Att 1

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 6

MANUAL

PENGGUNA
PENGHASILAN KOMPOS
DARIPADA
SISA PEPEJAL KANTIN
DAN
SISA TUMBUHAN
MANUAL PENGGGUNA

Pembuatan Kompos

APA DIA KOMPOS?

Kompos ialah sejenis baja organik yang diperbuat daripada bahan-bahan organik seperti sisa-sisa
buangan tanaman dan sisa kandang ternakan melalui proses pereputan dan penguraian oleh
mikroorganisma.Pereputan ini menguraikan zat-zat nutrien yang terdapat dalam bahan organik
kepada bentuk yang ringkas dan mudah diserap oleh tumbuh-tumbuhan seperti enzim,asid amino
dan lain lain.

2.KEBAIKAN KOMPOS

i)Sebagai Pemulih Tanah

Baja kompos membaiki struktur tanah, mengekalkan kelembapan tanah,mengurangkan larut resap
nutrien,membaiki pengudaraan dan membaiki pengerakan air.

ii)Sebagai Penyubur Tanah

Kompos mengandungi nutrien yang lengkap.Nutrien ini dikeluarkan secara perlahan dan diserap
oleh akar tumbuhan.Kompos juga mempunyai keupayaan yang tinggi menambah keupayaan tanah
memegang baja.

3.FAKTOR PENTING DALAM MEMBUAT KOMPOS

i)Nisbah C:N

Bahan asas kompos mempunyai nisbah C:N (karbon-nitrogen) yang tinggi, melebihi 30 dan boleh
mencapai 500.Proses pereputan bahan kompos dibantu oleh mikroorganisma.Secara
purata,mikroorganisma menggunakan 30 bahagian C dan satu bahagian N. Oleh sebab,nisbah C-N
dalam lingkungan 30:1 dalam media kompos memberikan imbangan zat makanan yang sempurna
untuk kecekapan aktiviti mikrooraganisma. Bahan yang mempunyai kandungan Karbon yang tinggi
termasuklah sisa lalang, daun-daun kering, habuk kayu dan kotak telur manakala kandungan
Nitrogen yang tinggi terdapat dalam kulit buah-buahan, sisa sayur, serbuk kopi dan rumput.

ii)Suhu

Semasa proses penguraian bahan organik oleh mikroorganisma, suhu akan meningkat dan boleh
mencapai 60°C. Suhu tinggi ini menunjukkan proses pereputan dan pembentukan kompos berlaku

iii)Kandungan Kelembapan

Aktiviti mikroorganisma bergantung pada kelembapan. Tanpa kelembapan sebarang aktivitian


terhenti. Kandungan kelembapan sebanyak 50%-60% adalah memadai.Pada takat ini, bahan kompos
nampak lembap tetapi tidak terlalu basah dan air tidak mudah meleleh apabila diperahkan dengan
tangan.
iv)Oksigen

Mikroorganisma memerlukan oksigen untuk pertumbuhan dan aktif. Apabila proses pereputan
terhenti(suhu menurun) kita perlu membalik-balikkan timbunan untuk menambah pengudaraan.

v)Inokulum dan pH

Mikroorganisma yang terlibat dalam pembuatan kompos ialah bakteria,kulat dan


actinomycetes.Proses penguraian organik menyebabkan keasidan kompos.Penggunaan kapur pada
peringkat pembinaan longgokan adalah digalakkan.

4)CARA MEMBUAT KOMPOS

PANDUAN PEMBUATAN KOMPOS MUDAH SMK RJ (OUTDOOR COMPOST)


1.SISA RUMPUT/DAUN/BUNGA
2.AIR 5 LITER( 2 BOTOL)
3 BUAH-BUAH YANG GUGUR SEPERTI BELIMBING/NANGKA/RAMBUTAN
4.KULIT TELUR
5.TAPAK PENGKOMPOSAN
6.THERMOMETER
7.TIKAR PLASTIK/PLASTIK
8.KAYU PANCANG SEBATANG
9.PENCAKAR
10.PENYODOK

i)Bahan-bahan

Sisa-sisa tanaman yang mengandungi bahan karbon yang tinggi dan mudah reput sesuai dijadikan
sebagai bahan kompos.Antara bahan-bahan yang mudah diperoleh ialah jerami padi,batang
jagung,sisa sayur-sayuran dan buah-buahan,batang tembakau dan sisa kapur.Selain itu najis-najis
haiwan seperti tahi ayam,tahi lembu,tahi kerbau,ikan baja dan sisa pasar juga digunakan.Bahan-
bahan ini penting sebagai bahan tanam,bahan dalam timbunan kompos kerana nisbah C-N yang
rendah dan terdapat banyak mikrob di dalamnya.
Bahan-bahan kimia seperti baja urea untuk membaiki nisbah C-N dalam timbunan.Baja CIRP untuk
memberi tenaga permulaan dan mengaktifkan mikroorganisma.Baja kapur untuk menstabilkan
kemasaman timbunan semasa proses penguraian bahan kompos.

Tanah atas berorganik boleh juga ditambah sebagai sumber mikroorganisma.

ii)Peralatan

Alat-alat yang diperlukan adalah seperti cangkul, skop,pencakar,penyiram dan kayu pancang dan
tikar plastik. Alat-alat ini diperlukan untuk penyediaan tapak menimbun, menyiram, merombak,
mengalih dan menentukan kelembapan dan suhu.

iii)Pemilihan kawasan:

Tapak untuk pembuatan kompos sebaiknya hendaklah rata,tidak mudah bertakung dan bukan laluan
air.Sekiranya perlu di sekeliling tapak dibuat parit kecil untuk menyalir air yang berlebihan.

Sekiranya ada kawasan berbumbung dan bersimen adalah lebih baik.

iv)Cara membuat

Letakkan bahan kompos selapis demi selapis hingga mencapai ketinggian 1.5m iaitu 5 lapisan.Setiap
lapisan adalah 0.3 m tinggi.Turutan bagi setiap lapisan ialah lapisan rumput/lalang/batang
jagung/jerami padi yang telah dipadatkan(lebih kurang 1kg).Di atasnya ditabur tanah hitam
sebanyak 150g(1 kampit).Kemudian timbunan ini disiram dengan air sebanyak 1 liter.Ulang dengan
cara yang sama untuk lapisan kedua.

Selepas siap 4 lapisan,bahagian atasnya ditutup dengan batang lapisan rumput/lalang/batang


jagung/jerami padi iaitu sebagai lapisan kelima dan disiram.

Pacak pancang kayu ditengah timbunan.Tujuan pancang ini adalah untuk menentukan samada
penguraian timbunan berlaku atau tidak.Proses penguraian akan menghasilkan haba dan ini dapat
diketahui apabila pancang kayu terasa panas.Sekiranya pancang ini kering siraman perlu dibuat.

Sekiranya pancang kayu ini tidak terasa panas lagi,ini menunjukkan proses penguraian telah berhenti
atau perlahan.Balik-balikkan timbunan ini supaya timbunan mendapat pengudaraan
semula.Biasanya kerja-kerja membalik-balikkan timbunan dilakukan setiap 3-4 minggu sekali
sehingga semua batang jagung/jerami menjadi reput.Masa yang diambil untuk reput keseluruhan
ialah antara 2.5 hingga 3 bulan.

Selepas 60% reput,adalah digalakkan timbunan kompos ini ditutup dengan tikar plastik atau
dipindahkan ke kawasan berbumbung untuk mengelak daripada ditimpa hujan dan melarutlesapkan
nutrien yang telah terurai.

Kompos yang telah matang kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia untuk
digunakan atau diproses supaya kelihatan lebih menarik.
5.INDEKS KEMATANGAN KOMPOS

Proses penguraian bahan-bahan organik akan menghasilkan kompos.Kompos yang matang berwarna
kehitam-hitaman coklat dan ringan,tidak berbau busuk,mudah hancur,bebas daripada biji benih
rumpai dan organisma perosak tanaman dan mudah digunakan.

Dari segi kimia, dalam kompos terdapat kira-kira 3% asid humik dan 5% asid fulvik.Kehadiran asid
organic(humik dan fulvik)sangat penting dalam sistem tumbuhan. Asid organik ini mempermudah
pergerakan nutrien melalui sel tumbuhan dan bertindak sebagai “pembawa” nutrien yang tak mobil
melalui sel sel tumbuhan.

6.KEGUNAAN KOMPOS

Penggunaan baja kompos secara berterusan dapat menghasilkan sifat-sifat kimia,fizikal dan
biological tanah disamping membekal nutrien tumbuhan.Perusahaan pertanian yang intensif dan
berterusan dengan penggunaan baja kimia menyebabkan kandungan bahan organik dalam tanah
berkurangan, tanah Malaysia,kehilangan karbon organik adalah tinggi(4.5 tan hektar setiap
tahun).Baja kompos sesuai digunakan seperti berikut:

i)Tanah campuran

Kompos boleh digunakan sebagai bahan organik dalam penyediaan tanah campuran.Kadar
campuran 4 bahagian tanah,2 bahagian kompos dan 2 bahagian pasir adalah bersesuaian untuk
membaiki struktur,meningkat KPK dan keupayaan pegangan air yang baik.

ii)Lapisan penggalak pertumbuhan dalam pasu dan polibeg

Isikan pasu atau polibeg dengan tanah campuran separuh penuh,kemudian tambahkan satu lapisan
baja kompos setebal 2-4cm dan seterusnya penuhkan pasu atau polibeg dengan tanah campuran.

iii)Baja asas

Untuk tanaman sayuran di tanah mineral,gunakan 250g kompos sebagai baja asas ditabur di atas
batas dan dibalik-balikkan tanah 1-2 minggu sebelum menabur benih.

Bagi tanaman seperti cili,tembikai dan tembakau, kompos boleh diletakkan di dalam lubang
tanaman semasa menanam dengan kadar 250g sepokok.

7)PENUTUP

Kebaikan baja kompos adalah sebagai pemulih dan penyubur tanah di samping dapat membekalkan
nutrient yang lengkap dan berterusan.Kompos tidak mengandungi biji benih rumpai dan pathogen
perosak tanaman.Kepada pencinta alam sekitar dan pengamal pertanian organic,kompos memjadi
pilihan utama sebagai sumber baja.Hasil tanaman adalah lebih bermutu dan bebas dari pencemaran.
BAJA BOKASHI (KOMPOS NAJIS HAIWAN)
EHSAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN SENDAYAN
Bahan:

1.Tinja haiwan 100kg

2.Sekam padi bakar 20kg

3.Tanah atas/ top soil 50kg

4.Dedak beras 20kg

5.BIM4 200ml

6.Molasus 200ml

7.Air bancuhan BIM 20liter

8.Air tanpa klorin(sebagai tambahan sekiranya bancuhan BIM4 dan molasus tidak mencukupi untuk
mendapatkan kelembapan 65%)

Peralatan:

1.Tong penyiram

2.Tong Air

3.Penyukat

4.Skop

5.Canvas/guni 10’X10’

CARA PEMBUATAN:

1.Bancuh BIM4 dan molasus dalam tong berisi air pada kadar(10ml:10ml:1000ml)

2.Gaul tinja,sekam,tanah atas dan dedak hingga sebati.Semasa menggaul lakukan penyiraman
bancuhan BIM4 dan molasus secara berperingkat sehingga kelembapan sekitar 65%

3.Sekiranya kelembapan tidak mencukupi,gunakan air tambahan sehingga mendapat kelembapan


yang dikehendaki.

4.Bina longgokkan dengan ketinggian berukuran 1’tinggi

5.Tutupi longgokan bokashi dengan canvas/guni

6.Periksa suhu dengan merasa haba pada longgokan.Biasanya suhu akan meningkat pada hari ke 2

7.Buka penutup pada hari ke-7 dan rombak longgokan dengan membalik-balikkan campuran
tersebut dan bina longgokan baru.

8.Bokashi boleh digunakan selepas 2 minggu diperam apabila suhu telah menurun.

Anda mungkin juga menyukai