Saya sebagai guru yang telah berkhidmat selama enam tahun di Sekolah Sri Labuan juga mempunyai falsafah tersendiri untuk memastikan hala tuju pelajar itu berada pada tahap yang terbaik. Salah satu falsafah saya sebagai pendidik ialah, saya menekankan konsep “ Role Model ” di dalam kelas. Murid selalunya mudah terpengaruh terhadap apa sahaja yang belaku disekelilinginya. Maka dengan itu, seorang pendidik seharusnya mempunyai perwatakan diri yang positif. Apabila murid melihat perwatakkan seorang guru, murid tersebut secara tidak langsung akan mengubah dirinya secara perlahan-lahan. Perubahan itu boleh dilihat dari segi kerja-kerja sekolah yang diberi dan penampilan mereka ke sekolah. Bagaimana pembawaan perwatakan murid tersebut di dalam kelas dan cara pergaulan dan percakapan secara tidak langsung akan meniru perwatakkan guru itu tadi. Saya selalunya mengenakan pakaian yang kemas dan selalu meguruskan rambut dengan baik, rata-rata pelajar saya akan bertanya mengenai penampilan saya, d
Memuat