Pergi ke kandungan

Tokyo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tokyo
東京
東京都 · Metropolis Tokyo
ميتروڤوليس توکيو
From top left: Shinjuku, Menara Tokyo, Jambatan Pelangi, Shibuya, Bangunan Diet Kebangsaan
Kedudukan Tokyo di Jepun
Kedudukan Tokyo di Jepun
Negara Jepun
KawasanKantō
PulauHonshū
Pembahagian23 wad khas, 26 bandaraya, 1 daerah, & 4 subwilayah
Pentadbiran
 • JenisMetropolis
 • GabenorYuriko Koike
 • Ibu wilayahShinjuku 
Keluasan
(ked. ke-45)
 • Jumlah2,187.08 km2 (844.44 batu persegi)
Aras
40 m (130 ft)
Penduduk
 (#1)[1]
 • Jumlah13,839,910
 • Kepadatan6,224.66/km2 (16,121.8/batu persegi)
 • 23 wad
8,653,000
 (September 2018)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
ISO 3166-2
JP-13
BungaBunga ceri Somei-Yoshino
PokokGinkgo (Ginkgo biloba)
BirdBurung Camar Berkepala Hitam (Larus ridibundus)
Laman sesawangmetro.tokyo.jp(Inggeris)

Tokyo (東京, Tōkyō, "Ibu Kota Timur"), secara rasminya Metropolis Tokyo (東京都, Tōkyō-to),[2] ialah salah satu daripada 47 wilayah di Jepun, yang terletak di bahagian timur pulau utama Honshū, dan merangkumi Kepulauan Izu dan Kepulauan Ogasawara. Metropolis Tokyo terbentuk pada tahun 1943 hasil penggabungan bekas Wilayah Tokyo (Tokyo-fu) dan bandaraya Tokyo. Kerajaan Metropolitan Tokyo mentadbir kesemua 23 wad khas di Tokyo, setiap satunya ditadbira sebagai bandaraya yang meliputi kawasan bekas bandaraya Tokyo dan juga 39 kawasan perbandaran di bahagian barat wilayah dan dua kepulauan luar. Walaupun bukan bandaraya dari segi alasan-alasan teknik, Tokyo dianggap sebagai ibu negara dan bandaraya terbesar di Jepun.

Jumlah penduduk kesemua wad khas adalah lebih 8 juta orang, manakala jumlah keseluruhan penduduk wilayah Tokyo mencecah 12 juta. Wilayah ini merupakan pusat Tokyo Raya, iaitu kawasan metropolitan yang teramai penduduk di dunia dengan sejumlah 35–39 juta orang serta ekonomi metropolitan terbesar di dunia dengan KDNK bernilai US$1.479 trilion mengikut pariti kuasa beli pada tahun 2008.[3]

Tokyo disifatkan oleh Saskia Sassen sebagai satu daripada tiga "pusat pemerintahan" ekonomi dunia, di samping Bandaraya New York dan London.[4] Bandaraya ini dianggap sebagai sebuah bandaraya sedunia alpha+, disenaraikan oleh inventori GaWC 2008[5] serta menduduki kedudukan keempat di kalangan bandaraya global oleh Indeks Bandaraya Global Foreign Policy pada tahun 2008.

Tokyo merupakan pusat kerajaan Jepun dan Istana Diraja, dan juga tempat bersemayam Wangsa Diraja Jepun.

Tokugawa Ieyasu

Tokyo asalnya merupakan perkampungan perikanan kecil yang bernama Edo. Pada tahun 1457, Ōta Dōkan membina Istana Edo. Pada tahun 1590, Tokugawa Ieyasu berpangkalan di Edo, dan sebaik sahaja menjadi shogun pada tahun 1603, bandar ini menjadi pusat pentadbiran tenteranya untuk seluruh negara. Pada zaman Edo, Edo menjadi salah sebuah bandaraya terbesar di dunia dengan jumlah penduduk mencapai sejuta orang menjelang abad ke-18.[6]

Edo menjadi ibu negara de facto di Jepun[7] sungguhpun maharaja bersemayam di Kyoto, ibu kota diraja. Selepas kira-kira 263 tahun, kerajaan shogun digulingkan di bawah bendera pemulihan pemerintahan maharaja. Pada tahun 1869, ketika Maharaja Meiji pindah ke Edo pada usia 17 tahun, Tokyo sudah menjadi pusat politik dan kebudayaan negara,[8] kemudian dijadikan ibu kota diraja de facto oleh istana di samping bekas Istana Edo menjadi Istana Diraja. Bandaraya Tokyo ditubuhkan lalu kekal sebagai ibu negara sehingga taraf perbandarannya dimansuhkan pada tahun 1943 untuk digabungkan dengan "Wilayah Metropolitan" Tokyo.

Malangnya, Tokyo mengalami dua malapetaka hebat pada abad ke-20, tetapi mujurlah ia sempat pulih daripada kedua-duanya. Yang pertama ialah gempa bumi besar Kantō 1923 yang menyebabkan 140,000 penduduk maut atau hilang,[9] dan yang kedua ialah Perang Dunia Kedua, ketika Tokyo dibedil bertubi-tubi pada tahun 1944 dan 1945, menyebabkan 75,000 hingga 200,000 orang terbunuh dan separuh bandaraya musnah, lebih kurang sedahsyat jumlah kesan pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.[10]

Selepas perang, Tokyo dibina semula sepenuhnya, dan berkilauan di mata dunia ketika Sukan Olimpik Tokyo 1964. Zaman 1970-an menyaksikan pembangunan bertingkat tinggi seperti Sunshine 60, pembinaan lapangan terbang baru yang berkontroversi[11] di Narita (yang agak jauh dari sempadan bandaraya) pada tahun 1978, dan jumlah penduduk meningkat kepada kira-kira 11 juta (dalam lingkungan kawasan metropolitan).

Rangkaian kereta api bawah tanah dan komuter Tokyo menjadi antara yang tersibuk di dunia[12] kerana semakin ramai orang yang berpindah ke kawasan Tokyo. Pada 1980-an, harga harta tanah melangit dalam gelembung hartanah dan hutang. Setelah gelembung itu meletup pada 1990-an, banyak syarikat, bank, dan orang ramai didapati berhutang gadai janji di sebalik kejatuhan nilai harta tanah, sehingga disusuli kemelesetan besar yang menjadikan 1990-an sebagai "sedekad hilang" di Jepun[13], tetapi kemudian beransur-ansur pulih.

Projek penebusgunaan tanah di Tokyo juga berterusan selama berabad-abad lamanya, terutamanya di kawasan Odaiba yang dijadikan kawasan beli-belah dan hiburan utama.

Geografi dan bahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Carta iklim untuk Tokyo
JFMAMJJOSOND
 
 
49
 
10
2
 
 
60
 
10
2
 
 
115
 
13
5
 
 
130
 
18
11
 
 
128
 
23
15
 
 
165
 
25
19
 
 
162
 
29
23
 
 
165
 
31
24
 
 
209
 
27
21
 
 
163
 
22
15
 
 
93
 
17
10
 
 
40
 
12
5
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: JMA
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
1.9
 
50
36
 
 
2.4
 
50
36
 
 
4.5
 
55
41
 
 
5.1
 
65
51
 
 
5
 
73
59
 
 
6.5
 
77
66
 
 
6.4
 
84
73
 
 
6.5
 
87
76
 
 
8.2
 
80
69
 
 
6.4
 
71
59
 
 
3.6
 
62
49
 
 
1.6
 
54
40
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Bahagian tanah besar Tokyo berada di barat laut Teluk Tokyo dan jaraknya kira-kira 90 km timur ke barat dan 25 km utara ke selatan. Metropolis Tokyo bersempadan dengan wilayah Chiba di timur, wilayah Yamanashi di barat, wilayah Kanagawa di selatan, dan wilayah Saitama di utara. Tanah besar Tokyo dibahagikan kepada wad-wad khas (yang menduduki bahagian timur) dan kawasan Tama yang memanjang ke arah barat.

Juga dalam sempadan pentadbiran Tokyo Metropolis adalah dua gugusan pulau di Lautan Pasifik secara langsung selatan: Kepulauan Izu, dan Kepulauan Ogasawara, yang memanjang lebih 1,000 km jauhnya dari tanah besar Jepun. Disebabkan wujudnya pulau-pulau ini dan kawasan-kawasan pergunungan di barat, angka kepadatan penduduk keseluruhan Tokyo jauh rendah berbanding angka sebenar untuk kawasan bandar dan pinggir bandar Tokyo.

Mengikut undang-undang Jepun, Tokyo ditentukan sebagai sebuah to (), atau terjemahannya metropolis.[14] Struktur pentadbirannya serupa dengan wilayah-wilayah lain di Jepun. Di dalam Tokyo terletaknya berpuluh-puluh entiti yang lebih kecil yang sering dianggap sebagai bandaraya, termasuk 23 wad khas ( -ku) yang pernah membentuk Bandaraya Tokyo sehingga tahun 1943, tetapi kini merupakan kawasan perbandaran yang berasingan dan berkerajaan sendiri, setiap satunya ditadbir oleh datuk bandar dan majlis, serta memegang taraf bandaraya.

Selain 23 perbandaran tersebut, Tokyo juga merangkumi 26 lagi bandaraya ( -shi), lima bandar ( -chō atau machi), dan lapan kampung ( -son atau -mura), setiap satunya ditadbir oleh kerajaan tempatan. Kerajaan Metropolitan Tokyo diketuai oleh seorang gabenor dan perhimpunan metropolitan undian awam. Ibu pejabatnya terletak di daerah Shinjuku. Kerajaan Metropolitan mentadbir seluruh wilayah metropolis Tokyo, termasuk, sungai, empangan, ladang, pulau terpencil, dan taman negara selain belantara neon, pencakar langit dan keretapi bawah tanah di bandaraya.

Wad-wad khas (特別区, tokubetsu-ku) di Tokyo pernah merangkumkan kawasan yang dahulunya diperbadankan sebagai Bandaraya Tokyo. Pada 1 Julai 1943, Bandaraya Tokyo digabungkan dengan Wilayah (Prefektur) Tokyo (東京府, Tōkyō-fu) untuk membentuk "wilayah metropolitan" masa kini. Hasilnya, berbeza dengan wad-wad bandaraya lain di Jepun, wad-wad khas di Tokyo ini bukan sebahagian bandaraya berperbadanan yang lebih besar. Setiap wad ialah sebuah kawasan perbandaran dengan datuk bandar dan perhimpunan terpilih sama seperti bandaraya lain di Jepun. Wad-wad ini berlainan dari bandaraya lain kerana hubungan pentadbiran yang unik bersama kerajaan wilayah. Fungsi-fungsi perbandaran tertentu seperti kerja air, pembetungan, dan bomba, diuruskan oleh Kerajaan Metropolitan Tokyo. Untuk membayar kos pentadbiran tambahan, kerajaan wilayah mengutip cukai perbandaran yang biasanya dikenakan oleh kerajaan wad.[15]

Wilayah Tokyo mempunyai 23 wad khas yang terdiri dari:

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Penduduk asing di Tokyo (2023) Nombor[16]
 Republik Rakyat China 262,340
Korea Selatan 90,210
 Vietnam 45,090
 Filipina 36,279
   Nepal 35,567
 Taiwan 22,386
 Amerika Syarikat 21,361
 Myanmar 20,100
 India 18,607
 Indonesia 9,928
 Thailand 8,857
 Perancis 7,618
 United Kingdom 7,266
 Bangladesh 6,341
 Mongolia 4,817
Kependudukan Tokyo[17]
Mengikut kawasan1

Tokyo
Wad khas
Kawasan Tama
Pulau

12.79 juta
8.653 juta
4.109 juta
28,000

Mengikut umur²

Juvenil (umur 0-14)
Bekerja (umur 15-64)
Bersara (umur 65+)

1.461 juta (11.8%)
8.546 juta (69.3%)
2.332 juta (18.9%)

Mengikut jam³

Siang
Malam

14.978 juta
12.416 juta

Mengikut kewarganegaraan

Penduduk asing

353,8264

1 Anggaran seperti pada Oktober 1, 2007.

² seperti pada Januari 1, 2007.

³ seperti pada 2005 National Census.

4 seperti pada Januari 1, 2005.

Seperti pada Oktober 2007, dianggarkan 12.79 juta orang tinggal di Tokyo dengan 8.653 juta hidup dalam 23 daerah Tokyo.[17] Semasa siang hari, jumlah penduduk bertambah hampir 2.5 juta kerana pekerja dan pelajar berulang-alik dari kawasan bersebelahan. Kesan ini juga adalah lebih jelas dalam tiga daerah tengah Chiyoda, Chūō, dan Minato, pengkolektifan penduduk seperti pada 2005 National Census adalah 326,000 waktu malam, tetapi 2.4 juta semasa siang.[17]

Seperti pada 2005, bangsa-bangsa asing paling biasa didapati di Tokyo adalah orang Cina (123,661), Korea Selatan (106,697), Korea Utara (62,000) Filipina (31,077), Amerika (18,848), British (7,696), Brazil (5,300) & Perancis (3,000).[18]

Bank Jepun
Bursa Saham Tokyo, kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran

Tokyo merupakan satu daripada tiga "pusat arahan" kewangan dunia, bersama dengan New York dan London. Tokyo adalah ekonomi metropolitan terbesar di dunia. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers, kawasan bandar Tokyo (35.2 juta penduduk) mempunyai sejumlah KDNK US$1.191 trilion pada 2005 (pada pariti kuasa beli), kedudukan sekali lagi sebagai bandar terbesar pengaglomeratan KDNK di dunia.[19] Seperti pada 2008, 47 syarikat yang tersenarai dalam Global 500 adalah berpangkalan di Tokyo, hampir dua kali ganda bagi bandar raya tempat ketiga (Paris).[20]

Tokyo merupakan sebuah pusat kewangan antarabangsa utama,[21] menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans, dan berfungsi sebagai satu hab untuk industri-industri pengangkutan, penerbitan, dan penyiaran Jepun.

Tokyo dinilai oleh Unit Risikan Ekonomi sebagai (kos sara hidup tertinggi) bandar raya paling mahal di dunia selama 14 tahun berturut yang berakhir pada 2006.[22] Analisis ini merupakan untuk kehidupan eksekutif syarikat gaya hidup Barat, dengan barang-barang seperti sebuah rumah dan beberapa kereta.

Tokyo Stock Exchange ialah bursa saham terbesar Jepun, dan kedua terbesar dalam dunia mengikut modal pasaran dan keempat terbesar mengikut perolehan saham. Pada 1990 di akhir bagi gelembung harga aset Jepun, ia mengandungi lebih daripada 60% daripada nilai pasaran saham dunia.[23]

Tokyo mempunyai 8,460 ha (20,900 ekar) tanah pertanian seperti pada 2003,[24] menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, meletakkan ia terakhir antara wilayah negara. Tanah ladang tertumpu di Tokyo Barat. Makanan mudah rosak seperti sayur-sayuran, buah-buahan, dan bunga-bunga boleh dengan mudah dihantar ke pasaran-pasaran di wilayah timur. Daun bayam Jepun dan bayam adalah sayur-sayuran maha penting; seperti pada 2000, Tokyo membekalkan 32.5% daripada daun bayam Jepun dijual di pusat pasaran keluaran taninya.

Teluk Tokyo adalah dahulu sumber utama ikan. Pada masa ini, kebanyakan daripada pengeluaran ikan Tokyo datang daripada kepulauan luar, seperti Izu ŌShima dan Hachijōjima. Skijack tuna, nori, dan aji adalah antara produk lautan.

Pelancongan di Tokyo adalah juga satu penyumbang kepada ekonomi.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]
Peta sistem tren bawah tanah Tokyo

Sebagai pusat Kawasan Tokyo Raya, Tokyo merupakan pusat pengangkutan keretapi, darat dan udara domestik dan antarabangsa di Jepun. Pengangkutan awam di dalam Tokyo dikuasai oleh rangkaian tren dan laluan bawah tanah meluas yang "bersih dan cekap"[25] dan dikendali oleh pelbagai syarikat, dengan bas, monorel dan trem sebagai alat penghantar sekunder.

Di dalam Ōta, salah satu daripada 23 wad khas di Tokyo, Lapangan Terbang Haneda ("Tokyo") mengetengahkan penerbangan domestik. Di luar Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, di Wilayah Chiba merupakan gerbang utama untuk pelancong antarabangsa ke Jepun. Syarikat-syarikat penerbangan Japan Airlines, All Nippon Airways, Air Japan dan Delta Air Lines semuanya menjadikan Narita sebagai hab penerbangan.

Sesetengah pulau dalam tadbiran Tokyo juga ada lapangan terbang sendiri. Hachijōjima (Lapangan Terbang Hachijojima), Miyakejima (Lapangan Terbang Miyakejima), dan Izu Ōshima (Lapangan Terbang Oshima) juga menyediakan perkhidmatan untuk ke LTA Tokyo dan lapangan-lapangan terbang yang lain.

Tren merupakan kaedah pengangkutan utama di Tokyo yang mempunyai rangkaian rel bawah tanah yang paling menyeluruh di dunia dan juga rangkaian landasan atas tanah yang sama besarnya. JR East mengendali rangkaian rel terbesar di Tokyo, termasuk landasan gelung Aliran Yamanote yang mengitari tengah-tengah pusat bandar Tokyo. Rangkaian bawah tanah dikendali oleh dua pertubuhan berasingan, iaitu Tokyo Metro milik swasta dan Biro Pengangkutan Metropolitan Tokyo kendalian kerajaan. Kerajaan metropolitan dan pengusaha swasta bersama-sama mengendali laluan bas. Perkhidmatan setempat, serantau dan seluruh negara juga tersedia, dengan terminal-terminal utama di stesen-stesen keretapi besar termasuk Tokyo, Shinagawa, dan Shinjuku.

Lebuh raya menghubungkan ibu negara dengan tempat-tempat lain di kawasan Tokyo Raya, kawasan Kantō, dan pulau-pulau Kyūshū dan Shikoku.

Antara kaedah pengangkutan lain termasuk teksi yang beroperasi di wad-wad khas, bandaraya dan bandar-bandar, dan juga feri perjalanan jauh yang berkhidmat di pulau-pulau Tokyo untuk mengangkut penumpang dan barangan ke pelabuhan domestik dan antarabangsa.

Muzium Negara Tokyo, Ueno
Tokyo Dome, stadium bagi Yomiuri Giants

Tokyo mempunyai banyak muzium. Di Taman Ueno ada empat muzium kebangsaan: Muzium Negara Tokyo, muzium terbesar di negara yang khusus untuk seni tradisional orang Jepun; Muzium Negara Seni Barat; dan Muzium Negara Tokyo Seni Moden, dengan koleksi-koleksi seni moden Jepun serta lebih 40,000 filem-filem Jepun dan asing.[26] Juga di Ueno Park adalah Muzium Sains Negara dan taman haiwan awam. Antara muzium-muzium lain termasuk Muzium Seni Nezu di Aoyama; Muzium Edo-Tokyo di Sumida yang merentasi Sungai Sumida dari pusat Tokyo; dan Perpustakaan Diet Negara, Arkib Negara, dan Muzium Negara Seni Moden, yang bertempat berhampiran Istana Agong.

Di Tokyo juga ada banyak teater lakon pentas, termasuk teater milik negara dan swasta untuk drama Jepun, baik tradisional (seperti noh dan kabuki) mahupun moden. Orkestra simfoni dan bermacam-macam pertubuhan muzik mendendangkan muzik moden dan tradisional di sini. Tokyo juga menjadi tuan rumah kepada acara muzik pop dan rock Jepun dan antarabangsa di tempat-tempat sekecil kelab malam sehingga sebesar arena terkemuka antarabangsa seperti Nippon Budokan.

Di seluruh Tokyo juga diadakan beraneka perayaan sepanjang tahun. Antara acara-acara utamanya termasuk perayaan Sannō di Kuil Hie, Sanja dan Kuil Asakusa, dan Perayaan Kanda dwitahunan. Perayaan Kanda mengetengahkan perarakan kereta berhias dan ribuan orang yang menyambutnya. Pada hari Sabtu terakhir setiap bulan Julai, pertunjukan bunga api besar-besaran di atas Sungai Sumida menarik lebih sejuta penonton. Apabila bunga sakura berkembang pada musim bunga, penduduk Tokyo berkumpul ramai-ramai di Taman Ueno, Taman Inokashira, dan Kebun Negara Shinjuku Gyoen untuk berkelah di bawah pokok bunga itu.

Harajuku, sebuah kawasan di Shibuya, terkenal di mata dunia kerana gaya dan fesyen belianya.[27]

Masakan di Tokyo terpuji di seluruh dunia. Pada November 2007, Michelin mengeluarkan panduan untuk kedai makan terunggul di Tokyo yang meraih sejumlah 191 bintang, iaitu dua kali yang diraih oleh pesaing terdekatnya, Paris. Lapan tempat makan dikurniakan anugerah tertinggi tiga bintang (Paris ada 10), manakala 25 lagi menerima dua bintang, dan 117 lagi mendapat satu bintang. Di kalangan lapan kedai makan terunggul itu, tiga buah menghidangkan masakan Jepun tradisional, dua lagi adalah kedai sushi dan tiga yang selebihnya adalah restoran masakan Perancis.[28]

Tokyo Dome, stadium sendiri Yomiuri Giants
Arena gusti sumo Ryōgoku Kokugikan

Tokyo merupakan pangkalan kepada dua kelab besbol profesional, iaitu Yomiuri Giants yang bertapak di Tokyo Dome dan Tokyo Yakult Swallows di Stadium Meiji-Jingu.

Persatuan Sumo Jepun juga beribu pejabat di Tokyo, iaitu di arena sumo Ryōgoku Kokugikan di mana tiga kejohanan sumo rasmi dianjurkan tiga kali setahun (pada bulan Januari, Mei, dan September). Kelab bola sepak di Tokyo pula termasuk F.C. Tokyo dan Tokyo Verdy 1969, kedua-duanya bermain di Stadium Ajinomoto di Chōfu.

Tokyo menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Stadium Olimpik Tokyo juga dijadikan tempat penganjuran berbilang acara sukan antarabangsa. Dengan begitu banyak tempat sukan bertaraf dunia, Tokyo turut menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti tenis, renang, maraton, pameran bola sepak Amerika, judo, karate, dan sebagainya. Gimnasium Metropolitan Tokyo di Sendagaya, Shibuya, merupakan sebuah kompleks sukan besar yang berisi kolam renang, bilik latihan, dan arena tertutup yang luas.

Landskap bandar raya

[sunting | sunting sumber]
Pandangan panorama Shinjuku dan Gunung Fuji.
Pandangan panorama Istana Diraja Tokyo yang diambil di Marunouchi.
Pokok Sakura di Istana Diraja Tokyo.

Bandar berkembar

[sunting | sunting sumber]

Tokyo mempunyai sebelas bandar berkembar. [29]

Tambahan lagi, Tokyo mempunyai satu perjanjian "perkongsian" dengan London, United Kingdom.[29]

  1. ^ 東京都の人口(推計)– Population of Tokyo (estimate). Tokyo Metropolitan Government Bureau of Statistics Department. Diarkibkan daripada yang asal pada October 2, 2018. Dicapai pada October 22, 2018. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Geography of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-08. Dicapai pada 2008-10-18.
  3. ^ "Global city GDP rankings 2008-2025". Pricewaterhouse Coopers. Dicapai pada 27 November 2009.
  4. ^ Sassen, Saskia (2001). The Global City: New York, London, Tokyo (ed. 2nd). Princeton University Press. ISBN 0691070636.
  5. ^ GaWC - The World According to GaWC 2008
  6. ^ McClain, James (1994). Edo and Paris: Urban Life and the State in the Early Modern Era. Cornell University Press. m/s. 13. ISBN 080148183X.
  7. ^ Sorensen, Andre (2004). The Making of Urban Japan: Cities and Planning from Edo to the Twenty First Century. RoutledgeCurzon. m/s. 16. ISBN 0415354226.
  8. ^ "History of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2007-10-17.
  9. ^ Tokyo-Yokohama earthquake of 1923. Britannica Online Encyclopedia.
  10. ^ Tipton, Elise K. (2002). Modern Japan: A Social and Political History. Routledge. m/s. 141.
  11. ^ "Tokyo Narita International Airport (NRT) Airport Information (Tokyo, Japan)". Dicapai pada 11 September 2008.
  12. ^ "Rail Transport in The World's Major Cities" (PDF). Japan Railway and Transport Review. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-25. Dicapai pada 2007-10-17.
  13. ^ Saxonhouse, Gary R. (ed.) (2004). Japan's Lost Decade: Origins, Consequences and Prospects for Recovery. Blackwell Publishing Limited. ISBN 1405119179. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  14. ^ "Local Government in Japan" (PDF). Council of Local Authorities for International Relations. m/s. 8. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-09-23. Dicapai pada 2008-09-14.
  15. ^ The Structure of the Tokyo Metropolitan Government Diarkibkan 2012-04-04 di WebCite (Tokyo government webpage)
  16. ^ "在留外国人統計(旧登録外国人統計)" (dalam bahasa Jepun). e-stat.go.jp. Dicapai pada 2023-09-30.
  17. ^ a b c "Population of Tokyo". Tokyo Metropolitan Government. Dicapai pada 2009-01-01.
  18. ^ "Tokyo Statistical Yearbook 2005, Population". Bureau of General Affairs, Tokyo Metropolitan Government. Dicapai pada 2007-10-14.
  19. ^ PriceWaterhouseCoopers, "UK Economic Outlook, March 2007", page 5. ""Table 1.2 – Top 30 urban agglomeration GDP rankings in 2005 and illustrative projections to 2020 (using UN definitions and population estimates)"" (PDF). Dicapai pada 2007-03-09.
  20. ^ "Global 500 Our annual ranking of the world's largest corporationns". CNNMoney.com. Dicapai pada 2008-12-04.
  21. ^ "Financial Centres, All shapes and sizes". The Economist. Dicapai pada 2007-10-14.
  22. ^ "Oslo is world's most expensive city: survey". Reuters. January 31, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-15. Dicapai pada February 1. Check date values in: |accessdate= (bantuan) (inactive).
  23. ^ "Tokyo stock exchange". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada 2009-05-08.
  24. ^ Horticulture Statistics Team, Production Statistics Division, Statistics and Information Department, Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries (July 15, 2003). "Statistics on Cultivated Land Area" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2006-06-28. Dicapai pada 2008-10-18.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  25. ^ "A Country Study: Japan". The Library of Congress. m/s. Chapter 2, Neighborhoods. Dicapai pada 2007-10-24.
  26. ^ "National Cultural Facilities" (PDF). The Agency for Cultural Affairs. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-10-25. Dicapai pada 2007-10-18.
  27. ^ (2007-04-25). "Rebels on the Bridge: Subversion, Style, and the New Subculture" (Flash). Self-published (Scribd). Dicapai pada 2007-12-04.
  28. ^ "Tokyo 'top city for good eating'". BBC NEWS. 20 November 2007. Dicapai pada 2008-10-18.
  29. ^ a b "Sister Cities (States) of Tokyo - Tokyo Metropolitan Government". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-05. Dicapai pada 2008-09-16.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]