Contoh Soalan / Tips Semasa Admin Ditemuduga
1. Perkenalkan diri secara ringkas termasuk pengalaman kerja.
2. Pengetahuan am tentang isu setempat / semasa yang serta kaitan
dengan teknologi digunakan
3. Cabaran isu semasa (contoh: pandemik) dan bagaimana menguruskan
projek, bagaimana atasi kekangan
4. Apa teknologi digunakan di syarikat tempat bekerja
5. Adakah perkembangan penggunaan teknologi dalam syarikat mudah
dan senang untuk diperolehi
6. Ceritakan tentang Leadership/management di tempat anda bekerja
7. Ceritakan pengalaman yang terlibat samada manufacturing,
maintenance, testing, management
8. Apa yang anda tahu tentang Akta 768
9. Bagaimana untuk mengurus staf bawahan anda
10. Teknologi perhubungan terkini mobile (whatApps), bagaimana pastikan
kualiti kerja di tapak?
11. Menghadapi staf yang terlibat rasuah, huraikan.
12. Sumbangan anda kepada MBOT sekiranya mendapat Ts.
1. Kenapa nak apply Ts sedangkan u dah ada PhD?
2. Apa bezanya technologist dan engineer?
3. Apa itu technologist?
4. Ceritakan sikit pasal Akta
Some tips for the interview on what to know :
1. Read up on ACT 768
2. Familiarize yourself with OSHA acts in Malaysia
3. Understand the scope/difference between engineers and technologists
4. Read up on MBOTs Code of Ethics
5. Know the functions of MBOT
6. Know your JD/CV well (don't lie/cheat/bloat)
7. Know your motivation to be a P.Tech
8. Understand the concepts and issues with regards to Industry 4.0
9. Know key challenges, issues, hot topics about the discipline you are applying for.
Pastikan anda baca sedikit berkaitan Code of Ethic, Bidang yang dipohon, 768 Acts
dan yang berkaitan. Soalan yang diajukan mengikut pengalaman, bidang yang
dipohon dan kepakaran anda. Berikut adalah soalan yang diajukan secara kasar
sebagai panduan:
1. Pertama, Pengalaman Kerja berkaitan mengikut bidang yang dipohon untuk
melayakan title diberikan terutama bagi saya pengalaman banyak kepada bahagian
pengajaran kemahiran.
2. Kedua, dalam kes saya, panel industri berminat berkenaan dengan Research
saya semasa pengajian Master yang mana mereka meminta terangkan research
yang berkaitan power stability dan renewable energy.
3. Ketiga, soalan berkaitan perbezaan fungsi Professional Technologist (Ts.)
dalam Akta 768 MBOT dibandingkan dengan Professional Engineer(Ir)
4. Keempat, ditanya berkenaan bagaimana anda mengendalikan atau
communicate dengan management dari view of professional ethics jika sesuatu
projek mengalami kekurangan sumber, pekerja kompeten atau bajet terlebih.
5. Kelima, Panel bertanya berkenaan pengajaran iaitu method yang saya
gunakan dalam proses pengajaran.
6. Soalan Keenam, panel bertanya berkenaan Smart Factory dan IR4.0
7. Soalan terakhir, proses berkenaan penilaian pengalaman terdahulu (PPT)
bagi kursus SKM.
Pengenalan tentang Professional Technologist (PTech), Cara untuk Memohon
dan Contoh Soalan – Soalan Interview Professional Assessment PTEch.
1. Siapakah sebenarnya Professional Technologist (PTech)?
Professional Technologist (PTech) adalah individu yang diperakukan secara
professional oleh Malaysian Board of Technologies (MBOT) melalui
Technologist and Technicians Act 2015 memberikan khidmat teknologi
(technology services) kepada bidang-bidang tertentu.
Sama juga sepertimana seorang Professional Engineer (PEng atau gelarannya
Ir.) yang diperakukan oleh Board of Engineers Malaysia (BEM) untuk
memberikan khidmat Kejuruteraan dalam bidang-bidang tertentu yang
diperakukan.
Perakuan PTech atau Ts. secara relatifnya adalah baru diwujudkan iaitu pada
2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).
2. Mengapa perlu mendaftar sebagai Professional Technologist (PTech)?
Malaysia sedang memacu ke arah menjadi negara maju dan telah dikenalpasti
bahawa antara factor kejayaan cita-cita ini adalah mempunyai sumber
manusia / tenaga kerja yang mahir dalam bidang teknologi dan teknikal
(berkaitan dengan Certified Technician, CTech yang akan dihuraikan dalam
artikel yang lain pula). Adalah menjadi keperluan untuk memastikan tenaga
kerja dalam bidang industri teknologi yang terkini sebagai contoh
manufacturing, automation, internet-of-things, cyberphysical dan lain-lain,
mempunyai perakuan dan pengiktirafan demi memastikan kualiti yang
berterusan [1]
Melihat contoh kepada PEng dalam bidang perkhidmatan Kejuruteraan, pada
masa akan datang, kemungkinan besar hanya tenaga kerja berkaitan bidang
teknologi yang diperakukan (iaitu PTech) akan diberikan keutamaan dalam
sektor industry negara. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan diri mulai
daripada sekarang untuk kekal relevan dalam industry di Malaysia untuk
masa akan datang.
3. Bagaimanakah langkah-langkah untuk mendaftar sebagai PTech dan
berapakah yurannya?
3.1. Mendaftar sebagai Graduate Technologist sejurus selepas memperolehi
ijazah sarjana muda dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi. Perincian
yuran adalah seperti berikut; Yuran Pemprosesan (RM40) + Yuran
Pendaftaran (RM10) = RM50. Selepas lulus, anda akan menerima sijil
perakuan pendaftaran sebagai Graduate Technologist.
3.2. Sebagai Graduate Technologist, selepas cukup syarat pengalaman kerja
selama 3 tahun dalam bidang yang berkaitan, anda boleh memohon untuk
menduduki Professional Assessment. Buat masa sekarang, Professional
Assessment untuk menilai kelayakan dan pengalaman kerja ini adalah hanya
dalam bentuk interview. MBOT belum lagi mensyaratkan calon untuk
menduduki peperiksaan bertulis ataupun menghantar laporan pengalaman
dan teknikal (sepertimana BEM kuatkuasakan untuk PEng.). Yuran untuk
menduduki Professional Assessment adalah sebanyak RM600.
3.3. Setelah lulus daripada Professional Assessment (Interview), keputusan
perlu diperakukan oleh MBOT dan setelah mendapat perakuan daripada
MBOT, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebagai PTech. Yuran
Pemprosesan (RM50) + Yuran Pendaftaran PTech (RM300). Setelah bayaran
diterima, MBOT akan mengeluarkan sijil perakuan pendaftaran sebagai
PTech, maka bermula tarikh ini, anda sah diperakukan sebagai Professional
Technologist dan boleh mula memakai gelaran Ts. pada pangkal nama. Untuk
tujuan renewal pada setiap tahun, yuran yang perlu dibayar adalah sebanyak
RM200 / setiap tahun.
3.4. Jumlah yuran yang perlu dibayar daripada awal proses sehinggalah
bergelar PTech (tidak termasuk yuran renewal) adalah sebanyak RM1,000.
4. Berikut adalah beberapa tajuk yang telah saya baca berkaitan PTech,
sebagai persediaan menghadapi Professional Assessment.
4.1. Bagi calon bidang kejuruteraan: Apakah beza Engineering dan
Engineering Technology? [2]
Engineering menggunakan knowledge dalam mathematics dan natural
sciences to develop ways for the benefit of mankind. Meliputi conception,
design, development dan formulation. Lebih fundamental.
Engineering Technology (EngTech) pula adalah berasaskan kepada kemahiran
Problem Solving, Laboratories dan Technical Skills. EngTech adalah
berbentuk application oriented dalam industri, seperti contoh; manufacturing,
field services, technical sales dan lain-lain, kurang theoretical dan
mathematical oriented. EngTech akan banyak terlibat dalam product
development dan manufacturing. EngTech juga mengaplikasikan engineering
and scientific knowledge combined with technical skills untuk memberi
sokongan kepada engineering activities.
4.2. Apakah akta dan peraturan yang berkaitan dengan Professional
Technologist?
Akta yang berkaitan dengan PTech ialah Technologist and Technicians Act
2015 [3], sebuah akta yang dikuatkuasakan pada tahun 2015 yang
menjelaskan tentang peranan MBOT (fungsi, bidang kuasa, keahlian dan lain-
lain), tentang pendaftaran PTech dan juga Certified Technicians (CTech),
kelayakan / entitlement PTech dan CTech, dan lain-lain perihal perakuan
pendaftaran.
Peraturan yang berkaitan dengan PTech ialah Technologists and Technicians
(Fees) Regulations 2017, yang mengandungi peraturan pembayaran yuran / fi
untuk pendaftaran berkaitan PTech dan CTech.
4.3. Apakah Code of Ethics untuk seorang PTech atau CTech?
MBOT telah mengeluarkan sebuah dokumen yang bertajuk “MBOT Code of
Ethics for Technologists and Technicians”[4] yang menerangkan tentang
Code of Ethics bagi seorang PTech / CTech. Sekiranya didapati ada PTech /
CTech yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Code of Ethics ini, mereka boleh
dikenakan tindakan berdasarkan kepada Section 27(1) dalam Technologists
and Technicians Act 2015.
Secara ringkasnya, ada 6 Code of Ethics yang digariskan iaitu;
Professionalism, Integrity, Competence, Diligence, Benevolence, Strive to
Perform.
4.4. Terangkan tentang pengalaman anda menggunakan teknologi dalam
kerjaya anda selama ini.
Untuk menjawab soalan ini, calon perlu lah menceritakan dengan terperinci
apa jenis teknologi yang digunakan, apakah aplikasi teknologi yang
digunakan, dan apakah manfaat daripada mengaplikasikan teknologi tersebut
(penjimatan masa, kos dan lain-lain). Calon juga boleh berkongsi apakah
masalah yang dihadapi semasa menggunakan teknologi tersebut, dan
bagaimanakah calon menyelesaikannya dalam kerangka kemahiran seorang
yang mahir menggunakan teknologi tersebut.
Semasa interview saya, saya telah berikan 3 contoh yang berkaitan dengan
kerjaya saya iaitu penggunaan Wind Tunnel untuk aerodynamics
measurements, menggunakan mesin 3D Printer untuk menghasilkan nozzle
bagi sebuah projek consultation dengan industri, dan terakhir menggunakan
3D Printer juga untuk menghasilkan faceshield untuk membantu frontliner
semasa COVID19.
4.5. Kenapa anda berminat untuk mendaftar sebagai PTech?
Sebagai seorang pensyarah, berikut adalah jawapan yang saya sediakan.
Tugas sebagai seorang pensyarah tidak dapat lari daripada menggunakan
teknologi dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak tugas pensyarah
seperti mengajar, membuat penyelidikan, menulis journal, membuat projek
consultation dan lain-lain. Jadi dengan mengaplikasikan teknologi yang sedia
ada, segala kerja dan tugasan dapat dibuat dengan sempurna dan berkesan,
pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Oleh
sebab itu, sebagai seorang pengguna teknologi secara berleluasa,
pengiktirafan sebagai PTech adalah sangat bermakna.
Antara tugas seorang pensyarah juga ialah menyediakan dan equipping the
future workforce of the nation (para mahasiswa) untuk menjadi
technologically aware dan juga berminat dengan teknologi. Prospek
pekerjaan masa depan adalah sangat dynamic dan pada masa hadapan,
pelbagai teknologi akan diperkenalkan bagi menggantikan peranan manusia.
Jadi mereka perlu menyediakan diri bermula daripada university lagi supaya
dapat menyumbang kepada masa depan negara. Maka, amat pentinglah
pensyarah itu sendiri menjadi PTech, supaya dapat memahami dengan
mendalam tentang keperluan teknologi masa depan, sebelum diterapkan
kepada para mahasiswa.
5. Pengalaman Interview Professional Assessment PTech
Interview Professional Assessment PTech saya berlangsung pada bulan Mei
2020, dan berlangsung selama 25 minit menerusi Skype (online). Ada 2 orang
panel interview, seorang pensyarah universiti, dan seorang lagi ialah panel
daripada industry. Kedua-dua mereka adalah daripada bidang teknologi yang
sama dengan saya dan kedua-dua mereka juga adalah PTech. Medium untuk
interview adalah dalam Bahasa Inggeris (English).
Antara soalan yang ditanya:
⁉️1. Tell me about yourself - Cerita tentang latar belakang Pendidikan dan
latar belakang karier.
⁉️2. Why would you like to register as a PTech? - saya jawab seperti point
4.5 di atas.
⁉️3. Explain the Act & Regulation related to PTech – saya jawab seperti point
4.2 di atas
⁉️4. As a lecturer, tell me about your experience involved in projects with the
industry – saya jawab seperti point 4.4.
⁉️5. Explain about a product development that you personally experienced
from Day 1 until commercialization – spontan bagi jawapan salah satu projek
dalam lab sekarang
⁉️6. What is the total CPD hours for a PTech to maintain every year? – 30
hours per year.
⁉️7. Let say, for a product you developed, how would you design the
maintenance scheduling or servicing of the product
⁉️8. How can you see yourself collaborating with industries in your current
carrier?
⁉️9. How many publications that you have so far and how many as first
author?
⁉️10. How many research grants that you currently have and what is the total
amount?
Diharapkan dengan perkongsian ini akan memberi sedikit sebanyak
kefahaman kepada orang ramai tentang peranan dan kepentingan PTech dan
seterusnya memberi galakkan kepada lebih ramai untuk memohon.
Sekian, terima kasih.
Ir. Ts. Dr. Mohd Rashdan Saad
Professional Engineer (PEng)
Professional Technologist (PTech)
www.rashdansaad.com
📚Rujukan:
[1] https://www.mbot.org.my/about-us/mbot/
[2] https://century.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/220/~/the-difference-
[3] https://www.mbot.org.my/act-regulation/act-regulation/
[4] https://www.mbot.org.my/act-regulation/code-of-ethic/
Nota Tambahan: Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada 2
orang sahabat saya yang banyak membantu saya untuk persediaan interview
PTech haritu iaitu Ir. Ts. Kamal Haziq dan Ts. Dr. Azani Yahya