun terdapat cabaran-cabaran ini, kepopularan buldog Perancis terus meningkat, lalu menekankan kepentingan pembangkitan isu-isu kesihatannya.[21][22]

Brakisefali

sunting

Muncung pendek dan muka tertekan ke dalam pada buldog Perancis dikenali sebagai brakisefali.[23] Brakisefali menyebabkan pencanggaan bagi salur udara atasan dan membawa kepada penyekatan pernafasan.[24] Kesan brakisefali merupakan stridor, pernafasan berdengkus, emesis, dermatitis lipatan kulit, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik, eksoftalmos, refleks gag farinks, sianosis, dan keruntuhan larinks.[25][26][24][27][28][29][30] Isu lain yang timbul daripada brakisefali merupakan risiko komplikasi di bawah pengaruh anestesia,[31] dan hipertermia — yang disebabkan oleh ketidakbolehan untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan melalui cungapan.[32] Buldog Perancis diharamkan oleh beberapa buah syarikat penerbangan komersial kerana angka yang telah mati semasa di udara.[33][34]

Jangka hayat

sunting

Sebuah kajian tentang kematian 30,563 ekor anjing berlainan baka di United Kingdom pada tahun 2016–2020 mendapati bahawa buldog Perancis mempunyai kelanjutan usia semasa kelahiran sebanyak 4.53 tahun, yang paling rendah dengan jidar besar antara semua baka dalam kajian itu, yang mendapati purata untuk semua anjing sebanyak 11.23 tahun.[35] Kajian sama ini menunjukkan bahawa kelanjutan usia rendah untuk buldog Perancis mungkin dipengaruhi oleh peningkatan bilangan buldog Perancis yang terdapat di United Kingdom, iaitu daripada 2,771 individu berdaftar dengan The Kennel Club pada tahun 2011 kepada 39,266 individu pada tahun 2020, lalu memencongkan populasi umum menjadi sangat muda secara purata dan memberatkan data ke sebelah.[35] Sebuah kajian di Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan mendapati bahawa buldog Perancis mempunyai jangka hayat sebanyak 10.2 tahun, yang terendah antara semua baka dalam kajian itu.[36][b] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[37]

Kelahiran dan pembiakan

sunting

Buldog Perancis kerap memerlukan pembedahan caesar untuk melahirkan anak, dengan lebih daripada 80% perinduk yang lahir dengan cara ini.[38][39]

Sebuah kajian United Kingdom mengenal pasti bahawa buldog Perancis betina adalah 15.9 kali lebih cenderung untuk mengalami distosia.[40]

Ortopedik

sunting

Buldog Perancis cenderung untuk mempunyai hemivertebra kongenital (yang juga dipanggil "vertebra kupu-kupu"),[41][42] yang terpapar pada sinar-X.[43]

Semakan terhadap lebih daripada 200,000 pesakit di United Kingdom mendapati bahawa buldog Perancis mempunyai kejadian jelas lebih tinggi bagi kehelan tempurung lutut dengan nisbah kemungkinan sebanyak 5.4.[44]

Keadaan lain

sunting

Sebuah kajian Perancis mendapati bahawa 45% daripada jumlah buldog Perancis yang dihadirkan dengan keadaan neurologi menghidap pengherniaan ceper intervertebra jenis I Hansen, dengan kajian ini yang berkesimpulan bahawa buldog Perancis cenderung terhadap keadaan ini.[45]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa buldog Perancis lebih berkemungkinan untuk menderitai malformasi verterbra toraks berbanding dengan baka lain.[46]

Sebuah lagi kajian British mendapati bahawa demodikosis adalah lebih prevalen pada buldog Perancis berbanding dengan baka lain. Prevalens keseluruhan pada buldog Perancis ialah 1.3% berbanding dengan kadar keseluruhan 0.17%. Prevalens pada anjing yang berusia kurang daripada 2 tahun ialah 1.9% berbanding dengan 0.48%.[47]

Buldog Perancis ialah salah satu baka yang paling lazim terjejas akibat katarak keturunan.[48]

Buldog Perancis juga terdedah kepada alahan kulit, selain demodikosis, yang kerap mengakibatkan penjilatan berlebihan pada kaki, mata berair, bersin, atau pemuntahan.[49]

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: بولدوݢ ڤرنچيس; Perancis: bouledogue français; bahasa Inggeris: French bulldog
  2. ^ Kajian Jepun menyemak data perkuburan yang kurang berkemungkinan mempunyai sebarang catatan lahir mati dan kematian altrisial manakala klinik veterinar patut mempunyai data tentang ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ "FCI breeds nomenclature: BOULEDOGUE FRANÇAIS (101)" [Tatanama baka FCI: BULDOG PERANCIS (101)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "Standard FCI N° 101 BOULEDOGUE FRANCAIS" [Piawaian FCI No. 101 Buldog Perancis] (pdf) (dalam bahasa Perancis). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 September 2023. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  3. ^ a b c d "FCI-Standard N° 101 BOULEDOGUE FRANÇAIS (French Bulldog)" [Piawaian FCI No. 101 Buldog Perancis] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Nicholson, Ian; Sporre-Willes, Renée; Triquet, Raymond; Guintard, Claude. Dipinda terkini oleh Société Central Canine. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 18 September 2023. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  4. ^ "Le bouledogue Français, Ses origines" (dalam bahasa Perancis)
  5. ^ a b c d e f g h i j k Coile, D. Caroline (1 Mei 2005). French Bulldogs: A Complete Pet Owner's Manual [Buldog Perancis: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. ISBN 9780764130311. OCLC 56614368.
  6. ^ a b c d Leighton, Robert (1907). The New Book of the Dog: A Comprehensive Natural History of British Dogs and Their Foreign Relatives, with Chapters on Law, Breeding, Kennel Management, and Veterinary Treatment [Buku Baharu tentang Anjing: Sejarah Semula Jadi Komprehensif tentang Anjing British dan Kerabat Asingnya, dengan Bab tentang Undang-undang, Pengurusan Kenel, dan Perawatan Veterinar] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: Cassell. ISBN 9781440089428. OCLC 730943622.
  7. ^ a b "Get to Know the French Bulldog" (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 6 Februari 2024.
  8. ^ "French Bulldog Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Buldog Perancis]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  9. ^ "A Sacramento heiress and [a] murder on the French bulldog express" [Waris Sacramento dan pembunuh di dalam ekspres buldog Perancis]. Looking back. Sacramento News & Review (dalam bahasa Inggeris). 4 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2022 – melalui sacramento.newsreview.com.
  10. ^ "History of the FBDCA" [Sejarah FBDCA]. French Bull Dog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  11. ^ "Top Twenty Breeds In Registration Order For The Years 2018 And 2019" [Dua Puluh Baka Teratas dalam Susunan Pendaftaran untuk Tahun 2018 dan Tahun 2019] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Jun 2020. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  12. ^ "AKC: Most Popular Dog Breeds of 2018" [AKC: Baka Anjing Paling Popular 2018] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club.
  13. ^ "Top 10 dog breeds in Australia 2017. Don't worry, they're all adorable" [10 baka anjing teratas di Australia 2017. Jangan risau, semuanya comel]. NewsComAu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  14. ^ "COMPARATIVE TABLES OF REGISTRATIONS FOR THE YEARS 2010 – 2019 INCLUSIVE" [JADUAL PERBANDINGAN PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2010–2019 INKLUSIF] (PDF). The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Januari 2020. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  15. ^ American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 6 Februari 2024
  16. ^ "Beloved and debated, French bulldog becomes top US dog breed" [Disayangi dan diperdebatkan, buldog Perancis jadi baka anjing teratas AS] (dalam bahasa Inggeris). 15 Mac 2023. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  17. ^ a b c d e American Kennel Club. "American Kennel Club - Dog Breed Standards" [American Kennel Club - Piawaian Baka Anjing] (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
  18. ^ a b "French Bulldog Dog Breed Information" [Maklumat Baka Anjing Buldog Perancis]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  19. ^ American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-21). Irvine, California, Amerika Syarikat: I-5 Publishing. m/s. 912. ISBN 9781621870913. OCLC 880122472.
  20. ^ O'Neill, Dan Gerard; Packer, Rowena Mary Anne; Francis, Peter; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla (16 Disember 2021). "French Bulldogs differ to other dogs in the UK in propensity for many common disorders: a VetCompass study" [Buldog Perancis berbeza daripada anjing lain di United Kingdom dari segi kecenderungan untuk banyak kecelaruan lazim: kajian VetCompass]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 8 (1): 13. doi:10.1186/s40575-021-00112-3. ISSN 2662-9380. PMC 8675495 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34911586 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 245219908 Check |s2cid= value (bantuan).
  21. ^ a b O'Neill, Dan Gerard; Baral, Lauren; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Packer, Rowena Mary Anne (3 Mei 2018). "Demography and disorders of the French Bulldog population under primary veterinary care in the UK in 2013" [Demografi dan kecelaruan populasi buldog Perancis dalam jagaan veterinar primer di United Kingdom pada tahun 2013]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 5 (1): 3. doi:10.1186/s40575-018-0057-9. ISSN 2662-9380. PMC 5932866. PMID 29750111. S2CID 13664505.
  22. ^ Thompson, Dennis (20 Disember 2021). "Highly Inbred, French Bulldogs Face Higher Odds for 20 Health Issues" [Sangat Terbiak Baka Dalam, Buldog Perancis Hadapi Kemungkinan Lebih Tinggi untuk 20 Isu Kesihatan]. HealthDay (dalam bahasa Inggeris). ProQuest 2611700588.
  23. ^ Sumner, Helen (Januari 1979). "Upper airway obstruction in brachycephalic dogs" [Sekatan salur udara atas pada anjing brakisefalik]. Compendium on Continuing Education for the Practicing Veterinarian (dalam bahasa Inggeris). Veterinary Learning Systems. 1: 25–30. ISSN 0193-1903.
  24. ^ a b Hendricks, Joan C. (September 1992). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/S0195-5616(92)50306-0. ISSN 1878-1306. PMID 1523786. S2CID 43043501.
  25. ^ Amis, T. C.; Kurpershoek, C. (Oktober 1986). "Pattern of breathing in brachycephalic dogs" [Pola pernafasan pada anjing brakisefalik]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 47 (10): 2200–2204. ISSN 1943-5681. PMID 3777646. S2CID 12771896.
  26. ^ Hendricks, Joan C.; Kline, L. R.; Kovalski, R. J.; O'Brien, J. A.; Morrison, A. R.; Pack, A. I. (1 Oktober 1987). "The English bulldog: a natural model of sleep-disordered breathing" [Buldog Inggeris: model semula jadi bagi pernafasan dengan kecelaruan tidur]. Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Fisiologi Amerika. 63 (4): 1344–1350. doi:10.1152/jappl.1987.63.4.1344. ISSN 1522-1601. PMID 3693167. S2CID 2794012.
  27. ^ Meola, Stacy D. (Ogos 2013). "Brachycephalic Airway Syndrome" [Sindrom Salur Udara Brakisefalik]. Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 28 (3): 91–96. doi:10.1053/j.tcam.2013.06.004. ISSN 1946-9837. PMID 24182996. S2CID 206281841.
  28. ^ Lundgrun, Becky (26 Jun 2006). "Reverse Sneezing (Pharyngeal Gag Reflex)" [Bersin Berbalik (Refleks Gag Farinks)]. VeterinaryPartner.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  29. ^ Sebbag, Lionel; Sanchez, Rick F. (31 Disember 2022). "The pandemic of ocular surface disease in brachycephalic dogs: The brachycephalic ocular syndrome" [Pandemik penyakit permukaan mata pada anjing brakisefalik: Sindrom mata brakisefalik]. Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 26 (S1): 31–46. doi:10.1111/vop.13054. ISSN 1463-5224. PMID 36585820 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 255366264 Check |s2cid= value (bantuan).
  30. ^ Hobi, Stefan; Barrs, Vanessa R.; Bęczkowski, Paweł M. (16 Jun 2023). Dzimira, Stanisław (penyunting). "Dermatological Problems of Brachycephalic Dogs" [Masalah Dermatologi Anjing Brakisefalik]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 13 (12): 2016. doi:10.3390/ani13122016. ISSN 2076-2615. PMC 10294810 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37370526 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 259270591 Check |s2cid= value (bantuan).
  31. ^ Gruenheid, Michaela; Aarnes, Turi K.; McLoughlin, Mary A.; Simpson, Elaine M.; Mathys, Dimitria A.; Mollenkopf, Dixie F.; Wittum, Thomas E. (1 Ogos 2018). "Risk of anesthesia-related complications in brachycephalic dogs" [Risiko komplikasi berkaitan dengan anestesia pada anjing brakisefalik]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 253 (3): 301–306. doi:10.2460/javma.253.3.301. ISSN 1943-569X. PMID 30020004. S2CID 51676839.
  32. ^ Ewers Clark, Anna (22 Disember 2022). "Heatstroke and brachycephalic dogs – is there an increased risk?" [Strok haba dan anjing brakisefalik – adakah risiko meningkat?]. Veterinary Evidence (dalam bahasa Inggeris). RCVS Knowledge. 7 (4). doi:10.18849/ve.v7i4.534. ISSN 2396-9776. S2CID 255031563 Check |s2cid= value (bantuan).
  33. ^ Haughney, Christine (6 Oktober 2011). "Banned by Many Airlines, These Bulldogs Fly Private" [Dilarang oleh Banyak Syarikat Penerbangan, Buldog Ini Terbang secara Swasta]. New York Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Februari 2024.
  34. ^ "Air Travel and Short-Nosed Dogs FAQ" [Soalan Lazim Perjalanan Udara dan Anjing Berhidung Pendek]. Persatuan Perubatan Veterinar Amerika (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Mac 2024.
  35. ^ a b Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248432001 Check |s2cid= value (bantuan).
  36. ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
  37. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  38. ^ Evans, Katy M.; Adams, Vicki J. (1 Februari 2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section" [Perkadaran perinduk anjing baka tulen yang lahir melalui pembedahan caesar]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. ISSN 1748-5827. PMID 20136998. S2CID 205923580.
  39. ^ Pete Wedderburn (6 April 2009). "Why do over 80 per cent of Bulldog births happen by caesarian section?" [Mengapa lebih daripada 80 peratus kelahiran buldog berlaku melalui pembedahan caesar?]. The Daily Telegraph (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2011. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  40. ^ Packer, Rowena Mary Anne. "New study reveals flat faced dogs have the highest risk when giving birth" [Kajian baharu mendedahkan bahawa anjing bermuka rata mempunyai risiko tertinggi apabila bersalin]. Royal Veterinary College (dalam bahasa Inggeris). Universiti London. Dicapai pada 14 Mac 2024.
  41. ^ "Hemivertebrae" [Hemivertebra] (dalam bahasa Inggeris). Mar Vista Animal Medical Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2015. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  42. ^ "Genetic welfare problems of companion animals: Hemivertebrae" [Masalah kebajikan genetik bagi haiwan teman: Hemivertebra] (dalam bahasa Inggeris). Universities Federation for Animal Welfare (UK). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2015. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  43. ^ "Hemivertebrae" [Hemivertebra] (dalam bahasa Inggeris). Top Dog Animal Health. Dicapai pada 6 Februari 2024.
  44. ^ O'Neill, Dan Gerard; Meeson, Richard L.; Sheridan, Adam; Church, David B.; Brodbelt, David C. (8 Jun 2016). "The epidemiology of patellar luxation in dogs attending primary-care veterinary practices in England" [Epidemiologi kehelan tempurung lutut pada anjing yang menghadiri amalan veterinar penjagaan primer di England]. Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 3 (1): 4. doi:10.1186/s40575-016-0034-0. ISSN 2662-9380. PMC 4898461. PMID 27280025. S2CID 6711157.
  45. ^ Mayousse, Vincent; Desquilbet, Loïc; Jeandel, Aurélien; Blot, Stéphane (5 Julai 2017). "Prevalence of neurological disorders in French bulldog: a retrospective study of 343 cases (2002–2016)" [Prevalens kecelaruan saraf pada buldog Perancis: kajian retrospektif 343 kes (2002–2016)]. BMC Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 13 (1): 212. doi:10.1186/s12917-017-1132-2. ISSN 1746-6148. PMC 5497356. PMID 28676057. S2CID 4621564.
  46. ^ Ryan, R.; Gutierrez-Quintana, R.; ter Haar, G.; De Decker, Steven (31 Januari 2017). "Prevalence of thoracic vertebral malformations in French bulldogs, Pugs and English bulldogs with and without associated neurological deficits" [Prevalens malformasi vertebra toraks pada buldog Perancis, pug, dan buldog Inggeris dengan kekurangan neurologi berkaitan atau tanpanya]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 221: 25–29. doi:10.1016/j.tvjl.2017.01.018. ISSN 1532-2971. PMID 28283076. S2CID 35246959.
  47. ^ O'Neill, Dan Gerard; Turgoose, E.; Church, David B.; Brodbelt, David C.; Hendricks, Anke (4 Oktober 2019). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations" [Demodikosis permulaan juvenil dan permulaan dewasa pada anjing di United Kingdom: prevalens dan perkaitan baka]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 1748-5827. PMC 7003809. PMID 31584708. S2CID 203660228.
  48. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  49. ^ "The 10 Most Common French Bulldog Health Problems" [10 Masalah Kesihatan Paling Lazim Buldog Perancis]. Southern Cross Veterinary Clinic (dalam bahasa Inggeris).

Sumber lain

sunting
  • French Bulldog [Buldog Perancis] (Laporan). Breed standards (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: The Kennel Club. Dicapai pada 22 Januari 2024 – melalui thekennelclub.org.uk.
  • Lynch, Donald (19 November 1992). Titanic: An Illustrated History [Titanic: Sejarah Berilustrasi] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Ken Marschall. New York, New York, Amerika Syarikat: Hyperion Books. ISBN 9781562829186. OCLC 25630027.