Doa-Doa Majlis Rasmi: Ya Karim, Ya
Doa-Doa Majlis Rasmi: Ya Karim, Ya
Doa-Doa Majlis Rasmi: Ya Karim, Ya
Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas
kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa
bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu
yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau
redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-
Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya
saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati
kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan
para guru-guru kami yang kami kasihi.
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-
guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat
limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang
zaman.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
DOA SEMPENA
Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan
dan janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau
sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..
Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian
dan kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu
dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka
berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َمط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما ْ
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
DOA SEMPENA
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
seluruh umat Islam, lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha
kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati
kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.
Ya Allah ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-
Mu Ya Ghaffar,
ًس ْهال َ َشْئت ِ ْس ْهالً َوَأ ْنتَ ت َْج َع ُل ا ْل ُح ْزنَ ِإن َ ُس ْه َل ِإالَّ َما َج َع ْلتَه َ َاللَّ ُه َّم ال
َ َُر َّب َنا َظلَ ْم َنا َأ ْنف
َس َنا َوِإنْ لَ ْم َت ْغف ِْرلَ َنا َو َت ْر َح ْم َنا لَ َن ُك ْو َننَّ مِنَ ا ْل َخاسِ ِر ْين
ار وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله َ س َن ًة َوقِ َنا َع َذ
ِ اب ال َّن َ س َن ًة َ ِوفي اآلخ َِر ِة َح
َ َر َّب َنا آتِ َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح
َوصحبه أجمعين َوا ْل َح ْم ُد ِهللِ َر ِّب ا ْل َعالَـ ِم ْين
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap
Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan
bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َمط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما ْ
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan
dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul antara pihak pentadbir,
guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan berkatilah ilmu
yamg Engkau kurniakan itu. hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan
muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َمط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما ْ
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun 2010) peringkat Sekolah (SMK LA SALLE
BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : (GURU
BERKUALITI PEMANGKIN KECEMERLANGAN)
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati
guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah
ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah
kurniakanlah kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan
kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar
tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan
bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada
agama , bangsa dan negara tercinta .
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
َ
. َمط ُر ْودًا َوال َم ْح ُر ْو ًما ْ
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka pelajar-
pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan
potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi
yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar
majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain
supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu
syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami,
sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami
terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga
kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain
Engkau .
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami
: dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan firman-Mu yang mulia
َ قُلْ ِإ َّن
. َصالَتِ ْي ونسكي ومحياي ومماتي ِهللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Karnival Sekolah (Nama Sekolah) pada hari ini .
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkan keburukan .
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari
ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri perkhemahan pada kali ini .
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasi kami
dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari sifat-sifat keji .
Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkan keburukan .
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani agar kami dapat
menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi
(Tahun Semasa) pada hari ini .
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.
ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Jadikanlah Badan Pengawas Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan
nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan ketinggian akhlak dan peribadi.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
ار َنا َءا ِخ ُر ُه َو َخ ْي َر َأ ْع َمالِ َنا َخ َواتِ ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك فِ ْي ِه
ِ اج َعلْ َخ ْي َر َأ ْع َم
ْ اللَّ ُه َّم
ان َوالَ ت َْج َع ْل فِ ْي قـُلُ ْوبِنَا ِغالًّ لِلَّ ِذيْنَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّ َك َر ُء ْوفٌ َر ِح ْي ٌم َ َاللَّ ُه َّم ا ْغفِ ْرلَنَا ُذنُ ْوبَنَا َوِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذيْن
ِ سبَقُ ْونَا بِاِإل ْي َم
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati
yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan
ketaatan kepada perintah-Mu.
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami ,
keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah ,
sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa
serta tangan penuh dengan pengharapan ,
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam
amal jamai’e dan kolektif ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami , maka didiklah hati
kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama kami sebagaimana
Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai , maka
satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu
dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
َ
. َمط ُر ْودًا َوال َم ْح ُر ْو ًما ْ
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah
hati kami rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun,
membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada
agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan
sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan keredhaanMu.
Pada saat dan detik ini, kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan, memohon
ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kasih sayang terhadap
anak-anak didik kami, sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak-anak
kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang
jitu, kerjasama yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat
juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai
seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya .
Kami merafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kepada Mu agar perhimpunan agung pada hari ini
mendatangkan kebaikan dan dilimpahi rahmat dari Mu. Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi
menyatakan kesungguhan kami untuk menempuh liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dan duri.
Maka Engkau kurniakanlah kepada kami keberkatan dalam usaha-usaha yang bakal kami lalui.
Kurniakanlah kepada kami ketabahan yang padu, kesabaran yang mantap dalam menempuh ranjau
kehidupan yang berliku ini.
Jika Engkau timpakan ke atas kami musibah yang tidak kami ingini, jadikanlah ia sebagai sumber
kekuatan bagi kami untuk memperteguh kesabaran kami. Maka lindungilah kami daripada segala
tindakan yang menyimpang dan melanggar syari’at Mu ketika mana menghadapinya. Juga
permudahkanlah bagi kami menyelesaikan segala masalah dan musibah yang dihadapi selaras
dengan syariat Mu. Dan jika Engkau kurniakan kepada kami nikmat yang merimpah ruah, jadikanlah ia
sebagai ujian kepada kami untuk terus bersyukur kepada Mu. Mudah-mudahan ia menjadi sumber
inspirasi dan kekuatan bagi kami untuk memperteguhkan keimanan dan ketakwaan kami kepada Mu,
Ya Allah. Kurniakanlah kepada kami nur hidayah Mu, agar kami terus berada di landasan syari’at Mu
sehingga ke akhir hayat kami.
Ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas
dan keputusan-keputusan yang benar-benar mantap. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur
rahim di kalangan kami, tambahkanlah kekuatan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan
kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan iri hati sesama sendiri, cemburu nista buruk sangka,
sifat malas lagi lemah, mudah alpa mahu pun putus asa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala
sifat mazmumah yang pastinya menjatuhkan martabat kami sebagai umat yang terbaik seterusnya
menggagalkan hasrat melahirkan generasi terbilang di negara kami.
LIMPAHILAH HATI KAMI DENGAN NURHIDAYAH MU AGAR KAMI MENJADI GENERASI YANG
MENCINTAI AGAMA LANTAS MENEGAKKAN SYARI’ATNYA, GENERASI YANG MENCINTAI
BANGSA LANTAS MEMELIHARA KEHORMATANNYA, GENERASI YANG MENCINTAI NEGARA
LANTAS MEMPERTAHANKAN KEDAULATANNYA.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama
yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di
jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kurniakanlah
kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman,
emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal
yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras
dengan tuntutan syari’at Mu.
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih
diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas
muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu
jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami
peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at
MU.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama
yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di
jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Kami rafa’kan keyukuran penuh pengharapan kepada Mu kerana pada hari yang
mulia ini dapat kami adakan pertemuan
…………………………………………………………………………………………. segala
nya dengan inayah dan rahmat mu jua. Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan
keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak
Engkau redhai.
Ya Allah! Kami pohonkan keberkatan Mu atas kejayaan yang kami kecapi pada hari
ini. Segalanya adalah dengan berkat rahmat Mu yang melimpah ruah ke atas kami.
Kami pohonkan jua agar kejayaan kami ini menjadi wadah buat kami seterusnya
mempertingkatkan kesedaran dalam lubuk naluri kami tentang peri pentingnya
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan
sempurna seterusnya meningkatkan kualiti kerja dengan penuh berintegriti. Untuk itu
Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu
iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama
yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai
perkhidmatan pendidikan di Negara ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan Negara ke arah pendidikan bertaraf
dunia.
Dalam usaha mencapai tahap kecemerlangan dan kualiti kerja yang tinggi, kami
pohon daripada Mu kurniaan anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Kami pohonkan dari Mu semoga pertemuan dalam kursus ini kami dikurniakan
limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu.
Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan
minda kami idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan
keputusan yang benar-benar mantap.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama
yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di
jabatan ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi
meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang,
gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Di saat dan ketika ini, kami menadah tangan memohon kehadratmu Ya Allah. Dalam
kesayuan kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat dan
inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Lambaian Kasih khusus buat seorang insan
yang kami raikan ini Y.Bhg.Tan Sri Dato’ Alimuddin bin Mohd Dom KPPM yang
banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan. Kami pohonkan
kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini
diadakan. Semoga pertemuan ini dapat membibitkan kenangan manis buat kita dan
beliau sendiri di hari-hari mendatang.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan.
Pada kesempatan dan detik ini juga kami pohonkan agar Engkau limpahkan
kesejahteraan dan keberkatan dalam seluruh kehidupan beliau di alam
persaraannya. Kurniakanlah kepada beliau kesihatan yang baik dilindungi
kerahmatan berpanjangan, dan keceriaan yang menghiburkan bersama keluarga
tercinta. Kami jua pohonkan dari Mu agar beliau dilindungi daripada sebarang
mudharat yang menyakitkan, dilindungi daripada kesedihan yang memilukan dan
dilindungi daripada segala musibah yang tidak menyenangkan. Ya Allah! Kami
pohonkan perkenan doa kami ini.
Segala pujian hanya layak untuk Mu Ya Allah. Dengan penuh kehambaan kami
rafa’kan kesyukuran atas kurniaan rahmat dan inayah Mu dapat kami adakan
Karnival Gemilang Jawi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur buat julung
kalinya tahun ini. Semoga majlis ini senantiasa berada di bawah lembayung rahmat
dan keberkatan Mu.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu dan bantulah kami menjadi generasi
yang mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai
bangsa lalu memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu
mempertahankan kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang
cemerlang, gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Seminar
Permuafakatan Persatuan Ibubapa Dan Guru. Kurniakanlah pertemuan kami dalam
seminar ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh
manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk
kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari
Mu semoga pertemuan dalam seminar ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan
terhadap usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea
yang bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan yang benar-benar
mantap.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama
yang erat, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ibubapa
yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan anak-anak kami.
Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang
seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang
tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-
anak kami daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan,
daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada
perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan di
kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri,
cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa
lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang
pastinya menggagalkan hasrat membangun modal insan dan membina Negara
bangsa.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang,
gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun SEMINAR PERMATA HATI
KU pada hari ini Kurniakanlah pertemuan kami dalam majlis ini dengan keberkatan
dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari
Mu limpahan ilmu yang berguna dan manfaat yang besar pada setiap aktiviti yang
dijalankan dalam program Minggu Pendidikan khas yang telah kami laksanakan ini
khasnya buat golongan kurang upaya dan kepada masyarakat Malaysia amnya.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah kerahmatan Nya. Kami pohonkan agar seminar
ini mampu menjadi wadah perjuangan kami dalam usaha mencapai objektif yang
kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal
insan dan membina negara bangsa. Tanamkanlah kesedaran dan keinsafan dalam
diri kami juga generasi selepas kami agar bersama memikul tanggungjawab
menjaga kebajikan dan kepentingan golongan istimewa dalam usaha memartabat
mereka ke arah masyarakat yang mampu bersaing dan mendepani cabaran
semasa.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami kesabaran
yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat permuafakatan
yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab mengangkat martabat bangsa Malaysia dan berusaha menyumbang
tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara.
DOA (AKHIR RAMADHAN)
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami
kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat
permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti
pendidikan di wilayah kami.
Ya Allah! Ya Salam!
Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Pastinya kami gembira menemui sanak
saudara kami di kampung halaman. Justeru itu, selamatkan dan sejahterakanlah
sepanjang perjalanan pulang kami nanti. Hindarilah kami daripada sebarang
musibah yang tidak kami ingini. Moga-moga pertemuan kami dengan keluarga
tercinta akan mengukuh ukhhuwah dan mahabbah kami.
Wahai Tuhan, kami harapkan jua dengan pertemuan ini agar dapat diperkukuhkan
hubungan keakraban dan persaudaraan kami, dimantapkan semangat perpaduan
dan mahibbah di kalangan kami. Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan
kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami, agar terhindar perasaan keji
sesama sendiri, irihati meninggi diri dan segala sifat yang memusnah kemesraan
kami. Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan keamanan dan
kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan. Jadikanlah pertemuan di Aidil Fitri
kami pada kali ini pertemuan yang penuh bermakna buat kami dan pertemuan yang
disulami kesyukuran.
Segala pujian dan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Yang Maha Melimpah Ruah
Kerahmatan dan Keberkatan-Nya. Kami panjatkan rasa kesyukuran kepada Mu
kerana dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyempurnakan pembukaan
rasmi Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2 pada hari ini. Kami pohonkan agar majlis
ini senantiasa diiringi lembayung rahmat dan berkat dari Mu sehingga ke akhirnya.
Dengan terbinanya sekolah baru ini, bantulah kami bagi mencapai hasrat yang
tersirat dalam visi dan misi sekolah ini demi mencapai objektif yang kami ingini
selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan
membina negara bangsa.
Kurniakanlah kepada kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama
yang tinggi, semangat permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab ini dan berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan
pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya.
َ َوالَ ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا، ص ْو ًما
َشقِيًّا َوال ُ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِ?ه تَفَ ُّرقا ً َم ْع، اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما
ْ اَللَّ ُه َّم
. َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما
Kami pohonkan ihsan dan rahmat Mu, semoga pertemuan dalam kursus ini kami
dikurniakan limpahan ilmu yang berguna lagi bermanfaat dan kefahaman yang
berlandaskan wahyu Mu. Semoga dengan ilmu yang kami peroleh nanti adalah ilmu
yang dapat memudahkan kami melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami
dengan mudah dan sempurna. Limpahilah keberkatan terhadap usaha-usaha kami,
ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang bernas, semoga
dengannya kami mampu mengangkat martabat diri, agama dan bangsa kami.
Kami harapkan jua dengan pertemuan ini agar dapat diperkukuhkan hubungan
keakraban dan persaudaraan kami, dimantapkan semangat perpaduan dan
mahabbah di kalangan kami. Untuk itu, satukanlah hati-hati kami dengan tautan
kasih lagi mesra, saling percaya lagi memahami, agar terhindar perasaan keji
sesama sendiri, irihati meninggi diri dan segala sifat mazmumah yang memusnah
kemesraan kami. Permudahkanlah bagi kami laluan ke arah mengekalkan
keamanan dan kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan
kedaulatannya. Bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang, gemilang lagi
terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Taklimat
Pengurusan Prestasi pada hari ini. Kurniakanlah pertemuan kami ini dengan
keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran yang tidak
Engkau redhai.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari
Mu semoga pertemuan kami ini juga dikurniakan limpahan ilmu yang bermanfaat
dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu. Limpahilah keberkatan terhadap
usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami idea-idea yang
bernas, pandangan-pandangan yang jelas dalam usaha membuat keputusan yang
benar-benar mantap.
Ya Allah! Kami jua pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan
kami kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat
permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pentadbir yang berdedikasi,
bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan kakitangan bawahan kami. Ya
Allah! Kurniakanlah kepada kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman,
emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal
yang istiqomah digenggam keikhlasan. Semoga dengannya kami dapat menilai
prestasi kakitangan bawahan kami dengan adil lagi saksama.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang,
gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu jua dapat kami menyusun pertemuan dalam
SEMINAR PERMATA HATI KU pada hari ini. Kurniakanlah pertemuan kami ini
dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan
kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada segala bentuk kemungkaran
yang tidak Engkau redhai.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah kerahmatan Nya. Kami pohonkan agar seminar
ini mampu menjadi wadah perjuangan kami dalam usaha mencapai objektif yang
kami ingini selaras dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal
insan dan membina negara bangsa. Tanamkanlah kesedaran dan keinsafan dalam
diri kami juga generasi selepas kami agar bersama memikul tanggungjawab
menjaga kebajikan dan kepentingan golongan istimewa dalam usaha memartabat
mereka ke arah masyarakat yang mampu bersaing dan mendepani cabaran
semasa.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami
kesabaran dan ketabahan, kerjasama dan permuafakatan dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan berusaha menyumbang
tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti pendidikan di Wilayah kami
dan di arena pendidikan perdana amnya.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Ya Allah! Kurniakanlah
kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman,
emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal
yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama dan menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa dan
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara dan mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras
dengan tuntutan syari’at Mu.
Ya Allah!
Pertemukanlah kami dengan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di
sepanjang bulan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan
itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh
kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau
janjikan.
Kurniakanlah ketenangan dan kedamaian dalam sanubari setiap pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan awam di seluruh Kuala Lumpur pada tahun ini.
Tanamkanlah keyakinan yang tinggi dan semangat yang kental dalam jiwa mereka
untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan itu dengan usaha yang
bersungguh-sungguh, penuh keazaman dan iltizam. Sinarilah hati dan jiwa mereka
dengan nur rahmatmu, agar mereka mudah menerima ilmu yang dipelajari, agar
terbuka akal dan minda mereka, agar suci dan luhur cita-cita mereka. Kau
padamkanlah dari jiwa mereka segala perasaan takut dan cemas, gementar dan
gugup, tiada keyakinan dan mudah mengalah. Ya Allah! Kurniakanlah kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi nanti.
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih
diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas
muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu
jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami
peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at
MU.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Program
Perhimpunan Perpaduan Dan Integrasi Pemimpin Murid Peringkat Kebangsaan Kali
Ke 2 Tahun 2008 di Stadium yang berdiri megah ini. Kurniakanlah pertemuan kami
dalam perhimpunan ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami
memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya seterusnya terhindar daripada
segala bentuk kemungkaran yang tidak Engkau redhai.
Wahai tuhan yang maha perkasa lagi maha bijaksana. Jadikanlah perhimpunan ini
dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program Rimup ini sebagai perintis buat
kami untuk terus berusaha demi mencapai objektif yang kami citakan selaras
dengan usaha kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina
negara bangsa. Kukuhkanlah ikatan perpaduan antara kami agar terjamin keamanan
dan keselamatan hidup dalam negara yang berbilang kaum ini.
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang
dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati
akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami
daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada
sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan
jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang,
gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Kami rafa’kan kesyukuran sepenuhnya buat Mu, atas limpahan rahmat dan
inayahMu kami selamat sampai ke destinasi kami ini dan begitu jua harapan kami
apabila pulang nanti. kurniakanlah pertemuan kami dalam Mesyuarat Perancangan
Tahunan 2009 ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami
memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya.
Kami mengharapkan pimpinan dan panduan Mu dalam mesyuarat kami ini dengan
kurniaan ilham yang bernas bagi merancang program dan aktiviti yang bermanfaat
kepada semua seterusnya terhindar daripada segala bentuk pemikiran yang ternoda
oleh kejahilan dan kebatilan. Justeru kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang
lagi luhur, minda yang cerdas lagi terbuka di sepanjang mesyuarat ini berlangsung.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis
Penempatan Murid Rumah Nur Salam Ke Asrama Harian Sekolah Menengah JPWP
KL. Kurniakanlah pertemuan kami dalam perhimpunan ini dengan keberkatan dan
limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan daripadanya
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang
dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati
akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami
daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada
sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan
jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
(ANJURAN PUSPANITA)
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis
Tautan Kasih yang diadakan pada hari ini. Kurniakanlah pertemuan kami dalam
seminar ini dengan keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh
manfaat dan kebaikan daripadanya.
Wahai Tuhan yang Maha Melimpah Ruah Kasih Sayang Nya. Kami pohonkan dari
Mu semoga pertemuan dalam seminar ini kami dikurniakan limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang berlandaskan wahyu-Mu.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, keazaman dan kekuatan
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang ibubapa yang berdedikasi,
bertanggungjawab dan mementingkan kebajikan anak-anak kami. Ya Allah!
Jadikanlah usaha murni kami ini sebagai penggalak dan inspirasi kepada anak-anak
kami untuk terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan
dalam bidang akademik seterusnya berjaya dalam kehidupan mereka. Kami pohon
dari Mu agar mereka dijadikan sebagai anak-anak yang cemerlang akhlak dan budi,
cemerlang akal dan minda, cemerlang emosi dan ruhani.
Kurniakanlah kepada kami dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang
dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati
akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan. Hindarilah anak-anak kami
daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang merosakkan, daripada
sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan daripada perbuatan
jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Dalam kesayuan kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat
dan inayah Mu dapat kami anjurkan Majlis Lambaian Kasih khusus buat pemimpin
yang banyak berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan di wilayah kami,
Yg. Bhg. Tuan Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar di dewan yang tersergam ini. Kami
pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini
diadakan. Semoga pertemuan ini dapat membibitkan kenangan manis buatnya di
hari-hari mendatang dan diharapkan pertemuan ini bukanlah yang terakhir buat
kami.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan.
Kami pohonkan agar Engkau limpahi kesejahteraan dan keberkatan dalam seluruh
kehidupan beliau. Kurniakanlah jua kepada beliau kesihatan yang baik dilindungi
kerahmatan berpanjangan, dan keceriaan yang menghiburkan bersama keluarga
tercinta. Kami jua pohonkan dari Mu agar beliau dilindungi daripada sebarang
mudharat yang menyakitkan, dilindungi daripada kesedihan yang memilukan dan
dilindungi daripada segala musibah yang tidak menyenangkan. Ya Allah! Kami
pohonkan perkenan doa kami ini.
Kami rafa’kan kesyukuran kepada Mu, dengan limpahan rahmat dan inayah Mu
dapat kami anjurkan Majlis Lambaian Kasih khusus buat pemimpin yang banyak
berjasa dan menabur bakti dalam dunia pendidikan di wilayah kami, Yg. Bhg. Tuan
Haji Mohd Radzi Bin Abd Jabar di samping kesyukuran atas ketibaan penggantinya
Y.Bhg En. Sulaiman Bin Wak Pengarah Pelajaran WPKL. Kami pohonkan
kerahmatan dan keberkatan Mu yang Maha Luas di sepanjang majlis ini diadakan.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan.
Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah
ditaburi beliau dalam arena pendidikan di wilayah kami ini. Moga-moga hasil dan
manfaat daripada usaha yang telah beliau curahkan akan menjadi pedoman buat
kami bagi meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan di negara ini.
Pada kesempatan ini, kami warga Sektor Pendidikan Islam menadah tangan
memohon rahmat dan inayah Mu, kurniakanlah kepada kami kesungguhan dan
keazaman dalam meningkatkan kualiti kerja, semangat bekerjasama dan saling
membantu antara kami.
Jika benar pada ketika ini telah mula bibit-bibit perpecahan dan persengketaan
antara kami, Engkau perkuatkanlah ikatan persaudaraan dan keakraban kami atas
nama kesatuan ummah.
Jika benar pada ketika ini telah ada rasa keegoan dan sifat meninggi diri antara
kami, Engkau padamkanlah api kesombongan kami dan terbitkanlah rasa merendah
diri dalam diri kami, rasa kasih sayang sesama kami atas nama iman dan tauhid
yang satu.
Jika benar pada ketika ini telah ada sifat mencurigai, sifat meragui antara kami,
Engkau gantikanlah dengan sifat saling mempercayai, saling memahami saling
meredhai antara kami atas nama ukkhuwah yang kukuh.
Justeru satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahim dan semangat perpaduan
di kalangan kami. Hindarkanlah diri kami daripada perasaan keji sesama sendiri,
cemburu nista buruk sangka, iri hati meninggi diri, sifat malas lagi lemah, sifat alpa
lagi pelupa, tidak berdaya lagi kurang bermaya dan segala sifat mazmumah yang
pastinya melemahkan organisasi kamai.
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih
diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas
muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu
jua. Maka dengan itu, kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami
peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at
MU.
Kami bersyukur jua atas kurniaan inayah Mu memberi Rahmat kepada kami
mengadakan taklimat berkaitan perkhidmatan kami pada hari ini. Kurniakanlah
kepada kami keyakinan dalam memilih opsyen yang ditawarkan dalam perkhidmatan
kami ini agar kami tidak terkhilaf faham dan tersalah tindakan yang akhirnya
merugikan kami sendiri. Justeru itu, berilah ilham yang jelas kepada kami dalam
membuat pilihan ini.
Ya Allah! Pada saat dan detik ini juga, kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan kami kesabaran dan ketabahan, kerjasama dan semangat
permuafakatan sesama rakan sekerja serta semangat juang yang tidak mengenal
erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan
ini dan berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan
kualiti pendidikan negara.
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih
diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas
muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu
jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan
jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at Mu.
Ya Allah !
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa
kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan
semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif dan matlamat
perkhidmatan yang dihasratkan.
Kurniakanlah jua kepada kami anggota yang sihat lagi kuat, minda yang cerdas lagi
terbuka, jiwa yang tenang lagi luhur, semangat yang kuat lagi mantap. Semoga
dengannya kami mampu mendepani cabaran, sentiasa berdaya saing dan mampu
mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah kepada kami
dan anak-anak kami jasmani dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang
terkawal dipimpin takwa, ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah
digenggam keikhlasan.
Ya Allah !
Lindungilah kami dan keluarga kami daripada sebarang musibah yang tidak kami
ingini melainkan Engkau takdirkan tersirat rahmat di dalamnya. Lindungilah maruah
kami dan keluarga kami daripada sebarang penghinaan melainkan Engkau
kembalikan kehormatannnya. Lindungilah harta benda kami daripada sebarang
pencerobohan melainkan Engkau menggantikan yang lebih berkat daripadanya.
Ya Allah !
Jika benar pada ketika ini telah mula bibit-bibit perpecahan dan persengketaan
antara kami, Engkau perkuatkanlah ikatan persaudaraan dan keakraban kami atas
nama kesatuan ummah. Jika benar pada ketika ini telah ada rasa keegoan dan sifat
meninggi diri antara kami, Engkau padamkanlah api kesombongan kami dan
terbitkanlah rasa merendah diri dalam diri kami, rasa kasih sayang sesama kami
atas nama iman dan tauhid yang satu.
Jika benar pada ketika ini telah ada sifat mencurigai, sifat meragui antara kami,
Engkau gantikanlah dengan sifat saling mempercayai, saling memahami, saling
meredhai antara kami atas nama ukhuwwah yang kukuh.
Rasa kesyukuran penuh kehambaan kami persembahkan hanya layak kepada Mu,
dengan inayah dan rahmat Mu dapat kami menyusun pertemuan dalam Majlis
Jamuan sempena ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG peringkat kebangsaan
TAHUN 2009 di Kompleks Seri Bintang yang berdiri megah ini. Justeru itu, Engkau
pertautkanlah jalinan kemesraan dan kesepaduan antara kami dalam majlis yang
dianjurkan ini. Seterusnya kurniakanlah pertemuan kami dalam majlis ini dengan
keberkatan dan limpahan rahmat Mu, agar kami memperoleh manfaat dan kebaikan
daripadanya.
Wahai tuhan yang maha perkasa lagi maha bijaksana. Jadikanlah aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di dalam program susunan kami ini sebagai perintis buat kami untuk
terus berusaha demi mencapai objektif yang kami citakan selaras dengan usaha
kami mencapai matlamat membangun modal insan dan membina negara bangsa.
Kukuhkanlah ikatan perpaduan antara kami agar terjamin keamanan dan
keselamatan hidup dalam negara yang berbilang kaum ini.
Kami mengharapkan agar Engkau menerima dan meredhai usaha yang kami
laksanakan ini sebagai ibadah buat kami, dan sebagai bekalan buat kami untuk
mengadap Mu di Hari Keadilan nanti. Janganlah Engkau mensia-siakan usaha kami
ini sebagaimana Engkau ketepikan doa golongan yang Engkau murkai.
Cabaran hidup dunia remaja pada hari ini amat membimbangkan kami. Justeru
kurniakanlah kepada kami dan pelajar-pelajar yang menyertai program ini jasmani
dan ruhani yang seimbang dipandu iman, emosi yang terkawal dipimpin takwa,
ammarah yang tenang diperhati akal, amal yang istiqomah digenggam keikhlasan.
Hindarilah mereka daripada terjebak sebarang kancah kemaksiatan yang
merosakkan, daripada sebarang pegangan dan fahaman yang menyesatkan, dan
daripada perbuatan jenayah dan gejala sosial yang memudharatkan.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi khaira ummah selaras
dengan tuntutan syari’at Mu.
Segala pujian hanya layak buat Mu Tuhan yang Maha Penyayang lagi Maha
Mengasihani. Atas rahmat dan inayah Mu jua dapat kami menyempurnakan
pertandingan nasyid sempena Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat
kebangsaan seterusnya dapat kami berhimpun dalam Majlis Penutupan pada hari
ini. Justeru, kurniakanlah kepada kami kerahmatan dan keberkatan dalam majlis
yang kami anjurkan ini.
Jadikanlah susunan kata dalam lirik yang dialunkan dengan melodi yang menarik
dan suara yang merdu ini sebagai sebahagian daripada wadah untuk kami terus
berdakwah. Lembutkanlah hati dan jiwa kami untuk menerima dengan tenang
madah kata penuh nasihat yang disampaikan penuh keasyikan ini. Seterusnya
jadikanlah alunan nasyid ini sebagai alternatif hiburan yang mampu mendidik dan
memimpin jiwa kami ke arah kebaikan. Juga condongkanlah hati kami untuk memilih
bentuk-bentuk hiburan yang menepati syariat Mu sebegini.
Kami rafa’kan kesyukuran penuh pengharapan kerana pada hari ini kami masih
diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah ruah di atas
muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah Mu
jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami peroleh dan
jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at Mu.
Dengan penuh keazaman, penuh iltizam di awal tahun hijriah 1431 ini, kami
pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa
kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan
semangat kerja berpasukan dan bekerjasama di sepanjang tahun ini, agar tercapai
objektif dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Semarakkanlah semangat hijrah dalam diri kami untuk kami berhijrah ke arah
kebaikan sebagaimana engkau gerakkan hati Rasul Mu dan sahabat-sahabatnya.
Perkuatkanlah tekad dan azam kami untuk terus berjuang dan berkorban ke arah
memartabat ummah dan negara kami. Tambahkanlah kepada kami kecintaan
kepada segala kebaikan dan rasa kebencian kepada segala bentuk kemungkaran.
Lindungilah kami dan keluarga kami daripada sebarang musibah yang tidak kami
ingini melainkan Engkau takdirkan tersirat rahmat di dalamnya. Lindungilah maruah
kami dan keluarga kami daripada sebarang penghinaan melainkan Engkau
kembalikan kehormatnnya. Lindungilah harta benda kami daripada sebarang
pencerobohan melainkan Engkau menggantikan yang lebih berkat daripadanya.
Limpahilah hati kami dengan nur hidayah Mu agar kami menjadi generasi yang
mencintai agama lalu menegakkan syari’atnya, generasi yang mencintai bangsa lalu
memelihara kehormatannya, generasi yang mencintai negara lalu mempertahankan
kedaulatannya. Seterusnya bantulah kami menjadi generasi yang cemerlang,
gemilang lagi terbilang selaras dengan tuntutan syari’at Mu.
Ya Allah!
Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu, pada hari ini kami
zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan
kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari
mu jua.
Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir kami hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu
kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami
sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.
Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami
dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap
titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat
bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau
jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga
Mu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di
alam persemadian mereka.
Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan
keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak
kami masih dalam kandungan lagi.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan
taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak
akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat
yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran,
menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.
Allahumma Ya Arhamarrahimin!
Penuh kesyukuran dan segala pujian hanyalah layak buat Mu Tuhan Yang Maha
Melimpah Segala kurnia di atas muka bumi ini. Kami amat bersyukur atas
pertemuan yang disusun ini khusus buat pertama kalinya pertemuan kami dengan
pimpinan baru jabatan ini. Jadikanlah pertemuan pertama kami ini sebagai rintis buat
kami semua pegawai dan kakitangan di jabatan ini untuk terus mengorak langkah
memacu kejayaan dalam bidang pendidikan khususnya di Kuala Lumpur ini.
Dengan kehadiran pemimpin baru buat kami, tambahkanlah dalam diri kami rasa
kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan
semangat kerja berpasukan dan bekerjasama agar tercapai objektif dan matlamat
perkhidmatan yang dihasratkan.
Wahai Tuhan yang Maha Luas Pertolongan dan Maha Melimpah Keberkatan.
Kurniakankanlah keberkatan ke atas usaha-usaha dan sumbangan bakti yang telah
ditaburi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu kami dalam arena pendidikan di wilayah
kami ini. Moga-moga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah mereka curahkan
akan menjadi pedoman buat kami bagi meneruskan perjuangan memartabat dunia
pendidikan di negara ini.
وبك خاصمنا واليك حاكمنا فاغفرمنا وعليك توكلنا واليك انبنا اللهم لك اسلمنا وبك امنا
انت المقدم وانت المؤخر الاله اال انت وما اعلنا وما اسررنا ما قدمنا وما اخرنا
Kami rafa’kan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Semesta Alam, kerana pada hari
ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah
ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat
dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami
peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at
Mu.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa
kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan ikhlas, penuh beriltizam dan berintegriti, serta
meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif
dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Peliharalah diri kami dan anak-anak kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan
kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah
memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah
maruah. Jadikanlah kami dalam golongan yang bersyukur atas nikmat yang sedikit,
bersemangat dengan tekad yang ada, bersabar dengan musibah yang menimpa,
berlapang dada dengan dugaan yang melanda.
Kurniakanlah jua keamanan dan kesejahteraan kepada negara kami yang berbilang
kaum ini, selamatkanlah negara kami daripada bencana alam yang tidak terduga,
selamatkanlah negara kami dari sebarang penjajahan dan penindasan oleh mana-
mana kuasa.
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang
zaman, justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Dorongkanlah
hati kami rasa kesungguhan, komitmen dan iltizam yang tinggi untuk membangun,
membina serta mendidik dan memartabat anak bangsa yang berjasa kepada
agama, bangsa dan negara seterusnya menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan
yang kami ceburi ini sebagai ibadah semata-mata mengharapkan rahmat dan redha
Mu.
Pada saat dan detik ini jua kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau
anugerahkan kami rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik kami, sebagaimana
kami mengasihi dan menyayangi anak-anak kami sendiri. Kurniakanlah kepada kami
kesabaran dalam menempuh kerenah dan gelagat anak didik kami. Kurniakanlah
kepada kami ketabahan dalam usaha menjulang kejayaan anak didik kami.
Kurniakanlah kepada kami rasa kesungguhan dalam usaha memartabat kualiti anak
didik kami sebagai insan yang seimbang jasmani, emosi dan ruhani.
Peliharalah diri kami dan anak-anak didik kami dari terjebak dalam keruntuhan
akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah
kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak
memperindah maruah.
وبك خاصمنا واليك حاكمنا فاغفرمنا وعليك توكلنا واليك انبنا اللهم لك اسلمنا وبك امنا
انت المقدم وانت المؤخر الاله اال انت وما اعلنا وما اسررنا ما قدمنا وما اخرنا
Kami rafa’kan kesyukuran hanya buat Mu Tuhan Semesta Alam, kerana pada hari
ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian rezeki yang melimpah
ruah di atas muka bumi Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat
dan inayah Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas rezeki yang kami
peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat rezeki yang tidak menepati syari’at
Mu.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa
kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan kualiti kerja, melaksanakan tugas
dan tanggungjawab dengan ikhlas, penuh beriltizam dan berintegriti, serta
meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif
dan matlamat perkhidmatan yang dihasratkan.
Bantulah kami menjadi pemimpin yang berdedikasi dan berhemah tinggi, kreatif dan
berinovasi sesuai dengan perubahan era zaman ini seterusnya mampu mencapai
matlamat melahirkan generasi rabbani.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhlukNya,
Peliharalah diri kami dan anak-anak kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan
kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah
memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah
maruah. Jadikanlah kami dalam golongan yang bersyukur atas nikmat yang sedikit,
bersemangat dengan tekad yang ada, bersabar dengan musibah yang menimpa,
berlapang dada dengan dugaan yang melanda.
Kurniakanlah jua keamanan dan kesejahteraan kepada negara kami yang berbilang
kaum ini, selamatkanlah negara kami daripada bencana alam yang tidak terduga,
selamatkanlah negara kami dari sebarang penjajahan dan penindasan oleh mana-
mana kuasa.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami
kesabaran yang mantap, ketabahan yang jitu, kerjasama yang erat, semangat
permuafakatan yang padu dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pegawai di jabatan ini dan
berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti
pendidikan di wilayah kami.
Kami bersyukur atas kurniaan nikmat bulan ramadhan yang Engkau pertemukan
kami dengannya pada tahun ini. Maka jadikanlah bulan ini benar-benar dapat
mendidik jiwa dan ruhani kami untuk menjadi insan yang bertakwa sebagaimana
matlamat puasa yang engkau fardhukan ke atas kami. Jadikanlah jua bulan ini
permulaannya kerahmatan buat kami dan keluarga kami, pertengahannya
keampunan buat kami dan keluarga kami dan penghujungnya kemerdekaan dari
azab neraka buat kami dan keluarga kami.
Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud kepada kebesaran Mu, kau
ampunkanlah dosa-dosa ibu kami. Kami menadah dua tangan tunduk dan sujud
kepada keagungan Mu, kau ampunkanlah dosa-dosa ayah kami. Hulurkanlah
rahmat kasih sayang Mu kepada keduanya sebagaimana mereka menyayangi kami
sejak kami dilahirkan hingga ke hari ini.
Ya Allah! Kami pohonkan ihsan Mu, Kau gantikanlah setiap titisan darah dan
kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga
Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika
membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!Ya Wadud!

DOA