Hari Peringatan (Amerika Syarikat)

Hari Peringatan (bahasa Inggeris: Memorial Day) adalah sebuah cuti persekutuan Amerika Syarikat yang jatuh pada hari Isnin terakhir bulan Mei setiap tahun.[1] Hari Peringatan merupakan hari untuk memperingati mereka yang gugur sewaktu berkhidmat dalam Tentera Amerika Syarikat.[2] Dahulunya bergelar Decoration Day (Hari Penghormatan), sambutan ini dimulakan selepas Perang Saudara Amerika untuk memperingati para perajurit Kesatuan and Gabungan yang gugur di Perang Saudara. Pada abad ke-20, Hari Peringatan dilanjutkan tujuannya untuk mengenang jasa semua rakyat Amerika Syarikat yang gugur sewaktu berkhidmat dalam tentera.[3] Hari Peringatan lazimnya menandakan bermulanya musim cuti musim panas sementara Hari Pekerja menandakan tamatnya.

Hari Peringatan
Batu-batu nisan di Tanah Perkuburan Kebangsaan Arlington dihiasi dengan bendera-bendera A.S. pada hujung minggu Hari Peringatan.
Observed byAmerika Syarikat
TypeNational
ObservancesMemperingati korban perang AS
DateTerakhir Isnin in Mei
2023 dateMei Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka  (Ralat: waktu tidak sah)
2024 dateMei Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka  (Ralat: waktu tidak sah)
2025 dateMei Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka  (Ralat: waktu tidak sah)
2026 dateMei Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka  (Ralat: waktu tidak sah)
Frequencytahunan

Orang ramai menziarahi tanah perkuburan dan taman peringatan khususnya untuk memberikan penghormatan kepada mereka yang gugur dalam perkhidmatan tentera. Ramai sukarelawan memasang selembar bendera Amerika pada setiap kubur di tanah-tanah perkuburan kebangsaan.

Juga diadakannya Hari Penghormatan tahunan untuk tanah-tanah perkuburan tertentu pada suatu hari Ahad pada lewat musim bunga atau awal musim panas di sesetengah kawasan luar bandar di rantau Selatan Amerika Syarikat, terutama sekali di pergunungan. Bagi yang melibatkan tanah perkuburan keluarga di mana terkebuminya leluhur-leluhur yang terlampau dan juga mereka yang baru meninggal dunia, boleh diadakannya rombongan seluruh keluarga luas yang boleh menelan perjalanan ratusan batu. Orang ramai berhimpun pada hari yang ditetapkan lalu meninggalkan jambak bunga pada kubur sambil membaiki ikatan silaturahim sesama saudara-mara. Selalunya terdapat upacara sembahyang dan "dinner on the ground", iaitu juadah bawaan seakan-akan berkelah yang mana orang ramai menyusun lauk-pauk di atas alas meja di atas padang rumput. Adalah dipercayai bahawa amalan ini sudah ada sebelum Perang Saudara, dan oleh itu mencerminkan asal-usul sebenar di sebalik gagasan "hari peringatan".[4]

Hari Peringatan ini jangan dikelirukan dengan Hari Veteran; Hari Peringatan adalah hari untuk memperingati mereka yang terkorban ketika berkhidmat, sementara Hari Veteran meraikan perkhidmatan semua bekas anggota tentera Amerika Syarikat.[5]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ 36 U.S.C. § 116
  2. ^ "Memorial Day". United States Department of Veterans Affairs. Dicapai pada 2010-05-28.
  3. ^ Ibid.
  4. ^ See Jabbour and Jabbour (2010).
  5. ^ http://www.baltimoresun.com/features/parenting/homefront/bal-memorial-day-vs-veterans-day-20120528,0,1402423.story