K3 - Pembangunan Sosial
K3 - Pembangunan Sosial
K3 - Pembangunan Sosial
CDA 30603
PEMBANGUNAN
DAN PERUBAHAN SOSIAL
PROF DATUK DR YAHAYA IBRAHIM
PEMBANGUNAN SOSIAL
Pengenalan
• Pembangunan sosial adalah satu konsep yang luas, kompleks dan sukar difahami
disebabkan empat perkara.
• Pertama, aktiviti pembangunan sosial merangkumi skop yang lebih besar
daripada perkembangan individu kerana rangkumannya melibatkan
perkembangan geopolitik dunia.
• Kedua, ia mengambil kira pelbagai bidang disiplin yang setiap satunya
mempunyai perspektif sendiri.
• Ketiga, inisiatif pembangunan sosial adalah terlalu kompleks kerana ia
merupakan inisiatif-inisiatif untuk mengintegrasikan ekonomi, sosial, politik dan
budaya yang merentas pelbagai tahap pembangunan.
• Keempat, terdapat pertimbangan nilai dalam pembangunan sosial.
• Keempat-empat ciri ini sebahagiannya menjadi penyebab kepada perkembangan
teori pembangunan (Estes, 1998; Beverly & Sherraden, 1997; Meinert & Kohn,
1987; Pandey, 1981)
• Pembangunan sosial merupakan konsep pembangunan yang
menggabungkan aspek sosial dan ekonomi.
• Konsep ini memperkenalkan pembangunan sosial sebagai suatu
proses perubahan sosial terencana yang dirancang untuk
meningkatkan taraf hidup masyarakat, dimana pembangunan
dilakukan saling melengkapi proses pembangunan ekonomi.
• Edi Suharto mengartikan Pembangunan Sosial sebagai pendekatan
pembangunan yang bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan
manusia secara menyeluruh, yakni memenuhi kebutuhan manusia
mulai dari kebutuhan fisikal sampai sosial. Secara kontekstual
pembangunan sosial lebih berorientasi pada prinsip keadilan sosial
berbanding pertumbuhan ekonomi.
Definisi Pembangunan Sosial
Pembangunan sosial merupakan satu proses pembangunan
yang memberi penekanan kepada manusia dan sistem
sosialnya. Ia dihubungkaitkan dengan pelbagai pendekatan,
strategi, program dan aktiviti yang menekankan kepada
pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan dalam erti kata sebenar.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan sosial
• Budaya dan struktur sosial
• Sikap dan tingkah laku di dalam sesuatu budaya akan membentuk pembangunan
sosial. Anda akan membesar mengikut bentuk amalan dan pengharapan
masyarakat.
• Kemahiran keibubapaan
• Cara ibu bapa menjaga/mendidik anak-anak mempengaruhi
pembangunan sosial remaja:
• Kemahiran berkomunikasi
• Kemahiran bersosial
• Kemahiran hidup seharian (Contoh : penjagaan diri, kemahiran bermasyarakat,
kemahiran kekeluargaan)
• Kemahiran menyelesaikan masalah
• Kemahiran kerohanian
• Status kewangan
• Status kewangan keluarga
mempengaruhi aktiviti sosial.
• Pengaruh rakan sebaya
• Rakan sebaya mempunyai pengaruh
yang kuat dalam pembangunan
sosial remaja berbanding ibu bapa
mereka.
• Media
• Media adalah satu daya sosial yang
kuat untuk dalam mengubah
budaya remaja.
Latar Belakang Pembangunan Sosial
• Pembangunan sosial sebagai salah satu pendekatan dalam pembangunan,
pada awal perkembangannya, seringkali dipertentangkan dengan
pembangunan ekonomi. Hal ini terkait dengan pemahaman orang banyak
yang menggunakan istilah pembangunan yang dikonotasikan sebagai
perubahan ekonomi yang diakibatkan oleh industrialisasi.
• Pada awal tahun1980-an konsep pembangunan sosial mulai popular
dalam lingkup pekerjaan sosial. Kemunculan konsep pembangunan sosial
merupakan refleksi atas evaluasi terhadap wujudnya pembangunan
ekonomi. Pembangunan ekonomi dinilai penyebab kepada masalah sosial
seperti kemiskinan. Era industrialisasi telah mendorong kemajuan
kapitalisme yang menekankan pada pertumbuhan ekonomi sehingga
aspek-aspek sosial terabai.
• Seiring dengan kemajuan kapitalisme, meningkat pula tekanan masalah
sosial sehingga menyedarkan akan pentingnya konsep pembangunan
yang tidak hanya bertujuan meningkatkan kualiti hidup manusia dari
aspek fizikal, tetapi juga merespon kepada masalah daripada impak
pembangunan.
• Pembangunan yang bermasalah ini dianggap sebagai akibat daripada
pembangunan yang muncul kerana paradigma yang salah tentang
pembangunan di mana pembangunan yang terjadi tidak lagi
berorientasi pada kesejahteraan manusia. Oleh kerana itu, konsep
pembangunan sosial hadir untuk melengkapi proses pembangunan
ekonomi.
• Menurut Midgley, pembangunan sosial memiliki tiga strategi besar yaitu:
• Pembangunan sosial oleh individu, dikenal juga sebagai pendekatan
individualis atau perusahaan. Akar ideologinya adalah liberal atau individualis,
di mana ideologi tersebut menekankan pada pentingnya kebebasan individu
dalam memilih.Pendekatan individualis atau perusahaan memang saat ini
tidak popular dalam pembangunan sosial. Pendekatan ini dipromosikan
melalui peningkatan fungsi sosial individu dan hubungan antarpribadi. Dalam
strategi ini, individu-individu dalam masyarakat secara swadaya membentuk
usaha sokongan guna meningkatkan keupayaan masyarakat.
• Pembangunan sosial oleh komuniti dikenal juga sebagai pendekatan
komunitarian. Pendekatan komunitarian sendiri dipengaruhi kuat oleh
ideologi populis. Strategi ini percaya bahwa antara masyarakat dan komunitas
memiliki kemampuan yang saling terkait untuk memastikan kebutuhan dasar
mereka terpenuhi, masalah sosial mereka teratasi, dan kesempatan untuk
maju tersedia. Untuk mencapai hal tersebut, masyarakat dan komunitas perlu
saling bekerja sama melalui pengembangan komunitas lokalnya.
• Pembangunan sosial oleh pemerintah dikenal pula sebagai
pendekatan statis.[butuh rujukan] Pendekatan statis didasari oleh ideologi
kolektivis atau sosialis di mana ia menekankan pada pentingnya
kolektivitas. Kumpulan ini dibangun dari asosiasi masyarakat yang
memiliki sumber daya secara kolektif dan membagi wewenang untuk
membuat keputusan. Melalui strategi tersebut, pembangunan sosial
dilakukan oleh lembaga-lembaga atau organisasi dalam
pemerintahan. Di samping adanya partisipasi individu dan masyarakat,
pemerintah juga memiliki tanggung jawab untuk memastikan
apakah dasar pembangunan sosial diimplementasikan dan apakah
kebijakan sosial dan ekonomi diselaraskan.
• Walaupun banyak cabaran, pembangunan sosial menjadi bidang
penting bagi memastikan faedah kemajuan ekonomi diperolehi oleh
komuniti. Namun begitu, 116 kegagalan membentuk keharmonian
ekonomi dan sosial sering diketepikan.
• Pembahagian pendapatan yang tidak seimbang, kemiskinan, kekurangan
rumah, tahap kesihatan kurang memuaskan dan peminggiran kelompok-
kelompok tertentu dalam pembangunan merupakan manifestasi
kegagalan proses harmoni tersebut.
• Midgley (2014, 2012, 1995) mengatakan walaupun isu kemiskinan
masih jauh lagi menjadi cabaran, kadar jangka hayat, celik huruf dan
perkhidmatan kesihatan telah bertambah baik di negara-negara
membangun.
• Justeru, pembangunan sosial boleh dilihat sebagai pelengkap kepada
pembangunan berorientasikan ekonomi.
• Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1969) memainkan peranan
yang signifikan dalam menggerakkan dan menggalakkan strategi
pembangunan sosial. Usaha ini boleh dilihat daripada definisi
pembangunan sosial oleh PBB untuk menghapuskan kemiskinan dan
menggalakkan pembangunan sosial seiring dengan perkembangan
ekonomi;
AMALAN
Pembasmian PEMBANGUNAN
Kesukarelawan
Kemiskinan SOSIAL
Kesejahteraan
Keluarga
Pembasmian Kemiskinan
• Pembasmian kadar kemiskinan telah diberi tumpuan penuh daripada pelbagai
pihak terutama pihak kerajaan. Usaha ini dapat dilihat dengan kewujudan pelbagai
dasar seperti Dasar Ekonomi Baru hingga kepada Dasar Pembangunan Nasional.
Kerajaan juga turut menyediaakan kemudahan-keudahan dari aspek pendidikan,
prasarana yang baik bagi membantu kelompok-kelompok termiskin di bandar dan
luar bandar.
• Dalam mencapai matlamat Dasar Wawasan Negara, pembangunan modal insan
menjadi teras utama dalam menyokong peningkatan daya saing dan daya tahan
ekonomi. Bagi tujuan ini, strategi dan program pembangunan sumber manusia
perlu memberi tumpuan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti,
berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, mempunyai nilai-nilai positif dan mampu
menghadapi persaingan global.
• Sehubungan ini, sistem pendidikan dan latihan perlu diperkukuhkan supaya lebih
responsif kepada perkembangan dan keperluan ekonomi serta untuk mengelakkan
berlakunya mismatching diantara permintaan dan penawaran tenaga kerja.
Kesejahteraan Keluarga
• Keluarga yang stabil dan harmoni adalah penting untuk memastikan
kesejahteraan hidup. Pengukuhan institusi keluarga akan dapat
mengembalikan kekuatan dan ikatan dalam masyarakat.
• Dalam masyarakat semasa, perlu dipastikan bahawa keluarga di negara ini
sentiasa sejahtera dan usaha-usaha untuk mempertingkatkan nilai-nilai
murni dan nilai kekeluargaan perlu diberi keutamaan.
• Dianggarkan terdapat sejumlah 230,000 orang kurang upaya di Malaysia
namun hanya lebih kurang 123,000 sahaja Orang Kurang Upaya yang telah
berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sehubungan
itu, Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk memperjuangkan
nasib dan kesejahteraan serta kemajuan OKU di samping membuktikan
komitmen yang tinggi terhadap kebajikan OKU.
Kesukarelawan
• Aktiviti sukarelawan perlu diperkukuhkan lagi dalam masyarakat
memandangkan aktiviti ini berlandaskan ciri-ciri penyayang. Bagi melahirkan
masyarakat yang komited, kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak NGO
untuk memperkukuhkan lagi usaha-usaha sukarelawan dalam masyarakat.
• Pihak NGO juga perlu mempergiatkan usaha untuk pembangunan sosial.
NGO mesti memberi sokongan kepada pihak kerajaan dan sentiasauntuk
berganding-bahu memberi atau menyediakan perkhidmatan kepada
keluarga, kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya.
• Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor swasta dan sukarela
perlu untuk mewujudkan satu sinergi tenaga dan sumber dalam
masyarakat. Hal ini bertujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik
bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembanguan
sosial adalah tanggungjawab bersama.
• Sehubungan dengan itu, peranan daripada pihak korporat juga akan
dapat membantu dalam usaha negara menangani isu-isu sosial dan
memperkukuhkan usaha membangunkan masyarakat negara ini.
• Pendekatan-pendekatan seperti pendekatan smart partnership
dengan badan-badan korporat akan dapat mempercepatkan usaha
kerajaan untuk mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih
berkualiti dan sejahtera khususnya dikalangan mereka yang amat
memerlukan seperti Orang Kurang Upaya, Warga Tua dan golongan
termiskin.
Kesimpulan
• Dalam usaha memacu negara ke arah kesejahteraan, kita akan sentiasa
dicabar oleh pelbagai cabaran. Satu cabaran yang paling ketara ialah
untuk negara ini terus bergerak pantas mengejar pembangunan
ekonomi dan mencuba untuk mengimbanginya dengan dasar yang
memerlukan kita menjadi negara yang penuh dengan nilai-nilai murni
dan kemanusiaan.
• Pencapaian agenda pembangunan seimbang bergantung kepada
struktur yang mantap di semua peringkat bagi menyelaras
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program serta
aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh semua pihak, baik
kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti mahupun sektor swasta.
• Kerajaan perlu terus memberi penekanan kepada pembangunan sosial
sebagai satu agenda utama negara.