Boerboel
Boerboel[a] ialah satu baka anjing besar Afrika Selatan daripada jenis mastif yang digunakan sebagai anjing pengawal keluarga. Ia besar, dengan lapis bulu pendek, struktur tulang kuat, dan otot cukuup terbentuk.
![]() | |||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Mastif Afrika Selatan[1] | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Afrika Selatan | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Catatan | tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa | ||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Ia diiktiraf oleh Kennel Union of Southern Africa, tetapi tidak oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4][5]
Perundangan
suntingDi Afrika Selatan, Akta Penambahbaikan Haiwan (62 daripada 1998) mentakrifkan baka haiwan yang asli di republik atau dikembangkan di republik sebagai landrace,[6] oleh itu boerboel dianggap sebagai landrace di republik itu.[7] Akta ini memberikan kuasa kepada "persatuan pembiak baka haiwan" berdaftar dan South African Boerboel Breeders' Society (SABBS) ialah sebuah persatuan pembiak baka haiwan.[8] SABBS ialah satu-satu pertubuhan yang berkuasa di bawah Akta itu untuk mendaftar boerboel secara rasmi. Sebagai penjaga yang didaftarkan menurut undang-undang bagi baka anjing boerboel, SABBS bertanggungjawab atas piawaian yang menentukan pengenalpastian, perekodan, penilaian, dan penambahbaikan baka ini.[7][9] Kennel Union of Southern Africa mengiktiraf bahawa boerboel berdaftar dalam buku-bukunya.[9]
Sejarah
suntingNama boerboel diterbitkan daripada perkataan bahasa Afrikaans boer, yang memaksudkan "peladang"/"petani", dan boel, kependekan bagi boelhond, yang memaksudkan buldog ("anjing lembu").[10]
Boerboel diturunkan daripada baka silang lama zaman penjajahan bagi mastif dan buldog yang digunakan sebagai anjing pengawal di ladang-ladang terpencil dan di estet-estet untuk pemburuan buruan besar dan dikenali sebagai anjing Boer[11]:618 atau anjing pemburu Boer. Keterangan dari tahun 1909 memerihalkan baka silang ini sebagai anjing terbaik untuk pemburuan harimau bintang dan babun dalam kawanan; harimau bintang dengan tungkai yang tersangkut pada perangkap dapat dibunuh oleh sekawan anjing ini.[12]:186 Standard Encyclopaedia of Southern Africa memerihalkan mastif Boer sebagai petarung cemerlang; seekor malah membunuh harimau bintang dalam empat pertarungan tunggal selama sebilangan tahun, tetapi dibunuh oleh yang kelima.[13]
Pembiakbakaan boerboel bermula pada tahun 1950-an. Sebuah persatuan baka, Suid-Afrikaanse Boerboel Telersvereniging atau South African Boerboel Breeders Association, diasaskan pada tahun 1983.[14] Sebuah persatuan baharu, South African Boerboel Breeders' Society, dibentuk pada tahun 2012 dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan pada tahun 2014.[14][15]
Ciri
suntingBoerboel ialah anjing besar dengan struktur tulang kuat dan otot cukup terbentuk. Kepalanya besar dan muncungnya pendek.[1]
Lapis bulunya pendek dan licin dengan litupan bulu padat. Warna-warna beriktiraf merupakan brindle, perang kekuning-kuningan, dan perang; ia mungkin mempunyai topeng hitam atau tidak. Terdapat satu pencapahan kecil antara piawaian baka; Kennel Union of South Africa tidak menerima hitam[4] tetapi SABBS menerima warna itu.[3]
Anjing ini menunjukkan keberanian apabila diancam;[4] ia mungkin memaparkan agresi terhadap anjing lain atau orang asing.[16]
Kesihatan
suntingBoerboel mungkin menghidap displasia pinggul[17] atau displasia siku, hiperplasia faraj,[18] ektropion, dan entropion.[19] Epilepsi juvenil (dengan serangan yang dibawa oleh perubahan metabolisme atau stres) telah diperhatikan.[20] Tingkah laku dan cara bawa diri boerboel mungkin berubah seiring dengan masa.[21]
Sekatan
suntingPemilikan anjing ini dibatasi oleh undang-undang di banyak negara: pengimportan ke Romania dilarang pada tahun 2002 dan pemilikan terbatas kepada yang mempunyai permit mahkamah;[22] baka ini dilarang di Denmark pada tahun 2010;[23] pada tahun 2011, Rusia menamakannya "baka amat berbahaya", yang tertakluk kepada pendaftaran dan perakuan mandatori;[24] Ukraine telah mengelaskannya sebagai anjing berbahaya, yang tertakluk kepada pembenaman mikrocip, berongsong, and insurans liabiliti sivil mandatori.[25]
Ia juga dilarang dan dibatasi di Bermuda,[26] di Mauritius,[27] di Perancis,[28] dan di Qatar;[29] pengimportan dilarang di Kepulauan Faroe,[30] di kepulauan Turks dan Caicos,[31] di Singapura,[32] di Tunisia.[33]
Catatan
sunting- ^ Jawi: بوربول , Sebutan bahasa Melayu: [burbʊl]; Templat:IPA-af
Rujukan
sunting- ^ a b Studdert, Virginia P.; Gay, Clive C.; Blood, Douglas C. (2011). Saunders Comprehensive Veterinary Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Saunders. m/s. 139. ISBN 978-0-7020-4743-5.
- ^ a b Kim Dennis-Bryan (2020 [2012]). The Complete Dog Breed Book, edisi ke-2. London, United Kingdom: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
- ^ a b c "SABBS - Breed Standard". South African Boerboel Breeders' Society (dalam bahasa Inggeris).
- ^ a b c d e "Boerboel breed standard" (dalam bahasa Inggeris). Kennel Union of South Africa. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ FCI breeds nomenclature: B. Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Animal Improvement Act (Inggeris) Pemerintah Afrika Selatan 1998
- ^ a b "SABBS - Home". South African Boerboel Breeders' Society (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2023. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ REGISTRATION OF ANIMAL BREEDERS' SOCIETY (Inggeris)
- ^ a b "A brief history of the Boerboel in Southern Africa - KUSA" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Afrikaans-English, English-Afrikaans Dictionary (Inggeris) Jan Kromhout (2001) Hippocrene Books, hlm. 24–25
- ^ Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishingpages=618–619. ISBN 1570762198.
- ^ A South African (February 1909). "The Boer Hunting Dog". Agricultural Journal of the Cape of Good Hope (dalam bahasa Inggeris). 34 (2): 186–188. hdl:10520/AJA0000018_1086.
- ^ Standard Encyclopaedia of Southern Africa (Inggeris), Cape Town, Afrika Selatan, 1971. Jilid 4, halaman 57
- ^ a b A brief history of the Boerboel in Southern Africa (Inggeris). Kennel Union of South Africa. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ J. Mamabolo (14 November 2014). Notice 980 of 2014: Registration of Animal Breeders' Society (Inggeris). Government Gazette. 80: 38188.
- ^ "Breed standard" (PDF) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "New Hip Dysplasia Grading System sabt.co.za 3 June 2007" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Vaginal hyperplasia sabt.co.za 12 July 2007" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Oktober 2011. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Breed description" (dalam bahasa Inggeris). UK Boerboel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 April 2012. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Stassen, Quirine E. M.; Grinwis, Guy C. M.; van Rhijn, Nieke C.; Beukers, Martjin; Verhoeven‐Duif, Nanda M.; Leegwater, Peter A. J. (2019). "Focal epilepsy with fear‐related behavior as primary presentation in Boerboel dogs". Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). 33 (2): 694–700. doi:10.1111/jvim.15346. PMC 6430876. PMID 30580458.
- ^ Wade, John (29 Mei 2010). "High-end lifetime training is mandatory". Sarnia Observer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2016. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "List of Banned Dogs by Countries". petolog.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ Ritzau /Nyheder, Mette Pedersen (19 Januari 2011). "Ekstra Bladet - 13 kamphunde forbydes" (dalam bahasa Inggeris). Ekstrabladet.dk. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "List of Banned Dogs by Countries" (dalam bahasa Inggeris). 29 Oktober 2022.
- ^ "List of Banned Dogs by Countries". petolog.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Banned, restricted dogs breed reminder | The Royal Gazette:Bermuda News" (dalam bahasa Inggeris). 26 Ogos 2014. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Mauritius Pet Passport - Current Dog and Cat Import Requirements". www.pettravel.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Pet Breeds unable to travel in Europe". www.viajedemascotas.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "Importing a cat or dog - Doha Family - Autumn 2014". www.dohafamily.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2019. Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "It is prohibited to import the following dogbreeds to the Faroe Islands" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015.
- ^ "Turks Caicos Pet Passport - Current Dog and Cat Import Requirements". www.pettravel.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "List of Banned Dogs by Countries". petolog.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
- ^ "IATA - Tunisia Customs, Currency & Airport Tax regulations details". www.iatatravelcentre.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
Bacaan lanjut
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Boerboel |
- Hancock, David (2001). The mastiffs: the big game hunters, their history, development & future (dalam bahasa Inggeris). Ducklington, Oxon, United Kingdom: Charwynne Dog Features. ISBN 9780951780114.
- Verhoef-Verhallen, Esther J. J. (2001). The complete encyclopedia of dogs (dalam bahasa Inggeris). Belanda: Rebo International. m/s. 530–531. ISBN 90-366-15097.