Sejarah Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam Sebelum Dan Selepas Merseka
Sejarah Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam Sebelum Dan Selepas Merseka
Sejarah Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam Sebelum Dan Selepas Merseka
0 PENDAHULUAN
Pendidikan Islam merupakan salah satu daripada usaha berterusan untuk menerapkan ilmu
pengetahuan agama Islam kepada para pelajar dan masyarakat awam. Ia merangkumi usaha memberi
pengetahuan tentang agama Islam yang meliputi akidah, syariah dan akhlak. Ia menekankan kepada
penghayatan terhadap akidah dan kepercayaan dalam Islam, perlaksanaan ibadat-ibadat khusus dan
umum serta memberikan panduan dalam membentuk sikap bertanggungjawab dalam diri terhadap
pencipta, manusia dan alam.Dalam usaha menjadikan kehidupan seorang insan itu memiliki cara hidup
yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, maka ilmu yang disampaikan mestilah mengikut kaedah
yang betul dan memudahkan masyarakat terutama para pelajar memahami isi kandungan agama Islam.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga perlu sentiasa dinilai agar segala kelemahan dapat diperbaiki
dan ditambah baik.
Perkataan pendidikan Islam apabila ia digabungkan, akan memberikan satu pengertian yang
berbeza dengan maksud Pendidikan.
Hasan al-Sharqawi menyifatkan pendidikan Islam sebagai satu kefahaman terhadap ajaran Islam
yang membawa seorang manusia kepada menjauhi diri dari sifat-sifat tercela dan mendekatkan diri
dengan sifat-sifat terpuji. Semuanya ini akan dapat mencerdikkan akal, menguatkan tubuh badan,
membersihkan diri dan menyucikan hati tanpa menjadikan salah satu daripadanya melemahkan yang
lain
Fathi Yakan menyatakan bahawa pendidikan Islam ialah proses membina individu dan
masyarakat berdasarkan paksi Islam sama ada dalam aspek pegangan, pemikiran mahupun perbuatan.
2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEBELUM MERDEKA
Perlaksanaan pelajaran pendidikan Islam di Malaysia telah bermula sejak Islam mula bertapak di
Melaka. Namun sistem pendidikan Islam pada waktu itu merupakan sistem pendidikan yang tidak
formal. Dalam hal ini, tidak terdapat peruntukan undang-undang khusus yang mewajibkan pendidikan
Islam diajar kepada semua pelajar Islam.
Apabila dilihat kepada latar belakang sejarah kedatangan agama Islam ke negara ini yang dikenali
dengan nama Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu.Apabila Raja Melaka yang pertama iaitu
Parameswara (kemudian dikenali sebagai Megat Iskandar Syah) telah memeluk Islam pada 1414M, maka
bermulalah perkembangan sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu pada waktu itu. Keislaman baginda
turut diikuti oleh para pembesar kerajaan dan rakyat jelata. Bagi memantapkan kefahaman tentang
Islam, baginda mempelajari Islam daripada para ulama dan pendakwah yang datang berdakwah ke
Melaka.
Perkara yang sama turut dilakukan oleh raja-raja Melaka yang lain. Sebagai minat dan kecintaan
yang mendalam para pemerintah terhadap ilmu, istana dijadikan sebagai salah satu tempat mempelajari
ilmu. Bukan setakat itu sahaja, mereka turut memberikan sanjungan yang tinggi terhadap ilmu
pengetahuan Islam, ulama-ulama, kitab-kitab agama dan hari-hari kebesaran Islam. Hal ini membuktikan
mereka mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap Islam dan sistem pendidikannya hasil
pengorbanan para pendakwah Islam ketika itu.
Pada peringkat awal, kelas pengajian al-Quran dilakukan di rumah guru yang mengajar al-Quran.
Apabila bilangan pelajar-pelajar mulai bertambah, kelas al-Quran kemudiannya berpindah ke surau dan
masjid
Selain al-Quran yang menjadi pengajian dasar, pendidikan Islam terus berkembang apabila ia
turut menjadi pusat pengajian ilmu Fiqah, Tauhid, Tafsir, Sejarah, Tasawuf dan Falsafah Islam sebagai
kurikulumnya. Kegiatan yang dilakukan ini tidaklah berbeza daripada pendidikan yang dilakukan di zaman
Rasulullah, para sahabat dan tabiin.
kedatangan penjajah barat ke Tanah Melayu memberi sedikit sebanyak kesan dalam sistem
pendidikan Islam di Tanah Melayu. Sebagai contoh, ketika Portugis menjajah Melaka, mereka mengambil
sikap berdiam diri tanpa melakukan apa-apa inisiatif dalam membantu perkembangan agama dan
pendidikan Islam pada waktu itu. Kegiatan agama dan pendidikan Islam menjadi perlahan. Disamping
itu, kegiatan dakwah berjalan dalam situasi yang tidak menonjol. Ada yang berpendapat kegiatan
dakwah terpaksa dijalankan secara rahsia bagi mengelakkan tentangan ganas daripada penjajah .
Menurut catatan Abdullah Munshi semasa lawatan beliau ke Melaka, Singapura dan Pulau Pinang,
terdapat sekolah-sekolah alQuran yang dilaksanakan di negeri-negeri tersebut.sekolah al-Quran mula
berubah corak apabila ia diambil alih oleh pemerintahan Inggeris melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Sekolah-sekolah agama ini diberi bantuan penuh dengan syarat ia mengadakan matapelajaran membaca,
menulis dan ilmu hisab disamping pelajaran agama dan membaca al-Quran. Namun sistem pendidikan
Islam masih menjadi tumpuan para pelajar. Ada ibu bapa yang sanggup mempertingkatkan lagi tahap
pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan menghantar ke luar negeri seperti Pattani,
Mekah, Mesir dan negara-negara yang lain. Apabila mereka telah tamat pengajian dan kembali ke Tanah
Melayu, golongan inilah yang meneruskan sistem pendidikan Islam dengan meluaskan lagi sistem yang
sedia ada dengan membuka institusi-institusi pengajian yang lebih tinggi tarafnya yang dikenali sebagai
“Pondok”.
Pengajian pondok bermula dan berkembang daripada aktiviti pengajaran di masjid yang menjadi rumah
Allah dan tempat pertemuan masyarakat Islam. Pelbagai aktiviti dan kegiatan keagamaan dilaksanakan di
pondok bagi mendedahkan masyarakat tentang segala permasalahan dalam Islam seperti hukum hakam,
akidah, dan masalah-masalah lain yang bersangkut paut dalam soal agama Islam.Bertitik tolak daripada
sistem pondok, pendidikan Islam diperkemaskan lagi melalui sistem madrasah atau sekolah agama yang
dilengkapi dengan infrastruktur dari segi bangunan sekolah, asrama, kemudahan rekreasi dan pejabat
pentadbiran.Institusi ini lahir semasa gerakan islah di Timur Tengah sedang rancak berlaku. Kesan
gerakan islah di sana turut membawa perubahan di Tanah Melayu apabila pelajar-pelajar yang belajar di
Universiti al-Azhar, Mesir kembali ke Tanah Melayu membawa bersama perubahan ini. Mereka berusaha
untuk mengubah sikap orang Melayu supaya memahami Islam dalam bentuk yang lebih lengkap
Pada tahun 1952, satu ordinan pelajaran telah digubal yang dinamakan sebagai Ordinan
Pelajaran 1952. Dalam ordinan tersebut diadakan peruntukan Seksyen 70 mengenai pelajaran agama
Islam dan menjadikannya sebagai sebahagian kursus-kursus pelajaran di sekolah bantuan
kerajaan.Pelajaran Agama Islam terus mendapat perhatian yang wajar daripada kerajaan apabila Syor
Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) mencadangkan agar mana-mana sekolah yang jika
murid-muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang beragama Islam, maka pelajaran agama yang
diberikan kepada mereka hendaklah di bawah peruntukan oleh kerajaan.Cadangan tersebut diterima
oleh kerajaan dan dimasukkan dalam Seksyen 49, Ordinan Pelajaran 1957. Selain itu, turut ditetapkan
bahawa sekolah yang mempunyai murid Islam melebihi 15 orang diwajibkan mengadakan kelas agama
Islam. Peruntukan masa juga ditetapkan untuk kelas agama Islam isitu sekurang-kurangnya dua jam
seminggu.
Apabila tsnah melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Perkara ini dapat dilihat kepada
perubahan-perubahan yang berlaku dalam perundangan Akta Pelajaran 1961 telah mengadakan
peruntukan berkaitan peruntukan kewangan selain mewajibkan sekolah-sekolah bantuan kerajaan
mengadakan pelajaran agama Islam kepada murid-murid selama dua jam seminggu sekiranya di sekolah
tersebut terdapat seramai 15 orang murid Islam atau lebih. Pada tahun 1962 iaitu tahun Akta Pelajaran
1961 mula dikuatkuasakan, pelajaran agama Islam telah diadakan dalam jadual waktu pelajaran biasa
kepada murid-murid yang beragama Islam dengan peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran
sebanyak 120 minit seminggu.
Akta Pelajaran 1961 telah mengadakan peruntukan berkaitan peruntukan kewangan selain mewajibkan
sekolah-sekolah bantuan kerajaan mengadakan pelajaran agama Islam kepada murid-murid selama dua
jam seminggu sekiranya di sekolah tersebut terdapat seramai 15 orang murid Islam atau lebih. Pada
tahun 1962 iaitu tahun Akta Pelajaran 1961 mula dikuatkuasakan,
Pada tahun 1967, sukatan pelajaran pendidikan Islam sekali lagi disusun oleh sebuah jawatankuasa yang
terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran, Kolej Islam dan Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Negeri.
Sukatan tersebut telah disemak oleh jawatankuasa peringkat Kementerian Pelajaran sebelum
dikemukakan kepada Majlis Penasihat Raja-Raja Melayu yang mengandungi wakil-wakil daripada pihak
berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Negeri. Sukatan tersebut kemudiannya dipersetujui
oleh Majlis Raja-Raja pada bulan April 1967 dan disiarkan dalam Warta Kerajaan. Sukatan tersebut mula
dilaksanakan di sekolah-sekolah bantuan kerajaan mulai awal sesi persekolahan tahun 1968. Isi
kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah mengandungi beberapa perbezaan sesuai
dengan tahap dan umur murid-murid.
Sebelum Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam tidak wajib diambil dalam peperiksaan seperti
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun ianya wajib
dipelajari.62 Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah
mengeluarkan satu laporan menyeluruh berkaitan aspek pendidikan negara termasuklah kurikulumnya.
Hasil kajian tersebut, KBSR telah digubal dan dilaksanakan secara keseluruhannya pada 1983. Ianya
diteruskan diperingkat sekolah menengah pada tahun 1988 iaitu setelah enam tahun KBSR dilaksanakan
di sekolah rendah dengan nama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran telah mengeluarkan
satu laporan menyeluruh berkaitan aspek pendidikan negara termasuklah kurikulumnya. Hasil kajian
tersebut, KBSR telah digubal dan dilaksanakan secara keseluruhannya pada 1983. Ianya diteruskan
diperingkat sekolah menengah pada tahun 1988 iaitu setelah enam tahun KBSR dilaksanakan di sekolah
rendah dengan nama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Semasa Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan, matapelajaran pendidikan Islam memberi
penekanan kepada asuhan dan latihan membaca al-Quran dan asas pelajaran agama Islam yang meliputi
akidah, ibadah, sirah rasul dan budi pekerti dimana aspek-aspek amali dititikberatkan.Matapelajaran
pendidikan Islam terus diperkemaskan setelah diperkenalkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) pada tahun 1993 bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Matapelajaran pendidikan
Islam ditambah satu lagi bidang iaitu bidang asas akhlak Islam. Ini menjadikan matapelajaran pendidikan
Islam mempunyai tiga bidang iaitu asuhan al-Quran, asas syariah Islam dan asas akhlak Islam.
Penambahan ini bertujuan untuk membentuk perilaku murid Islam kearah mengamalkan nilai-nilai yang
terpuji.
4.0 KESIMPULAN
dapat disimpulkan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah cara hidup
masyarakat sekaligus menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Walaupun negara pernah
dijajah suatu ketika dahulu, agama Islam dan pendidikan mengenainya tetap terlaksana di negara ini.
Dalam hal pendidikan, pengajian mengenai agama Islam turut diberikan keutamaan. Ini dapat dilihat
apabila beberapa akta pendidikan yang digubal turut memasukkan perkara-perkara berkaitan agama
Islam untuk diajar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian. Ini menunjukkan bahawa
perkembangan Pendididakan Islam di Malaysia mendapat sokongan bukan sahaja dari rakyat yang
memerlukan pendidikan tetapi juga oleh kerajaan yang menjamin polisi pendidikan ini dapat
dilaksanakan.