Pengorbanan Ayah
Pengorbanan Ayah
Pengorbanan Ayah
Ayah adalah seorang insan yang sangat bermakna, tanpa ayah siapalah kita didunia ini. Tanpa
ayah kita tidak akan lahir ke dunia ini. Ayah adalah sesosok badan yang sanggup berjuang
mencari rezeki untuk keluarga dan untuk membesarkan anak-anak.
Kita haruslah menghormati ayah dan menghargainya. Jangan sesekali melukakan hati dan
perasaannya. Walaupun ibu lebih utama, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar
dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna dan berpendidikan.
Dalam al-Quran terdapat banyak dalil-dalil yang menjelaskan bahawa kita sewajarnya
menghormati kedua ibubapa. Surah al-Nisa’ ayat 4:36, Allah berfirman: “dan hendaklah kamu
beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan
hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa”.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah perintahkan umatnya supaya berbuat baik kepada
ibubapa dengan perintah mentauhidkan Allah swt. Dengan lebih jelas lagi, Allah memerintahkan
kita supaya mentauhidkan-Nya iaitu dengan mengesakan-Nya dan beribadah kepada-Nya
sahaja, kemudian Allah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa. Allah
swt meletakkan kedudukan ibubapa ditangga ke-dua selepas perintah mentauhidkan-Nya.
Begitulah penjelasan Allah tentang besarnya kedudukan ibubapa.
Oleh itu hargailah ibubapa, dan berbuat baiklah kepada mereka selagi mereka masih ada.
Hargailah pengorbanan ayah walaupun mereka dia tidak selalu dengan kita, tetapi dia juga
banyak bekorban mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Demi anak ayah sanggup
berhujan berpanas, dan mengerah sepenuh tenaga demi mencari sesuap nasi.
Ayah seboleh-bolehnya tidak mahu melukakan hati dan perasaan anak-anak, dia sentiasa
mendoakan yang terbaik kepada anak-anak. Ayah ingin melihat anak-anaknya membesar tanpa
kesulitan dan kesusahan hidup. Dia ingin melihat kita membesar dengan penuh kegembiraan.
Ingatlah wahai kawan-kawanku, janganlah mengambil hati jika ayah menegur atau meninggikan
suara. Niat mereka adalah untuk mendidik kita supaya menjadi manusia yang berguna. Teguran
daripada seorang ayah adalah lambang kasih sayang ayah terhadap anaknya. Justeru,
janganlah kita salah faham terhadap teguran itu, kerana teguran itulah kita berjaya dan menjadi
seorang insan yang berguna.
Kita seharusnya bersyukur dan menghargai tegurannya, kerana kita tahu dia menegur dan
memarahi kita semua kerana kasih sayangnya kepada kita, cuma caranya sahaja yang
mungkin kasar kerana tidak mahu terlalu memanjakan anak.
Walhal, janganlah kita mentafsirkan bahawa ayah tidak menyayangi kita. Jangan sesekali
menggores perasaannya, bersyukurlah kerana anda masih mempunyai ayah yang
menyayangimu.
Hidup tanpa seorang ayah amat menyukarkan, ayah tempat kita bergantung dan tempat kita
mengadu. Terasa tidak sempurna hidup tanpa ayah. Pengalaman saya sendiri yang sedari kecil
membesar tanpa ayah sangat menyeksakan. Terutamanya semasa pihak sekolah mengadakan
program yang melibatkan ibubapa.
Disitulah datangnya perasaan sedih yang teramat sangat didalam diri. Disini kita akan
merasakan betapa kita memerlukan ayah. Perasaan sedih, pilu, kecewa, duka, lara, iri hati
semuanya muncul. Hanya Allah yang tahu betapa terseksanya hidup tanpa ayah lebih-lebih lagi
apabila melihat kawan-kawan berpelukan dengan ayah masing-masing.
Di samping itu, kita akan merasa iri hati apabila melihat para ayah mengambil anak-anaknya
dari sekolah, terasa diri lemah apabila merindukan ayah. Dalam hati berkata-kata, “Ya Allah,
kalaulah aku dapat merasai kasih sayang ayah, dapat merasai ayah menjemputku dari
sekolah. Gembiranya hati ini seandainya dapat hidup seperti kawan-kawan yang lain dan
mempunyai ayah”. Begitulah bisikan hati dan kita juga akan bertanya seperti nasyid nyanyian
kumpulan aiman yang berbunyi “wahai abangku, kemana ayah, ku sayang ayah, ku cinta ayah”.
Tetapi apakan daya, itu semua tidak mungkin akan terjadi. Walaubagaimanapun, kita
seharusnya bersyukur kerana Allah lebih sayangkan ayah. Ingatlah, setiap kejadian pasti ada
hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang masih mempunyai ayah, hargailah dan sayangilah
mereka. Ayah ibarat tunjang kehidupan yang mampu membimbing kita ke arah menjadi insan
yang berguna. Ayah hanya menginginkan kita menjadi insan yang terbaik dan lebih baik
daripadanya yang mampu memperjuangkan agama islam