0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
77 tayangan16 halaman

KP Cu07 Wa 4

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1/ 16

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER /


L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT BC-030-3:2013-C07
KOMPETENSI / RESIDENTIAL BUILDING ROOFING SYSTEM
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE INSTALLATIONS

1. Identify Residential Building Roofing System Installation


NO. DAN PENYATAAN Requirement
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. 2. Carry Out Roofing System Installation Setting
AND STATEMENT 3. Carry Out Installation Of Roofing System
4. Coordinate Roofing System Inspection

NO. KOD KSKV / KSKV


WTP3013/K04/P (4/4)
CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 16
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C07/P(4/4)

TAJUK / TITLE:
COORDINATE ROOFING SYSTEM INSPECTION
TUJUAN / PURPOSE:
Diakhir pembelajaran pelatih:
i. Merancang kerja pemeriksaan bumbung berhubung dengann personel yang terlibat
pemeriksaan bumbung
ii. Memeriksa saiz, kelurusan, ketegakan, kekuatan, ketahanan dan kebersihan
mengikut jadual perancangan
iii. Membaiki sebarang ketidakpatuhan sistem pemasangan bumbung mengikut
spesifikasi lukisan.
iv. Memeriksa kerja pemasangan bumbung agar mengikut kehendak badan berkanun.
v. Menentukan keperluan peraturan dan keselamatan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 16

PENERANGAN / INFORMATION :

Tujuan Pemeriksaan Bumbung adalah untuk mengajar pemeriksa rumah, serta


profesional insurans dan bumbung, cara mengenali keadaan yang betul dan tidak wajar
semasa memeriksa lereng curam, bumbung kediaman. Siri ini meliputi rangka bumbung,
bahan bumbung, loteng, dan keadaan yang mempengaruhi bahan bumbung dan
komponen, termasuk angin dan hujan batu.

1. PIHAK BERKUASA
Pihak-pihak yang terbabit di dalam proses pemeriksaan ini adalah:

i. Pihak Berkuasa Tempatan


a. Bertanggungjawab untuk memastikan pemeriksaan adalah dilaksanakan mengikut
kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam Akta tersebut
b. Mengawasi dan memastikan projek binaan mematuhi undang-undang,akta dan
peraturan yang telah ditetapkan

ii.Pemilik bangunan
a. Bertanggungjawab ke atas perlantikan seorang Jurutera untuk menjalankan
pemeriksaan
b. Pemilik berkaitan dengan bangunan yang mempunyai ketinggian melebihi 5 tingkat
adalah termasuk
- Perbadanan Pengurusan ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985, (Akta
318) yang mempunyai kawalan ke atas bangunan itu; atau
- Seorang yang menerima apa-apa bayaran sewa bagi tujuan menyenggara harta
bersama bangunan yang dipecahbahagi itu.
-
iii. Jurutera
a. Jurutera yang dilantik memeriksa bangunan- Jurutera bermaksud seorang yang
didaftarkan sebagai Jurutera di bawah Akta, Jurutera-jurutera Profesional 1967,
(Akta 138).
b. Seorang Jurutera Bertauliah yang dilantik untuk menjalankan pemeriksaan ke atas
sesuatu bangunan hendaklah:
- Menjalankan pemeriksaan dengan cara yang ditetapkan dibawah garis
panduan ini;
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 16

- Apabila siap pemeriksaan, menyedia dan menandatangani laporan hasil


pemeriksaan; dan
- Menyerahkan satu salinan laporan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam
tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di
dalam notis.

c. Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh pemilik adalah tanggungjawab sepenuhnya


ke atas pemeriksaan yang dijalankan. Beliau hendaklah; dengan kesungguhan
yang munasabah mengambil minat secara aktif dan peribadi di dalam
pemeriksaan bangunan itu.
d. Jurutera Bertauliah yang dilantik oleh pemilik bangunan atau Pihak Berkuasa
Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan bangunan hendaklah berhak
sepanjang masa yang munasabah kepada laluan bebas dan sepenuhnya ke
bangunan tersebut dan diperuntukkan di bawah Seksyen 85 (A) Akta 133
tersebut.

2. PEMERIKSAAN BUMBUNG
i. Kerosakan yang jelas dan serpihan - Langkah pertama untuk memeriksa bumbung
adalah mencari tanda-tanda kerosakan yang jelas, termasuk ubah bentuk struktur.

ii. Bahagian Luar Komponen Struktur - Segala komponen struktur luaran bumbung,
termasuk cerobong, bolong, fascia, tepi titisan, dan pelekat harus diperiksa untuk
kerosakan, komponen yang hilang, karat, dan reput. Kebocoran cenderung
membentuk sekitar cerobong, lekuk, dan skylight - dan jika kerosakan tidak dapat
dikesan kerosakan boleh berlaku kepada kerangka, pelapis, dan gelang, yang
membawa kepada kos pembaikan yang berpotensi mahal dan penggantian.

iii. Bahagian dalam Komponen struktur - Apabila bumbung tidak diperiksa secara
teratur, kerosakan struktur dalaman boleh berlaku. Selalunya, disebabkan
kekurangan penyelenggaraan biasa, kerosakan dalaman adalah yang pertama
dapat diperhatikan.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 16

2.1. Kriteria pemeriksaan


Kaedah pemeriksaan yang boleh dilaksanakan adalah melalui kaedah
pemeriksaan samada Pemeriksaan ruang bumbung. Kriteria pemeriksaan
bumbung adalah mengambil kira dari segi.
i. Saiz
Bangunan yang berberbentuk sederhana sesuai dibina dengan bumbung
curam dan bangunan yang bentuknya kompleks sesuai menggunakan
bumbung rata. Rentang juga boleh dipilih menentukan jenis bumbung
yang dipilih.

Kategori Jenis Bumbung Saiz


 Lebar tidak lebih 4 meter
Bumbung ganding
 Rentang maksimum 3.5 meter
 200 x 38 tulang perabung
Bumbung limas
 125 x 75 kasau, jarak diantara kasau 450
belanda
 100 x 75 plat dinding
 100 mm x 38mm
Bumbung simpai
 Rentang 4.5 meter
 Gulung-gulung berukuran 175mm x 75 mm
Bumbung gulung-
 Jermang yang digunakan berukuran 75mm
gulung
Bumbung x 38mm

curam Bumbung pisang


 Rentang tidak melebihi 2.5 meter
sesikat
Bahagian kerangka bumbung curam

Bumbung Bumbung Rata  Kecuraman bumbung dibentuk dengan


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 16

satu lapisan lepa 20mm- 25mm bertujuan


Konkrit Bertetulang
untuk larian air
rata
 Jarak antara Gelegar 400mm -600mm dari
Bumbung rata kayu
tengah ke tengah.

Secara umumnya saiz diambil kira untuk pemeriksaan merujuk kepada pelan yang
telah digunakan untuk pembinaan tersebut.

ii. Dimensi
Dimensi diukur mengikut dimensi yang ditetapkan. Pelan akan dirujuk untuk
memastikan ketepatan dimensi kerangka bumbung

iii. Pejajaran
Penjajaran diperiksa untuk memastikan bumbung dalam keadaan tepat. Penjajaran
yang tepat menambah nilai kualiti sebuah binaan bumbung.

iv. Kekuatan
Bumbung mestilah dapat menyokong beban mati struktur bumbung dan penutupnya,
penebatan dan kemasan dalam dan beban angin tanpa mengalami lenturan atau
pesongan yang berlebihan

v. Ketahanlasakan
Ketahanlasakan bumbung bergantung kepada kemampuan dan ketahanan penutup
bumbung yang digunakan untuk menahan perubahan cuaca dan pencemaran alam.
Bahan bahan yang digunakan mestilah tidak terlalu membebankan bumbung dan
mestilah tahan kepada perubahan cuaca serta tahan lama

vi. Permukaan dan kebersihan


Permukaan bumbung mestilah bersih dari serpihan longgar diatas bumbung. Hal ini
bagi membolehkan untuk melihat dengan lebih baik di mana masalah-masalah dan
bagaimana untuk menangani masalah.

vii. Rekabentuk
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 16

Rekabentuk perlu dikaji terlebih dahulu bagi memastikan struktur bumbung itu
mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya.

viii. Penyambungan
Penyambungan yang betul dan kuat menjadikan binaan itu kuat dan kukuh.
Pemeriksaan juga dilakukan untuk memastikan penggunaan bahan penyambungan
yang betul seperti yang ditetapkan. Rajah 1 menunjukkan jenis penyambung yang
digunakan untuk pemasangan bumbung
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 16

Rajah 1 : Penyambung/Fastener yang Digunakan Dalam Pemasangan Bumbung

3. JENIS PEMERIKSAAN (RIN,RFI) SEBELUM ,SEMASA DAN SELEPAS


PEMERIKSAAN
Terdapat pelbagai jenis borang pemeriksaan. Dalam sistem kerajaan borang yang
digunakan berlainan dari sektor swasta. Pemeriksaan dilakukan sepanjang projek
dilakukan. Terdapat 3 borang iaitu sebelum, semasa dan selepas.

4. JENIS DAN FORMAT BORANG PEMERIKSAAN YANG DIGUNAKAN

Rajah 4 (I) : Format Borang Pemeriksaan JKR


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 16

Rajah 4(Ii): Format Borang Pemeriksaan Salah Satu Syarikat Swasta

5. KAEDAH MENGISI BORANG PEMERIKSAAN BUMBUNG


Kaedah pengisian borang pemeriksaan
Semasa pemeriksaan dijalankan, pemeriksa bangunan yang melaksanakan
pemeriksaan awalan keadaan bangunan perlu menggunakan Dokumen Borang
Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan (BPKB/JKR/01). Dokumen ini perlu
digunapakai oleh pemeriksa bangunan dengan tujuan untuk melaksanakan
pemeriksaan keadaan bangunan sebelum penilaian prestasi dapat dilakukan.

BORANG PEMERIKSAAN
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 16

SKALA
GRED RINGKASAN HURAIAN
PEMERIKSAAN
1 Sangat baik SB  Tiada Kecacatan;
• Keadaan sangat baik; dan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 16

• Boleh berfungsi dengan baik


• Terdapat kecacatan atau kerosakan
minor;
2 Baik B
• Keadaan baik; dan
• Boleh berfungsi dengan baik
• Terdapat kecacatan atau kerosakan
major;
3 Sederhana S • Keadaan sederhana; dan
•Masih boleh berfungsi tetapi perlu
dipantau
• Tiada / terdapat kecacatan atau
kerosakan major / minor;
4 Kritikal K • Keadaan kritikal; dan
• Tidak dapat berfungsi mengikut tahap
perkhidmatan dipersetujui
• Keadaan sangat kritikal;
• Tidak dapat berfungsi dan Berisiko yang
5 Sangat kritikal SK
boleh menyebabkan kecelakaan dan /atau
kecederaan

Jadual 1 : Tahap keadaan fizikal komponen bangunan.

SKALA
KEKUATAN RINGKASAN HURAIAN
PENILAIAN
Normal 1 N  Tiada tanda kecacatan atau
kerosakan
 Komponen / elemen disenggara
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 16

dengan baik, tiada keperluan


pembaikan
 Kerosakan/kecacatan minor
 Perlu dipantau, dibaiki dan diganti
Rutin 2 R
untukmengelakkan kecacatan /
kerosakanyang lebih serius
 Kerosakan / kecacatan major,
Pembaikan 3 PB  Perlu pembaikan major, perlu
dibaiki /diganti
 Kerosakan / kecacatan serius,
 keperluan kepada pembaikan yang
Pemulihan 4 PM
mendesak, perlu segera dan serta
merta
 Kerosakan / kecacatan sangat serius.
 keperluan kepada penggantian
/pembaikan yang mendesak, perlu
Penggantian 5 PG
segera dan serta merta
 Memerlukan pemeriksaan terperinci
pakar

Jadual 2: tahap keutamaan tindakan penyelenggaran

2. PENGURUSAN PEMERIKSAAN KERJA KEMASAN BANGUNAN


Instrument yang diberi oleh kontraktor kepada C.O.W untuk digunakan dalam
pemeriksaan ditapak adalah borang RIN (Request for Inspection) dimana hasil
pemeriksaan dan statusnya dicatat pada borang tersebut.

6.1 BORANG 'RIN'

Borang ini mengandungi perincian tentang kerja yang hendak dibuat dengan
menyatakan jenis kerja, tarikh utk dilaksanakan, tarikh meminta pemeriksaan oleh
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 16

C.O.W , ruang komen oleh kontraktor setelah pemeiksaan dilakukan pada


peringkat mereka, ruang komen oleh C.O.W apabila pemeriksaan dilakukan oleh
C.O.W, status pemeriksaan dan ruang-ruang endorsement.

6.2 KECACATAN

Secara logiknya, apabila kontraktor telah melaksanakan pemeriksaan di


peringkat mereka, apa jua kecacatan dapat dikesan dan diperbetulkan sebelum
memanggil C.O.W untuk memeriksa.

Namun sering berlaku pihak kintraktor bergantung terus kepada subkontraktor


mereka tanpa memeriksa terlebih dahulu. Lalu mereka mengemukakan RIN
kepada C.O.W untuk pengesahan pemeriksaan dan apabila terdapat kecacatan yg
dikesan oleh C.O.W, kerja tersebut perlu diperbetulkan.

Secara logik juga, apabila terdapat 2 level pemeriksaan ke atas kerja-kerja di


tapak, kecacatan dapat dikawal ke tahap yang minima sahaja.

6.3 ALIRAN RIN

RIN yang digunakan dalam sesuatu projek akan dikemukakan oleh kontraktor
kepada C.O.W atau Resident Engineer/Architect/ID di pihak konsultan.
Seterusnya pihak konsultan akan memberikan status berdasarkan hasil
pemeriksaan. Kontraktor akan bertindak berdasarkan status tersebut samada:
i. Kerja yg dibuat diterima sepenuhnya, kerja berikutnya boleh dilaksanakan
ii. Kerja diterima tetapi terdapat kecacatan. Kecacatan perlu diperbaiki dan
kerja berikutnya boleh dilaksanakan.
iii. Kerja diterima dengan kecacatan yang perlu diperbaiki tanpa kebenaran
utk kerja berikutnya dilaksanakan.
iv. Kerja tidak diterima akibat kecacatan atau tidak mematuhi piawai
spesifikasi.

Kebiasaannya RIN ini kemudiannya akan diserahkan kepada pihak yang mewakili
client untuk dokumentasi dan rekod.

6.4 Apa yang berlaku dikebanyakan projek ialah :-


NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 16

i. RIN lambat dipulangkan kepada kontraktor menyebabkab kontraktor


mengambil tindakan 'bulldoze' @ menjalankan kerja berikutnya tanpa
kebenaran
ii. Kontraktor tidak memperdulikan kecacatan yg perlu dibaiki malah
melaksanakan kerja berikutnya
iii. Kontraktor tidak mengemukakan RIN utk sesuatu kerja atau mengemukakan
RIN sebahagian dari kerja itu dan susunan RIN yg keluarkan tidak dikawal,
menyebabkan ada kawasan yg tidak diperiksa.
iv. Kontraktor sekadar mengeluarkan RIN tanpa memeriksa kerja yang dibuat,
menyebabkan pemeriksaan yg sebenarnya hanya dilakukan oleh C.O.W
v. C.O.W tidak benar2 memeriksa kerja tersebut dan hanya menandatangani
RIN sahaja.
vi. C.O.W langsung tidak memperdulikan RIN sehingga bangunan diserahkan
kepada client pun masih ada timbunan RIN yang tidak diperiksa. Bermakna
kerja yang diminta untuk diperiksa itu tidak diperiksa. Akibatnya, bangunan
yang disiapkan itu akan penuh dengan kecacatan.

Kawal selia dari badan berkanun amat pentig untuk memastikan setiap bangunan
menepati peraturan yang ditetapkan. Kemasan dalam pembinaan bangunan kediaman
amat penting untuk melindungi dan untuk mencantikan kediaman. Kemasan yang tidak
memenuhi spesifikasi juga boleh mengancam keselamatan penghuni.
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 16

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga (3) alatan yang digunakan untuk kerja pemeriksaan bangunan.
a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 16

c. __________________________________________________________________

2. Berikan dua (2) personel yang terlibat untuk kerja pemeriksaan.


a. __________________________________________________________________
b. __________________________________________________________________

3. Terangkan perbezaan antara Request For Inspection (RIN) dan Request For
information (RFI)?
______________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Terangkan 3 kriteria pemeriksaan kemasan bangunan


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
___________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1) pihak yang terlibat didlaam projek pembinaan


https://www.scribd.com/doc/15655728/Pihak-Yang-Terlibat-Di-Dalam-Projek-
Pembinaan
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C07/P(4/4) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 16

2) Modul Politeknik C4006 Atucara Kontrak & Ukur Binaan 2, Unit 1

3) https://www.slideshare.net/azmitm135/bab-3-10812028

4) https://www.slideshare.net/guest3a9eaec/laporan-li-yusnita

5) https://www.scribd.com/doc/54255673/Bab-5-Kemasan

6) http://amirin5206.blogspot.my/2017/09/kerja-bumbung-pengenalan-bumbung.html

7) https://www.coursehero.com/file/p40apfp/2-KERJA-KERJA-LUAR-a-Kerja-kerja-
luar-bagi-projek-bangunan-hendaklah-dirancang/

8) http://newdrbuilding.blogspot.my/2016/12/inspection-form.html

Anda mungkin juga menyukai