Banteng atau banting (Bos javanicus), turut dikenali sebagai tembadau,[5] ialah spesies bovin liar yang dijumpai di Asia Tenggara. Ia didapati di Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Borneo, Jawa dan Bali.

Banteng
Julat zaman: Pleistosen Tengah - Kini[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Genus: Bos
Spesies:
B. javanicus
Nama binomial
Bos javanicus
d'Alton, 1823
Subspesies
Senarai
  • Banteng Jawa (B. j. javanicus) d'Alton, 1823
  • Banteng Indochina (B. j. birmanicus) Lydekker, 1898
  • Banteng Borneo (B. j. lowi) Lydekker, 1912
  • Banteng Bali (B. j. domesticus) Wilckens, 1905
Taburan banteng (2010)[2]
hijau: ada, merah: mungkin ada
Sinonim[3][4]

Senarai

  • Bos banteng Wagner, 1844
  • Bos bantinger Schlegel and Müller, 1845
  • Bos banting Sundevall, 1846
  • Bos butleri Lydekker, 1905
  • Bos domesticus Wilckens, 1905
  • Bos leucoprymnus Quoy and Gaimard, 1830
  • Bos porteri Lydekker, 1909
  • Bos seleniceros Heller, 1890
  • Bos seligniceros Meyer, 1878
  • Bos sondaicus Blyth, 1842
  • Bibos javanicus
  • Bibos banteng
  • Bibos bantinger
  • Bibos banting
  • Bibos butleri
  • Bibos domesticus
  • Bibos leucoprymnus
  • Bibos porteri
  • Bibos seleniceros
  • Bibos seligniceros
  • Bibos sondaicus

Ciri-ciri

sunting

Banteng membesar sehingga ketinggian 1.6 m (5 ka 3 in) pada bahunya, dan panjangnya ialah 2.3 m (7 ka 7 in). Berat banteng jantan adalah antara 680–810 kg (1,500–1,790 lb), tetapi berat banteng betina adalah lebih ringan. Bagaimanapun, berat sesetengah banteng yang amat besar mencapai hampir satu tan.

Banteng berwarna putih pada bahagian bawah kaki dan pinggulnya, serta bertompok putih di sekeliling mata dan muncungnya. Bagaimanapun, terdapat dimorfisme jantina yang amat besar. Banteng jantan mempunyai kulit hitam-biru atau perang berangan, tanduk panjang yang melengkung ke atas, serta ponok pada dahunya. Sebaliknya, banteng betina mempunyai kulit perang kemerah-merahan, tanduk kecil yang melengkung ke dalam, dan tidak berponok.

Banteng hidup di dalam hutan jarang dan makan rumput, buluh, daun dan dahan muda. Secara amnya, banteng aktif pada kedua-dua siang dan malam, tetapi di tempat yang terdapat manusia, binatang ini mengamalkan hidup nokturnal. Banteng cendurung berkumpul dalam kawanan sebanyak dua hingga tiga puluh ekor.

Pembiakan

sunting

Di timur Sabah, kebanyakan kumpulan dilihat memiliki sekitar 8-10 ekor, terdiri daripada seekor jantan matang dengan betina matang dan anak; kadangkala si jantan bersendirian dan kawanan sehingga 40 ekor.

Taburan dan habitat

sunting

Sebelum 1940-an, seladang dilaporkan sering dilihat di sepanjang kebanyakan sungai utama di timur Sabah dan di kebanyakan kawasan penanaman pindah di barat dan utara, malah di pendalaman banjaran bukit. Penggunaan senapang mendorong penghapusan banteng di kebanyakan kawasan. Kini, ia terhad di kawasan hutan ditebang di tanah rata, tetapi dihapuskan dengan pantas apabila tanah ditebang untuk pendudukan pertanian kekal. Ia terdapat di hutan dipterokarpa, paya dan hutan pantai.

Di Sabah, ia ditemukan sepanjang Kutai dan kemungkinannya tersebar di kawasan Kalimantan; Ia pupus di Brunei dan tiada laporan di Sarawak.

Hubungan dengan manusia

sunting

Penternakan

sunting

Terdapat juga banteng yang dipelihara, dikenali sebagai lembu Bali, kacukan antara banteng dan lembu biasa yang mirip banteng liar. Ia diternakkan di beberapa tempat di Asia Tenggara, dan terdapat sekitar 1.5 juta ekor banteng ternakan. Banteng liar dan banteng ternakan boleh membiak, dan anak-anaknya biasanya subur.

Di Australia

sunting

Beberapa ekor Banteng telah dibawa masuk ke Australia utara semasa penjajahan British pada 1849. Pada Februari 2005, bilangan banteng di Semenanjung Cobourg ialah 10,000 ekor dan oleh itu, menyebabkan bilangan banteng di Wilayah Utara, Australia merupakan kelompok banteng yang terbesar di dunia. Bagaimanapun, dalam habitat aslinya, bilangan kawanan banteng yang terbesar adalah kurang daripada 500 ekor.

Pengekalan

sunting

Seladang merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.

Rujukan

sunting
  1. ^ K. Suraprasit, J.-J. Jaegar, Y. Chaimanee, O. Chavasseau, C. Yamee, P. Tian, and S. Panha (2016). "The Middle Pleistocene vertebrate fauna from Khok Sung (Nakhon Ratchasima, Thailand): biochronological and paleobiogeographical implications". ZooKeys (613): 1–157. Bibcode:2016ZooK..613....1S. doi:10.3897/zookeys.613.8309. PMC 5027644. PMID 27667928.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ a b Gardner, P.; Hedges, S.; Pudyatmoko, S.; Gray, T.N.E.; Timmins, R.J. (2016). "Bos javanicus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T2888A46362970. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T2888A46362970.en. Dicapai pada 20 November 2021.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama msw3
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama hooijer
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama phil

Pautan luar

sunting