Doa Persaraan GB Lamri

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

.

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,

Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dalam Majlis Perhimpunan Khas Sempena
Persaraan Tuan Haji Lamri bin Haji Suman, Guru Besar Cemerlang pada
pagi yang tenang dan syahdu ini.
Ya Allah, Ya faallul lima yurid,
Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa
penghargaan dan terima kasih warga pendidikan sekolah ini atas
persaraan Guru Besar yang dikasihi. Sesungguhnya rasa terharu tak dapat
kami sembunyikan atas komitmen serta sumbangan besar beliau dalam
memartabatkan profesion keguruan dan mengangkasa kualiti pendidikan.
Ya Ghaniyyu, Ya Hamid, Ya Mubdia, Ya Muid,
Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia menganugerahkan
kepada kami seorang Guru Besar yang berjiwa besar dan punyai wawasan
yang jauh demi memajukan agama, bangsa dan negara. Jasa dan bakti
yang beliau taburkan bukan saja sewaktu menjawat jawatan Guru Besar
tetapi bermula sejak melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan
bergelar pendidik.
Sesungguhnya, seluruh warga sekolah sangat terhutang budi dan berasa
bangga dipimpin oleh seorang Guru Besar yang begitu mengambil berat
terhadap masa depan guru serta anak didik yang sangat dikasihi.
Ya Allah, Ya Qawiyyu,Ya Matin ,
Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang
yang telah berbakti dan berkorban untuk melihat kemajuan sekolah kami.
Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni dan suci
demi kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh
sekolah kami di bawah pimpinan dan bimbingan beliau yang berwibawa .

Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,

Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan Islam,


semoga dapat terus menyumbang idea, buah fikiran dan pandangan yang
bernas demi kemajuan pendidikan dalam meniti usia persaraan. Moga
kami dapat mencontohi tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan
kegigihan Tuan Haji Lamri mengurus institusi pendidikan. Engkau
lindungilah keluarganya, kaum kerabatnya dan orang-orang yang
dikasihinya sebagaimana beliau melindungi kami selama ini tanpa rasa
jemu.
Ya Allah, Ya zal fadhli wal Ihsan,
Sesungguhnya yang datang akan pergi, yang patah akan tumbuh kembali,
setiap yang bermula pasti ada akhirnya, setiap pertemuan akan ada
perpisahan, namun kurniakanlah kami pengetua yang juga penyayang
selepas persaraan Tuan Haji Lamri nanti.
Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini, pertemuan yang diberkati dan
dirahmati, dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan
yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai