Aplikasi Modul Tazkiyyah Al-Nafs Dalam Pembangunan Rohani Di Kalangan Pelajar Di Universiti Malaysia Pahang

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 8

INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES TECHNOLOGY AND CIVILIZATION (IJHTC)

ISSN: 2289-7216 e-ISSN: 2600-8815


VOL. 5, ISSUE 1, JUNE 2020, 72 – 79
DOI: https://doi.org/10.15282/ijhtc.v5i1.4821

ORIGINAL ARTICLE

APLIKASI MODUL TAZKIYYAH AL-NAFS DALAM PEMBANGUNAN ROHANI DI


KALANGAN PELAJAR DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
(The Application of the Module of Tazkiyyah al-Nafs in the Spiritual Development
Among Students of Universiti Malaysia Pahang)
Mohd. Suhardi Mat Jusoh*, Hadijah Ahmad and Anita Abdul Rani
Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang, Malaysia

ARTICLE HISTORY
ABSTRACT – The study on the usability Exercise Module of Tazkiyah Al-Nafs (MLTN) is a Received: 12 April 2020
preliminary study to assess the application of spiritual development among students in Universiti Revised: 27 April 2020
Malaysia Pahang (UMP). The objective of the study is to identify the level of acceptance of this Accepted: 9 June 2020
module among the participants, analyze the effectiveness of this module application and to assess
the impact on the application of Exercise Module of Tazkiyah Al-Nafs in the aspect of improvisation. KEYWORDS
This exploratory study gathers the spiritual program exercise reflection and face to face interview Tazkiyah al-nafs
with 15 participants who had to participate in the exercise program consistently. Inductive analysis Exercise Module
has been conducted to answer the study aims such as what, why, and how as aligned with the Guide (Mursyid)
qualitative nature. The overall findings indicate this module is accepted among the participants with Spiritual Development
two-element of effectiveness which is the consistency of the practice on Tazkiyah al-Nafs and the
involvement of the teacher as guides in the spiritual exercise. This study recommends the
consistency of the implementation of spiritual exercise programs to assess the impact on the
module for further improvisation. In a nutshell, this module is desirable for the application on the
spiritual development of students because the Islamic practice can uplift the value of quality
spiritual among participants.

ABSTRAK – Kajian kebolehgunaan Modul Latihan Tazkiyah al-Nafs (MLTN) merupakan satu
kajian rintis untuk menilai sejauhmana modul ini dapat diaplikasi dalam program pembangunan
spiritual pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sehubungan itu, objektif utama kajian ini
adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan modul ini dalam kalangan peserta, menganalisis
elemen keberkesanan aplikasi modul serta menilai impak pelaksanaan program latihan Tazkiyah
al-Nafs dalam aspek penambahbaikan modul. Kajian ini berbentuk penerokaan (exploratory
research) iaitu data-data kajian telah diperolehi melalui laporan refleksi program latihan spiritual
serta kajia temubual secara bersemuka dengan 15 orang peserta yang mengikuti modul latihan ini
secara konsisten. Data-data kualitatif yang diperolehi telah dianalisis secara induktif bagi
menjawab soalan-soalan kajian apakah, bagaimanakah dan sejauhmanakah dalam konteks kajian
kualitatif. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan modul ini dapat diterima dalam
kalangan peserta dan dua elemen utama keberkesanan modul yang dikenal pasti adalah
konsistensi amalan tazkiyah al-nafs dalam kalangan peserta serta penglibatan guru sebagai
mursyid dalam latihan spiritual. Dalam aspek penambahbaikan modul, kajian ini menyarankan agar
program latihan spiritual dapat dilaksanakan secara berterusan bagi menilai impak pelaksanaan
modul latihan ini. Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa modul ini amat sesuai untuk
diaplikasikan dalam program pembangunan spiritual pelajar masa kini kerana setiap amalan
keislaman yang dipraktikan telah dapat mempertingkatkan nilai kualiti spiritual setiap diri peserta.

PENGENALAN
Ketamadunan masyarakat yang baik adalah bermula dari pembangunan kemanusiaan dalam aspek luaran dan dalaman
secara seimbang. Aspek luaran adalah berkaitan dengan pembangunan fizikal, sementara aspek dalaman adalah
berhubung dengan spiritual. Dalam konteks pembangunan diri dan jiwa, aspek dalaman iaitu spiritual lebih ditekankan
kerana ianya berhubung secara langsung dengan persoalan dan perubahan hati (Faizatul Najihah et.al. 2015). Daripada
perubahan hati, ianya menyentuh pula hal pemikiran dan emosi sehinggalah kepada perubahan tingkah laku sama ada
positif atau negatif. Berikutan itu, amalan tazkiyah al-nafs seperti yang dikehendaki oleh agama merupakan suatu metod
transformasi hati ke arah yang lebih baik, daripada sifat hati yang kotor kepada sifat hati yang baik dan murni. Dalam
memenuhi tujuan ini, salah satu mekanisme tazkiyah al-nafs yang dapat dilaksanakan adalah dengan melaksanakan ke
semua taklif suruhan agama atau amalan salih secara konsisten serta menepati antara keperluan lahir dan batin (Zakaria

*CORRESPONDING AUTHOR | Mohd. Suhardi Mat Jusoh |  [email protected] 72


© The Authors 2020. Published by Penerbit UMP. This is an open access article under the CC BY license.
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

Stapa, 2001). Konsistensi pula diperlukan sebagai salah satu elemen yang dapat mengukur keberhasilan proses tazkiyah
al-nafs kerana faktor kecelaan tingkah laku seseorang adalah berpunca dari hati yang tidak konsisten dalam melawan
pengaruh hawa nafsu dan syaitan sehingga mengakibatkan hatinya dikuasai oleh nafs al- ammarah (Norfadilah et.al.
2014). Untuk konsisten pula, seseorang disarankan supaya dapat mengadakan latihan spiritual (dawrah ruhiyyah) dalam
suatu tempoh masa tertentu agar kualiti spiritualnya dapat ditingkatkan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Sekiranya hal
ini dapat dilakukan, semestinya makna tauhid dan keimanan dalam hati seseorang menjadi semakin kukuh dan dengan
itu, dia akan dianugerahi kejernihan fikiran dan emosi (Sa’id Hawwa, 1997).
Melihat kepada pentingnya pelaksanaan latihan spiritual dalam konteks pembangunan diri seseorang, maka satu
bentuk model latihan spiritual yang holistik perlu dibangunkan agar ia dapat diaplikasi dalam program latihan
pembangunan spiritual masa kini dan sebagai impaknya, tahap pencapaian spiritual seseorang dapat dinilai berdasarkan
pelaksanaan program tersebut. Di atas tujuan ini, maka kajian ini telah membangunkan modul latihan tazkiyah al-nafs
berasaskan dimensi amalan musyaratah, muraqabah, mujahadah, muhasabah dan mu’aqabah sebagai salah satu
mekanisme tazkiyah al-nafs menurut displin ilmu tasawwuf (Sa’d Hawwa, 1995). Kelima - lima dimensi amalan ini dapat
mengukur tahap pencapaian diri dalam aspek konsistensi setiap amalan tazkiyah al-nafs berdasarkan satu skala yang telah
ditetapkan (Mohd.Suhardi, 2018). Dengan ini, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang satu idea yang sangat
bermakna dalam aspek penilaian pembangunan latihan kerohanian masa kini. Sebagai kajian rintis, objektif utama kajian
dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penerimaan modul ini dalam kalangan peserta program
pembangunan latihan spiritual dan seterusnya, menilai elemen keberkesanan aplikasi modul serta impak pelaksanaan
program latihan pembangunan spiritual dalam kerangka penambahbaikan modul ini agar ia dapat memenuhi keperluan
latihan pembangunan spiritual masa kini seperti yang dihasratkan dalam kajian – kajian lepas.
Tinjauan Literatur
Aspek keagamaan memainkan peranan yang cukup besar dalam pembangunan spiritual kerana ia dapat membentuk
tingkah laku, tindakan dan keputusan seseorang. Perkara ini bertepatan dengan sifat agama yang menjadi salah satu
keperluan spiritual yang sentiasa mendampakan kebahagian dan ketenangan jiwa (Zidni Nuran et.al. 2017). Sehubungan
itu, pembangunan spiritual yang berteraskan agama meletakkan suatu garis sempadan yang jelas dalam menentukan
tindakan dan perilaku luaran seseorang antara perkara yang betul dan salah. Secara tidak langsung juga, spiritual yang
bersih akan menghantar mesej yang positif iaitu rasa dan ilham ke arah mencintai kebenaran dan menolak kejahatan
(Sharon Lee, 2009). Sehubungan itu, terdapatnya kajian–kajian lepas dan terkini yang mengakui bahawa penglibatan
agama adalah saling diperlukan dalam meningkatkan kesihatan mental dan spiritual terutamanya dalam mengurangkan
gejala-gejala negatif seperti depression, substance abuse dan suicide. (Raphael M. Bonelli et. al. 2013). Begitu juga,
elemen–elemen keagamaan sangat diperlukan dalam mencegah perilaku seseorang individu yang bersifat delinquency
(Finney, et.al, 1985). Dalam aspek pekerjaan, elemen spiritualiti didapati berupaya mencegah perilaku penyelewengan
dan negatif dalam sesebuah organisasi (Aminah Ahmad et.al. 2014). Dengan itu, elemen spiritual yang berteraskan agama
merupakan unsur dalaman yang mampu mempengaruhi seseorang individu yang bermasalah kerana ia mampu mencipta
makna dan kepercayaan dalam diri manusia (Khairul Hamimah et.al. 2014).
Melalui sorotan beberapa dapatan kajian di atas, dapat dibuktikan dengan jelas tentang keperluan agama dan spiritual
dalam mempertingkatkan nilai kualiti spiritual seseorang individu. Walaubagaimana pun, didapati tidak terdapat banyak
data emperikal yang dapat menjelaskan secara holistik mekanisme latihan spiritual berasaskan agama dalam kerangka
pembangunan kualiti spiritual seseorang individu. Ini kerana proses pembangunan spiritual berasaskan agama merupakan
suatu latihan untuk melaksanakan tuntutan agama yang selari dengan tuntutan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan
meletakkan aspek spiritual agar sentiasa berhubung secara positif dengan pencipta-Nya dan sesama manusia (Nur
Khamim, 2016). Selain itu, nilai taqwa merupakan elemen terpenting dalam latihan spiritual seseorang berasaskan agama
(Majhabeen Ahmad, 2016). Namun begitu, bagi sesetengah sarjana Barat, spiritual dan keagamaan adalah sesuatu yang
tidak sama, akan tetapi kedua- dua perkara tersebut sangat berkaitan (Che Zarinna, 2017). Justeru, kajian ini merupakan
suatu kajian rintis untuk melihat sejauhmana model latihan pembangunan spiritual Islam yang dibangunkan dapat
mengukur serta menilai pencapaian diri dalam aspek pendidikan kerohanian atau spiritual.
Model Latihan Tazkiyah al-Nafs
Dalam bidang kesufian Islam, pendidikan spiritual dikenali sebagai tazkiyah al-nafs dan ia merujuk kepada empat
pembangunan elemen utama kerohanian manusia iaitu al-ruh, al-qalb, al-‘aql dan al-nafs (Faizatul Najihah et.al. 2015).
Ini bermakna proses pembangunan spiritual melalui pendekatan tazkiyah al-nafs merupakan suatu bentuk latihan spiritual
yang berterusan ke arah pembersihan jiwa dari sifat – sifat yang tercela melalui satu mekanisme khusus sehingga al-nafs
tersebut dapat disembuhkan daripada pelbagai penyakit spiritual dalam usaha menerbitkan perilaku yang positif (Zakaria
Stapa, 2001). Secara jelas, keperluan mengadakan latihan spiritual (dawrah ruhiyyah) adalah berdasarkan hadis Nabi
S.A.W. yang berikut;

“ Barangsiapa yang melakukan solat di masjid secara berjemaah selama 40 hari dan dia tidak pernah ketinggalan satu
rakaah pun dari solat Isya’, maka Allah pasti akan membebaskannya dari api neraka.”
(Riwayat Ibn Majah)
Hadis Nabi S.A.W. di atas secara jelas menunjukkan tentang perlunya seseorang mengikuti latihan spiritual (dawrah
ruhiyyah) dalam suatu jangka masa tertentu bagi mempertingkatkan nilai kualiti spiritualnya (Sa’id Hawwa, 1997).
Sehubungan itu, di antara mekanisme latihan spiritual yang dapat dilaksanakan adalah dengan melaksanakan secara

73 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

bersungguh-sungguh setiap amalan keislaman melalui dimensi amalan musyaratah, muraqabah, mujahadah, muhasabah
dan mu’aqabah seperti yang diperkenalkan dalam disiplin ilmu tasawwuf (Sa’id Hawwa,1995). Kelima-lima dimensi
tahap amalan ini ditunjukkan seperti dalam rajah yang berikut;

Rajah 1. Model Latihan Tazkiyah al-Nafs


Berdasarkan model latihan tazkiyah al-nafs di atas, tahap musyaratah mengkehendaki agar seseorang menetapkan
syarat- syarat tertentu agar dirinya melakukan amalan- amalan yang membawa kepada penyucian jiwanya (Sa’id
Hawwa,1995). Dalam konteks ini, senarai amalan tazkiyah al-nafs dapat disenaraikan seperti yang berikut;
Jadual 1. Senarai amalan tazkiyah al-nafs di tahap Musyaratah

Secara khusus, amalan tazkiyah al-nafs di tahap ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu amalan fardu (1-5),
amalan sunat mu’akkad (6 – 10) dan amalan sunat (11-20). Dalam konteks penilaian latihan tazkiyah al-nafs, setiap
amalan keislaman ini ditandai dengan markah tertentu dan markah keseluruhan amalan tazkiyah al-nafs di tahap ini adalah
100 markah. Markah yang diperoleh di tahap ini akan dijadikan ukuran penilaian diri di tahap muraqabah, mujahadah,
muhasabah dan mu’aqabah.
Selepas musyaratah, tahap yang berikutnya adalah muraqabah iaitu suatu keadaan yang menuntut agar seseorang
melaksanakan setiap amalan ketaatan dengan penuh ikhlas, menyempurnakannya, menjaga adab serta memeliharanya
dari pelbagai kecacatan kerana dia meyakini bahawa dirinya sedang diawasi oleh Allah S.W.T. , yang menjaga dirinya di
setiap masa dan tempat (Sa’id Hawwa,1995). Dalam aspek pencapaian diri, tahap penilaian muraqabah dinilai
berdasarkan markah keseluruhan amalan keislaman di tahap musyaratah seperti ditunjuk dalam jadual yang berikut;

74 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

Jadual 2. Skala penilaian amalan tazkiyah al-nafs di tahap Muraqabah

Setelah muraqabah, tahap yang berikutnya adalah mujahadah iaitu suatu keadaan yang menuntut agar seseorang
benar-benar dapat memperbaiki prestasi ibadat dalam usaha memantapkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan
melaksanakan segala bentuk kewajipan yang telah ditentukan ke atas dirinya (Sa’id Hawwa, 1997). Dalam menilai
pencapaian diri di tahap ini, satu skala penilaian telah dibina seperti ditunjukkan dalam jadual yang berikut;
Jadual 3. Skala penilaian amalan tazkiyah al-nafs di tahap Mujahadah

Tahap yang berikutnya adalah muhasabah iaitu suatu keadaan seseorang perlu melihat dan menilai hasil usahanya
sendiri dalam bentuk modal, untung dan rugi.. Modal yang dimaksudkan adalah perkara-perkara fardu yang telah
dipertanggungjawabkan dan perlu disempurnakan, keuntungan pula ialah perkara sunat yang dikerjakannya, manakala
kerugian adalah dosa dan maksiat yang telah dilakukannya (Sa’id Hawwa,1995). Berdasarkan amalan muhasabah ini,
satu skala penilaian telah dibina bagi mengukur tahap konsistensi diri secara mingguan dan bulanan berdasarkan nilai
purata min bagi markah keseluruhan amalan tazkiyah al-nafs di tahap musyaratah seperti ditunjukkan dalam jadual yang
berikut;
Jadual 4. Skala penilaian amalan tazkiyah al-nafs di tahap Muhasabah

Tahap yang terakhir adalah mu’aqabah iaitu suatu keadaan seseorang perlu menghukum dirinya sendiri di atas
kelalaiannya kerana jiwanya, sekali pun telah dihisab, ia tetap tidak terlepas dari melakukan pelbagai bentuk kemaksiatan
serta pengabaian terhadap perintah Allah S.W.T. (Sa’id Hawwa,1995). Bagi memenuhi objektif tazkiyah al-nafs di tahap
ini, proses mu’aqabah dilaksanakan berdasarkan markah nilai purata min yang diperolehi di peringkat musyaratah dan
satu jadual cadangan proses islah ditunjukkan seperti yang berikut ;

75 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

Jadual 5. Cadangan proses islah diri di tahap Mu’aqabah

Objektif Kajian
Secara khusus, objektif kajian ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:
1. Untuk mengenalpasti tahap penerimaan modul ini dalam kalangan peserta program latihan spiritual.
2. Untuk mengenal pasti elemen keberkesanan aplikasi modul latihan tazkiyah al-nafs dalam program pembangunan
spiritual pelajar.
3. Untuk menilai impak pelaksanaan program latihan tazkiyah al-nafs dalam aspek penambahbaikan modul.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian kebolehgunaan aplikasi modul latihan tazkiyah al-nafs (MLTN) dilaksanakan berasaskan reka bentuk kajian
penerokaan (exploratory research) iaitu suatu pendekatan kajian untuk mengkaji sesuatu isu yang belum pernah dilakukan
oleh mana- mana penyelidik dalam ruang penyelidikan asas (Sabitha Marican, 2006). Sehubungan itu, data – data kajian
telah dikumpulkan melalui pendekatan kajian kualitatif iaitu seramai 15 orang responden telah terlibat dalam kajian ini
dan penyelidik adalah sebahagian dari peserta kajian. Data – data kajian telah diperolehi melalui laporan refleksi latihan
tazkiyah al- nafs serta dapatan kajian temubual secara bersemuka dengan setiap peserta yang mengikuti modul latihan ini
secara konsisten. Data – data kualitatif yang diperolehi telah dianalisis secara induktif bagi menjawab soalan – soalan
kajian apakah, bagaimanakah dan sejauhmanakah dalam konteks kajian kualitatif.

DAPATAN KAJIAN
Data-data kualitatif yang dianalisis dalam kajian ini telah dianalisis berdasarkan tema - tema yang telah dikenal pasti
melalui pendekatan induktif dan kesimpulan yang dibuat adalah untuk menjelaskan fenomena yang dikaji dengan cara
membuat huraian, tafsiran dan perbandingan data di antara jawapan – jawapan responden. Kesimpulan – kesimpulan yang
dibuat juga adalah untuk menjawab persoalan apa, mengapa dan bagaimana dalam konteks kajian kualitatif. Data – data
tersebut adalah seperti yang berikut;
S.1. Bagaimana penerimaan anda terhadap modul latihan tazkiyah al-nafs?
Berdasarkan jawapan keseluruhan responden, didapati peserta program latihan ini memberi maklum balas yang sangat
positif iaitu modul latihan tazkiyah al-nafs dapat diaplikasi dan diterima sepenuhnya oleh peserta. Dapatan ini adalah
berdasarkan jawapan – jawapan responden yang berikut ;
R.1. Program ini sangat bagus dan sentiasa dijalankan secara berterusan dan mempunyai banyak aktiviti kerohanian.
R.2. al-Hamdulillah, saya amat berpuas hati terhadap program ini kerana pengalaman baru untuk terus istiqamah
dalam beribadah.
R.3. Sangat memuaskan. Mendidik hati saya untuk istiqamah dalam beribadah.
R.4. Alhamdulillah, program ini boleh diterima dengan baik kerana ia sangat membantu dalam pembentukan spiritual
saya.
R.5. Sangat bermanfaat kepada saya, hati rasa lebih tenang bila datang ke masjid, solat Subuh berjemaah, qiamullail
dan solat sunat tasbih.
R.6. Saya sangat berpuashati dan dapat menerima dengan baik program terutamanya ilmu yang disampaikan oleh
Ustaz.

76 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

S.2. Adakah modul latihan tazkiyah al-nafs ini memberi impak yang tinggi dalam aspek pembangunan spiritual
diri anda ?
Secara keseluruhan, peserta – peserta program latihan ini menyatakan bahawa program latihan kerohanian berasaskan
modul latihan ini telah memberikan impak yang tinggi dalam aspek pembangunan kerohanian diri mereka. Dapatan ini
adalah berdasarkan jawapan responden yang berikut ;
R.1. Ya, sangat memberi kesan iaitu menjadikan saya lebih konsisten dan bersemangat dalam menjalankan rutin
harian.
R.2. Sangat memberi impak kepada diri, keyakinan terhadap amalan dan balasan pahala semakin tinggi, bila dapat
tahu ganjarannya.
R.3. Ya, kerana borang mutabaah amal membuatkan diri saya istiqamah dengan ibadat yang sukar untuk saya lakukan
sebelum ini dan menjadi ringan dari semasa ke semasa. Penilaian / pemarkahan amal membuatkan saya
bermuhasabah dengan ibadat yang saya lakukan.
R.4. Ya, dengan amalan – amalan dapat disemak atau muhasabah setiap hari dalam modul latihan Tazkiyah al-Nafs
dengan bimbingan dari guru.
R.5. Sangat memberi impak kepada saya kerana saya menjadi semakin rajin untuk melakukan ibadah sunat.
R.6. Ya, banyak perubahan positif dalam diri saya.

S.3. Sejauhmana modul latihan ini berjaya memberikan kemahiran baru. Berikan ulasan anda ?
Jawapan – jawapan yang diberikan oleh responden secara keseluruhannya menunjukkan kekuatan utama modul
latihan kerohanian ini adalah setiap peserta mendapat bimbingan ilmu serta kemahiran praktikal dalam pelaksanaan setiap
amalan keislaman bagi mempertingkatkan nilai kualiti spiritual. Dapatan ini adalah berdasarkan jawapan – jawapan
responden yang berikut ;
R.1. Program ini berbentuk praktikal di mana apa yang dipelajari diaplikasikan dalam ibadat seharian. Program ini
membantu saya untuk " keep on track “ dengan ibadat yang saya buat setiap hari.
R.2. Saya dapat mempertingkatkan diri saya dalam pelajaran kerana input yang terdapat dalam program ini banyak
memberi kesedaran kepada saya.
R.3. Banyak ilmu dan kemahiran yang diperoleh terutamanya mengenai ibadah.
R.4. Saya menjadi lebih berhati – hati dalam melakukan sesuatu perkara dan program ini mampu meningkatkan ibadah
yang saya lakukan.
R.5. Dapat istiqamah menanda amalan harian dalam borang, semakin hari semakin meningkat dan istiqamah.
R.6. Program ini memberi pendedahan kepada saya tentang agama dengan lebih mendalam dan mempraktik ibadah
dengan istiqamah.

S.4. Sejauhmana ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam modul latihan ini dapat diaplikasikan dalam
situasi sebenar.
Jawapan – jawapan yang diberikan oleh responden secara jelas menunjukkan penglibatan guru sebagai mursyid
merupakan elemen utama keberkesanan modul latihan ini untuk diaplikasikan dalam situasi sebenar seseorang peserta.
Dapatan kajian ini adalah berdasarkan jawapan- jawapan responden yang berikut ;
R.1. Setiap perkara yang dilakukan diniatkan sebagai ibadah kerana Allah SWT.
R.2. Ilmu terutamanya untuk kerohanian, saya dapat aplikasikan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.
Penerimaan saya terhadap pelbagai karenah manusia di UMP.
R.3. Saya menjadi lebih tenang dan kuat dalam menghadapi hidup saya di sini..
R.4. Apabila saya buat mu’tabaah amal secara konsisten, saya akan lebih dipermudahkan segala kerja dan melatih
saya untuk mengutamakan Allah SWT dalam semua aspek.
R.5. Dengan istiqamah terhadap amalan- amalan sunat seperti solat Dhuha, tilawah al-Quran dan solat di awal waktu,
saya dapat merasakan kemanisan iman dalam beribadah.
R.6. Ketenangan yang hadir dalam hati, asbab daripada ilmu yang diperoleh sepanjang program membuatkan saya
lebih mudah untuk fokus dengan kerja yang saya lakukan setiap hari.

S.5. Cadangan anda terhadap penambahbaikan aplikasi modul latihan ini dalam aspek pembangunan spiritual.
Jawapan – jawapan yang diberikan oleh responden secara jelas menunjukkan bahawa modul latihan ini perlu dibuat
beberapa aspek penambahbaikan dalam usaha memenuhi keperluan pendidikan spiritual peserta. Dapatan kajian ini
adalah berdasarkan jawapan- jawapan responden yang berikut ;
R.1. Diadakan pada setiap minggu agar dapat melatih diri untuk terus konsisten dan untuk memenuhi keperluan rohani
iaitu seperti pesanan- pesanan dan amanat yang diberikan oleh Ustaz memberi banyak manfaat kepada diri saya
dan rakan – rakan.
R.2. Saya juga bercadang sekiranya untuk dapat melakukan program ini sebanyak dua kali seminggu sebab saya amat
menyukai program ini.
R.3. Penyemakan “ mutaba’ah amal “ dengan guru berterusan.

77 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

R.4. Dapat keluarkan jadual secara tetap bila akan diadakan mengikut tarikh dalam setiap bulan.
R.5. Program “ Qiamullail “ (taqarrub ila Allah) dibuat setiap minggu.
R.6. Pemantapan program yang sedia ada.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Kajian ini mendapati modul latihan tazkiyah al-nafs (MLTN) yang dibangunkan dapat diaplikasi sebagai program
latihan pembangunan spiritual Islam berdasarkan penerimaan peserta secara positif terhadap modul ini. Sehubungan itu,
modul ini amat sesuai untuk diaplikasikan dalam bidang latihan kerohanian Islam masa kini kerana setiap amalan
keislaman yang dipraktikan telah dapat mempertingkatkan nilai kualiti spiritual setiap diri peserta yang mengikuti modul
latihan ini. Dapatan ini adalah selari dengan landasan kajian ini iaitu pembangunan spiritual berasaskan agama merupakan
suatu latihan untuk melaksanakan tuntutan agama yang selari dengan tuntutan keimanan (Nur Khamim, 2016) dan nilai
taqwa merupakan unsur utama dalam latihan spiritual seseorang (Majhabeen Ahmad, 2016). Sehubungan itu, latihan
tazkiyah al-nafs melalui modul ini dapat diaplikasikan untuk menilai tahap pencapaian diri seseorang peserta dalam aspek
pembangunan spiritual berasaskan dimensi amalan musyaratah, mujahadah, muraqabah, muhasabah dan mu’aqabah.
Dapatan kajian juga menunjukkan elemen utama keberkesanan modul latihan ini adalah setiap peserta dapat menjalani
latihan ini secara konsisten berikutan program latihan ini dilaksanakan secara praktikal agar peserta dapat memahami
pelaksanaan setiap amalan tazkiyah al-nafs. Dalam aspek ini, penglibatan guru sebagai mursyid merupakan satu faktor
utama yang menentukan keberkesanan modul latihan ini. Ini kerana, tugas seorang mursyid adalah untuk menilai tahap
konsistensi setiap amalan keislaman peserta di tahap musyaratah serta membimbing mereka dalam menjalani proses
memperbaiki diri di tahap mu’aqabah. Dapatan kajian ini adalah selari dengan tinjauan literatur kajian ini iaitu keperluan
dan peranan guru sebagai mursyid dalam latihan spiritual adalah untuk membimbing seseorang murid mengendalikan
hawa nafsu melalui proses mujahadah secara konsisten (M, Akmansyah, 2015). Konsistensi pula merupakan suatu aspek
yang menentukan tahap kejayaan latihan spiritual seseorang peserta dalam satu tempoh masa yang ditetapkan (Gavin
Picken, 2011). Tujuannya adalah agar seseorang peserta latihan ini dapat mengaplikasikan modul latihan ini dalam situasi
yang sebenar serta dapat memenuhi objektif latihan spiritual iaitu seseorang berupaya untuk meningkatkan nilai
kesejahteraan diri, menangani gejala tekanan jiwa, menyelesaikan masalah serta pembentukan disiplin diri (Finney,
1998).
Dalam aspek penambahbaikan modul, kajian ini mendapati modul latihan ini perlu dibuat penambahbaikan dalam dua
perkara utama iaitu penilaian secara berterusan oleh mursyid bagi menilai tahap konsistensi diri peserta dan aspek
praktikal program latihan ini perlu dipertingkatkan kekerapannya bagi memenuhi salah satu kriteria latihan tazkiyah al-
nafs iaitu aspek riyādah al-nafs yang menghendaki agar seseorang melaksanakan latihan jiwa ke arah kebaikan secara
berperingkat, daripada sesuatu yang ringan kepada berat sehingga mencapai satu keadaan di mana perkara - perkara yang
berat menjadi ringan (Salasiah Hanim Hamjah, 2016). Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa modul latihan tazkiyah
al- nafs (MLTN) ini amat sesuai untuk diaplikasi sebagai modul latihan kerohanian Islam dalam program latihan
pembangunan spiritual pelajar masa kini. Bagi tujuan ini, modul ini akan terus diperbaiki dan dibuat penambahbaikan
seperti yang dinyatakan di atas agar ia dapat memenuhi pembangunan latihan kerohanian masa kini.

RUJUKAN / REFERENCES
Abū Bakr al-Jazā’irī (t.t.), Minhāj al-Muslim. Qāhirah : Dār al-Salām.
Aminah Ahmad et.al.(2014).Reducing Deviant Behavior through Workplace and Job Satisfaction. Journal of Asian Sciences, Vol.10,
No. 19.
Che Zarrina et.al. (2017). Peranan Spiritual Dalam Rawatan Paliatif. Jurnal Afkar. Vol. 19, Issue 2.
Faizatul Najihah et.al. (2015). Nilai- Nilai Pembangunan Modal Insan Menurut al-Ghazali. International Journal Of Islamic and
Civilizational Studies.
Finney, J.R., & Maloney, H.N (1985), Emperical Studies of Christian Prayer. A Review of the literature. Journal of Psychology and
Theology, 13,104-115.
Gavin Picken (2011), Spiritual Purification in Islam. New York : Routledge.
Khairul Hamimah Mohammad Jodi et.al. (2014). Penerapan Agama Dalam Modul Psikospiritual dan Kesannya Terhadap Kesihatan
Spiritual : Kajian Kes Di Kompleks Dar Assaadah Kuala Lumpur. Jurnal Syariah. Jil 22, Bil. 1.
M. Akmansyah (2015). Konsistensi Guru (Mursyid) Dalam Pendidikan Spiritual, Perspektif Abu Hamid Al-Ghazali. Jurnal Pendidikan
Islam, Volume 6, November 2015.
Mahjabeen Ahmad et.al. (2016). A Model of Spirituality for Ageing Muslims. Journal of Relig Health.
Md Noor Saper et.al. (2016). The Effects of Guidance Module In Islamic Perspective On The Religiosity Among Students With
Misbehaviour Issues. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah.
Mohd.Suhardi et.al. (2018). Pembangunan Kerohanian Menurut Model Tazkiyah al-Nafs al-Ghazali : Aplikasi Dalam Pelaksanaan
Program Tarbiah di Asrama Sekolah- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Pulau Pinang. 6th International
Conference in Islamic Education 2016, Grand Riverview Hotel, Kota Bharu.
Norfadilah et.al. (2014). Pembangunan Kerohanian Berasaskan al-Muhasibi Dalam Menangani Gejala Sosial Masa Kini. e-Proceeding
of The International Conference Of Intergration Knowledge. Bandung.

78 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄
Mohd. Suhardi Mat Jusoh et al. │ International Journal of Humanities Technology and Civilization │ Vol. 5, Issue 1 (2020)

Nur Khamim (2016). Pemikiran Danah Zohar dan Ian Marshall Tentang Kecerdasan Spiritual Dalam Perspektif Pendidikan Agama
Islam, Attaqwa, Jurnal Pendidikan Islam. Vol. 12, No. 1.
Raphael M. Bonelli et. al. (2013). Mental Disorders, Religion and Spirituality 1990 to 2010: A Systematic Evidence-Based Review.
Journal Relig Health.
Rohana Hamzah (2010). Spiritual Education Development. International Journal of Islamic and Arabic Education.
Sabitha Marican (2009), Penyelidikan Sains Sosial,Pendekatan Pragmatik. Batu Caves : Edusystem Sdn. Bhd.
Sa'id Hawwā (1995). al-Mustakhlas Fi Tazkiyah al-Nafs. Qāhirah: Dar al-Salām.
Salasiah Hanin Hamjah (2007), Riyadah al-Nafs menurut al-Ghazali dan Aplikasinya Dalam Kaunseling di PK MAINS, Jurnal
Usuluddin, Bil. 26.
Sharon Lee (2009), Conflicts of Consciences.Tesis Sarjana Undang– Undang. McGill University, Montreal.
Zakaria Stapa (1995) Akhlak dan Tasawwuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Zakaria Stapa (2001) Insan Kamil : Ciri dan Proses Pembentukan. Jurnal AFKAR. Bil.2/2001
Zidni Nuran Noordin et.al. (2017). Perbandingan Proses Tazkiyah al-Nafs Menurut Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Jurnal al-
Turath.

79 journal.ump.edu.my/ijhtc ◄

Anda mungkin juga menyukai