Ayam bakar
Ayam bakar adalah ayam panggang di atas arang yang merupakan keistimewaan Indonesia, dan Malaysia.
Ayam bakar | |
---|---|
Jenis | Hidangan ayam |
Jenis sajian | Sajian utama |
Tempat asal | Indonesia dan Malaysia |
Kawasan/rantau | Asia Tenggara |
Dicipta oleh | Melayu |
Suhu penghidangan | Panas |
Bahan utama | Ayam yang diperisa dengan kunyit, bawang putih, bawang merah dan rempah-rempah lain, dan dipanggang di atas arang |
Bahan yang biasa digunakan | Daging ayam, Indonesian bay leaf, kaffir lime leaf, daun serai, kicap, garam, gula, bawang merah, bawang putih, Cili, Buah Keras, ginger, turmeric rhizome |
Cara penyediaan | Fire-grill |
Keragaman/variasi | ayam golek , ayam percik |
sunting · sunting di Wikidata |
Perapan dan rempah ratus
suntingDi Jawa, ayam biasanya diperisakan dengan campuran kicap manis dan minyak kelapa yang disapukan dengan berus semasa memanggang. Campuran rempah bumbu mungkin berbeza-beza di berlainan rantau, tetapi biasanya ia terdiri daripada campuran bawang merah, bawang putih, cili, ketumbar, jus asam, buah keras, kunyit, lengkuas dan garam. Di Jawa, ayam bakar lazimnya manis kerana banyaknya kicap manis sebagai perapan atau sos pencicah, sedangkan ayam bakar Padang, Bali, Lombok dan sebahagian besar Sumatera biasanya lebih berempah dan lebih merah kerana banyaknya cili, rempah kunyit dan lain-lain, dan tiada kicap manis.
Potongan ayam biasanya dimasak sebentar dalam campuran rempah menggunakan api kecil sebelum dipanggang, agar ayam menyerap rempah-rempah itu. Semasa proses memanggang, rempah-rempah yang tinggal disapu pada ayam. Ayam bakar biasanya dihidangkan dengan sambal belacan atau sambal kicap dengan hirisan timun dan tomato.
Jenis
suntingTerdapat banyak resipi ayam bakar, antara yang popular adalah ayam bakar ala Padang, ayam percik dan ayam golek dari Malaysia, ayam bakar Taliwang dari Lombok, hayam bakakak Sunda, dan ayam bakar bumbu rujak Jawa (ayam panggang kelapa pedas).[1][2] Biasanya, ayam diperap dengan campuran rempah-rempah, kadang-kadang kicap manis dan kemudian dipanggang.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Brissenden, Rosemary (2007). Southeast Asian Food, Classic and modern dishes from Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Laos, Cambodia and Vietnam. Periplus. m/s. 161. ISBN 0794604889. Dicapai pada 31 October 2014.
- ^ "Ayam Bakar Bumbu Rujak". Tasty Indonesian Food.com. Tasty Indonesian Food.com. Dicapai pada 11 August 2013.